Thursday, December 03, 2009

Sangat menduga

Assalamualaikum,
Selamat pagi semua. Cuaca hari ni sangat la sejok dek hujan disubuh hari tapi aku sangat la panas...sebab apa? Aku nak citer la ni. Hari ni aku bangun agak lewat...alarm snooze pun aku buat dek...ekekeek..syahdu betul tido time hujan kan. Aku pun iron baju mrR..pastu baju aku...then terus mandi. Dah siap semua,aku kemas rumah skit...then kemas beg baju alya. Pukul 8 lebih aku baru keluar rumah sebab kena antar alya.

Masa kat tangga,alya pulak buat hal. Time ni aku masih ok lagi la,dia tau hujan pastu sibuk nak payung. MrR pegi kereta...ambik payung,then si alya sibuk nak pegang sendiri...siap mengamok duduk kat lantai. Aihh..betul-betul bikin panas. Aku pun kasi la payung kat alya,terkedek-kedek macam itik pulang petang pegang payung tu. Aku?? Basah kena hujan ok!..huhuhu. Dah masuk kereta,dia mengamok lagi! Nak duduk pulak kat driver seat! Aku suruh duduk dalam carseat dia tak nak...huhu. Aku drive je buat dek dengan alya. Dah sampai kat umah ibu dia,si alya buat hal lagiii!!!! MrR kasi payung,dia sibuk nak pegang...dah tu nak bukak payung dalam kereta. Aku suruh pakai shoe...tak nak pakai..sambil mengamok-ngamok...menangis. Aduhai anakku...kenapa la mengada sangat ni. Final way aku cakap kat alya...dengan nada yang sangat perlahan yer.

'Alya kenapa ni? Mama dah kasi payung,tak nak,suruh pakai shoe tak nak. Hahh..duduk la bawah tu,ada cockroaches..nanti dia gigit kaki alya.'

Tak jalan jugak time ni,pastu aku cakap...'Mama kurung dalam toilet nak!!'

'Tak nakkkk'

Aku terus dukung alya..masa ni dia macam ulat bulu,rasa nak pe-ok jer. MrR?? Menahan sabar...hahahaha.

Masa dukung alya dalam kereta...aku tanya alya lagi.

'Nak duduk dalam toilet ker'?? terus si alya dakap aku. Sejok hati aku tapi sambil tu mulut aku pot pet kat alya dengan suara yang sungguh sayu...hahahaha. Kena control beb! Tak control...memang temper aku go upstair dah sampai gunung everest! Alya ni very good behave dia..tapi bila datang angin swing dia tu,nak mengamokkk jer! Selalunya kalau alya mengamok,aku biarkan je..sebab kalau pujuk,makin lemak! Kebetulan semalam aku ada terbaca topik anak yang jenis hyper ni atau tantrum kat blog myra. Info tu sangat berguna pada aku untuk dipraktikkan..hahahaha.


Ni antara berkenaan pencegahan tantrum.....

'Endahkan (ignore) ketika sianak tantrum – Ketika sianak tantrum, sebaiknya ibubapa jangan memujuk, bercakap, memberi nasihat, berargumen dan seumpamanya yang bertujuan mengambil hati sianak. Kerana ketika tantrum, perasaan amarah menguasai dirinya dan dia tidak akan mendengar kata-kata nasihat dari ibubapanya. Jalan terbaik ialah membiarkan sianak untuk seketika, biar dia lepaskan kemarahan itu. Tantrum akan cepat berakhir sekiranya ibubapa tidak campurtangan dengan memujuk atau paksaan atau kemarahan.

Jika sianak masih lagi tantrum – Ibubapa hendaklah memeluk sianak dengan dakapan kasih sayang. Akan tetapi ada ibubapa yang malu dengan kerenah anaknya yang sedang tantrum. Maka moleknya ibubapa hendaklah berada tidak jauh dari sianak dan bercakap dengan sianak yang menunjukkan anda sayang padanya. Dengan kaedah itu, sianak berasa aman dan tahu bahawa ibubapanya ada dan tidak menolak sikap negatifnya.'

Ketika sianak Kembali Tenang

Saat Tantrum sianak sudah reda, seberapapun parahnya ledakan emosi yang telah terjadi tersebut, janganlah diikuti dengan hukuman, nasihat-nasihat, teguran, maupun sindiran. Juga jangan diberikan hadiah apapun, dan anak tetap tidak boleh mendapatkan apa yang diinginkan (jika Tantrum terjadi kerana menginginkan sesuatu). Dengan tetap tidak memberikan apa yang diinginkan si anak, ibubapa akan dapat melihat konsistensi dan anak akan belajar bahwa ia tidak bisa memanipulasi ibubapanya.'


Korang yang ada anak kategori aktif sgt ni,tentu paham masalah aku ni. Kadang-kadang tu,menguji iman & kesabaran as parent. Nak pukul,anak tu tak cukup sempurna lagi akalnya...tak pukul...makin lemak. Kalau sentiasa ikut rentak dia,makin berlemak pulak nanti. So dengan info ni la aku praktikkan pada alya..moga kesabaran selalu pada diri aku & mrR..aminnnn.

Ohh yer..aku nak explain skit kat sini yer. Alya ni jenis yang lasak yang amat! Dia tak takot bahaya,tak tahu sakit..apa yang dia rasa dia nak buat..mesti dia buat,kalau tak dapat..dia akan memberontak. Memberontak macam mana?? Dia akan baling apa yang ada dekat dia,dia akan menjerit sekuat-kuatnya sambil mengetap gigi menahan marah. Aku pun takde la mintak anak aku tu hyper,kalau betul hyper..sangat bermasalah. Ada time alya behave,ada time...sebaliknya.

Anak korang ada ke macam ni????


5 comments:

AieZa said...

alya kategori hyper ke sue? camana ko tau dia hyper?

el said...

anak aku sejibik cam alya..danish tu
tp kdg2 tu dia leh behave
kalo g mn2..x dpt ape yg dia nak..mau dia goling2 kat situ ngan jerit2 cam kena pukul..so nak avoid dr mende ape yg dia suke...cam kedai2 toys tu kena jauhkan..kalo x...jerit2 la dia kat situ nak selagi x dpt...

tp lately ni dia ok skit
tiap kali dia buat hal...aku amek hanger libas2...then biar dia jerit smpi lebam...lantak..pas2 aku kata..sayang mama x..ms tu lah dia makin surut...pas2 peluk aku..kita lak sebak..cam tu anak aku...

fazilzura said...

emm alya hyper ke?

cm akil zr mmg dh start cubit or pukul dari 2thn lg.. bkn le smp memudarat , cukup dia tau benda dia wat tu x betui..
so now kalau daku beso kan mato ku.. mmg dia tau ler pe dia wat tu salah...

penah terbaca .. anak2 dari kecik le kite pukul (tuk mendidik).. cz kalau dh beso x jln dh ..

nasz said...

pe'el alya sama ngn inshe. kalo nask sesuatu tu, nak jugak. kalo tak dpt, melalak2... aku mmg slalu biarkan je, tp opah n achiknye akan pujuk tau. tu pasal naik lemak berkrim!!!

** atie + farid + aisyah ** said...

kak sue... aisyah sebijik mcm alya... atie mmg HOT ngan die kengkdg... nak di pukul, pk die kecik lagi..bile kte becakap sampai suara dah jd mcm suara panah petir.. skit pun xtakut... lebih2 plak atok terlampau manjakan sgt... tu yg lagi belemak2... sampai atie dh warning ayah atie jgn manjakan sgt aisyah tu... skang ni kalau aisyah buat perangai, atie pukul betis die bg die cam terasa skit.. takla pukul kut2.. kang jd kes dera plak