Sunday, March 29, 2009

Tergempar!!


This photo belong to this blogger. She is one of the client Dr. Haliza, http://rimarhythm.blogspot.com


Hari ni amat memeranjatkan aku. Somi balik keje tadi,dia bagitau yang Dr Haliza,paed alya hilang. Mula-mula terpinga-pinga,sapa lak yang hilang. Setelah somi tunjukkan kosmo,rupanya paed alya.

Kalau korang tengok berita TV3 malam ni,satu berita mengempar telah berlaku. Pihak polis telah menjumpai kereta milik beliau namun beliau & rakannya tiada dalam kereta. Polis menemui mayat dr.haliza & rakannya 100m dibawah gaung. Aku mintak jasa baik kawan-kawan semua sedekahkan al-fatihah pada beliau. Aku amat-amat terasa kehilangannya sebab beliau seorang yang sangat baik sepanjang aku mengenali dia.

AL-FATIHAH

AMPANG JAYA: Dua doktor pakar kanak-kanak hilang selepas keluar dari Hospital Ampang Puteri, di sini, dengan menaiki kenderaan seorang daripada mereka, pagi Rabu lalu.
Kedua-dua mereka yang bertugas di hospital berkenaan dikenal pasti sebagai Haliza Mohd Shafie, 53, dan Amin Tai Abdullah@Tai Yun Ming, 57.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata pihaknya menerima laporan dibuat keluarga mangsa memaklumkan mereka masih tidak pulang sehingga semalam.

“Kandungan laporan itu memaklumkan dua doktor berkenaan, Haliza bernombor kad pengenalan 560218-08-6392 manakala Tan bernombor kad pengenalan 521229-12-5201.

“Laporan polis itu dibuat suami Haliza, Md Ridzuwan Mansor yang menyedari kehilangan kedua-dua mereka sejak tarikh kejadian,” katanya di sini, semalam.

Menurut Jalil, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 11.30 pagi mendapati kedua-dua mereka dilihat keluar dari hospital itu dengan berpakaian pejabat.

“Mereka menaiki kereta jenis Nissan Latio berwarna hitam dengan nombor pendaftaran BKF 304 iaitu milik Haliza yang berada di tempat letak kereta kakitangan hospital.

“Selepas itu, kedua-dua doktor berkenaan tidak pulang ke rumah mahupun datang bertugas dan kereta Amin turut masih berada di tempat letak kereta khas,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kehilangan itu supaya menghubungi Inspektor Norazman Zakaria di talian 019-2147899 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222 untuk membantu siasatan

12 comments:

♥ Eda ♥ said...

uih biar benar??ape la jadi kat doc tu??alahaiiiii

*HeRdA* said...

al-fatihah...

ai said...

Al-fatihah..

hanya Allah yg lebih mengetahui apa yg berlaku..isk.. :(

Purplelito said...

a'ahh.tadi dh tgk berita tuh.
AL-FATIHAH~

Rafizah Nordin said...

Al-Fatihah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat, amin...

nasz said...

al-fatihah... semoga roh ditempatkan di golongan org yg beriman

@_da said...

Al fatihah... moga rohnya di cucuri rahmat...

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

al-fatihahhhh

AieZa said...

aku pun terkejut gak sue.. sbb aku rasa ko baru je jumpe arwah dua tiga hari lepas kn.. bwk alya xsihat..

dh tiba ajal arwah nk wat cemana.. alfatihahh..

MUMMY ILA said...

al-fatihah...

apa la puncanye....

Che Ku Nor Zuliana said...

al-fatihah..
mmg x sangka.. rugi masyarakat hilang seorang pakar..
semoga roh dicucuri rahmat..

KasiH said...

Al-Fatihah...

AKu dpt msg ko...tkde kredit nak reply..