Thursday, October 09, 2008

-:-BODOH-:-

Kenapa aku buat tajuk aku camtu??

Aku gerammmmmm sangat-sangat. Malam tadi aku dah tido kul 9 lebih..aku penat sangat. Tu pun lepas hubby aku tidokan alya. Sampai la kul 12 lebih camtu,aku terdengar sore orang menjerit-jerit. Mula-mula seram gak...ye la tengah-tengah malam. Mahu tak seram....hehehe. Pastu makin lama,sore tu makin dekat dengan umah aku. Kebetulan lak alya o ek o ek nak susu..then hubby aku terbangun. Terus aku cakap kat dia...'Ayang..ada orang gaduh la'. Aku pun jengah kat tingkap hall umah aku. Aku tengok punya la ramai orang. Rupanya dorang dok belasah sorang budak. Ya allah...setan betul dorang ni. Aku yang tengok..menggeletar pale lutut. Hubby aku tengok dari dalam bilik. Yang belasah budak tu..semua badan besar-besar. Weiii bodoh! kalau budak tu salah...bawa je ke balai. Yang nak bunuh budak tu watpe. Celaka betul! Aku punya la menyirap gila tengok. Korang bayangkan kalau tu adik badik korang. Pastu aku nampak satu makcik berlari-lari..rupanya mak dia. Merayu-rayu mak dia...sedih aku tengok.

Yang aku dengar..budak yang kena belasah tu pukul kawan dorang dengan mentol..pecah pale katanya. Dah budak tu salah, bawa je la ke balai. Yang bangsat-bangsat ni nak jadi hero apahal! Aku tengok budak tu dah separuh nyawa weii! Sib baik la polis datang cepat. Dua orang kena tangkap. Sian budak-budak tu..badan cekeding je. Yang belasah semua badan macam badak sumbu. Polis suh semua bersurai...tp degil betul la dorang ni..x nak bersurai. Polis tu jerit...korang balik la..kang mati budak ni..satu hal...sesak napas kang.

Wahai makhluk yang bernama manusia. Korang ada akal diberi allah untuk berfikir. Budak tu dah dirasuk setan..cukup-cukup la. Yang korang nak jadi setan tu apahal! Adoiii...sedih aku tengok nasib budak tu.

Korang fikir-fikirkan lah....

3 comments:

bibu said...

a'ah mmg buduh...aku pon smlam lepas tol batu 9 tu tetibe jam...cyclist sume kumpul2 kat tepi na ktgk pe dia...aku pon naik...naik heran pesal ni..nak kate xciden tade kete ke ape..aku rase byk yg kaki sibuk..abg aku pon nak benti..aku ckp..tade benti2..jln trus wat kasi kete hon je..jem!

ai said...

Isk!! giler arrr...sib bek polis dtg cepat kan? biasa kes2 bunuh2 tu camni le agaknye..balun punye balun, sampai putus nyawa! huhuhu

Eda said...

isskk...jgn mare2 kak sue..raya2 ni..sabo..hehehe... sebab dorang bodoh la dorang wat cemtu..tapi agaknya mmg budak tu buat something yg melampau kot tu yg dorang belasah sakan tu kot...org tengah marah kan...emosi di luar kawalan..mintak jauhkan jela..