Monday, December 15, 2008

-:-Weekend yang Boring-:-

Speechless.

No word can describe my feeling sekarang ni. Teramat blur..why?? Sebab internet kat office buat hal. MD lak masuk hari ni,pagi-pagi sampai je office..HR manager dah cari aku. 'Sue..internet tak boleh,bos punya also cannot'. Haihh..lom duduk lagi dah suruh aku buat keje. Aku call TMnet..dorang cakap sistem ok tapi kenapa tak boleh acces lak. Lampu ADSl menyala,kat sistem dorang kata xde connection dari office aku. Apa kejadahnya la dorang ni. Aku call technician office,dia datang buat pun tak boleh. Tengok pc,line tenet semua ok tapi masih tak boleh access. TMnet kata semua ok,sistem takde down. Dah sejam setengah buat tak boleh gak,tech dah fed up,aku pun fed up. Call TMnet balik,dorang buat report. Tu je la penyelesaian,tech tmnet akan datang dalam masa 48jam. Aihh..2hari tu beb. Tup-tup,dah tengahari tadi,project department nak email tapi tak boleh..so suruh aku burn dalam CD dr Lynux. Aku mane la reti lynux tu,suruh senior aku buatkan. Dia nak masuk webmail,sekali tengok tenet dah boleh. Sah le TMnet streamyx down. Geram betul aku,bila tanya kata semua ok. Tensen tol.



OK..lupakan pasal tenet kat office aku ni. Nak citer pasal weekend yang membosankan. Suppose last sunday aku & somi plan nak ke kenduri kahwin,kenduri aqiqah & birthday party. So aku pun bangun la seawal mungkin. Alya dah tolong kejut aku pagi-pagi. Dah tak payah guna alarm clock dah sekarang ni. Alya la alarm aku..hahahaha. Pagi ahad tu aku mengemas rumah la,basuh baju bagai. Pagi tu pulak somi dah sakit kepala katanya so dia makan actifast & sleep inside the room. Aku tutup pintu sebab alya dok panjat katil kacau ayah dia tido. Aku pun mengemas le dengan alya bagai. Alya tolong kemas gak..adehh. Lebih kurang pukul 11 en.somi bangun,nak g kenduri dulu katanya. Kebetulan lak alya baru tido so en.somi pergi kenduri sorang-sorang. So aku tunggu kat rumah je la. En.somi cakap kul 1 kang dia balik. Dah siap keje rumah,aku melepak tengok tv dulu sambil melipat kain. Tup-tup ada orang bagi salam,terkejut aku,rupanya en.somi sebab dia pakai helmet..tadi pegi naik kete..tu aku terkejut. En.somi cakap ada hal kat office dia,flow switch rosak lak. Dah kol member lagi sorang tak angkat-angkat. Aku angin je dengar. Dah somi aku kena pegi tengok.

Korang tengok jam pukul berapa tu?? Aku bajet sekejap jer. En.somi sms aku,'sayang..maybe kita tak boleh nak kemana-mana. Huwaaaaaa!!! Tensen aku tau. Aku dah gosok baju semua tau. Aku bagitau le en.somi dah siapkan alya. Dia cakap cuba suruh kontraktor siapkan cepat. Wahh..ada harapan lagi ni. Pukul 2 lebih en.somi sms aku balik. Sayang..tak dapat la nak pegi,kontraktor lak takde barang. Aihh..geram betul aku. Sampai alya tido balik le,tunggu ayah dia tak balik-balik. Sakit je hati semalam. Dengan aku tak makan nasi,nak beli lauk hari lak hujan. Aku masak maggi tapi tak lalu nak makan. Petang tu aku buat jemput-jemput ikan bilis. Semalam duduk rumah dengan alya,macam-macam terjadi. Aku sidai baju kat luar sebab kat dalam lambat kering. Tenghari tu macam nak hujan,so aku akan kain kat luar. Alya lak sibuk kat nak kuar. Masa aku nak kunci pintu grill,aku dengar alya menangis. Rupanya jari dia terkepit kat tepi pintu grill tu. Adoii..melompat la aku kejap. Aihh..kenapa la alya letak tangan kat situ?? Mama tak perasan la..huhu. Jatuh tak yah cakap le. Lasak betul anak aku ni..huhu. Orang tua kata,time budak lasak takpe,dah besar nanti takde la lasak..aminn..harap macam tu la..ekekekek.


Lebih kurang pukul 8 en.somi sampai rumah. Frust sesangat..huhu tapi nak buat macam mana kan..dah kerja. Aku suruh en.somi beli burger je untuk aku sebab dah takde selera nak makan nasi. Nasib baik kerja rumah semua dah siap. Lega! Baju semua dah gosok,dah lipat,rumah dah kemas. Kerja rumah ni sampai bila tak abis..ekekekek. Selamat menempuh alam mengemas selalu..hahahahaha.

Adios.

No comments: