Monday, August 25, 2008

-:-29-:-


24Ogos 1979...tarikh tu aku lahir...bersamaan dengan 30 ramadhan..tahun islam tak ingat...hehehe. Hubby aku bawa aku berjalan sakan..suka aku. Hari semalam hujan turun dengan lebatnya...dah pukul 2 lebih..hujan dah reda skit. So aku & hubby rush keluar..kang lambat-lambat lagi lebat. Destinasi pertama aku ke sg buloh. Kat sana pun hujan...aku tak lama kat sana...pastu terus ke pwtc..tengok expo hartanah...then pergi pavilion lak...pastu g giant.

Hari semalam...genap umur aku 29 tahun. Tahun depan dah ke angka 3. Takpe la..usia bukan pengukur segala-galanya..yang penting aku bahagia bersama keluargaku. Hubby aku,ayah aku,adik aku,adik angkat aku,akak aku & kak ai..tima kasih atas doa kalian
& kawan-kawan yang lain...tima kasih yer.

sekian untuk kali ini..

Wednesday, August 20, 2008

-:-Hanya Dia-:-




Syukur Alhamdulillah,alya dah sihat. Ni aku snap pagi tadi. Alya dah kembali seceria dulu...yepiii!! Cacar kat badan dia dah kurang,campak pun dah takde. Lega semua dah beransur pulih. Begitu juga aku..syukur alhamdulillah. Walaupun tak sepenuhnya tapi lega la dapat bersama anak & teman-teman sepejabat.
Kembali berkerja,amat memenatkan. Duduk rumah pun boring jugak...hehehe. Alya dah semakin ligat..sampai tak menang tangan nak pegang dia. Kalau duduk dalam walker, dia tonggeng-tonggeng nak keluar..adoii anak mama ni.

Selera makan alya sekarang bertambah. Masa alya tak sihat pun,nasi tetap makan. Selagi alya berselera,aku bagi je makan. Hari ni alya dah 8bulan. Pagi tadi aku bawa alya check up..berat alya turun skit 7.65kg..tinggi alya 77cm(30"). Takpe...take time nak recover balik. Anak mama ni dah makin lasak...abis dia panjat sana sini.

Mama & ayah always love alya...forever.

Saturday, August 16, 2008

-:-IBU-:-

Cont'd
Aku ingat aku la yang sakit terok,rupanya ada orang lain yang lebih terok dari aku. Aku bersyukur sangat-sangat..huhu. Hari ke-3 aku di ward..seorang makcik meninggal sebab kanser usus. Dia meninggal keseorangan...SEDIH! Anak-anak tiada disisi. Kebetulan malam tu,dia sakit sangat-sangat..meraung-raung memanggil nurse tapi hampa!
Seorang nurse pun tak datang! Kesian makcik tu,setelah berkali-kali panggil baru lah nurse menunjukkan muka. Geram sangat aku..semua kat ward tu tak leh tido sebab dengar sore dia...katil dia pun tak jauh dr aku..selang 3 katil. Mustahil nurse kat depan tak dengar sebab pesakit kat belakang boleh dengar. Kalau tak nak jadi bantu pesakit,jangan jadi NURSE! Nurse tu keje mulia. Pagi-pagi tu aku tengok ramai doc kat katil makcik tu tapi dah terlambat. Then aku cakap kat nurse pagi. Kenapa yer nurse malam sombong-sombong? Dia tanya kenapa..aku citer la kisah makcik tu. Kebetulan doc pakar yang rawat aku tu ada..nurse tu suh aku citer kat doc tu,kat ketua jururawat pun aku citer. Tu kisah nurse yang pemalas. Ni aku nak citer lak pasal `IBU'. Bila aku kenangkan makcik tu,kesian sangat. Bukan takde anak..ada tapi anak-anak hanya akan datang kalau mak dia bagi duit. Ya allah..takde hati perut punya anak. Tak kesian ke..takde rasa sayang ke pada mak yang telah melahirkan kita.


Bila aku dah menjadi seorang ibu,baru aku paham apa itu erti kasih sayang,cinta seorang ibu pada anak. Mungkin ada antara kita yang leka dalam mengejar duniawi. Kenapa kita alpa pada kedua ibu bapa kita? Sementara dorang masih ada,rajin-rajin la jenguk dorang. Dorang tak mintak wang ringgit..cukup lah sekadar bertanya khabar berita..berkumpul bersama dorang. Aku rasa..itu saat yang didambakan oleh orang tua kita. Saat ini,rasa pilu,hiba,sedih bersarang dalam hati aku. Seronok menjadi seorang ibu ni. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. 2 minggu lepas alya sakit. kena chicken pox..pastu aku lak kena apendiks. Dugaan maha dugaan datang. Lepas chicken pox dah kering..alya kena demam panas lak lepas balik melawat aku kat PPUKM.
Aku pun demam hari yang sama. Kesian anak mama. Hubby aku cakap,merengek jer. Aku kat hospital dah risau sangat-sangat. Tak sabar dah nak balik cepat. 3 hari aku kat PPUKM,balik je terus cari alya tapi aku sedih sangat hingga menitis air mata aku. Alya langsung tak nak kat aku. Aku panggil dia berkali-kali,berpaling pada aku pun tak. Merajuk sungguh anak mama ni. Bila dah malam,tido dengan dia..dia bangun tengok aku ada sebelah..baru la dia nak. Tu baru 3 hari..kalau seminggu...tak sanggup rasanya berpisah lama-lama dengan alya. Lepas dah baik demam 4hari...alya kena demam campak lak. Ya allah..besar sungguh duagaanmu namun aku redha. Takpe la..aku bersusah payah untuk zuriatku sendiri. Moga bila dia dah besar,dia akan kenang jasa ibu & ayah dia.

Mengenangkan ibu aku yang dah lama pergi. Aku tak sempat nak berkhidmat pada ibu sendiri. Aku tak dapat nak gambarkan kepiluan hati aku ni. Sekarang ni, aku masih ada ayah & mak tiri. Pada ayah aku,aku abadikan diri aku untuk ayah aku. Sementara hayat kita masih ada,masa ni la kita perlu membalas budi kedua ibu & ayah kita. Bila dah jadi seorang ibu ni

Aku teringat lagi, tahun 2003. Ayah aku kemalangan yang hampir meragut nyawa dia. Saat tu, aku rasakan dunia aku dah berakhir. 6 hari ayah aku koma,aku tetap setia menanti ayah aku di luar ICU. Siang malam aku hanya duduk di Hospital. Tak sanggup aku nak tinggalkan walaupun sesaat, aku jadi terlalu takot untuk kehilangan buat kali kedua. Aku belum puas menikmati kasih sayang seorang AYAH. Selagi terdaya,aku akan terus berkorban apa saja untuk ayah aku. Satu ketika,masa ayah aku kat rumah terjadi sesuatu. Kebetulan aku bersiap-siap nak pergi keje. Masa tu aku nak mandikan ayah aku. Tiba-tiba,ayah aku berhenti bernafas. Muka pucat lesi..nafas dari hidung & mulut..langsung takde. Aku menjerit-jerit macam orang gila memanggil ayah!ayah!. Namun tiada suara...aku menangis saat ni. Waktu tu,aku ingat ayah aku dah pergi untuk selamanya. Tba-tiba ayah aku mendengus. Ayah aku tanya apa yang berlaku. Ya allah...aku bersyukur ke hadratmu Ya allah kerna memanjangkan umur ayah aku...Amin.
Untuk ibuku...moga kau bahagia disana...huhu

Thursday, August 14, 2008

-:-When I'm Sick-:-

Pada 9hb Aug lebih kurang jam 2am, aku mengalami sakit perut yang amat. Tak dapat nak gambarkan sakit tu macam mana. Maha sakit macam nak beranak..huhu. Air mata aku tahan, mengenangkan mungkin sakit biasa tapi lama-lama...makin sakit. Aku tertongeng-tonggeng menahan. Hubby aku bagi ubat angin tapi masih sakit. Aku muntah-muntah & cirit Birit. Aku sakit sampai la ke pagi..then terus hubby aku bawa ke HUKM. Disana aku menerima rawatan..sebelum berjumpa doc..aku diberi satu injection menahan sakit tapi masih sakit..then doc panggil masuk untuk pemeriksaan. Doc cakap aku kemungkinan kena appendiks..so doc ambik darah aku & urine test.

Aku terus ditahan di ER...terbaring keseorangan...sepi!Hubby aku setia menunggu diluar. Aku rasa..aku la pesakit yang memang muka tak malu...kahhhh sebab apa tau..dah le aku duduk bawah Vent..sejok yang amat..then doc datang check..aku tanya doc..boleh slowkan aircon tak...kahhhhh...dia suh nurse kasi lagi satu blanket kat aku...tapi sejok jugak...dr kul 8.45 aku admit kat ER...doc masukkan air...sebab aku tak boleh nak makan atau minum. Bila nurse datang je..aku tanya..nurse..mcm mane sy ni..fed up giloss tunggu...jam lak dah menunjukkan pukul 10.20..ya allah...punya la lama...aku ingat baru kul 9 lebih. Then datang doc...dia check-check aku, doc ni pun suspect aku apendiks. Opss...lupa lak..ada citer kelakar...kahhhh. Before aku admit kat ER...doc lelaki yang rawat aku...hehehe..hubby aku cakap..macam nak sepak-sepak jer bila dia bercakap..wakakakak..bukan apa...doc yang rawat aku mula-mula tu.. memang bagus. Dia terangkan semua fact tentang sakit. Semua dia tanya aku... mengandung ke tak?? Ishkk...baru lepas bulan mengambang..nak ngandung mende doc oii...hahahah..yang kelakar..doc ni...doc lembut..dengan slang dia...hehehe..ok.. abis dah citer pasal doc lembut tu. Berbalik dalam ER..aku rasa...dah 5 ke 6 doc datang cek aku. Sorang doc pompuan cek aku,dia kata mungkin apendiks..klu worse kena operate!Dengar je operate...dup dap dup dap dah aku...huwaaaaaaaa. Tak sanggup rasanya kena operate lagi. Aku tanya xde alternatif lain ker...jawapannya..TIADA kalau dah terok...takot kalau lambat..pecah dalam..huhu. Then datang doc Arab (aku rasa la sebab muka dia macam org arab-Hensemmm)dia cek aku,dia bagitau..ujian darah aku menunjukkan semuanya ok. Urine test ada problem skit..katanya ada infection,mungkin food poisoning..then doc tu decide aku kena admit ward. Bila doc arab ni bagitau aku yang mungkin aku tak kena apendiks..terus aku pikir alya kat rumah..sian anak mama...chicken pox tak baik lagi..mama pulak sakit. Terus aku jumpa doc arab tu aku cakap aku tak nak admit ward sebab aku ada baby kecik. Doc arab suh aku tunggu ketua dia. Dalam 15min camtu..ketua dia datang..hensem gak...wakakakak. Dia check aku dulu...pastu dia tengok aku bersila..dia cakap mungkin bukan apendiks. Dia bagi aku balik tp kalau sakit lagi terus datang,jangan tunggu sampai esok hari.

Tengahari aku balik,makan sikit then makan ubat yang farmasi bagi..paracetamol. Lepas makan aku tido tapi perut rasa sakit lagi. Pukul 5 lebih aku bangun,perut masih sakit yang amat. Aku rasa perut aku keras sangat...huwaaaaaa tak tahan sangat time tu. Hubby aku berkeras nak bawa HUKM balik tapi aku cakap nanti dulu. Lebih kurang kul 8..memang tak leh tahan dah. Hubby aku antar alya kat umah SIL aku. Then terus ke ER HUKM. Sampai sana jer...terus register nurse terus tolak aku kedalam..tak yah nak tunggu-tunggu turn. Dah masuk dalam ER,kena ambik darah lagi. Sakit siot cucuk-cucuk ni...huhu. Nurse yang cucuk lak tak jumpa urat..tau je la urat tu bengkak macam mana. Then aku terbaring lagi kat ER,kali ni kejap jer sebab terus admit ke ward. Aku masuk ward dalam kul 12tghmalam. Sian hubby aku...dengan tak makan..sayang betul dia kat aku...huhu..aku pun sayang hubby aku gak. Malam tu aku tak boleh nak tido...perut sakit yang amat. Mengerang dalam kesopanan...kahhhh.
Doc datang cek aku...dia suh puasa,klu sakit confirm la apendiks. Perut aku sakit sampai ke siang...tengok orang lain makan & minum..sedih sangat coz aku tak boleh nak makan & minum...sib baik aku loss apetite. Siang ahad..doc pakar datang check aku. Dia tekan-tekan perut aku...ya allah..sakit bangattttt!!! Dia cakap memang apendiks..then terus arrange untuk operation. kebetulan lak hari ahad..OT room takde orang..jam 11pagi nurse suruh aku bersiap-siap,tukar baju untuk operate. Kebetulan hubby aku dah sampai...aku masuk OT Room 11.30pagi. Time ni...berdoa banyak-banyak..moga dipermudahkan perjalanan operation ni. Aku terus diusung ke bilik yang aku kena operate. Semua peralatan dah siap sedia. Pakar bius dah bersedia nak bius aku..dia masukkan ubat bius & ubat tido melalui jarum kat tangan aku..seminit je terus aku terlelap..langsung tak sedar...tertido..dibuai mimpi yang indah.

Bila aku tersedar...aku cuba membuka mata aku..namun amat payah sekali. Penglihatan aku amat-amat kabur...tapi aku paksa jugak bukak. Aku nampak jam didepan aku.. menunjukkan pukul 1 tengahari. Aku masih diberi warmer supaya badan aku tak menggigil. Untuk 1/2 jam aku masih dalam ruang menunggu OT Room..nurse nak periksa BP aku sebelum dihantar ke ward. Jam 1.45pm...nurse dari ward datang..bawa aku ke ward surgeri 2. Hubby aku & famili aku sedia menanti diluar bilik OT. Tak mampu untuk aku tersenyum sebab lalok dek ubat bius. Selamat akhirnya pembedahan apendiks aku ni..pembedahan ni doc masukkan kamera dalam perut aku. Ada 3 lubang kat perut aku. Satu kat pusat,dua lagi di kanan & bawah. Sekarang ni aku masih bercuti, aku harapkan semua kawan-kawan mendoakan kesejahteraan aku.

Bertemu dilain masa...


Monday, August 04, 2008

-:-PCM Gathering @ Tasik TitiWangsa-:-


Date : 3 Aug 2008
Venue : Taman Tasik Permaisuri
Theme : Red (Bull)
Time : 8.30 am

Aku joint gathering PCM ahad semalam...not bad gathering ni..makanan macam-macam ada..pilih jer...aku tak sempat nak rasa semua makanan...maklum la..tank aku kecik.
Gathering dengan PCM aku joint untuk pertama kali..sebelum ni..aku selalu buat gathering M.com...ekekekek...banyak jugak la web yang aku joint..tp antara yang aku aktif...PCM, WMC & M.com. Dalam dunia siber ni...seronok kita dapat kenal ramai kawan, lebih cari kawan dr cari musuh ... ye tak?? sapa mau..hehehe. Dalam berkawan-kawan tu...kadang-kadang...ada yang terguris hati...so give & take la..jangan kita selalu nak mencari salah orang lain..sedangkan..kita sendiri tak sempurna.


-:-Let Update-:-

Salam all...

Wahh..dah lama aku tak update blog aku sendiri...bukan tak nak...tak sempat...ekekekek
dengan fotopages la..dengan forum la..dengan kapet la...uihh...bz tol aku kat opis ni..
bz dengan tenet...kahhhhhhhhh...pasni...insya allah..kalau aku rajin...aku akan mengupdate
blog aku yg sempoi ni