Monday, October 12, 2009

Kanak-kanak yang hiperaktif

Aku nak share sedikit info. Kenapa tentang hiperaktif,nanti aku ceritakan k.

Kanak-kanak yang hiperaktif

Daripada pengalaman saya selama 25 tahun berhubung masalah kanak-kanak,masalah hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik kanak-kanak walaupun di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.Keadaan ini dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal. Anak tak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.

Semakin negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah urbanisasi yang pesat,masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini membayangkan bagaimana perkembangan jiwa kanak-kanak telah berjaya dicemari oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada pemakanan,persekitaran, suasana keluarga dan masyarakat.Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup masyarakat dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan kanak-kanak.Ini telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan kerohanian,mental dan juga fizikal mereka.

Kebanyakan kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri sindrom hiperaktif lazimnya dibawa berjumpa para profesionalmenjelang usia 5 tahun.Mereka sudah terlalu kuat sehingga ibubapa mula cemas memikirkan bagaimana anak ini hendakmenyesuaikan diri di sekolah sedangkan tadika pun tidak mampumengawal dan melatihnya.Bagaimana pula masa depan mereka?

Ibubapa sedar bahawa keadaan ini telah mula membenih dari mereka kecil lagi,mungkin disedari semenjak anak berusia 2 tahun lagi.Ada yang telah merasakan pergerakan janin yang terlalu aktifsejak dalam kandungan lagi dan dari bayi tersebut dilahirkan ibu telah merasakan keunikan dari segi tingkah lakunya.

Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan.Ini memerlukanriwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian perkembangan intelek dan emosinya.Kaunseling yang intensifdiperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan olehpara profesional di klinik.Ini memerlukan kesabaran,pengorbananmasa,tenaga dan kewangan.Kemahiran mengendalikan terapi perludikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yangterlibat perlu dijalinkan.

Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan di bekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyaimasalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu di kikis. Redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan progrem pemulihan.

Matlamat rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . Dari masa kesemasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan .

Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibubapa perlu sedar akan betapa pentingnya kesihatan kerohanian,mental dan fizikal mereka sendiri untuk menghindar penyakit-penyakit pada zuriat mereka.Saya sarankan agar mereka menimbulkan kekhuatiran mereka tentang sesuatu keadaan penyakit yang boleh melibatkan janin atau anak mereka dalam sesi kaunseling dengan para profesional. Janganlah dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi oleh sifat cemas dan was was dengan adanya keadaan-keadaan seperti Sindrom Hiperaktif, Sindrom Down, Autisme,kecacatan dan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh anak orang lain. Dapatkan penjelasan dan kaunseling dari para profesyenel yang arif. Insyaallah dengan ilmu,sikap yang positif serta amalan hidup yang sihat,keadaan sebegini dapatlah dihindarkan.

Berdoalah sentiasa agar dianugerahi zuriat yang sempurna. Lakukanlah apa yang dituntut oleh ALLAH s.w.t dan juga RASULULLAH s.a.w dan jauhilah daripada kesemua larangan yang dituntut oleh hukum syarak.

1 comment:

MAS said...

sue..anak2 aku kira tergolong dlm kategori ni kot??xleh dok diam..xkira di mana jua berada..kdg2 aku maleh nk bwk berjalan..dr pregnen lagi mmg dh aktif dlm perot..huhu.sbb tu aku kurus jadinya..nak melayan keaktiffan dorang nih..sabau jela