Saturday, August 16, 2008

-:-IBU-:-

Cont'd
Aku ingat aku la yang sakit terok,rupanya ada orang lain yang lebih terok dari aku. Aku bersyukur sangat-sangat..huhu. Hari ke-3 aku di ward..seorang makcik meninggal sebab kanser usus. Dia meninggal keseorangan...SEDIH! Anak-anak tiada disisi. Kebetulan malam tu,dia sakit sangat-sangat..meraung-raung memanggil nurse tapi hampa!
Seorang nurse pun tak datang! Kesian makcik tu,setelah berkali-kali panggil baru lah nurse menunjukkan muka. Geram sangat aku..semua kat ward tu tak leh tido sebab dengar sore dia...katil dia pun tak jauh dr aku..selang 3 katil. Mustahil nurse kat depan tak dengar sebab pesakit kat belakang boleh dengar. Kalau tak nak jadi bantu pesakit,jangan jadi NURSE! Nurse tu keje mulia. Pagi-pagi tu aku tengok ramai doc kat katil makcik tu tapi dah terlambat. Then aku cakap kat nurse pagi. Kenapa yer nurse malam sombong-sombong? Dia tanya kenapa..aku citer la kisah makcik tu. Kebetulan doc pakar yang rawat aku tu ada..nurse tu suh aku citer kat doc tu,kat ketua jururawat pun aku citer. Tu kisah nurse yang pemalas. Ni aku nak citer lak pasal `IBU'. Bila aku kenangkan makcik tu,kesian sangat. Bukan takde anak..ada tapi anak-anak hanya akan datang kalau mak dia bagi duit. Ya allah..takde hati perut punya anak. Tak kesian ke..takde rasa sayang ke pada mak yang telah melahirkan kita.


Bila aku dah menjadi seorang ibu,baru aku paham apa itu erti kasih sayang,cinta seorang ibu pada anak. Mungkin ada antara kita yang leka dalam mengejar duniawi. Kenapa kita alpa pada kedua ibu bapa kita? Sementara dorang masih ada,rajin-rajin la jenguk dorang. Dorang tak mintak wang ringgit..cukup lah sekadar bertanya khabar berita..berkumpul bersama dorang. Aku rasa..itu saat yang didambakan oleh orang tua kita. Saat ini,rasa pilu,hiba,sedih bersarang dalam hati aku. Seronok menjadi seorang ibu ni. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. 2 minggu lepas alya sakit. kena chicken pox..pastu aku lak kena apendiks. Dugaan maha dugaan datang. Lepas chicken pox dah kering..alya kena demam panas lak lepas balik melawat aku kat PPUKM.
Aku pun demam hari yang sama. Kesian anak mama. Hubby aku cakap,merengek jer. Aku kat hospital dah risau sangat-sangat. Tak sabar dah nak balik cepat. 3 hari aku kat PPUKM,balik je terus cari alya tapi aku sedih sangat hingga menitis air mata aku. Alya langsung tak nak kat aku. Aku panggil dia berkali-kali,berpaling pada aku pun tak. Merajuk sungguh anak mama ni. Bila dah malam,tido dengan dia..dia bangun tengok aku ada sebelah..baru la dia nak. Tu baru 3 hari..kalau seminggu...tak sanggup rasanya berpisah lama-lama dengan alya. Lepas dah baik demam 4hari...alya kena demam campak lak. Ya allah..besar sungguh duagaanmu namun aku redha. Takpe la..aku bersusah payah untuk zuriatku sendiri. Moga bila dia dah besar,dia akan kenang jasa ibu & ayah dia.

Mengenangkan ibu aku yang dah lama pergi. Aku tak sempat nak berkhidmat pada ibu sendiri. Aku tak dapat nak gambarkan kepiluan hati aku ni. Sekarang ni, aku masih ada ayah & mak tiri. Pada ayah aku,aku abadikan diri aku untuk ayah aku. Sementara hayat kita masih ada,masa ni la kita perlu membalas budi kedua ibu & ayah kita. Bila dah jadi seorang ibu ni

Aku teringat lagi, tahun 2003. Ayah aku kemalangan yang hampir meragut nyawa dia. Saat tu, aku rasakan dunia aku dah berakhir. 6 hari ayah aku koma,aku tetap setia menanti ayah aku di luar ICU. Siang malam aku hanya duduk di Hospital. Tak sanggup aku nak tinggalkan walaupun sesaat, aku jadi terlalu takot untuk kehilangan buat kali kedua. Aku belum puas menikmati kasih sayang seorang AYAH. Selagi terdaya,aku akan terus berkorban apa saja untuk ayah aku. Satu ketika,masa ayah aku kat rumah terjadi sesuatu. Kebetulan aku bersiap-siap nak pergi keje. Masa tu aku nak mandikan ayah aku. Tiba-tiba,ayah aku berhenti bernafas. Muka pucat lesi..nafas dari hidung & mulut..langsung takde. Aku menjerit-jerit macam orang gila memanggil ayah!ayah!. Namun tiada suara...aku menangis saat ni. Waktu tu,aku ingat ayah aku dah pergi untuk selamanya. Tba-tiba ayah aku mendengus. Ayah aku tanya apa yang berlaku. Ya allah...aku bersyukur ke hadratmu Ya allah kerna memanjangkan umur ayah aku...Amin.
Untuk ibuku...moga kau bahagia disana...huhu

2 comments:

nasz said...

HUHUHU... TAK LEH TAHAN AIR MATA KU...

ai said...

huhuhuwaaaaaaaaaaaa...

cedih la aku susu. tersentuh hati aku..mudah-mudahan anak2 kita sume menjadi anak yg soleh & soleha. Camni la bila dah jadi ibu kan??