Monday, September 22, 2008

-:-Selamat Hari raya-:-

Salam Aidilfitri untuk semua kawan-kawan yang beragama islam. Moga lebaran ini disambut dengan meriah dalam berserdahana.

Aku nak mintak maaf kalau ada salah & silap dalam berkawan secara tenet ni even tak kenal satu sama lain. Kalau ada kesempatan,datang la ke teratak buruk aku...bw biskut raya sekali...hahahahaha.

Aku nak citer skit pasal raya puasa ni. Tahun ni...genap la 15 tahun ibu aku meninggal dunia sebab kanser. Ermm...raya?? Bagi aku...lepas ketiadaan ibu aku...aku rindukan saat-saat bersama ibu aku. Saat buat kuih bersama,saat curi-curi makan biskut ibu ku...semua aku rindu...huhu. Mak aku meninggal pada hari raya kedua. Bagi aku...ermmmmm....(sedu)


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
(by exists)

Tentu korang biasa dengar lagu ni kan. Aku teringat dulu..arwah mak aku tak suka sangat lagu ni. Dia cakap...jangan dengar lagu ni. Rupanya...ada makna tersirat. Bila aku dengar...mesti aku menangis. Aku tak puas berkasih sayang dengan mak aku. Bila rindu...aku bayangkan, aku sedang memeluk dia padahal aku peluk diri aku sendiri. Tak terbentung rindu ni pada mak aku.

Pada sesiapa diluar sana..sentiasa la beringat pada ibubapa anda. Sesungguhnya,bila tiba saat kerinduaan itu...korang akan rasa satu kehilangan yang tak dapat digambarkan. Berbaktilah pada ibubapa kita yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Aku amat-amat merindui ibu....Al-fatihah.

-:-Hide & Seek-:-

video

Malam balik dr JJ...alya suka sangat. Main hide & seek dengan ayah dia..ekekekek. Punya la sakan anak banak....aku tengok pun tumpang gelak berdekah-dekah. Alya dah 9bulan semalam..macam-macam keletah dia dah sekarang ni. Kalau alya tengah pegang barang...aku ambik..dah pandai marah...hahahaha.. suka aku mengusik. Dah tu..dok sibuk nak berjalan...tak nak duduk dah sekarang ni. Kalau aku nak bagi duduk..dia keraskan kaki dia...hahahahaha.

Aku pulak tak sihat ni..kena flu. Dah berjangkit kat alya lak..adoii. Pastu gigi kedua nak kuar...lagi dia merengek..air liur menjejeh jer..makan pun x nak sangat. Sian anak mama. Dalam tak sihat, alya tetap aktif.

I love my family...ummmahhhh

Saturday, September 13, 2008

-:-Yahoo! Alya Walking-:-

video
Dalam minggu ni..alya amat aktif. Asyik berdiri & nak berjalan-jalan. Sekarang alya nak masuk 9bln 21hb ni. Mama very proud of you alya..Pasni leh main kejar-kejar dengan mama...hehehehe

Friday, September 12, 2008

-:-Alya World-:-


Kelmarin berbuka, alya pun sibuk nak buka. Aku minggu ni buka sorang-sorang.En.Somi balik lambat... Dengar azan je...aku pun buka. Alya dah kerling kat aku... hahahahaha. 'Mama ni...alya pun nak buka'..adehhh. Aku minum air & makan kurma sebijik je..pastu alya dah nganga mulut. Maka aku kena la layan alya.Kalau tak..dia menghuru harakan keadaan...wakakakak.




Malam tadi,aku kenen hubby aku...pegi JJ...sian en somi...penat dengan keje.Dah la balik malam...tapi aku nak ajak jugak. Bajet nak window je & beli kan alya CD JimJam & Sunny..untuk pancing alya. Kalau aku nak buat keje senang.Dia suka sangat tengok jimjam ni. Dah sampai JJ...aku pun round. Tengok poney,tengok anakku...haii..takkan tengok je. Tak leh tahan beb...wakakakakak. En.somi sound...'sayang nak beli borong ke??'..adehhh. Maka aku beli skit je la...hehehehe

Wednesday, September 10, 2008

-:-Fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan-:-

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru Malaikat di bawah �Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama �Al-Kauthar�."

Alhamdulillah, semoga semua yang beragama Islam dpt menunaikan solat Terawih dan mendapat ganjaran drpd Allah swt.

Tuesday, September 02, 2008

-:-Ayah+Alya+Mama-:-



Weekend lepas aku sekeluarga takde apa-apa planning. Aku ajak hubby aku pegi dataran tapi dia tak nak. Katanya serabut kalau ramai-ramai ni. So decide pegi jalan-jalan KL jer. Destinasi pertama aku ajak pegi Mid valley,nak masuk parking..perghh..berduyun kete. Gila betul! Langsung tak boleh nak masuk parking. Jalan ke Mid valley pun jem. Aku dah lama x pegi sana. Rupanya ada mall baru bukak. Patot la ramai orang. So cancel ke Mid valley,plan ke Sogo pulak. Masuk KL je, sama jugak..jalan jem tak hengatt!! Then hubby aku cakap,kita pegi alamanda la. Tak kisah la mana-mana..asal dapat berjalan..ekekekek. Sampai je alamanda,sama jugak. Parking penuh! Tensen tol...tapi dapat la parking kat tepi. Dalam alamanda,tok sah cakap la. Memang ramai sangat orang. Kebetulan ada mega sale. Aku takde la beli apa-apa pun. Opss...lupa pulak. Masa merayau kat Anakku,alya kenan kat bear. Namanya SAM..ekekek. So ayah alya belikan la.

Jalan punya jalan, dah penat terus ke destinasi lain pulak. Kitaorg ke Bukit Jalil tengok karnival Jualan borong tapi tak penuh lagi la kedai-kedai kat situ. Mungkin start minggu depan la kedai-kedai dah penuh. Rege not bad,murah jugak. Aku suka kedai-kedai baju..murah gile baju-baju kat situ. Rege paling mahal RM30. Memang berbaloi kalau nak beli.

Alya sekarang dah nak masuk 9bulan. Perkembangan alya amat menggalakkan...hehehe. Alya dah boleh berdiri & gigi pun dah keluar. Lasak dia,tok sah cakap la. Lotih beb! hahahaha..tapi sebab anak,layannnn.

sekian.