Friday, January 30, 2009

-:House Wife-:-


Ikan Bakar Ala Woodland

Kailan Udang geragau

Assalamualaikum,
Last week ni la hasil cooking aku,hehehe. Mood memasak dah datang la katakan. Lama betul aku bertapa dari dapur. Kalau korang nak tau,aku beli beras 5kg,ada la 5bulan kot tak abis-abis,hahahaha sampai ada kutu la. Terok tol swing mood aku. Now i'm back,hahaha. Harap bertahan lama mood aku itu. Minggu lepas aku bercuti lama la jugak walaupun cuti takde. Khamis lepas aku bawa alya ke APSH,jumaat tu hubby EL menjaga alya. Then terus sambung cuti CNY,Office aku tutup sampai hari Rabu so Khamis semalam dah keje.

Dalam bercuti ni,aku berfikir,berfikir sesuatu yang aku rasa agak tak logik buat masa ini,iaitu berhenti kerja. Sebenarnya tugas sebagai full housewife ni amat memenatkan. Dengan kerenah anak,rumah yang perlu dikemas & aku rasa sama memenatkan bila menjadi seorang yang berkerjaya. Bila balik rumah perlu mengemas,memasak & all over. Aku terfikir nak berhenti kerja sebab nak menjaga alya sepenuh masa. Dengan keadaan dia yang tak berapa sihat lagi. Perkara ni aku dah bincangkan dengan somi aku,cuma dia tak boleh bagi jawapan. Aku sendiri pun dah tau jawapannya. Aku plan lagi 6 tahun or 7 tahun mean masa tu aku dah 37 aku akan berhenti kerja kalau keadaan somi aku yang mampu nak jaga kami berdua,boleh la aku bersenang lenang & spend time untuk bersama anak aku. Bila dah jadi ibu/isteri ni,segalanya akan dikorbankan untuk keluarga.

Aku seronok duduk rumah tak perlu berkerja,dapat bersama anak aku tapi dalam masa yang sama aku memikirkan ekonomi sekarang yang perlu perbelanjaan besar. Huih..berpeloh nak fikir! Kan bagus tiap-tiap bulan duit tu sentiasa dapat je tapi tak perlu berkerja..hahahaha. Aku ada bertanya dengan geng-geng porno,dorang pun cakap tak sesuai berhenti kerja,ekonomi amat gawat. Takpe la,aku akan terus bertahan hingga titik akhir..ewahhh..hahahaha. Ohh yer, aku baru dapat panggilan telefon dari BB sit alya yang lama. Dia setuju nak jaga alya semula,lega hati aku. So start by next month,alya tak duduk taska dah. Isnin ni aku bawa alya semula ke APSH for other treatment. Hope alya will recover soon...aminnn

Adios.

6 comments:

ai said...

BERTAHAN LA KAU HINGGA KE TETESAN TERAKHIR!!!!!!

kata2 semangat dari teman pornomu ;P

Ibu Mifzal Arsyad said...

aku pun selalu pikir cam ko sue..tp tu la ekonomi x mengizinkan lg..aku pun suka duk umah jd housewife jg anak..tp x perla..keja tetap kena kerja jugak..huhu

eLYies said...

sedapnya..nak sikit..lagi2 ikan bakar tu..huwaaaaaaaaa

elly said...

memang kak sue...... memandangkan ekonomi kite skang nie n kite berada didunia yang srba moden kononnye.... duit ade lah segalanye... memang kalo nak harap sorg je keje memang x ckup... kite memg terpaksa bekorban tuk sama2 carik duit ngan somi.... itulah reality kehidupan skang nie kak...

kirana-ummikmal said...

wahhhh akhirnya kau nampak juga menu kak sue....
wakakkaka
setelah berkurun berabad....!!!~
rajin2 kan la lg kak sue...
wendu tgok pggan mgkuk ko dah...
wakakkaka
...
kailan ikan masin jeruk...!!~

~~ciklinn~~ said...

adoii lamanyer beras 5kg berthn.. huhuhuhu

apapun ikan bakar tu wat leleh ayaq liuq..