Wednesday, August 26, 2009

"DECLARE YOUR LOVE"

Assalamualaikum

Aku jarang-jarang la sertai contest dari blogger ni..hehehe. Aku amat tertarik hati pulak nak menyertai "DECLARE YOUR LOVE" ibudamia ni sebab aku sangat suka berkongsi cerita tentang percintaan kami ni..ekekek. Semua orang tentu ada kenangan kan. So mari lah sertai contest ni..mane tau dapat hadiah tu.

http://ibuayahdamia.blogspot.com

ADER APA DENGAN BANNER DI ATAS?


Heheheh...... Sebenarnya, Ibu Damia nak buat satu contest, sempena menyambut 5th Anniversary pada 10 September ni. Kebetulan pula masa tu bulan puasa. Jadi disebabkan itu Ibu Damia dan keluarga nak buat amal jariah bagi hadiah kepada sesiapa yang berhak. Takkan terus nak bagi hadiah gitu je, rasa macam tak best pulak. Insyaallah, kat office Ibu Damia akan tunaikan juga amalan jariah ni dan ia juga merupakan acara tahunan bagi office ibu.


HOW TO SAY " I LOVE YOU?"

Ok, berbalik pada contest ni. Setiap insan pasti mempunyai kisah yang tersendiri bagaimanakah pasangan anda mula2 meluahkan perasaan cintanya terhadap kamu. Ada yang meluahkan dengan suasana romantik, ada meluahkan dengan perasaan yang menyentuh jiwa dan mungkin ada juga yang meluahkan dengan rasa lucu.


Jadi untuk contest ini, anda hanya perlu menceritakan bagaimana anda
"DECLARE YOUR LOVE"
Tidak kisah lah berapa patah perkataan yang anda perlukan. Janji anda jujur menceritakan kisah cinta anda itu.


Oh, kenapa tajuk ni ye ?

Sebab Ibu Damia hendak anda imbas semula saat2 anda dan pasangan anda mula2 meluahkan rasa cinta disamping kisah anda dapat dibaca oleh anak2 anda, pasangan anda,keluarga anda dan sesiapa sahaja.


CONTEST INI BERMULA PADA JAM
10 PAGI, 22 OGOS 2009
(AWAL RAMADAN - AMBIL BERKAT)

DAN AKAN DITUTUP PADA JAM
10 PAGI, 10 SEPTEMBER 2009
(SEBELUM KAMI PERGI HONEYMOON)



Syarat-syaratnya:


1. ADD URL Link Damia Aleesya & Damia Ayyunie di blog list @ blog roll anda & Anda diwajibkan menjadi Follower http://ibuayahdamia.blogspot.com & link semula url pasal contest ni & tepek as a banner di blo g masing2....


2. Contest ni terbuka kepada semua pasangan tak kira yang dah kahwin, bertunang, bercinta atau dah clash. Kalau boleh ceritakan tentang pasangan sekarang lah.
(bagi yg tak der blog boleh email ke zamzarina99@yahoo.com)


3. Diwajibkan upload sekeping gambar anda dan pasangan anda sebelum kahwin (bg yg dah kahwin) dan yang belum kahwin gambar terkini ok. Sila nyatakan nama anda & pasangan anda serta dimana gambar itu diambil.


4. Dalam cerita anda, wajib ada isi kandungan berikut:

- tarikh declare

-tempat declare

-suasana declare

-siapa yg declare

-bagaimana declare itu dilafazkan

-yg lain pandai2 tambah sendiri mengikut kekreatifan anda


5. Pemenang dinilai mengikut cerita yang paling kreatif. Hanya seorang pemenang saja yang akan dipilih, tetapi sekiranya penyertaan amat menggalakkan hadiah mungkin akan ditambah.
Bagi penyertaan yang ke-10 akan mendapat hadiah misteri.


6. Juri2 adalah terdiri daripada 2 orang staff ibu & ayah Damia serta 3 orang pelajar cemerlang sekolah ibu dan ayah Damia iaitu PUSAT BAHASA PELANGI.


7. Bila dah siap, tinggalkan URL link mengenai contest ni beserta nama anda & pasangan anda di entry ini.....


:: Hadiah utama untuk contest ini ialah ::

Creative 2GB Zen Mp4 Player

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar ni semasa pertunangan kami pada tahun 2005. Kisah aku & somi bermula pada tahun 1997. Masa tu kami satu kelas,belajar di IKM Melaka. Aku amat meminati somi aku ketika itu. Hati masa tu memang dah tertarik sangat. Masa tu aku yang cuba mengorat dia tapi hati dia keras! Kebetulan pulak,kawan-kawan kelas bagitau aku yang dia dah ada seseorang yang istimewa. So aku berundur tapi masih menaruh hati dan perasaan. Lepas tamat IKM,kawan-kawan kelas masing-masing bawa haluan sendiri. Aku sambung belajar kat MFI,dia pulak kat Twintech. Kebetulan aku & dia duduk dia Bandar Tun Razak,aku selalu menghubungi dia. Kadang bercakap telefon,tak puas telefon berjumpa pulak kat bawah flet rumah aku tu..hahaha. Masa tu kami hanya berkawan baik. Waktu tu aku ada berkawan dengan orang lain jugak,tapi dalam masa yang sama aku masih berkawan dengan dia & keluar tengok wayang la,minum la. Hati ni memang susah la nak lepaskan dia. Dia pun ada cakap dengan aku,antara kawan-kawan lain..aku la yang selalu hubungi dia. Ye la..sebab aku gila bayang dia..wakakakak. Sampai satu masa,aku bercinta dengan orang lain namun terputus ditengah jalan sebab berlainan agama. Masa ni somi la yang ada disampiang aku. Aku hampir hilang arah! Hidup aku masa tu macam orang hilang pedoman jer. Tiap kali aku call & sms,selalu aku luahkan perasaan kecewa aku tu pada dia. Satu hari tu pada 9 Dec 2004,masa aku bersms dengan somi aku ni..time ni tengah luah perasaan kecewa lagi la..hahaha. Dia cakap...'Why not we talk about us'. Aku tanya apa maksud dia tu. Dia cakap...tentang kita la. Kejadian ni berlaku dirumah kakak aku. Waktu tu dalam pukul 9pm,time tengah landing.Bila somi cakap je camtu,dari baring terus aku duduk...hahaha..terkejut oii! Somi aku ni jenis anti-perempuan & dia kata hidup dia dalam blues jer. Tu yang aku terkujat kejap tu..hahahaha. Aku call dia tanya maksud ayat dia tu. Dia cakap nak serius dengan aku. Wahhh..aku macam kera dapat bunga OK. Menangis aku time tu..huhu. Aku tanya dia balik,serius ke ni. Aku cakap selama 7 tahun aku tunggu dia,akhirnya jodoh aku jugak dengan dia. Somi pun menangis bila aku sanggup tunggu dia selama ni,dia betul-betul tak sangka yang aku sangat menyayangi & mencintai dia. Akhirnya kami ambik kata putus untuk bertunang & setahun kemudian kami berkahwin. Aku memilih tarikh yang sama iaitu 9 Dec 2006 untuk melangsungkan perkahwinan kami & sekarang aku bahagia bersama dia serta puteri aku yang cerdik tu.



9 comments:

ibu damia said...

saya dah terjah...cuma awak tak letak link kat URL contest ni jer..good luck ok..

fazilzura said...

wahhhh pjg nyeeee

ai said...

HUHUHUHU....so touching-touching...

ibu damia said...

ok..lulus......good luck

saveme_zero said...

hehehe..aminnn

Bibu said...

erk..cam princess Suraya sdg bercerita hehhe (touching2)

el said...

aku tau kesah ni
aku tauuuuuuuuuu
kahhhhh

gud luck suraya ahmad
wow adiah die menarik tertarik debommm

~FARAH~ said...

touching lak saye...
gudlak ye...
salam kenal...http://myangels-love.blogspot.com/

Ieda the Rainbow Princess said...

Good Luck,yea!