Wednesday, December 31, 2008

-:-Ragam Alya-:-

Salam all,
Lama tol tak update blog aku ni.dah bersawang tol..ekekekek. Sori la..bkn x nak update tapi takde citer yang best boleh aku share kat sini & also kemalasan melanda. Ni ada sikit video alya..korang tengok la ragam alya ,macam pe-el je sekarang ni.

video
video
video

Ratu Sehari Shop


Perhatian!
Kepada yang order gula-gula,sila buat pembayaran pada minggu ini. Bagi yang nak buat tempahan,minggu ni last order yer.

p/s : klu confirm nak...bank in to my akaun

mbb - 114262359746 suraya ahmad

Gula-gula udang - Dibuka Semula
1/2kg - RM20
1kg - RM38


Sila maklumkan setelah pembayaran dibuat & emailkan transaksi bank ke email saya : saveme_zero@yahoo.com. Sila maklumkan sekali alamat & phone no anda. Bagi yang sudah membuat pembayaran sahaja akan dilayan untuk tempahan. Harap maklum!




Monday, December 22, 2008

-:-Majlis Hari lahir Alya-:-


21 Dec 2008 genap setahun umur Nur Alya Batrisyia Binti Abdul Rashid. Selalunya alya akan bangun kul 6.30 pagi tapi hari ni..alya bangun lewat sikit. Tak penah-penah bangun lewat..sejarah le semalam besday dia,alya bangun lewat tapi takde la lewat sangat pun..kul 7.30 macam tu dah bangun. Bukan main seronok lagi dia...ekekeke. Majlis kat dibuat kat rumah aku secara sederhana jer. Jemputan pun tak ramai,sekadar adik beradik kitaorang. Menu semalam aku buat yang simple,antaranya meehon,buah tembikai,nugget,kek pisang,kek chiffon & keropok. Nak buat besar-besaran bajet takdo... . Mula-mula plan nak sambut tiga beranak jer tapi aku cakap kat en.somi nak jemput adik beradik. Pastu en.somi macam tak setuju la kan sebab bajet takde. Aku dah hilang mood masa tu tapi aku cakap kesian alya. En.somi pun macam happy la gak aku yang excited. So terus ajak semua adik beradik.


Majlis berlangsung pada pukul 1 tengahari. Seronok sangat aku kali ni sebab dapat tetamu terhormat iaitu MIL aku. Aku duduk rumah flet,tingkat 3 pulak tu. Sapa yang penah datang rumah aku,tau la macam mane nak panjat tangga tu kan..ekekekek. MIL aku ni dah tua,sakit lutut lak tu. Sekarang jalan pun guna tongkat 2 tu. En.somi ada ajak MIL aku datang tapi aku tahu MIL aku memang tak boleh nak datang sebab nak panjat tangga tu,alahai. Tup-tup aku dengar kecoh kat luar rumah. Aku bawa alya keluar sekali. Rupanya MIL aku datang..terharu sangat. Jenuh memanjat tangga..anak-anak semua papah dia. Excited alya tengok nenek dia datang.




Insya allah tahun depan kalau daku ada bajet,daku buat untuk kawan-kawan lak yer..ekekekek. Thanks to my sis,my SIL yang kasi hadiah tu. Ohh yer..kebetulan adik angkat aku yang kenal melalui lawan web..web apa lagi..PCM ler..hahaha. Kenal dari tak kawin,dah kawin dah beranak tak pernah jumpa. Kebetulan semalam dia datang dengan hubby & bb boy dia. Adik angkat aku ni..nama dia azilla jasni,mana-mana member pcm yang kenal dia..ni la zila..dah kurus wehh..hahahaha. Alya suka sangat bb zarith ni. Putih melepak,bulu mata lentik,mata coklat..adehh. Geram tol aku tengok. Alya lak suka benor main-main dengan zarith ni..siap cium bagai,pelok la. MIL aku siap sound..'Alya nak adik tu'... . Nanti dulu yer mak..I nak honeymoon lagi..kehkehkeh.

Thursday, December 18, 2008

-:-Jom Bercuti-:-

Salam semua,
Aku nak bercerita tentang bercuti,memandangkan cuti hujung tahun ni amat panjang. Kalau aku ada cuti yang banyak,memang aku akan terus bercuti sampai tahun baru. Kelmarin aku ada dapat email dari Awana Hotel & resort mengenai percutian yang ditawarkan oleh Awana. Aku teringat masa 1st time honeymoon kat Langkawi. Actually aku & hubby decide nak berhoneymoon di Awana Porto Malai Langkawi. Memang teringin sangat-sangat. Aku tengok website dia,amat-amat memukau. Kebetulan masa aku kahwin tu,hujung tahun & cuti sekolah. Hati memang dah pilih Langkawi sebagai destinasi bulan madu kitaorang cuma tempat jer belum pilih. Aku pun survey-survey la kat internet tentang Langkawi ni. Hati amat-amat tertarik dengan percutian di Awana.

So,dengan hati berbunga-bunga aku pun buat la tempahan secara online namun amat mendukacitakan..FULLY BOOKED. Frust giler aku! Pakej yang ditawarkan memang superb la walaupun harga agak mahal sedikit tapi bukan rezeki aku. Sekarang ni dah bertiga, kalau nak bercuti kena banyak perkara. Ishkk...kan seronok kalau Anniversary aku yang baru je berlalu pada 9 dec hari tu dapat bercuti kat Awana Porto Malai Langkawi ni bersama hubby aku & alya. Kalau ada rezeki,aku nak pergi sana satu hari nanti.

Adios.

Wednesday, December 17, 2008

-:-Nur Alya Batrisyia is 1'y-:-


21 DEC 2008..genap lah umur alya setahun. Aku tengah menghitung hari ni. Tingat masa nak banak dulu..lama aku dok hospital,7hari 6mlm,macam pergi bercuti je..hahahaha. Seronok sangat-sangat tengok anak membesar depan mata. Macam-macam yang telah aku & somi lalui demi alya. Kebetulan 21 dec hari ahad,ada pulak kenduri kawan opis aku. Aku saje buat awal topik besday alya ni..ekekekek. Kot la ada yang nak wish kan. Tak wish pun takpe,tak marah aiihh tapi sendiri mau ingat la..hahahaha.

Party?? Takde kot tahun ni,bukan tak nak buat tapi bajet dah pegi ke renew roadtax & insuran. So aku plan tahun depan..insya allah kalau ada rezeki. Nanti aku jemput la korang-korang OK..ekekekek.

Alya..mama ucapkan selamat hari lahir yang pertama yer. Moga alya akan menjadi anak yang solehah,taat pada perintah allah,seorang yang bijak pandai. Sentiasa menyayangi mama & ayah. Begitu jua ayah & mama,sentiasa & selalu menyayangi alya. Mama & ayah love u always.

Adios.

-:-Alya & her World-:-









Monday, December 15, 2008

-:-Tag Gambar Kawin Lak-:-

Tajuk:TAG Bergambar
Motif:Mengimbau Kenangan dolu2..
Syarat-syarat:-
1.sila amik gambar.. mcm gambar yg diatas ini.

2. dan letak kan di blog anda. citer skit pergi mana pki macam ni time dulu-dulu..

--- > Gambar ni gambar pertama selepas beberapa minit jd isteri Farid....suke gamba ni sebab pe ek???? ntahla....bile nengok je mcm sejuk je hati....ekekeke...pasan!

3.TAG 6 orang
Atie nk tag :

NIZA
KAK SUE (SAVEME ZERO)
SHIERA aka CHERATING
ZAHIELA
LADYD
KAK FAZAYU
Sila jawab ye... :)

Ok...nak jawab TAG dr Atie http://atiechumel84.blogspot.com/ seperti diatas..hehehe.


Aku suka gambar ni sebab senyuman aku amat-amat manis masa tu..wakakakakak. Sekarang pun manis gak weii..hahaha

Malas nak sambung tagging dah. Cukup la sampai disini. Aku kedekut!

Adios

-:-Weekend yang Boring-:-

Speechless.

No word can describe my feeling sekarang ni. Teramat blur..why?? Sebab internet kat office buat hal. MD lak masuk hari ni,pagi-pagi sampai je office..HR manager dah cari aku. 'Sue..internet tak boleh,bos punya also cannot'. Haihh..lom duduk lagi dah suruh aku buat keje. Aku call TMnet..dorang cakap sistem ok tapi kenapa tak boleh acces lak. Lampu ADSl menyala,kat sistem dorang kata xde connection dari office aku. Apa kejadahnya la dorang ni. Aku call technician office,dia datang buat pun tak boleh. Tengok pc,line tenet semua ok tapi masih tak boleh access. TMnet kata semua ok,sistem takde down. Dah sejam setengah buat tak boleh gak,tech dah fed up,aku pun fed up. Call TMnet balik,dorang buat report. Tu je la penyelesaian,tech tmnet akan datang dalam masa 48jam. Aihh..2hari tu beb. Tup-tup,dah tengahari tadi,project department nak email tapi tak boleh..so suruh aku burn dalam CD dr Lynux. Aku mane la reti lynux tu,suruh senior aku buatkan. Dia nak masuk webmail,sekali tengok tenet dah boleh. Sah le TMnet streamyx down. Geram betul aku,bila tanya kata semua ok. Tensen tol.



OK..lupakan pasal tenet kat office aku ni. Nak citer pasal weekend yang membosankan. Suppose last sunday aku & somi plan nak ke kenduri kahwin,kenduri aqiqah & birthday party. So aku pun bangun la seawal mungkin. Alya dah tolong kejut aku pagi-pagi. Dah tak payah guna alarm clock dah sekarang ni. Alya la alarm aku..hahahaha. Pagi ahad tu aku mengemas rumah la,basuh baju bagai. Pagi tu pulak somi dah sakit kepala katanya so dia makan actifast & sleep inside the room. Aku tutup pintu sebab alya dok panjat katil kacau ayah dia tido. Aku pun mengemas le dengan alya bagai. Alya tolong kemas gak..adehh. Lebih kurang pukul 11 en.somi bangun,nak g kenduri dulu katanya. Kebetulan lak alya baru tido so en.somi pergi kenduri sorang-sorang. So aku tunggu kat rumah je la. En.somi cakap kul 1 kang dia balik. Dah siap keje rumah,aku melepak tengok tv dulu sambil melipat kain. Tup-tup ada orang bagi salam,terkejut aku,rupanya en.somi sebab dia pakai helmet..tadi pegi naik kete..tu aku terkejut. En.somi cakap ada hal kat office dia,flow switch rosak lak. Dah kol member lagi sorang tak angkat-angkat. Aku angin je dengar. Dah somi aku kena pegi tengok.

Korang tengok jam pukul berapa tu?? Aku bajet sekejap jer. En.somi sms aku,'sayang..maybe kita tak boleh nak kemana-mana. Huwaaaaaa!!! Tensen aku tau. Aku dah gosok baju semua tau. Aku bagitau le en.somi dah siapkan alya. Dia cakap cuba suruh kontraktor siapkan cepat. Wahh..ada harapan lagi ni. Pukul 2 lebih en.somi sms aku balik. Sayang..tak dapat la nak pegi,kontraktor lak takde barang. Aihh..geram betul aku. Sampai alya tido balik le,tunggu ayah dia tak balik-balik. Sakit je hati semalam. Dengan aku tak makan nasi,nak beli lauk hari lak hujan. Aku masak maggi tapi tak lalu nak makan. Petang tu aku buat jemput-jemput ikan bilis. Semalam duduk rumah dengan alya,macam-macam terjadi. Aku sidai baju kat luar sebab kat dalam lambat kering. Tenghari tu macam nak hujan,so aku akan kain kat luar. Alya lak sibuk kat nak kuar. Masa aku nak kunci pintu grill,aku dengar alya menangis. Rupanya jari dia terkepit kat tepi pintu grill tu. Adoii..melompat la aku kejap. Aihh..kenapa la alya letak tangan kat situ?? Mama tak perasan la..huhu. Jatuh tak yah cakap le. Lasak betul anak aku ni..huhu. Orang tua kata,time budak lasak takpe,dah besar nanti takde la lasak..aminn..harap macam tu la..ekekekek.


Lebih kurang pukul 8 en.somi sampai rumah. Frust sesangat..huhu tapi nak buat macam mana kan..dah kerja. Aku suruh en.somi beli burger je untuk aku sebab dah takde selera nak makan nasi. Nasib baik kerja rumah semua dah siap. Lega! Baju semua dah gosok,dah lipat,rumah dah kemas. Kerja rumah ni sampai bila tak abis..ekekekek. Selamat menempuh alam mengemas selalu..hahahahaha.

Adios.

Saturday, December 13, 2008

-:-Wajah baru-:-

Assalamualaikum,

Taraaaaa...ok tak wajah baru blog aku ni. Boring lak wajah lama tu,dah tu lembab lak kalau pakai pyzam tu. So aku decide pakai blogger punya layout. Puas napsu aku tengok blog aku ni besar gedabak. Senang korang yang sudi masuk blog aku membaca. Puas mata ni meronggeng blog aku kan..ekekek. Lama tol x update blog ni sebab aku takde cerita yang best la. Opss..raya haji punya citer ada kat fotopages. Bila dah update fotopages,malas lak nak update blog..begitu la sebaliknya..hehehe. Kalau ada cerita sensasi lagi terkini,aku akan berkongsi dengan korang kat sini.

Hari ni 13hb..lagi seminggu birthday alya for 1 year. Majlis?? Ermm..lom ada bajet. Apa2 pun nanti aku akan update about birthday alya tu ok.


Cd ni aku beli secara Online...kat CD earth. Untuk kanak-kanak yang umur 3tahun amat sesuai. Alya lom pandai lagi nak tekan-tekan keyboard..ekekekek. Hari ni hari yang membosankan,orang lain hari sabtu tak kena keje pun. Kalau takde anak boleh la, sekarang dah ada anak..so sure la thinking nak spend time dengan anak kan. Penah gak mintak dengan MD sabtu is alternate & his answer..'site people working'...what the answer..sakit hati aku. Dia bos..memang sentiasa hilang la kan. Jarang nak duduk kat office. Aihh...nak buat macam mana. Sabar je la.


Adios

Tuesday, December 09, 2008

-:-Happy 2nd Anniversary-:-

9 dec 2006 tarikh aku dinikahkan & tarikh yang sama jugak percintaan kami termerai setelah lama berkawan. Tarikh hari ni...genap la 2 tahun usia perkahwinan kami. Sepanjang perkahwinan kami,banyak sebenarnya yang aku belajar dalam kehidupan berumah tangga. Pada tahun pertama anniversary kami,alya masih dalam perut..menunggu hari untuk dilahirkan. Kalau keluar tarikh yang sama,sambut sekali la...ekekekek. Birthday alya 21dec ni..sambut pun secara sederhana aje. Tengok la bajet dulu kan,kalau ada buat 2 in 1. Aku berdoa semoga perkahwinan aku ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat.

Tuesday, December 02, 2008

-:-Pewaris-:-



Ni la makanan tenghari aku hari ni. Ikan talapia merah cili api + ulam pegaga + kuah masak lemak ikan kering,semua RM3.50. Hari ni tapau je,malas nak makan kat kedai sebab makan sorang-sorang tapi selalu pun aku makan sorang-sorang..hahahaha. Kalau makan kat office,satu kelebihannya boleh makan dengan menggunakan tangan. Kalau makan dengan tangan,nikmatnyaaaaaa tak terkata...hingga menjilat jari le..hahahaha. OK..aku bukan nak bercerita pasal makan ni yer. Aku nak citer pasal pewaris or penama.

Aku nak berkongsi dengan korang pasal pewaris or penama ni. Semalam akak & abg ipar aku datang ada sebab. Nak bercerita pasal insuran. Disamping tu,abg ipar aku bercerita la pasal semua jenis tuntutan. En.somi tiba-tiba tanya pada abg ipar aku berkenaan Hiba'. Aku tak pasti ejaannya macam mana k..belasah je la..hahaha. Hiba ni macam pengurusan harta la. Benda ni timbul sebab lepas kematian ayah mertua aku, mak mertua aku & anak-anak dia sedang menguruskan harta arwah ayah mertua aku. Sekarang ni abg ipar aku (abg kepada somi aku) menguruskan segala hal dokumen yang diperlukan. Masalah timbul bila semua harta-harta ni diuruskan oleh Amanah raya. Dokumen yang diperlukan seperti surat nikah mak mertua aku yang kahwin pada tahun 1968. Korang bayangkan,mana nak cari surat nikah tu. Zaman dulu kan tulisan jawi jer. Dah tu macam kertas kecik je..tu takpe lagi. Dorang mintak pulak dokumen sijil kematian ibubapa ayah mertua aku, mane la nak cari tu. Abg ipar aku cakap bayaran untuk pengurusan tu deposit RM300. Bila dah settle semua,Amanah Raya akan tolak lagi segala kos yang dah buat. Sure yang akan dapat nanti sikit jer. Yang menjadi hal sekarang ni,abg ipar aku tu cakap min boleh dapat harta tu selepas 18bulan..paling maximum 5tahun. Geleng kepala je aku dengar.

Aku nak sampaikan sikit info untuk korang. Kalau korang ada harta,tak kira la harta apa-apa pun contohnya macam rumah,duit dalam bank..sebaiknya korang buat la penama. Ayah mertua aku ni banyak gak la harta yang dia ada. Ye la orang kampung dulu-dulu kan banyak tanah. Kebetulan sebelum ayah mertua aku meninggal,tanah kat kampung dah jual. Kalau la tanah tu tak dijual,aku tak tahu la berapa tahun pulak baru dapat. Kalau ada simpanan dalam ASB,sila la pergi PNB tu isi borang penama. Kalau xde penama, akan jadi macam harta arwah la. Bukan banyak pun dalam simpanan tu tapi sebab xde penama maka Amanah Raya yang tak berapa raya la uruskan. Cepat-cepat la pegi buat penama untuk harta korang yang berkepok-kepok tu ok. Letak la nama anak korang ke,or relative la. Ohh yer...korang dah buat penama kat EPF ker?? Sila la berbuat demikian yer & somi korang dah letak penama korang & anak tak??? Jangan pandang ringan isu ni k. Sekarang ni keluarga ipar aku tengah merasa kesusahannya yang tak pernah terfikir. So aku rasa tak salah berkongsi dengan korangkan. Renung-renungkan lah.

Adiosss

-:-YamCha-:-



Setiap pagi,ni la minuman sarapan aku. Nescafe or teh,cannot. Nanti aku migrain,so jangan cari penyakit..hahahaha. Hari ni mood aku dah ok skit. Alya dah recover sikit tapi masih batok yang amat. So esok aku bawa ke Ampang puteri jumpa paed alya. Last jumpa bulan 6 hari tu. Hari ni aku sarapan mee goreng + kueh tiaw goreng + telor mata RM2.50. Tiap-tiap hari,ni lah duit sarapan yang aku spendkan.

Oh yer,fotopages aku dah update. Kalau aku tak update kat sini,aku update kat fotopages yer. Sudi-sudikan lah menjenguk disana. Tak jenguk pun takpe. Tak makan hati pun,aku makan ayam jer..hahahahaha. Aku ada citer skit nak share. Last 2 week, geng-geng aku sibuk gebang pasal facebook yang mana aku jarang masuk walaupun ada akaun. Bukan apa,tak reti nak menggunakannya..hahahaha. Then kawan aku,eda la bagitau kelebihan FB ni..boleh cari kawan-kawan lama. So aku tanya macam mana caranya. Setelah aku paham,aku pun kebek la FB,aku try search kawan aku masa belajar dulu..masa tahun 1997. Tup-tup ada beb. Gembira tak terkata aku..hahahaha. Aku pun add dia as fren..then kena tunggu dia approve. Bila dah approve,baru la boleh view profile dia..sah memang kawan aku tu. Ya allah,panjang umur ko lagi Lehri. Aku pun PM dia bagi no tipon aku,then dia pun bagi no tipon dia. So sekarang ni berbalas SMS le. Aku bgtau en.somi,suka tol dia. Ye la..kawan sama belajar,satu kelas lak tu. So korang yang mencari kawan-kawan sekolah,boleh la menggunakan FB ok.

Adiosss.

Monday, December 01, 2008

-:-Aku yang Susah hati-:-

Tak tahu nak mulakan dari mana,tapi aku tengah susah hati. Alya demam balik & batok yang terok. Sabtu lepas aku rasa badan dia macam dedar,cek suhu..tinggi gak then bawa klinik. Doctor yang cek tu,macam cibai tol. Nak tak nak jer. Laki aku cakap,masa nak masuk..dia kelam kabut..kot tengah tengok web porno. Aku geram je. Alya bila batok bunyi macam berkahak,then doc tu cek Lung dia,xde kahak katanya. Then ada demam skit..so dia bagi ubat batok,ubat demam & sakit tekak..pastu caj mahal nak mampos. Sakit je hati aku. Ahad esoknya dah ok skit. Anak makcik aku pulak bertunang semalam,so ikut la pegi menghantar. Time tu alya xde demam dah. Aku cek suhu 36.2. Cadang lepas pegi menghantar tu,nak ke damansara damai. Lepas dah majlis semua,badan alya dah hangat balik. Adoiii..terus segera berangkat pulang. Sampai umah kul 4 lebih,aku bagi alya susu,makan pastu bagi ubat. Then mandikan dia terus,ingat nak tidokan dia..dia x mo tido lak. Main-main je la dengan dia.

Malam tadi pun kejap-kejap dia merengek. Aku dah pesan kat laki aku..tengokkan alya kot aku tido tak sedar. Syukur sangat laki aku yang berjaga tengok alya. Aku tak larat nak bangun dah. Kejap-kejap laki aku bangun lap alya,jelum air asam jawa kat alya. Kul 4 pagi aku bangun buat susu alya,cek suhu..38.3. Ahh kacau...naik lak suhu badan alya ni. Laki aku lap-lap lagi badan alya. Alya pun xde dah merengek sangat. Bangun pagi tadi pun senyap jer. Mungkin tak larat kot. Aku sebenarnya nak EL hari ni tapi laki cakap suh dok umah mak dia. Hangin la kejap aku. Baik aku keje macam tu. Sampai umah mil aku,penuh rakyat-rakyat a.k.a anak buat laki aku. Kalau jenis diam xpe la,ni jenis tak makan saman. Tensen tol aku. Kalau hari ni laki aku dpt GL dari company dia,esok aku nak bawa ampang puteri. Terus jumpa pakar yang hari tu,tengok apa kata dia pulak.