Friday, June 12, 2009

This is my school Batch

Malam tadi kemas-kemas laci meja solek,kemas sekali bekas brooch. Tup-tup terjumpa lencana sekolah aku dulu. Yang hijau tu,lencana sekolah rendah Agama & yang kecil molek tu sekolah menengah aku. Dah la jadi khazanah lencana sekolah aku ni. Yang sekolah rendah dah berusia 23tahun & sekolah menengah berusia 13tahun. Tak sangka pulak aku masih menyimpannya.

Sekolah rendah agama ni,aku tak tahu la masih wujud atau tak sebab sekolah ni berada di Kg Pandan Dalam. Banyak dah perubahan kat situ. Semua dah membangun dengan jayanya. Sekolah menengah aku ni,terletak ditengah-tengah bandaraya. Nama pun sekolah menengah (P) Bandaraya,hahahahaha. Kalau dulu,tempat yang selalu aku tuju lepas sekolah adalah The store. Sekarang ni aku rasa,budak-budak sekolah tu sure melepak dekat Time Square.

Lepas tamat sekolah,aku memang langsung tak jejak kami dah ke sana. Kebanyakkan cikgu aku semua dah retire. So no use la,bukan kenal pun cikgu yang ada kat situ but one day insya allah aku teringin nak pergi. Kot masih ada lagi cikgu aku ker kan,hehehehe.


9 comments:

irma said...

masyaAllah...ada lagi yerk..
cuba ko kira2 dah baper thn dah ko tinggal skolah...camner...rasa tua tak...wakakaka

nasz said...

ade lg?? aku dah tak ingat kat mane lencana sekolah aku

Rafizah Nordin said...

sekolah aku pakai lencana kain tu jd mmg xdelah camni.tp tie pemawas aku ade lagi kat rumah mak aku.tersangkut dalam lemari.baju & skirt pemawas pun ade lagik.
*pemawas-pengawas!wakaka

Nur Syafawati said...

sue..batch skolah aku xde mcm ni...semua lekat gosok kat baju or tudung..hehehehe..tapi aku xde simpan kot...

nota bijon:- ni mesti ko baru lepas kemas2 rumah kan???kan???tu pasal jpe!

alyyani said...

sekolah agama pun pakai lencana besi ek. kitorg kain je. tp mmg kena simpan batch sekolah dgn nametag sekolah. kenangan sampai bila2 tu kan?

MUMMY ILA said...

WAKAKAKA..dulu aku ada simpan..skrang x tau ke mana peginya sejak aku pindah umah lain. (dok sendiri tanpa keluarga)

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

kak, sekolah agama kg pandan dalam tue yang kat belakang restoran kepala ikan tue kerrr...??? jue sekolah agama yang kat depan SRK st gabriel tueee.. sekarang nie dah buat BAITULMAL. dan dah pindah kat Masjid Maluri tueeee...

Nana said...

hehe..aku pun simpan lagi bacth skolah.name tag pun ada lagi.heheh

FaizAmYAirieL said...

wah...bahan antik tu kak su..ehehe..aku ade lagik ker? ntah la...ade kot tp tak tau kat mane letaknye..