Tuesday, March 31, 2009

Ikan diLaut,Asam Didarat...dalam periuk..bertemu jua

Assalamualaikum semua,
Korang tahu tak ikan apa tu?? Hahh..kalau korang nak tahu,nama ikan tu GIANT TRAVELI a.k.a GERPUH. Adik aku pergi mancing kat pahang lak kali ni. So hari ni aku pun masak ikan GT ni,macam biasa aku ajak ayah & mak aku datang makan kat sini & balik ikan ikan & ketam yang adik aku dapat. Ohh yer,ketam tu adik aku beli yer, Sekilo RM4 jer! Gile murah weii!! Kat sini sekilo RM24! Minggu ni adik aku nak pergi mancing lagi kat laut. Kali ni aku suruh dia beli udang galah ke rimau ker. Korang layan je la gambo kat bawah ni yer.

Adios.


Sunday, March 29, 2009

TAG PANTANG

Aihh korang ni,TAG pantang la pulak..hahahaha. Segan betul aku nak tunjuk..wakakakaka. Time ni aku gomok woo..tapi aku suka..ngeh ngeh. Lepas 12 jam baru aku boleh bangun dari katil. Aku kan czer,tang perut pun gile kembang weii..hahahaha.



Setelah setahun 3 bulan...hehehe..ni la hasil yang tak seberapa...kahhhhhh (sure ada yang hangin dengan aku..wakakakak) Kalau korang tanya macam mana boleh jadi macam ni,aku TIADA JAWAPANNYA ok. Aku sendiri tak sedar yang berat aku semakin menurun. Kalau korang nak tahu,aku lagi suka berat aku masa mengandung. Last berat aku 69.5kg,before nandung 46kg. Lepas dah bersalin 56kg,sekarang aku tak tahu berapa. Last aku timbang 50kg.

Tergempar!!


This photo belong to this blogger. She is one of the client Dr. Haliza, http://rimarhythm.blogspot.com


Hari ni amat memeranjatkan aku. Somi balik keje tadi,dia bagitau yang Dr Haliza,paed alya hilang. Mula-mula terpinga-pinga,sapa lak yang hilang. Setelah somi tunjukkan kosmo,rupanya paed alya.

Kalau korang tengok berita TV3 malam ni,satu berita mengempar telah berlaku. Pihak polis telah menjumpai kereta milik beliau namun beliau & rakannya tiada dalam kereta. Polis menemui mayat dr.haliza & rakannya 100m dibawah gaung. Aku mintak jasa baik kawan-kawan semua sedekahkan al-fatihah pada beliau. Aku amat-amat terasa kehilangannya sebab beliau seorang yang sangat baik sepanjang aku mengenali dia.

AL-FATIHAH

AMPANG JAYA: Dua doktor pakar kanak-kanak hilang selepas keluar dari Hospital Ampang Puteri, di sini, dengan menaiki kenderaan seorang daripada mereka, pagi Rabu lalu.
Kedua-dua mereka yang bertugas di hospital berkenaan dikenal pasti sebagai Haliza Mohd Shafie, 53, dan Amin Tai Abdullah@Tai Yun Ming, 57.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata pihaknya menerima laporan dibuat keluarga mangsa memaklumkan mereka masih tidak pulang sehingga semalam.

“Kandungan laporan itu memaklumkan dua doktor berkenaan, Haliza bernombor kad pengenalan 560218-08-6392 manakala Tan bernombor kad pengenalan 521229-12-5201.

“Laporan polis itu dibuat suami Haliza, Md Ridzuwan Mansor yang menyedari kehilangan kedua-dua mereka sejak tarikh kejadian,” katanya di sini, semalam.

Menurut Jalil, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 11.30 pagi mendapati kedua-dua mereka dilihat keluar dari hospital itu dengan berpakaian pejabat.

“Mereka menaiki kereta jenis Nissan Latio berwarna hitam dengan nombor pendaftaran BKF 304 iaitu milik Haliza yang berada di tempat letak kereta kakitangan hospital.

“Selepas itu, kedua-dua doktor berkenaan tidak pulang ke rumah mahupun datang bertugas dan kereta Amin turut masih berada di tempat letak kereta khas,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kehilangan itu supaya menghubungi Inspektor Norazman Zakaria di talian 019-2147899 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222 untuk membantu siasatan

::Coloring Time::






Hahh..ni pulak aktiviti alya yang terbaru..COLORING. Gambar-gambar tu aku dapat dari web,si her kek yang bagi link tu. So aku pun print la untuk alya,boleh alya color kan. Kalau korang nak,tengok kat list aku ok.

::Alya & HARA::

Pandai tak alya ride motor?? hahahaaha..sakan tol anak dara aku ni,siap buat aksi rempit lagi. Motor ni mak-mak sedara alya kasi. Mula-mula naik tak pandai nak tolak, sekarang dah pandai dah tolak & corner..hahahahaa. Ni la aktiviti alya kalau duduk rumah,tak naik motor ni alya akan naik car dia lak.







Saturday, March 28, 2009

Wedding part 2

Assalamualaikum,
Ni ada sambungan sikit side adik ipar aku dirumah MIL aku pada 21 Mac yang lepas. Masa kat sini takde sanding,just makan berabad. Gambar dorang aku lupa ambik,yang ada gambar aku yang gile glemer..hahahaha

Adios













Dinner @ Saujana

Salam semua,
Semalam aku menghadiri dinner by MFPA. Actually office aku ni one of member MFPA & MD aku merupakan chairman yang lepas. So office aku dapat la jemputan untuk 20 orang jer,bukan SEMUA yer. Ramai jugak la yang attend,selain co aku,ada gak la supplier,consultant & others. Dinner kali ni kat Saujana @ Subang.

Makanan yang dihidangkan,macam biasa la..chinese course. Food kat sini,boleh dikatakan sedap la & something lain dari yang lain,ada ostrich meat. Aihh..x leh blah la daging dia..ekekekek. Rasa dia macam lembu tapi ringan.Korang tengok je la aksi-aksi gedik aku tu...hahahaha.

Layannnnnnnnnnnn


Invitation card & Menu


Ala-ala PhotoG..wakakakakak Cantik kan lampu ni...macam langit je


Meja makan aku Ni la no meja aku
















Aksi gedik aku...wakakakakakak


With Project Clerk - Fini With Senior Project Clerk - Zarina

Siap ada musician lagi..sedap gak sore dorang Hahh...kalau korang nak tahu,yang BALD tu la manager aku