Monday, September 22, 2008

-:-Selamat Hari raya-:-

Salam Aidilfitri untuk semua kawan-kawan yang beragama islam. Moga lebaran ini disambut dengan meriah dalam berserdahana.

Aku nak mintak maaf kalau ada salah & silap dalam berkawan secara tenet ni even tak kenal satu sama lain. Kalau ada kesempatan,datang la ke teratak buruk aku...bw biskut raya sekali...hahahahaha.

Aku nak citer skit pasal raya puasa ni. Tahun ni...genap la 15 tahun ibu aku meninggal dunia sebab kanser. Ermm...raya?? Bagi aku...lepas ketiadaan ibu aku...aku rindukan saat-saat bersama ibu aku. Saat buat kuih bersama,saat curi-curi makan biskut ibu ku...semua aku rindu...huhu. Mak aku meninggal pada hari raya kedua. Bagi aku...ermmmmm....(sedu)


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
(by exists)

Tentu korang biasa dengar lagu ni kan. Aku teringat dulu..arwah mak aku tak suka sangat lagu ni. Dia cakap...jangan dengar lagu ni. Rupanya...ada makna tersirat. Bila aku dengar...mesti aku menangis. Aku tak puas berkasih sayang dengan mak aku. Bila rindu...aku bayangkan, aku sedang memeluk dia padahal aku peluk diri aku sendiri. Tak terbentung rindu ni pada mak aku.

Pada sesiapa diluar sana..sentiasa la beringat pada ibubapa anda. Sesungguhnya,bila tiba saat kerinduaan itu...korang akan rasa satu kehilangan yang tak dapat digambarkan. Berbaktilah pada ibubapa kita yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Aku amat-amat merindui ibu....Al-fatihah.

6 comments:

~Atie~ said...

atkak sue......salam aidilfitri......

sedihnye kak...camne la rase raya tanpa ibu kan,.......emmmmmmm

al-fatihah untuk arwah ibu kak sue...

bibu said...

Sue
AlFatihah tuk arwah ibu ko..selamat Menyambut Hari Raya!Rajin2 dtg beraya umah aku ye..Cheras-Kajang dah dekat tuh!

Eda said...

salam aidilfitri kak sue..
mintak maaf kalau ader terlepas ke...(mulut aku kadang2 laser gaks)..
jgn simpan dlm ati...
kak sue..aku pun turut rasa sedih gakss..pasal kita sama2 raya tanpa ibu... bestkan klau dikenangkan saat2 dulu time beraya ada ibu...the best raya everrrr.......

ai said...

Al-fatihah...

~SALAM AIDILFITRI UTK KAU SEKELUARGA~

elly said...

al fatihah...
aku lak dah 10 thun beraya tanpa abah...
al fatihah...

Lieza said...

cantik blog ko ye sue...
fp update, blog pon update...
huhuhuhu..

keter aku masih terbarai kat workshop.. mcm nak tukar baru jer.. tapi slm aidilfitri je lah sue...

eheheheh...fenin aku da...