Monday, November 17, 2008

-:-Balik Semenyih-:-

Sabtu kelmarin aku balik semenyih. En.somi lak ada keje nak buat kat shah alam so lepas en.somi balik,kami pun berangkat ke semenyih. Tu pun dalam jam 8 lebih baru bertolak. Takpe la,asalkan balik. Kakak aku pun balik gak,kebetulan dia pun baru abis pantang. Hari ahad pagi alya dah bangun,kul 6.30 dah kejut aku tapi aku tak bangun,so alya pun golek-golek dulu..hehehe. Dah kul 7 tu,aku pun bangun,en somi cakap jom cari sarapan. Terus turun bawah bersiap-siap dengan alya. Sampai pasar,ramai tol manusia. Aku pun membeli lauk untuk makan tengahari punya. Macam-macam ikan ada,pening nak beli apa..ekekek. Then aku tengok lala,lama tol tak makan. So aku pun beli lala 2kg,ikan kembung 2ekor,sawi,cendawan & fisball. Sarapan lak beli kuih muih,nasi lemak,meehon goreng then terus balik.

Tengaharinya aku pun memulakan projek dapur aku..ekekek. Lala aku buat masak cili,ikan kembung goreng jer,sawi lak aku buat sup. Ngam-ngam kul 12 aku dah siap semua. Then ajak en.somi makan. Berselera tol..ekekekekk. Bila semua dah kenyang,mula la nak cari bantal..hahahaha. Kebetulan lak time tu alya tido..senang nak buat keje. Dalam kul 1 lebih alya bangun,dia pun memulakan operasinya seperti biasa. Rumah ayah aku ni,2 tingkat. Perghhh,alya dah start meround rumah wan dia dah. Rumah aku & mil aku xde tangga. Sampai umah ayah aku,alya punya la excited. Alya dapat panjat tangga umah ayah aku sampai ke atas. Adoii..kena la aku jaga belakang dia. Dah reti naik,x reti nak turun...hahahaha. Lotih mama tau. Tengok je la video alya panjat tangga,punya la laju.


video

Petang skit boring-boring,ajak en.somi pegi pekan. Round-round tengok basikal untuk alya. Hari lak nak hujan,apa lagi..dengan segera berangkat pulang. Then cari kuih muih lak..untuk minum petang..hehehe. Dalam kul 5 lebih,kami berangkat pulang tapi singgah ke rumah abang en.somi. En.somi nak tolong betulkan floor trap umah abang dia yang tersumbat. Buat punya buat,tak leh gak sebab dalam sangat lubang floor trap tu. Dah maghrib tu,tak leh gak. So en.somi cakap minggu depan dia try lak cara lain. Aku pun dah tumpang mandi-manda. Biras aku cakap,kita makan kat luar. Rezeki jangan ditolak..ngehngeh. Dah sudah makan semua,aku sampai umah dalam kul 10 lebih. Alya dah zzzzzzzz..kepenatan bermain..ekekekek. Itu la kisah minggu ini,balik ke semenyih.

8 comments:

nasz said...

elok la kita balik kg melawat org tua kita sementara dorg masih ade...

Ibu Mifzal Arsyad said...

pandai nya alya naik tangga...cepat tul perkembangan alya kan sue..baru 10 bulan tuh..

ctm-cak'on said...

amboi alya, sakan na panjat tangga! meh panjat tangg umah untie yam lak, sure kepenatan yg t'amat sgt, hehe...

mummy-izz said...

amboi...lajunyeee...

ai said...

amboii...sakan ngko balik kg ye..sonokkan? aku pon balik gak.

kasihatie said...

sakan betul jalan yer.

expert giler alya panjat tangga.risau gak.tkt terjatuh kan.hehe

Bibu said...

oi..g Semenyih tak kol aku...leh singgah umah aku

Eda said...

wah lasak sungguh si alya..main lak ngan lelaki ..wahahaha...nasib baik umah ko takde tangga..klau tak..jenuh nak tgu je bawah tangga..ekeke