Tuesday, September 02, 2008

-:-Ayah+Alya+Mama-:-



Weekend lepas aku sekeluarga takde apa-apa planning. Aku ajak hubby aku pegi dataran tapi dia tak nak. Katanya serabut kalau ramai-ramai ni. So decide pegi jalan-jalan KL jer. Destinasi pertama aku ajak pegi Mid valley,nak masuk parking..perghh..berduyun kete. Gila betul! Langsung tak boleh nak masuk parking. Jalan ke Mid valley pun jem. Aku dah lama x pegi sana. Rupanya ada mall baru bukak. Patot la ramai orang. So cancel ke Mid valley,plan ke Sogo pulak. Masuk KL je, sama jugak..jalan jem tak hengatt!! Then hubby aku cakap,kita pegi alamanda la. Tak kisah la mana-mana..asal dapat berjalan..ekekekek. Sampai je alamanda,sama jugak. Parking penuh! Tensen tol...tapi dapat la parking kat tepi. Dalam alamanda,tok sah cakap la. Memang ramai sangat orang. Kebetulan ada mega sale. Aku takde la beli apa-apa pun. Opss...lupa pulak. Masa merayau kat Anakku,alya kenan kat bear. Namanya SAM..ekekek. So ayah alya belikan la.

Jalan punya jalan, dah penat terus ke destinasi lain pulak. Kitaorg ke Bukit Jalil tengok karnival Jualan borong tapi tak penuh lagi la kedai-kedai kat situ. Mungkin start minggu depan la kedai-kedai dah penuh. Rege not bad,murah jugak. Aku suka kedai-kedai baju..murah gile baju-baju kat situ. Rege paling mahal RM30. Memang berbaloi kalau nak beli.

Alya sekarang dah nak masuk 9bulan. Perkembangan alya amat menggalakkan...hehehe. Alya dah boleh berdiri & gigi pun dah keluar. Lasak dia,tok sah cakap la. Lotih beb! hahahaha..tapi sebab anak,layannnn.

sekian.

4 comments:

ai said...

merayapppppp je keje kau ye??

hihihi..ely pon skang lasak yg amat!!! lagi dasyat dari bb. jenoh aku melayan..

elly said...

sm la ngan ank teruna aku tu qimie... x terlayan dah skang nie... laju je buat keje... ekekeke

ctm-cak'on said...

~~ai k.sue..
~~cayalah aina.. ;p

bibu said...

amboii...sakan merayap ek...tula..kalo kaki rayap..anak pon lasak ....paku dulang...paku serpih..dulang aku pon sama..wakakkakakaka