Thursday, June 25, 2009

AllahuAkhbar

Assalamualaikum,

Hari ini,aku berpuasa..harap semuanya ok. Kelmarin aku mengganti puasa,sampai ke petang dah pedih perut sebelah kanan. Kebetulan aku tak sahur dicampur dengan sistem buangan tak berjalan hari tu..Allah,tak tahu la nak cakap sakitnya macam mana tapi aku tahan je la. Nak bukak sayang sebab dah pukul 5 lebih kan. Then pergi ke rumah mil berbuka puasa,lepas makan je abis keluar balik. Harap-harap perkara tu terjadi pada hari ini. Ok..ni bukan cerita utama,ekekekek. Ni sampingan je la..hahahaha.

Semalam aku rasa satu KL,Selangor hujan lebat yang amat sangat..subhanallah. Setelah berhari-hari tak hujan,maka semalam dengan selebat-lebatnya hujan rahmat turun. Jam menunjukkan 5.15,dengan segera aku pantas punch kad then terus pulang. Sampai dirumah bbsit,lebih kurang pukul 5.45..hujan dah mula renyai dikawasan rumah aku. En.somi sms aku...'sayang..sana hujan tak?? Sini lebat sangat ni,orang tak keluar opis lagi..sayang ambik alya tau'..Kalau hujan lebat sangat,aku amat la risau pada en.somi.

Sampai rumah,ngam-ngam je hujan turun dengan lebatnya. Alya macam biasa,bermain-main seorang diri kat hall. Aku pulak sedang mengemas didapur. Masa tu guruh kuat jugak la,dengan petirnya. Masa aku tengah nak basuh pinggan kat sinki,tiba-tiba terdengar satu dentuman petir yang maha kuat..aku nampak cahaya melalui tingkap dapur yang mana petir memanah ke blok aku. Aku berlari mendapatkan alya,masa tu alya dah menggigil..apetah lagi aku ..terus menangis ketakutan..huhu..allahuakhbar. Mengucap panjang aku,terus aku pelok alya..duduk dalam bilik sehingga la hujan dah reda,lebih kurang pukul 7lebih rasanya.

Seumur hidup aku,aku tak pernah nampak kejadian ni..huwaaaaa..takot yang amat-amat masa tu. Ketar kepala lutut aku masa tu,tak boleh nak bercakap dah. Alya pun takot gak,berpelok je dengan aku..huhu. Terus aku sms en.somi tanya dia kat mana,aku n alya ketakotan. Mula-mula ingat nak masak,langsung cancel...ekekekek. Kalau ada orang lain dalam rumah aku tu,takde la takot sangat. Tingat masa kecik-kecik dulu,aku duduk rumah setinggan...kalau hujan lebat mesti sekali dengan ribut,petir kilat semua la. Banjir dalam rumah tok sah cakap la. Kalau kena ribut kan,melayang atap zink rumah aku tu. Masa tu lagi ketar pale lutut tau,huhu. Bila terjadi hujan lebat sekali dengan ribut..apa yang ayah aku buat,...AZAN sekuat-kuatnya. Dengan tak semena-mena..angin,petir perlahan-lahan hilang.

Syukur alhamdulillah..tak ada apa-apa berlaku semalam. Harap-harap hari ni hujan tak selebat semalam.




5 comments:

sis_nita said...

haaa..?
semalam petang ke..?
kat tempat akak takde pulak..
tapi pagi semalam mmg ujan lebat..
adoiyaii..
akak kalo ujan2 ni nak bawak kete mmg ngeri..
dah pakai spek pon, still kabur2 gak.. huhu!

ai said...

mak aiiii...kuatnye kilat! aku mmg cukup takut la ngan kilat. x tau nape..huhuhu

Bed said...

semalam kat shah alam hujan cam biase je tapi gelap nye subhanallah takut aku...udahle time tu pkul 5.30 aku nak ke airport hntr barang....balik dr airport smpi shah alam masih hujan....aku terus amik shasha....pehtu drop by kat opis ambik laptop....baru le stat hujan...tapi takde lebat mcm kat KL tu....

Nana said...

ish takut nye
smlm aku blk keje mmg ribut kuat.takut je rs mcm nk melayang je bw kete.g keje pg ni tgk byk pokok patah

Nur Syafawati said...

aku pun takut sue..ko bayangkan..mase ujan tgh lebat kul 530 tu..aku redah je naik moto berbekal kan baju ujan GIVI tu..huhuh..petir sambung menyambung tau..betul2 dpn mate aku ..takut weh!!!dlm ati..Ya Allah..jgn la di sambar aku..."takut sgt kan sue...huhuuh