Thursday, October 22, 2009

Assalamualaikum,
Haiiii....kenapa la malas sangat sekarang ni nak update blog erk. Otak tak berapa jalan nak update blog dua tiga hari ni..kahhhhhhhh.

Ada citer sebenarnya nak stori tapi tak tahu nak mula dari mana..ekekekek. Aku mulakan dengan cerita alya la erk. Last week jumaat,aku dah rasa badan alya dedar. Sabtu pagi cek temp....confirm demam tapi tak tinggi...37.5 masa tu. Hari ahad,panas lagi...aku bagi ubat demam jer. Malam ahad batok dah start...hari isnin batok dah kuat skit...terus bawa klinik. Doc cek temp...39 ko! So mintak ubat yang kuat skit..antibiotik,ubat demam & ubat batok/selsema. 3 Hari makan,syukur alhamdulillah dah recover demam dia tu cuma batok & selsema ada skit-skit lagi.

Sekarang alya dah 21 bulan...bulan 12 nanti dah 2 tahun. Anak aku kan end of da year. Banyak ability yang alya dah boleh lakukan. So far perkembangan alya sangat la memberangsangkan. Mulut dah petah bercakap,suka menari,pantang dengar muzik skit..mula la tergedik-gedik. Kalau lepas kerja,ambik alya...sampai je rumah...alya dah suruh bukak beg gadget dia. 'Mama...sayur-sayur'..hahaha..nak main masak-masak. Aku kat dapur masak,dia pun sibuk masak kat depan. So far alya sangat la suka dengan menan yang ni,dapat dari beli susu enfa..baru 2 koleksi..ada lagi 4 nak collect..hehehe. Susu pun sangat la kuat,makan pun berselera dah sekarang ni. Kalau kat rumah bbsit dah makan..time dinner dengan aku pun dia makan sekali. Pastu kejap lagi...'Mama..susu!'..adehhhh

Ohh yer,korang ingat aku penah paste pasal hyperaktif. Kebetulan hari tu,abg ipar aku ada tegur..anak aku ni kategori macam hyper. Ermmm...alya ni kalau kat rumah dia behave skit tapi bila kat luar...masya allah,tak terkawal dah jadinya. Kalau pergi rumah orang,aku & mrR kelam kabut makan...& terus balik. Alya ni kalau dah jumpa sesuatu yang dia suka,dia sangat la aktif...kira macam dia dengan dunia dia jer. So aku ada tanya pendapat geng2 mak ayam...alya ni memang aktif tapi tak sure la kategori hyper. Kalau sapa yang penah jumpa alya ni..tau la camnekan. Basah ketiak nak menjaga dia OK..hahahaha. Kalau tak caya,cuba tanya bibik alyn...kahhhhh. Just wait & see je la...kalau keadaan betul-betul tak terkawal...kena jumpa paed la kan.

Tengah melipat kain..konon-konon la tu

Ni masa nak ke mana erk...aku dah hilang ingatan lak...kahhhh

Rambut dah rupa apa dah...kahhhh tapi aku suka picas ni..kan kan...

Tengah cari port nak setting landing...hahahahaha

Hahh..kan dah cakap....mata pun stim jer...

Ralit sungguh dia memotong sayur...ekekekek

2 comments:

el said...

danish tu pun kategori hyper gak...
aku rs time kecik ni mmg cam tu
tgklah dah besar skit 3 4 thun mayb dia berubah..kanak2 katakan...

ada aku dgr..anak hyper ni kurangkan pemakanan yg bergula n fast food...

anak aku akan hyper bila mak bapak dia ada ngan pengasuh dia..kalo ngan org len..mmg sopan..kahhhhhhh

then kena tau ape yg dia suke..so if let say g mn2...kita tahu nak behave dia cam mn..bg je ape yg dia suke..then syplah dia..hiksss

FaizAmYAirieL said...

ehehe alya gerpren airiel ni..same je pangai dgn airiel tu..budak nak membeso kak su mmg gitu gayenye..tp hope tidakla hyper aktif sampai nak diikat tu kan..tp sebenanyekan bile dipkkan balik better la diorg ni aktif dari lembab semcm sbb tu maknenye ade problemkan..btol x? at least otak diorg berjalan..towl x?