Tuesday, December 02, 2008

-:-Pewaris-:-



Ni la makanan tenghari aku hari ni. Ikan talapia merah cili api + ulam pegaga + kuah masak lemak ikan kering,semua RM3.50. Hari ni tapau je,malas nak makan kat kedai sebab makan sorang-sorang tapi selalu pun aku makan sorang-sorang..hahahaha. Kalau makan kat office,satu kelebihannya boleh makan dengan menggunakan tangan. Kalau makan dengan tangan,nikmatnyaaaaaa tak terkata...hingga menjilat jari le..hahahaha. OK..aku bukan nak bercerita pasal makan ni yer. Aku nak citer pasal pewaris or penama.

Aku nak berkongsi dengan korang pasal pewaris or penama ni. Semalam akak & abg ipar aku datang ada sebab. Nak bercerita pasal insuran. Disamping tu,abg ipar aku bercerita la pasal semua jenis tuntutan. En.somi tiba-tiba tanya pada abg ipar aku berkenaan Hiba'. Aku tak pasti ejaannya macam mana k..belasah je la..hahaha. Hiba ni macam pengurusan harta la. Benda ni timbul sebab lepas kematian ayah mertua aku, mak mertua aku & anak-anak dia sedang menguruskan harta arwah ayah mertua aku. Sekarang ni abg ipar aku (abg kepada somi aku) menguruskan segala hal dokumen yang diperlukan. Masalah timbul bila semua harta-harta ni diuruskan oleh Amanah raya. Dokumen yang diperlukan seperti surat nikah mak mertua aku yang kahwin pada tahun 1968. Korang bayangkan,mana nak cari surat nikah tu. Zaman dulu kan tulisan jawi jer. Dah tu macam kertas kecik je..tu takpe lagi. Dorang mintak pulak dokumen sijil kematian ibubapa ayah mertua aku, mane la nak cari tu. Abg ipar aku cakap bayaran untuk pengurusan tu deposit RM300. Bila dah settle semua,Amanah Raya akan tolak lagi segala kos yang dah buat. Sure yang akan dapat nanti sikit jer. Yang menjadi hal sekarang ni,abg ipar aku tu cakap min boleh dapat harta tu selepas 18bulan..paling maximum 5tahun. Geleng kepala je aku dengar.

Aku nak sampaikan sikit info untuk korang. Kalau korang ada harta,tak kira la harta apa-apa pun contohnya macam rumah,duit dalam bank..sebaiknya korang buat la penama. Ayah mertua aku ni banyak gak la harta yang dia ada. Ye la orang kampung dulu-dulu kan banyak tanah. Kebetulan sebelum ayah mertua aku meninggal,tanah kat kampung dah jual. Kalau la tanah tu tak dijual,aku tak tahu la berapa tahun pulak baru dapat. Kalau ada simpanan dalam ASB,sila la pergi PNB tu isi borang penama. Kalau xde penama, akan jadi macam harta arwah la. Bukan banyak pun dalam simpanan tu tapi sebab xde penama maka Amanah Raya yang tak berapa raya la uruskan. Cepat-cepat la pegi buat penama untuk harta korang yang berkepok-kepok tu ok. Letak la nama anak korang ke,or relative la. Ohh yer...korang dah buat penama kat EPF ker?? Sila la berbuat demikian yer & somi korang dah letak penama korang & anak tak??? Jangan pandang ringan isu ni k. Sekarang ni keluarga ipar aku tengah merasa kesusahannya yang tak pernah terfikir. So aku rasa tak salah berkongsi dengan korangkan. Renung-renungkan lah.

Adiosss

12 comments:

~Eila @ Along~ said...

mmg betul kak sue..penama penting..kalo tak..bakal lebur le..sian pewaris tak dpt faedahnya..

Nur Syafawati said...

u r rite sue!!! aku sokong..aku pun nak wat la pewaris ni..hehehe.tq for remind yerk..

kirana-ummikmal said...

a`ah...betul...
family belah mak aku dah kena mcm ni...
ayah sedara eman meninggal ..sampai skrg dah 15 bulan harta x diagihkan lg!!! pada yg berhak....
aku kena g epf....nama blom tukar lagi...nama anak aku x masukkan lg..
laki aku pun lom buh nama aku kat epf dye!!~ dulu dye buh nama arwah mak ngana dik dye!!~
aku mesti bertindak skrg sblom ape2 terjadi!!~

nasz said...

ye la kak sue, btl tu. kita kena letak penama untuk semua harta yang kita ada, tak kira la sikit or banyak. aku ni EPF tak de masa lagi nak letak penama. ish, kena buat secepat mungkin ni...

~~ciklinn~~ said...

pergh sedap tu lauk...sedap woo talapia cili api..

itulah pernah gak jadi pada pakcik aku....yg bangang sagtkan AMANAH raya yug tak raya tu cajj giler2... dahlah kata uruskan harta org tapi diorg lak yg nak menghabiskan harta org...

hhhhuhuhuh aku nak ceklah kalau2 laki aku lom tukar nama aku sebg penama wakakkakakk

ZiE said...

nyummy menu kak sue ari ni

ieda said...

ieda dulu pun masa arwah abah meninggal memang abg2 yg uruskan nmpk susah pasal nak kena surat nikah mak..pastu turun naik mahkamah pasal nak tukar nama hak milik pd harta benda..tp x lah sampai bertahun2..sempatlah ieda merasa pakai duit tu ms belajar dulu...ye lah arwah abah pegi ms tgktn 4..

noreen-bulan said...

betui cakap kak sue...
reen mmg dh buat...
kawen je dh terus buat...
semua harta amir atas nama reen..huhuhuu
reen nya atas nama mama + amir

Eda said...

aah kak sue..Amanah Raya ni mmg byk songeh ..nak tu la nak nila...pehtu lembap poses dier... tau 2 nanti jadi hak milik dorang je..cilake je..huhuh...yg mana yg leh wariskan dulu mcm EPF ke insurans ke ..better wariskan eh..nanti sian istri n anak2..

iswatie "colours of life" said...

sue..sian alya admitted wad hr tuh. nih dia dah ok ka?

Tinie said...

betul ko ckp..aku xder hrta pun..tp epf lom ltak pewaris..klu akubdi takdirkn x pnjg..amanah raya la yg untung

melaty said...

kak sue..aku pung baru jerr berangan2 nak p kwsp tu nak cwk penama dah de kebelom....harta plak ... aku de gak lah tanah setapak umah pemberian arwah ayah tuh.....sop3x....cite pasal2 harta nie rase sedey plak.... :"(