Wednesday, November 26, 2008

-:-Alya Admitted to Ward-:-

Sabtu kelmarin,alya main dengan elok jer. Time tu aku dah rasa badan dia macam dedar. Tengah malam tido dia merengek-rengek. Bila aku check suhu badan dia,sah alya demam. Aku tengok jam,kul 1 pagi. Ahad siang tu aku bagi ubat demam,makin lama badan dia makin panas tapi kaki tangan sejok. Aku pun tidokan alya dalam kul 10 lebih macam tu. En.somi lak takde,buat keje luar. Aku pun tak sihat sangat,so aku tido sebelah alya. Dalam kul 2 macam tu,alya bangun. Aku masih baring sebelah dia. Konon-konon aku tido,alya kejutkan aku suh aku bangun. Aku bagi susu,pastu rasa badan dia..panas. Aku pun nak lap badan dia. Masa aku lap kat kaki dia,tiba-tiba dia menangis. Time ni aku dah panik gila..huhu.Aku rasa kaki tangan dia sejok,pastu aku tengok kaki,tangan,muka dia dah biru...huwaaaaaaaa. Aku panik gileeeeeeeee!!! Terus aku call akak aku tanya macam mana nak buat. Akak aku time tu pegi kenduri dengan ayah aku. Terus ayah aku datang umah aku,bawa pegi klinik.



Aku pun call en.somi bagitau keadaan alya. Bila alya dah sedar skit,aku mandikan dia. Lembik gile alya..aku dah menggigil satu badan...huwaaa.Ni pertama kali jadi kat aku. Akak aku cakap alya nak kena tarik tu. Cepat-cepat bawa pegi mandi. Bila ayah aku sampai,terus pegi ke klinik yang biasa aku pegi tu. Doc check suhu semua..37.9 C. Then aku citer apa yang terjadi. Doc cakap sebab panas sangat. Doc masukkan ubat bontot. Kalau demam tak ok lagi,bawa klinik balik.

Sampai je umah,alya macam biasa. Masih aktif,kemas sana,kemas sini. Macam orang tak demam. Bila malam,dia masih main-main lagi. Sampai keluar peloh bagai. So aku pikir alya dah sihat. Demam pun dah kebah. Kul 10.30 macam tu,en.somi tidokan alya. Aku pun tido gak sebab penat dah siang tu melayan alya. Dalam kul 11 macam tu,alya merengek-rengek. Aku bagi puting,dia diam. Pastu merengek balik. Aku rasa badan dia,sah demam balik. En.somi pun masuk bilik tengok bukak lampu tengok alya dok merengek-rengek. Bagi susu tak nak,pastu en.somi pegi dapur ambik besen & tuala nak lap-lap badan dia. Masa en.somi pegi dapur tu,aku tengok kaki,tangan dah biru pastu alya macam dah nak kancing gigi..huwaaaaaa. Aku jerit en.somi sekuat-kuatnya. Memang panik gile time ni..huhu. Aku bukak baju alya,kasi dia mandi skit. Pastu dia punya menangis..mungkin sebab sejok. Ye la..panas dalam badan,bila dah kena air..terasa la sejok tu. Terus en.somi cakap,kita bawa hospital. Aku terus bersiap apa-apa yang patot. Sampai HUKM kul 12.30..terus ke Emergency. Syukur alhamdulillah,aku tak tunggu lama,2min kemudian doc dah panggil. Keadaan alya masa tu dah pinky balik. Doc pun ambik darah alya,melalak la kejap. Doc tu tanya itu la,ini la. Aku rasa macam nak sekeh je doc pompuan tu tau. Aku dah panik,mana nak ingat macam mana jadi..pastu leh main gelak-gelak je. Betul-betul menguji aku. Dalam 1/2 jam tu,doc cakap kena admitted nak investige,takot dia kena tarik balik.


Pukul 1.20pagi,alya admitted. Nes tunjuk katil,suh tunggu..jap lagi doctor datang. Sambil-sambil tu alya spot check ward. Doc kat ward datang,tanya soalan yang sama macam doc kat emergency. Aku pelik gak doc yang baru menjadi doctor ni. Macam Sengal! Ingat aku saja suka-suka nak datang hospital kot. Geram tol! Aku mana la tau itu sawan ke bukan. Yang aku tau,anak aku sakit ok. Malas aku nak citer pasal doctor-doctor tu. Dah abis interview,alya pulak tak nak tido. Syukur dapat suami yang bertanggungjawab,dia la melayan alya kesana kemari. Dalam kul 3 lebih baru alya tido,en.somi pun tido kat ward gak. Tapi aku tak boleh tido,risau sangat-sangat takot jadi apa-apa. Alya pulak bila dia terjaga,dia tido sorang-sorang..dah tak nak tido. Aku panjat katil dia la tido sekali..baru la alya nak tido. En.somi tido atas kerusi jer..sian ayang aku. Aku suh en.somi tido kat belakang,ada sofa leh baring situ. Aku tido-tido ayam je time tu. Dalam kul 5lebih,alya merengek pulak. Susah hati aku tengok alya macam tu. Tepok-tepok,baru tido balik. Dalam kul 6 macam tu nes datang cek suhu & tekanan darah. Nes cakap tak demam,aku rasa badan alya pun memang tak demam. Dalam kul 9 lebih macam,tiba-tiba lak suhu badan alya naik tinggi..huhu. Kebetulan lak masa tu doc pakar pun ada round sekali. Ada 3,4 orang doc tengok alya. Doc pakar tu suh pantau lagi. Then rasa badan alya pun memang demam. Doc pead tu pesan,kalau anak tiba-tiba nak jadi tarik...buat macam ni. Ngiringkan badan ke kiri, segala makanan yang ada akan keluar supaya tak sekat saluran pernafasan badan & fit tu akan berhenti sendiri. Lepas dah ok..bawa ke hospital.




Hari ke-2 alya kat hospital,dia amat-amat aktif walaupun masih panas badan dia. Ada doc pelatih yang merayau-rayau. Then tengok alya berlari sana sini. Terus doc pelatih tu cakap nak buat test development kat alya. Aku & somi iyakan aje. Suh alya buat macam yang doc tu buat,ambik barang la,ketok-ketok la,kacau sudu dalam cawan la. Semua alya leh buat,cemerlang tol...hehehe. Doc cakap perkembangan alya ni...budak 15bulan punya development. Alya very da advance. Time ni alya dah ok skit. Lega tengok dia takde nak kena tarik lagi. Malam-malam nes datang kejut aku bagi ubat,aku mamai je ambik...hahaha


Hari ke-3,alya dah recover skit. Tido pun nyenyak je,takde la merengek-rengek macam hari semalam tu. En.somi pun tido kat ward,sepatotnya tak boleh tapi en.somi nak tido gak. Sib baik tak kena halau..hehehehe. Alya bangun dalam kul 6 lebih,tu memang time dia la. Terus aku bawa alya excercise. Suka tol alya..hehehe. Round-round dalam ward kejap,kat luar kejap. Kul 7 lebih mandikan alya,kasi cun melecun..ekekekek. Kul 8.45 doc pead datang,tengok result air kencing negative,demam pun dah takde then doc cakap..Boleh balik la...suka tol aku dengar. Doc cakap,ingat yer kalau dia kena tarik nak buat macam mana. Aku akan sentiasa ingat pesanan tu.

13 comments:

Ibu Mifzal Arsyad said...

lor..siannya alya..wisau betul kalau anak deman..moga alya sihat sentiasa...

Mummy ILa said...

sori x dpt melawat. weekday paham jela. alhamdulillah alya dah sihat. syukurrr...

Rafizah Nordin said...

semoga alya semakin sembuh...

Bibu said...

alhamdulillah dah makin sihat ye!

KasiH said...

Lorr..ye ke...x tau pun..moga2 alya sehat sesehat sehatnya...aminn...

ai said...

Alhamdullilah..sib bek takde apa2. Riso sungguh! Syukur dah sihat. :)

ei_da.. said...

aduhai siannya tengok dia sakit....mesti su susah hati sesangat masa tu kan...

elly said...

ala shiannye alya... akan aku jadikan pengajaran gak... takot woo...

Eda said...

ermm wisau gak eh..demam klau panas2 sgt ni...yg bab tarik tu yg seriau je...tapi dah doc tu cakap cemtu..take note la pasni..in case happen lag ke kan..or sumone else kena ke... kesian sgt klau tgk budak2 demam nih...lembik je.... moga alya sembuh seperti biasa n cergas balik yer..insyaAllah..

shiemz said...

alaaa..sian alya... aku dah biase keadaan mcm nie... demam, batuk, slesema, semput... hadzeq dah 2,3 kali masuk warded... budak kalu bawah 2 thn mang gitu la... watever, cepat sembuh ye alya...

lemongrass said...

Sian nya dengar citer Alya kena admitted. Hopefully dia dah sihat sepenuhnya skrg.

Tinie said...

seriau jer dengar budak2 demam ni kan..hati ibu mana yg x panic..
syukur la alya xder paper..

ira said...

la... terlepas train aku nih. apa pon syukur sesgt Alya dah sehat... skang ni giliran aku ngn Insyirah lak demam....aku sampai dah ilang sore...kakak leh main lagi...budak2 la katakan...demam pon tetap cergas