Friday, November 28, 2008

-:-Jawab TAG lagi-:-

Dapat Tag dari sya...TQ ekk. AKu akan sentiasa ingat ko..ekekekek.

Award ini datang bersama syarat-syarat berikut:




Aku tak mo memanjangkan TAG ni..cukup la sampai disini..hehehe.

Thursday, November 27, 2008

Wednesday, November 26, 2008

-:-Alya Admitted to Ward-:-

Sabtu kelmarin,alya main dengan elok jer. Time tu aku dah rasa badan dia macam dedar. Tengah malam tido dia merengek-rengek. Bila aku check suhu badan dia,sah alya demam. Aku tengok jam,kul 1 pagi. Ahad siang tu aku bagi ubat demam,makin lama badan dia makin panas tapi kaki tangan sejok. Aku pun tidokan alya dalam kul 10 lebih macam tu. En.somi lak takde,buat keje luar. Aku pun tak sihat sangat,so aku tido sebelah alya. Dalam kul 2 macam tu,alya bangun. Aku masih baring sebelah dia. Konon-konon aku tido,alya kejutkan aku suh aku bangun. Aku bagi susu,pastu rasa badan dia..panas. Aku pun nak lap badan dia. Masa aku lap kat kaki dia,tiba-tiba dia menangis. Time ni aku dah panik gila..huhu.Aku rasa kaki tangan dia sejok,pastu aku tengok kaki,tangan,muka dia dah biru...huwaaaaaaaa. Aku panik gileeeeeeeee!!! Terus aku call akak aku tanya macam mana nak buat. Akak aku time tu pegi kenduri dengan ayah aku. Terus ayah aku datang umah aku,bawa pegi klinik.



Aku pun call en.somi bagitau keadaan alya. Bila alya dah sedar skit,aku mandikan dia. Lembik gile alya..aku dah menggigil satu badan...huwaaa.Ni pertama kali jadi kat aku. Akak aku cakap alya nak kena tarik tu. Cepat-cepat bawa pegi mandi. Bila ayah aku sampai,terus pegi ke klinik yang biasa aku pegi tu. Doc check suhu semua..37.9 C. Then aku citer apa yang terjadi. Doc cakap sebab panas sangat. Doc masukkan ubat bontot. Kalau demam tak ok lagi,bawa klinik balik.

Sampai je umah,alya macam biasa. Masih aktif,kemas sana,kemas sini. Macam orang tak demam. Bila malam,dia masih main-main lagi. Sampai keluar peloh bagai. So aku pikir alya dah sihat. Demam pun dah kebah. Kul 10.30 macam tu,en.somi tidokan alya. Aku pun tido gak sebab penat dah siang tu melayan alya. Dalam kul 11 macam tu,alya merengek-rengek. Aku bagi puting,dia diam. Pastu merengek balik. Aku rasa badan dia,sah demam balik. En.somi pun masuk bilik tengok bukak lampu tengok alya dok merengek-rengek. Bagi susu tak nak,pastu en.somi pegi dapur ambik besen & tuala nak lap-lap badan dia. Masa en.somi pegi dapur tu,aku tengok kaki,tangan dah biru pastu alya macam dah nak kancing gigi..huwaaaaaa. Aku jerit en.somi sekuat-kuatnya. Memang panik gile time ni..huhu. Aku bukak baju alya,kasi dia mandi skit. Pastu dia punya menangis..mungkin sebab sejok. Ye la..panas dalam badan,bila dah kena air..terasa la sejok tu. Terus en.somi cakap,kita bawa hospital. Aku terus bersiap apa-apa yang patot. Sampai HUKM kul 12.30..terus ke Emergency. Syukur alhamdulillah,aku tak tunggu lama,2min kemudian doc dah panggil. Keadaan alya masa tu dah pinky balik. Doc pun ambik darah alya,melalak la kejap. Doc tu tanya itu la,ini la. Aku rasa macam nak sekeh je doc pompuan tu tau. Aku dah panik,mana nak ingat macam mana jadi..pastu leh main gelak-gelak je. Betul-betul menguji aku. Dalam 1/2 jam tu,doc cakap kena admitted nak investige,takot dia kena tarik balik.


Pukul 1.20pagi,alya admitted. Nes tunjuk katil,suh tunggu..jap lagi doctor datang. Sambil-sambil tu alya spot check ward. Doc kat ward datang,tanya soalan yang sama macam doc kat emergency. Aku pelik gak doc yang baru menjadi doctor ni. Macam Sengal! Ingat aku saja suka-suka nak datang hospital kot. Geram tol! Aku mana la tau itu sawan ke bukan. Yang aku tau,anak aku sakit ok. Malas aku nak citer pasal doctor-doctor tu. Dah abis interview,alya pulak tak nak tido. Syukur dapat suami yang bertanggungjawab,dia la melayan alya kesana kemari. Dalam kul 3 lebih baru alya tido,en.somi pun tido kat ward gak. Tapi aku tak boleh tido,risau sangat-sangat takot jadi apa-apa. Alya pulak bila dia terjaga,dia tido sorang-sorang..dah tak nak tido. Aku panjat katil dia la tido sekali..baru la alya nak tido. En.somi tido atas kerusi jer..sian ayang aku. Aku suh en.somi tido kat belakang,ada sofa leh baring situ. Aku tido-tido ayam je time tu. Dalam kul 5lebih,alya merengek pulak. Susah hati aku tengok alya macam tu. Tepok-tepok,baru tido balik. Dalam kul 6 macam tu nes datang cek suhu & tekanan darah. Nes cakap tak demam,aku rasa badan alya pun memang tak demam. Dalam kul 9 lebih macam,tiba-tiba lak suhu badan alya naik tinggi..huhu. Kebetulan lak masa tu doc pakar pun ada round sekali. Ada 3,4 orang doc tengok alya. Doc pakar tu suh pantau lagi. Then rasa badan alya pun memang demam. Doc pead tu pesan,kalau anak tiba-tiba nak jadi tarik...buat macam ni. Ngiringkan badan ke kiri, segala makanan yang ada akan keluar supaya tak sekat saluran pernafasan badan & fit tu akan berhenti sendiri. Lepas dah ok..bawa ke hospital.




Hari ke-2 alya kat hospital,dia amat-amat aktif walaupun masih panas badan dia. Ada doc pelatih yang merayau-rayau. Then tengok alya berlari sana sini. Terus doc pelatih tu cakap nak buat test development kat alya. Aku & somi iyakan aje. Suh alya buat macam yang doc tu buat,ambik barang la,ketok-ketok la,kacau sudu dalam cawan la. Semua alya leh buat,cemerlang tol...hehehe. Doc cakap perkembangan alya ni...budak 15bulan punya development. Alya very da advance. Time ni alya dah ok skit. Lega tengok dia takde nak kena tarik lagi. Malam-malam nes datang kejut aku bagi ubat,aku mamai je ambik...hahaha


Hari ke-3,alya dah recover skit. Tido pun nyenyak je,takde la merengek-rengek macam hari semalam tu. En.somi pun tido kat ward,sepatotnya tak boleh tapi en.somi nak tido gak. Sib baik tak kena halau..hehehehe. Alya bangun dalam kul 6 lebih,tu memang time dia la. Terus aku bawa alya excercise. Suka tol alya..hehehe. Round-round dalam ward kejap,kat luar kejap. Kul 7 lebih mandikan alya,kasi cun melecun..ekekekek. Kul 8.45 doc pead datang,tengok result air kencing negative,demam pun dah takde then doc cakap..Boleh balik la...suka tol aku dengar. Doc cakap,ingat yer kalau dia kena tarik nak buat macam mana. Aku akan sentiasa ingat pesanan tu.

-:-Award for The Day-:-

Dapat award dari adik syazana...TQ yer..hehehe. Terharu tol dapat award ni


TQ Atie...terharu hatiku ini..ekekekek. Lain kali kasi award yang betul-betul punya tau...hahaha

Saturday, November 22, 2008

-:-jOzaN-:-

video

Semalam tengah rilek dengan Alya & somi,sambil tengok tv. Mula-mula tengok katun,alya yang tengok yer..hehehe. Pastu alya dah start mengemas,en.somi tukar siaran..bukak channel 104.

Aku : Ayang..citer apa ni??
En.somi : (tekan info)..Jozan la sayang.
AKu : Hahh! biar la.

Aku & en.somi gelak pecah perut. Gila tol la kalau dorang berdua dia disatu padukan. Naik lenguh mulut aku gelak beb. Korang tengok tak?? Semalam punya topik,HIP HOP. Dah lama aku tak gelak macam semalam. Bagus tol la dorang berdua ni. Buat orang macam aku ni terhibur..ekekekek. Aku snap sikit je citer tu semalam. Kalau ada ulangan,korang tengok la...sure terhibur beb.

Friday, November 21, 2008

-:-Nur Alya Batrisyia 11 month-:-


Hari ni 21 nov 2008 genap la alya 11 bulan.Kejap jer anak mama dah besar,sedih gembira gak ni. Macam-macam keletah anak mama sekarang ni. Takpe la,mama layan kan je tapi jangan lebih -lebih ok. Alya sekarang dah pandai macam-macam. Bercakap tu macam perkataan mama,nen (nenen susu dia la),yaahhh, nanakk,walaupun sebutan tu tak jelas sangat tapi paham la jugak kan. I' very proud of her.

video
Semalam aku MC,dah mc buat keje rumah. Bila rumah dah sepah,memang tak menang tangan nak buat keje. Tenghari aku kasi alya makan,dia makan sendiri,tau je la jadinya macam mana kan...hahahaha. Lepas dah makan,aku mop lantai. Dia pun nak tolong mop sekali. Larat lak dia tarik mop tu..hahaha. Aduhh anak mama ni..rajin tol.

Monday, November 17, 2008

-:-Jom Tag-:-

Tagged~HP....dr adik syazana

Wakaka..ini second try pulak...ala,kasi 'can' la zana nak buat bnda2 cmneh..pasni confirm xkan buat dah..okayh,tagged kedua neh nak korek psl HANDPHONE..xpe2 yg mana dh kena tuh zana x suruh dah!masing2 nmpak cam tension je..ngeh2..okeyh,we start now~



1.Apa nama penuh korang?
Suraya Ahmad

2.Jenis hp yg korang pakai?
Nokia 3760

3.Body cover hp korang warna apa?
Gold

4.Apa kenangan pahit korang waktu ngan hp ni?
Bila orang gila sms aku.

5.Ada x perancangan nak beli hp lain?kalau ya,hp model apa pulak?
Ada. Yang gempak la..hahaha

6.Pada pndpat korang,hp ni apa kegunaan nye?
Untuk call,sms,main game,ambik gambo..mcm2 le

7.Apa yg korang x puas hati ngan hp korang?
keypadnya dah berbunyi

8.Kali terakhir hantar sms kt orang bila?Siapa?
Dengan e.somiku la..pagi ni.

9.Berapa kali hp korang jatuh?Ceritakan dgn ringkas..
Banyak kali..tambah-tambah alya yang pegang.

10.Waktu korang jawab soalan2 neh,kat mana hp korang?
Ada ni hah kat atas meja sebelah monitor

11.Bila start pakai hp?
since 1999

12.Ada x orang cemburu ngan hp korang tu?Kenapa agaknya?
Takde..wakakak

13.Berapa banyak hp dah korang guna?
Dah 5 kot.

14.Korang boleh x hidup tanpa hp?
Hp yang tak boleh hidup tanpa aku..wakakakak

Sekian.



Dapat tag dari suel:

WHAT IF YOUR EX SAID THESE TO YOU?

aku byak kali gak terserempak ngan ex aku pas aku kawen, maklum ler die kawan baik sepupu aku! tapi haram ler aku nak menegornye... siap sembang2 ngan laki aku lagi huhuhu... tapi kami x ler bermusuh... dulu, pisah pon cara baik... x de menda lah aku dendam pon ngan dia... kalo nie la soklan2 die tuk aku... ha dengor jawapan aku!

1. hi, how are ya?
sihat je

2. hey! you wanna go to mall?
x kosa!

3. i love you..
eee..yakkk

4. do you want some cookies??
xpe la..dah kenyang

5. can you take me a picture?
nak wat pe?? suh org lain la ambik. aku tak reti.

6. help me in my homework!
I tak reti la nak buat...Sorry

7. here's my gift to you..
susah-susah je.

8. let's just be textmates
no thanks!

9. do you want me to buy you an ipod??
ipod?? xpe la...my hubby mampu belikan

10.let's sit together in the bus
bus?? no thanks..i can get sakit kepala.

11. hi baby..
u call my dother ker??

12. you still cute..
cute?? wakakakak..dah jadi mother la...but TQ

13. i still love you..
I'm not! I love my hubby very much & thank god that i'm happy with him.

14. can i visit your house??
Erm...Visit my hse?? I dont think so.

15. do you love me??
Of course not OK.

Aku malas nak panjang kan..hehehehe.


TAG 1 1 - Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now. 2 - Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture. 3 - Post that picture with NO editing. 4 - Post these instructions with your picture. 5 - Tag 5 people to do this


Dapat tag dr wilda ... ekekekek. so aku pendekkan kat sini je ok..hehehe. maleh nak kasi tag ni kat korang..korang tengok je la muka aku yg ayu tu..muahahahaha


Ni award dr my very good pren...hehehe..geng m.com. Macam geng gangster lak..wakakakak. TQ za.. i lap u always.

Ni lak dpt tag dr Ryn,sya, ...TQ

rules:
snap work station anda then...
taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila,
ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...
lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...
pass la pada siapa-siapa..



Nak tag orang lain lak..ekekekek.
1. eda
2. sya
3. kasih atie
4. atiefarid
5. nuyul
6. wilda
7. suel

-:-Balik Semenyih-:-

Sabtu kelmarin aku balik semenyih. En.somi lak ada keje nak buat kat shah alam so lepas en.somi balik,kami pun berangkat ke semenyih. Tu pun dalam jam 8 lebih baru bertolak. Takpe la,asalkan balik. Kakak aku pun balik gak,kebetulan dia pun baru abis pantang. Hari ahad pagi alya dah bangun,kul 6.30 dah kejut aku tapi aku tak bangun,so alya pun golek-golek dulu..hehehe. Dah kul 7 tu,aku pun bangun,en somi cakap jom cari sarapan. Terus turun bawah bersiap-siap dengan alya. Sampai pasar,ramai tol manusia. Aku pun membeli lauk untuk makan tengahari punya. Macam-macam ikan ada,pening nak beli apa..ekekek. Then aku tengok lala,lama tol tak makan. So aku pun beli lala 2kg,ikan kembung 2ekor,sawi,cendawan & fisball. Sarapan lak beli kuih muih,nasi lemak,meehon goreng then terus balik.

Tengaharinya aku pun memulakan projek dapur aku..ekekek. Lala aku buat masak cili,ikan kembung goreng jer,sawi lak aku buat sup. Ngam-ngam kul 12 aku dah siap semua. Then ajak en.somi makan. Berselera tol..ekekekekk. Bila semua dah kenyang,mula la nak cari bantal..hahahaha. Kebetulan lak time tu alya tido..senang nak buat keje. Dalam kul 1 lebih alya bangun,dia pun memulakan operasinya seperti biasa. Rumah ayah aku ni,2 tingkat. Perghhh,alya dah start meround rumah wan dia dah. Rumah aku & mil aku xde tangga. Sampai umah ayah aku,alya punya la excited. Alya dapat panjat tangga umah ayah aku sampai ke atas. Adoii..kena la aku jaga belakang dia. Dah reti naik,x reti nak turun...hahahaha. Lotih mama tau. Tengok je la video alya panjat tangga,punya la laju.


video

Petang skit boring-boring,ajak en.somi pegi pekan. Round-round tengok basikal untuk alya. Hari lak nak hujan,apa lagi..dengan segera berangkat pulang. Then cari kuih muih lak..untuk minum petang..hehehe. Dalam kul 5 lebih,kami berangkat pulang tapi singgah ke rumah abang en.somi. En.somi nak tolong betulkan floor trap umah abang dia yang tersumbat. Buat punya buat,tak leh gak sebab dalam sangat lubang floor trap tu. Dah maghrib tu,tak leh gak. So en.somi cakap minggu depan dia try lak cara lain. Aku pun dah tumpang mandi-manda. Biras aku cakap,kita makan kat luar. Rezeki jangan ditolak..ngehngeh. Dah sudah makan semua,aku sampai umah dalam kul 10 lebih. Alya dah zzzzzzzz..kepenatan bermain..ekekekek. Itu la kisah minggu ini,balik ke semenyih.

Thursday, November 13, 2008

-:-Jalan-jalan di Mines-:-

Semalam balik keje terus ke rumah mil sebab aku antar alya kat sana tapi SIL yang jaga. Sampai je umah MIL aku,MIL aku cakap alya macam nak demam. Kejap tangan,kejap kaki sejok kejap panas. Aku rasa badan dia takde lak. Pastu aku cakap,maybe dia ikut aku kot jenis badan panas. Kalau orang pegang aku,sure kata aku demam. Pastu En.somi pun balik,berkemas-kemas nak berangkat pulang kerumah. Time tu tengah susukan alya,abis kuar air susu. Geram tol aku dengan Avent ni. SIL aku cakap dua,tiga kali betulkan masih kuar jugak. Then en.somi cakap kita cari la nanti yang lain. Dalam kete en.somi tanya aku.

En.somi: Kita nak pegi mana ni sayang?
Aku: Erm...ila cakap brand MAM bagus tapi tak tau kat mana ada. Jap-jap nak sms ila tanya. (tunggu punya tunggu,ila tak balas sms aku. Terus aku call,x jawab pulak)

En.somi: Macam mana sayang?? JJ Maluri ada tak??
Aku: Tah le yang,kita pegi je la
En.somi: Dah le sana jem
Aku: a'ah la yang..dah le tadi hujan lebat lagi la jem,tak yah la pegi sana. Kita pegi Mines la. Sana banyak butik baby.
En.somi: ok jom
AKu: Sonoknya nak pegi jalan-jalan..hehehe

Sampai mines cari parking,terus merayap mencari butik baby. Tengok kat guidance map tu,langsung tak paham. So merayap je la mencari. Jumpa anakku,ada brand anakku & avent. Then jalan lagi masuk guardian,bajet nak beli drapolene. En.somi merayap-rayap dengan alya dalam guardian,aku pun follow sekali nampak botol susu. Belek-belek,dr Brown pun ada. Setelah pikir masak-masak,aku pun beli dr Brown & puting Level 3. Then masuk balik anakku,beli puting avent lak sebab botol masih elok. Alya suka minum air kosong,sayang lak nak buang just gantikan jer putingnya. Dah abis shopping,perut lak lapar.

Aku: Nak makan apa yang,lapar ni.
En.somi: Sayang nak makan apa??
Aku: Kenny la yang,tak pun Nandos..hehehe
En.somi: Sayang belanje,orang ON je.
AKu: OK..no problem yang.

Terus mencari Kenny rogers,dapat lak duduk kat tepi kolam..syok jer. Alya macam biasa la..buat macam-macam keje. Bila dapat lepas,abis dia round-round mines tu. Aku yang canguk dok kat tempat duduk sorang. Ayah dia melayan dia la. Sampai je makanan terus panggil en.somi makan. Then letak alya dalam bb chair tu bagi dia makan gak. Selera tol alya makan macaroni cheese. Banyak gak la aku suap dia. Dah kenyang,apa lagi..balik la..hehehe.

video

Wednesday, November 12, 2008

-:-Dapat Award-:-


Dapat Award ni dari fiza...hehehe..TQ za. Aku sekarang dah jarang masak,makan kat umah mil or makan kuih-kuih je. Weekend je la aku masak. Apa-apa pun..tQ sangat-sangat bagi award ni kat aku..aku akan lebih rajin memasak.
oppss...aku lupa nak kasi award ni pada kawan-kawan aku..& pada yang x dapat..jgn kecik hati...kita kan fren...ekekekekek

1. Wilda
2. eda - mama aina
3. lemongrass
4. kak ai
5. ila
6. kirana

-:-Come & Watch-:-

Tengok je la gelagat alya..makin hari makin macam-macam perangai dia..hehehe.

video
video
video

Tuesday, November 11, 2008

-:-Gelombang-:-

Aku suka sangat lagu ni...

Gelombang - Salamiah Hassan

Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini

http://www.youtube.com/watch?v=9m4v1Dd7eCs

-:-Pilu hati seorang ibu-:-

Assalamualaikum...

Semalam aku ke HUKM...tengok anak bb sit. Anak dia admitted last monday because of fever that never recover. Her son start fever last Wednesday..since that demam dia masih tak baik-baik. The worst is bila her son mengadu sakit kaki & tangan. Then bawa ke hospital Kajang on monday. Kat sana doc bg ubat & other treatment. At that nite,suddenly her son kena fit,like strok pun ada coz left side dia macam dah senget. Some more 1 broken teeth coz kancing gigi. Kejadian tu terjadi masa kul 5pg then terus anak dia tak sedar. In the morning bila doc datang,terus buat treatment. Jolok-jolok tekak,ingat anak kucing ker! I'm really mad bila dengar this kind of doctor buat treatment. Then terus decide nak ambik air tulang belakang without any testing or what ever. Just giving a solution,apa punya doctor la macam ni. That time masa doc buat itu ini,mulut anak dia dah kuar darah mungkin sebab dah kena jolok-jolok kat tekak...huhu.

Then doctor kajang said kena scan..so bawa ke hospital serdang coz hosp. kajang xde all that kind of equipment. Pelik jugak la,takkan dah bertahun-tahun hospital tu masih tak cukup kelengkapan. Then dah kena usung ker serdang. Sampai serdang,same problem jugak not enough equipment. What the hell la?? Hospital serdang tu masih baru,memang not weird la if tak cukup. Kenapa admin tak call serdang 1st. Then bila kat doc kat serdang tengok anak bb sit terus kata kena masuk ICU. Kalau kat kawasan cheras,yang complete all equipment & specialist is only PPUKM or HUKM la.

Sampai di HUKM,terus masuk PICU (Pediatrik intensif centre units). 2 hari tak sedar langsung katanya. Doc ambik darah,then buat blood test. Doc cakap tak dapat detect virus apa then last solution kena ambik air tulang belakang. So after think deeply, the parent give permission untuk ambik air tulang belakang. So the next day,doc dah keluarkan result. The result menunjukkan takde virus luar dalam badan anak dia. Mula-mula doctor suspect maybe that virus from oversea. Then bila dah buat test pada air tulang belakang,all clean from outside virus but virus tu dia yang hasilkan sendiri. Imun dari badan anak dia sendiri.

Semalam bila aku tengok keadaan anak bb sit,aku kelu. Air mata aku hampir menitis. Anak dia ni seorang yang amat aktif. Bila aku tengok dia terbaring di katil...pilu sangat hati ini sebab aku pun seorang ibu. Keadaan dia seperti orang kena strok, badan sebelah kiri tak mampu bergerak. Tangan dia mengerekot mungkin akibat kejang. Dia hanya mampu menangis...menangis sehingga aku pun menangis. Ibu dia bgtau aku dia boleh bercakap tapi seperti budak yang nak belajar bercakap. Sebutir-sebutir tutur katanya. Hati ibu mana x sedih melihat anak yang selama ini amat aktif,mampu berlari,bercakap..tiba-tiba berkeadaan demikian. Masih terbayang-bayang lagi dimata aku ni keadaan muhamad hazwan aqil yang berumur 6 tahun tu. Tiada lagi air mata yang dapat aku lihat pada wajah ibu aqil,mungkin dia tabah menghadapi dugaan ni. Entah bagaimana la kalau aku berada ditempatnya (menangis).

Ya allah,kau berikanlah kekuatan pada ibu & anak untuk menempuh dugaanmu ini ya allah. Kau kuatkan lah semangat mereka berdua.

Monday, November 10, 2008

-:-Tag dari Yam-:-

perkara yg perlu sy wat demi memenuhi TAG ni adalah:

- State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.
- The 5 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts..

1. Aku tak suka klu drive slow mcm siput kalau kat depan xde kete.

2. Paling aku hangin kalau orang cucuk aku dari belakang,memang aku lagi slow la.

3. Aku suka makan western

4. Bila mood mengemas umah datang,memang aku teramat rajin.

5. Suka masak kalau mood memasak datang mencurah-curah

6. Paling benci kalau ada manusia yang hipokrit

7. Aku seorang yang agak cerewet nak-nak dari segi kebersihan..tapi aku bukan jenis yang suka nak sound direct kalau aku rasa sakit mata aku memandang

8. Orang kata aku garang. Garang kah aku???

9. Bila bekerja,aku tak suka diarah buat keje lain sedangkan aku tengah buat keje. Macam cipettt!

10. Dalam aku garang,aku sebenarnya seorang yang senang dibawa berbincang & aku suka melawak & mulut aku kalau dah bercakap..xde lapik. Hanya orang yang biasa dengan aku je boleh tahan aku ni. Kalau dengan orang yang aku x bape rapat,aku cakap dengan sopan santun..kahhhhhh

11. kalau aku lapar,aku akan bercakap tanpa henti..somiku hanya mendengar bebelan aku...wakakakakak

12. Aku & selimut...wajib. Kalau panas & sejok..aku mesti nak berselimut..lebih nyaman bila tido..nak-nak bila panas...hehehe.

13. Aku suka mencari kawan baru & aku mudah mesra dengan orang.

14. Jangan buat aku sakit hati. kalau tak,sampai lubang cacing aku kerjakan.

15. Aku seorang manusia yang ada kelemahan & kelebihan...itu sentiasa ada dalam diri aku. Aku tidak sempurna..tapi sempurna menjadi seorang isteri & ibu.

Friday, November 07, 2008

-:-Kena TaG daa-:-

Tag ni mai dari sini... http://cukcomei.blogspot.com/

1. Sudah pukul berapa sekarang?
Kul 12.31am.

2. Apa mood sekarang?
malas...keje banyak

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
nak layan tenet je...ekekekek

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
Aku nak buat macam-macam antaranya apa ekk...ekekekek

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
ermm...xde rasa pun. Mungkin Magadascar 2

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
Ada yang berehat-rehat dirumah & ada yang berkerja

7. Apakah waktu makan sekarang?
Makan tengahari..aku tengah lapar ni.

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
Dengan sapa lagi...Suami tercinta & Anak aku yang tersayang la

9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?
Solat Jumaat

10. Macam mana cuaca sekarang?
Panas

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
Sejuta?? Mane cukup dah sekarang ni kalau sejuta dalam tangan..(tamak lak aku ni orang nak kasi...ekekekek)..kalau ada sejuta..aku nak sekolahkan alya kat private school..cewahh.

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
Dr suami aku.

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
Teruja...ekekekeke

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
12.36am

15.Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
Semua blogger yang masuk blog aku yang x seberapa ni..sudikanlah diri anda ok.

Thursday, November 06, 2008

-:-Let's Shop-:-

Malam semalam lepas ambik alya kat umah mil..then dah makan...on da way balik tu..mulut aku berbunyi.'Ayang...pegi JJ ker...?? Kita terus pegi la ni...dah bape kali sayang tanya jer...wakakakakak. Bape hari aku dok tuntut jer....ekekekekek. Aku nak beli botol baru untuk alya...ampeh punya AVENT...sakit hati aku pakai AVENT ni. Bila shake susu alya...abis kuar menjejeh...geram tol la. Kebetulan masa kat JJ..ada lak promoter AVENT..memang free kena dengan laser aku ni. Ingat orang beli dengan air liur ker?? Semalam aku beli cap Avent...tukar yang baru kot cap dia yang problem. Then beli water handler,sandal baru,baju tido,sabun mandi then frame untuk letak gambar alya...terus cari mesin instant cuci tu...hehehehe





Selepas di touch up dengan gambar-gambar alya


Aksi alya dengan sandal barunya

Tuesday, November 04, 2008

-:-Please Vote 4 Me & Alya-:-

http://www.wanitaniaga.com/forum/viewtopic.php?t=1407&postdays=0&postorder=asc&start=0

Assalamualaikum...tolong vote yer kawan-kawanku...tapi korang kena la register jadi ahli dulu. Sambil tu korang leh la shopping kat sini. Aku masuk pertandingan wajah ceria ibu & anak. Korang leh tgk kat Latest News - Jom undi wajah ceria ibu & anak tajuknya.

-:-End Of Life-:-

Assalamualaikum...saat aku menulis nukilan ni,lagu kuseru berkumandang diudara. Lagi menambah menusuk kalbu hati aku. Jumaat lepas FIL aku meninggal dunia..huhu. Setelah berada di PPUKM selama 32hari. Walaupun hanya sekejap aku dapat mengenali FIL aku,aku menggangap dia seperti ayah ku jua. FIL aku kena strok untuk kali kedua. Masa dalam ward, dalam ICU...dia menunjukkan progress yang baik. Dah bukak mata tapi masih dengan dunia dia. Sebak sangat rasanya hati aku ni. Bukan apa..takot perkara yang sama terjadi pada ayah aku. Memang kematian itu satu kepastian. Semua orang tak boleh lari dari kematian. Family suamiku redha dengan pemergiaan FIL aku.

Aku tak mampu berbicara...

Al-Fatihah untuk Ayah mertua ku & Ibuku.