Friday, February 27, 2009

I'm Doing my Work Mama!

Assalamualaikum,
Banyaknya gambar alya yang tak sempat saya upload. Kesibukan kerja dipejabat yang buat saya menunda segala update. So hari ni hari jumaat,kesempatan yang ada ni akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Gambar-gambar ni ada yang saya snap minggu lepas & minggu ni. Dah besar anak dara saya ni,makin banyak keletahnya. Dirumah sekarang ni saya dah ada PC,kadang kala saya bawa balik task saya untuk dibuat kat rumah. Alya amat-amat la rajin untuk menolong saya buat task tersebut. Tengok je la dia duduk kat kerusi tu. Itu bukan aku yang angkat dia yer,dia yang panjat sendiri dengan usaha dia sendiri. Aku memerhatikan jer.

Gambar yang bawah tu pulak,semalam saya snap. Masa ni pukul 6.30,alya dah suh bukak Tv nak tengok channel kesukaan dia iaitu 611 & 613. Tengah dia duduk tu,boleh pulak seperti dia melayan perasaan..hahahah. Cepat-cepat la aku snap candid dia ni. Sama ada sihat atau tak,sama jer keaktifan dia. Takpe la,mama tak kisah. Dari melepek jer kan,lagi la kita risau.

Adios.









Hi Tea @ Grand Season

Assalamualaikum,
Sabtu lepas office saya ada arrange hi tea,so my office pilih Grand Season Hotel. Kebetulan pulak,supplier pump belanja. Bab makan mane boleh tolak kan,aku ajak somi join sekali..kalau kena bayar,bayar je la kan. Makan kat sini,bagi aku la..tak sedap!. Semua berasaskan ayam! Pesta Ayam ke apa! Yang bestnya,desert dia. Macam-macam ada..ekekekek.

Tahun lepas makan kat Hotel Armada,aku rasa lagi sedap. Dengan kambing,sate,kaki ayam pun ada..hahahaha. Lagi sedap dari GS ni. Macam tak berbaloi je makan tapi takpe la orang belanja...hahahah..belasah je la kan.






Jawab TaG


Rules of the tag:

1)Make a list of what u want o your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours


10 benda yang aku harapkn utk bezday aku kali nie...

1. Aku nak ucapan hari jadi dari somi aku & semua la
2. Aku mohon dipanjangkan umur untuk lihat alya membesar menjadi manusia yang berguna
3. Aku nak sedozen ros merah
4. Aku nak jam tangan
5. Aku nak makan malan macam candle light dinner la dengan somi & anak aku
6. Aku nak pergi bercuti dengan keluarga aku
7. Aku nak keluarga aku bahagia,penuh kasih sayang, disayang oleh semua
8. Dimurahkan rezeki
9. Diberi hadiah yang best-best la
10. Dapat menjadi seorang ibu yang baik,bertanggungjawab & isteri yang solehah untuk suamiku

-------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 25, 2009

My Work!

Assalamualaikum,
Ni la kerja yang perlu saya lakukan dengan penuh tekun! Pening pale nak pikir untuk setting & sebagainya. Kadang ambik masa 2,3 hari la jugak untuk siapkan kerja ni,itu pun kalau takde gangguan dari anasir-anasir jahat!kahhhhhhh

Adios,

Saturday, February 21, 2009

Medical Treatment

Assalamualaikum,
Jumaat lepas aku & somi decide bawa alya jumpa paed alya kat Ampang Puteri. Alya demam last week,jap on jap Off. So dalam kul 10 lebih,kitaorang pergi. Sampai jer, paed takde lagi. Lebih kurang dekat pukul 12 baru paed sampai. So aku pun give full story alya. Biasa kalau alya batok memang jumpa paed ni. Aku bagitau demam yang tinggi & on & off. So paed suruh buat ujian darah kat tingkat 1 then datang balik. Lepas dah ambik darah,setengah jam lepas tu,keluar result. Paed cakap..sel darah putih alya tinggi iaitu 16.7 yang mana normal sepatotnya dari 5-12.5 sebab tu demam alya tinggi. So paed kasi ubat demam,antibiotik & ubat bontot tu. Berat alya 10kg..tinggi 90cm.

Demam alya dah recover but alya batok & selsema pulak. Semalam & hari ni dah kurang sikit batoknya..selsema pun sama. Musim cuaca yang tak baik sekarang ni. Harap alya cepat la sembuh dari batok & selsema itu.

Adios

Thursday, February 19, 2009

39.6

Assalamualaikum,
Hari ni cuaca saya agak muram,sebabnya my princess got fever. Semalam pagi when wake up,saya dah rasa badan dia seperti dedar & saya pesan pada bbS supaya beri ubat. Bila petang saya ambik alya,badan dia agak panas. Sampai rumah terus saya & somi cek suhu alya,amat terkejut sangat-sangat suhu alya tinggi 39.6. Tersangat la risau bila alya demam ni. Alya ni kalau demam jarang suhu dia rendah,mesti dekat 39 or bawah 40. Terus saya bagi ubat air dari hukm tu,merengek-rengek la anak dara saya semalam.


Malam tadi dinner terasa nak makan nasi lemak. En.somi pun kata ok,so en.somi la pergi kedai membeli bahan-bahan untuk dimasak. Saya buat yang simple jer. Sementara saya masak,en.somi la melayan alya yang merengek-rengek. Saya suruh en.somi bukak baju alya,tinggalkan pampers jer. Nasib baik la en.somi amat memahami & sanggup berkerjasama menjaga alya. Syukur alhamdulillah saya mendapat suami yang bertanggungjawab,penuh kasih sayang,perihatin,ishkk..semua la. Rasa saya semua orang begitu kan.



Pagi ni bila bangun,alya sapa saya suh bangun..hehehe. Cium-cium pipi saya,main cak-cak..ekekeke. 'Sori la sayang,mama mengantok sangat',maklum la alya merengek malam tadi tapi somi yang bangun jaga..hehehe. Makan pun alya tak nak sangat,dah la tu malam tadi muntah-muntah. Aihh..sian anak mama ni. Lega skit pagi ni alya sihat dah sikit,saya bangun dari katil dia pun turun mencari SAM nya..ekekekek.


Harap alya will recover cepat,amat risau sangat kalau demam panas ni. If tak baik jugak kena la bawa klinik. Doakan yer kawan-kawan semua,moga alya cepat sembuh..aminnnn.

Adios.

Wednesday, February 18, 2009

Nite

Assalamualaikum,
Lama jugak saya tak update blog ni yer. Dengan kerja yang menimbun & date line yang agak singkat menuntut saya untuk fokus pada kerja. Seminggu yang lepas,agak tertekan la jugak dengan task yang diberikan. Semua memerlukan kerja yang konsisten. Nak buat macam mana kan,dah KULI.

Sekarang ni kalau makan malam,aku amat-amat BLUR. Dah tak tahu nak makan apa,nak masak dah tak larat. Bila balik rumah,nak kemas rumah lagi,nak basuh baju lagi. Banyak tugas kat rumah pulak yang perlu diselesaikan. Kebetulan malam semalam saya amat tak larat. En.somi pun memberi idea yang simple dimple. Lalu saya memasak Roti telor & maggi special. Dicampur pulak dengan cili api,semua peloh jantan & betina turut menitiskan airnya bersama-sama menikmati maggi kari yang dimasak..kahhhh. Memang terangkat la jubo..wakakakakak.

Makanan untuk alya pulak,saya hanya memberi roti telor. Selalunya bbS akan bagi alya makan malam siap-siap sebelum saya mengambil alya. Kalau waktu malam,saya bagi yang ringan-ringan ajer. Alya amat suka makan sekarang ni,senang hati saya OK. Hari ni alya macam nak demam la,selasa semalam masa ambil alya dah terasa badan dia macam dedar & saya dah suarakan pada en.somi. Bila pagi ni,dedar jugak & saya dah pesan pada bbS supaya memberi ubat demam pada alya. Mungkin demam nak dapat sesuatu kot, bukan ADIK yer..hahahaha. Demam nak pandai sesuatu kata org.

Oh yer,pada rakan-rakan blog yang telah memberi aku tugasan,akan aku siapkan nanti yer. Lom ada kesempatan nak buat lagi ni. Thanks a lot pada yang mengetag.

Ok lah,sampai sini saja. Adios.


Friday, February 13, 2009

Geng :Pengembaraan Bermula

Assalamualaikum semua, Semalam movie Geng dah keluar wayang,memang dah plan lama since keluar kat TV thriller geng ni nak bawa alya tengok wayang. So semalam set up dengan somi ler. I let him know nak tengok wayang,so somi agree. Since kawin,almost 2 year lebih tak tengok wayang. Lama tak lama tu,hehehehe. So aku pun book kat TGV @ Cheras selatan, waktu yang available untuk malam pukul 9 & 11 jer. So aku pilih pukul 9. Semangat gile nak tengok wayang ni,hehehe.

Balik kerja terus ambik alya kat rumah BBs. Somi lak balik kul 7 lebih,so sempat la kan. Sampai rumah,kemas rumah dulu la sambil alya pun mengemas jugak. Dah pukul 6.30 alya merengek lak,so aku kasi susu. Sekali tu aku tengok alya dah belayar daaaaa. Alamak,tak dapat la tengok wayang ni,nak buat macam mana kan. Pukul 7.30 en.somi balik,tengok alya tido dia cakap kat aku.. tak jadi la tengok wayang ni,macam mana nak pergi. Aku pun tak kisah la,nak buat macam mana kan. Lepas en.somi mandi nak solat,alya leh nangis pulak dalam tido,mungkin mengigau kot. Tengah tepok-tepok, alya leh bangun lak,langsung tak nak tido. So apa lagi,cargas la bersiap. Masa tu dah pukul 8.30,sure tak sempat. Aku cakap aku lapar,kita pergi makan jer la kalau tak tengok wayang. Lawak pun ada,nak tengok wayang punya pasal..hahahaha.

Sampai JJ,cari port makan,waktu dah pukul 9. Kitaorang makan kat Bistro jer,pas makan tu en.somi cakap..jom la kita tengok kot sempat. Aihh..pantang tol aku dengar..hahahaha. Segera naik atas,terus ambik tiket. Bermula la pengembaraan geng,ekekekekek. Masa aku masuk tu dah start 15min kot. Memang penuh la panggung, ramai yang bawa anak-anak. Memang best giler weii,tak rugi korang tengok. Lawak abis & mendedarkan...wakakakak. Rasa macam nak tengok je lagi..hehehe. Memang sesuai untuk tayangan umum,cepat pergi tengok OK. Amat berbaloi! Aku kasi 10 bintang la kat citer ni..hehehe


video

Tuesday, February 10, 2009

SomeWhere..

Assalamualaikum semua, Hari ni permulaan minggu kedua,semalam cuti lagi sebab thaipusam. Ahad kelmarin aku balik ke semenyih,kerumah my sis. Actually en.somi aku buat wiring kat rumah akak aku. So alang-alang ikut la kan,lepak sana. Makan minum tido sana tapi tak bermalam la. En.somi kata tak payah la,kita lepak kat rumah..kahhh. Macam biasa la,alya ni kalau orang sibuk buat keje,dia pun nak tolong sekali. Jenuh aku kawal dia,last-last tak terkawal dah. Hahh..buat la apa nak buat alya but be careful ok. Masa dia panjat tangga ni,dah sampai atas dia boleh turun balik. Ingatkan dah cukup,rupanya dia nak ambik screwdriver hahh,nak pomen pulak..hahahahaha. Dah sihat,makin lasak alya aku ni. Layankan jer la,lebih-lebih aku pitch jer la. Sabtu tu,lepas balik keje,lepak kejap kat rumah MIL aku. Then aku kemana yer..lupa la. Dah petang terus ke Tasik Permaisuri. Saja jalan-jalan diwaktu petang,ramai betul orang beriadah.

Alya sekarang ni payah la nak tido siang. Semalam nak jadikan cerita,aku buat la susu untuk alya,mata dia dah stim ni dengan aku sekali stim. Aku & en.somi tertidor, ingatkan alya pun tido la kan. Dia boleh main sorang-sorang..hahaha. Adoii anak dara aku tu. Sib baik la dia duduk tengah-tengah,tak kemana-mana. Pastu dah agak dia boring, dia kejutkan aku. Adoii..langsung aku tak tido dok melayan dia. Dah pukul 6 lebih,aku bagi mandi,susu dia nak tido pulak,dah tak makan nasi malam tadi. Malam pulak sekarang ni 4 ke 5 kali susu..lotihhhhh!! Makan pun dah banyak sekarang ni,syukur alhamdulillah. Kalau dulu,payah tol nak makan nasi ni. Sekarang ni,sumbat aje..hehehe. Semalam aku ke JJ AU kat keramat,macam boring je la. Yang banyak restoran makanan,aku makan kat Madam Lim,nyonya style. Not bad makanan dia. Lepas dah kenyang..balik umahhh.

Adios.


video