Wednesday, April 29, 2009

Sirap Bandung dari Surabaya...Kahhhh

OOOOOOO..korang tanya makan erkk,aku pun nak tayang gak la. Sirap bandung dari Surabaya ... wakakakakak..sedap gile weii,nak pulak hari tengah panas kan..melelehhhhhh


Barang Runcit jer..

Semalam lepas keje,en.somi ajak beli susu alya. Cadang nak tukar lagi susu alya,aku nak try susu anmum pulak..rege pun murah skit dari enfa..kahhhhhhh. So aku ke midah cari susu alya ni,lepas beli susu alya..terus ke tesco..beli barang dapur skit.

Beli barang kering,skittttt jer..dah dekat RM100!! Eeeee...barang co-et jer! Marah tol aku bila tengok harga tak berbaloi dengan barang.





Let's Dance Together

Assalamualaikum,
Hari ni aku nak bercerita pasal anak aku..Alya la kan. Alya sekarang ni amat la pantang kalau dengar muzik,sure HEAD BAGGING..hahaha. Korang tengok je la video yang sempat aku snap ni. Layannnn

video

Tuesday, April 28, 2009

Award!!

TQ atie...kasi award yang sangat cute ni..hehehe. So aku nak kasi kat semua kawan-kawan blog aku. Sila ambik award ni yer...sayang korang semua. Nanti kita gather-gather OK.


Monday, April 27, 2009

Selsema

Assalamualaikum,
Takde benda nak update sangat sebenarnya tapi nak cerita skit.Petang jumaat lepas,aku bersin banyak kali. Aku dah suspect,sure nak selsema ni. Pagi sabtu aku bangun nak pergi keje,memang sah hidung aku sumbat. Hari ahad,selsema aku makin terok sampai la rasa gatal tekak,nak dapat batok sekali la. Mata aku dah tak larat nak angkat,kejap-kejap bersin..huwaaaaaaaaaa. Meleleh air hidung aku weii. Tah mana jangkit,aku pun tak tau.

Tengahari tu,aku ke semenyih kejap. Ambik HP yang tertinggal dirumah orang tuaku. Kebetulan ada kenduri,apa lagi..terus pergi makan free la kan. Lebih kurang pukul 2.45p.m,terus berangkat balik. En.somi ajak pergi g klinik sekali. Sampai klinik panel somi,terus register. Then aku perasan,ada bayang orang tua tengah exercise. Pelik lak rasanya,ada nyonya tengah exercise dalam bilik tu. Aku ingat mungkin cleaner. Then nes panggil masuk,rupanya nyonya tua tu..DOCTOR! Wakakakakakak. Pastu yang aku rasa nak sekeh je doc ni,aku lom duduk lagi terus tanya...SAKIT APA?? Woii doc..kasi la aku duduk dulu,nak suh aku berdiri ker...CICAK tol! Aku pun cakap la..selsema,nak batok semua..demam je takde lagi. Haiihh..tak penah lagi jumpa doc macam ni.

Then singgah rumah MIL aku,tapau apa yang patot..kahhhhh. Terus aku makan ubat,then balik rumah...zzzzzzzzzz. En.somi yang menjaga Alya..Tima kasih ye yang..I lap UUU...hehehehe.

Thursday, April 23, 2009

CInta Hatiku...Ngeh Ngeh


Hahh..ni la gambar zaman tok kadok!wakakakakak..aku time ni amat la selekeh ok. Masa ni tahun 1998..hehehe

) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya …
Tahun 1997 di IKM Jasin Melaka


2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
Tak suka perempuan tapi aku nak ngorat gak!


3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
Erm..melalui sms


4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
Let's Talk About Us

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Dari 1997 sampai sekarang,korang kira la yer.

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
9 Dec genap la 3 tahun perkahwinan kami


7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
Dia antar sedozen bunga ros merah ke office aku


8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
Bahagia hingga ke akhir hayat didunia & akhirat,percaya pada dia dalam mengemudi rumahtangga

9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
Sabar walaupun kadang-kadang dia mengeluh..hahahaha,tak larat nak layan tapi dia layan jugak anak dia yang sorang tu.

10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
Sangat baik seperti aku baik dengan ahli keluarganya.

Tuesday, April 21, 2009

Citer yang Dah Basi









She is 16M

Assalamualaikum

Hari ni,genap la alya 16 bulan @ setahun 4bulan. Perkembangan alya amat memberangsangkan. Dah macam-macam pe-el sekarang ni.

1. Sekarang dah kenal car,cat,bird,lori etc
2. Pandai dah salam tangan,pelok cium,flying kiss
3. Nak itu ini dah pandai mintak..nak..nak...aihhh
4. Berat sekarang tak tau,tunggu alya 18M nti baru tau.
5. Suka menari,pantang dengar lagu..mula la menari. Tengah berusaha nak melompat sekarang ni.
6. Gigi masih lagi 10 batang tak silap.
7. Susu pun dah semakin kuat...tengah malam 3x...huwaaaaaaaa
8. Apa lagi erkk...ehh banyak la..tak teringat dah akal aku ni

Syukur alhamdulillah,alya makin pandai macam-macam perkara. Kena sabar je la kan melayan keraneh dia..hahahaha. Sekarang ni siang susah betul nak tido,asyik nak mainnnn jer. Kadang merengek-rengek sebab nak tido tapi dia tahan mata...aihhh.


Malu-malu nak ambik gambar..hahahaha..ngada tol anak dara aku ni


Bila dah ilang malu...sengih je la keje dia...mcm mama dia..wakakakaka


Tara...cantik tak saya...hehehe

Monday, April 20, 2009

Back to Home Town

Assalamualaikum,
This week aku balik semenyih,rumah ayahanda aku. Dah lama tak balik weii..kahhh. Lepas keje hari sabtu tu,lepas hitea..terus balik rumah packing baju. Kemas-kemas rumah,lepas maghrib gak la bertolak. Kebetulan dah nak balik semenyih ni,aku pun SMS le ayah aku mintak tolong bagitau mcik yang urut aku masa bersalin hari tu,aku nak berurut malam nanti. Lepas bersalinkan alya,aku belum sengkak lagi. Ye la..czer,paham-paham je la kan. Mana boleh nak buat terus,naya aku nanti. Dalam kul 9 macam tu,mcik tu datang. Aku suka berurut dengan dia sebab terasa. Masa dia urut badan aku,adoii menjerit aku weii. Sakit yang amat-amat,katanya urat aku dah keras ni,tu pasal aku sakit. Meleleh air mata weii..hahahahaha. Masa mcik tu sengkak rahim aku,nangis hahh...sakit yang amat sebab peranakan aku jatuh. Patot la tak sedap badan je. Bila dah urut,amat-amat ringan badan aku,rasa macam melayang je..hahahaha.

Balik semenyih ni,yang seronoknya pasar pagi kat pekan semenyih. Aku plan nak masak mee kari. So bangun awal pagi,sarapan dulu baru la ke pasar. Aku pegi pasar pun dalam kul 9lbh. Punya la ramai umat manusia,sesak. Pasar kat sini,murah la jugak lauk-lauk basah dia. Aku beli barang-barang basah untuk mee kari,menu utama kerang. Dah masak semua,makan..terus gerak ke rumah kakak aku pulak. Dah petang baru la balik kerumah.

Adios





Saturday, April 18, 2009

Hi-tea @ Palace of Golden Horses

Assalamualaikum,
Hari ni my office belanje Hitea @ Palace of Golden Horses. First time hahh dapat makan kat sini. Amat la teruja sekali nak datang makan kat sini. Ye la..Diamond Hotel, paham-paham je la harga dia kan. Last month we all had makan kat Grand Season,the food not really good as Palace. Really delicious beb! Worth it for what we pay. Dari yang aku tahu,for Hi-tea it only RM50++. Nanti aku double confirm balik dengan HR aku. (aku dah cek dengan HR aku yer..) co aku je dapat less 20% kot..tu pasal RM40 je...kahhhhhhhhh

Sangat la sedap makanan kat situ. Kalau nak pergi ramai-ramai pun amat ok jugak sebab a lot of variety. Contoh macam desert,amat sesuai untuk anak-anak kecil. Kali ni aku tak bawa somi & alya sebab en.somi ada buat keje wiring. Aku cakap kat en.somi nanti kita sendiri boleh pergi sebab murah..kahhhhhh. So enjoy da picas Ok.






















Friday, April 17, 2009

Mari Belajar Buat Background

Assalamualaikum,

Sure korang teruja tengok blog aku kan..kahhhhhhhhh & ada yang bertanya kat aku..so aku share dengan korang ok. Meh aku ajar skit,ni pun aku dapat dari lama web the cutest blog tu.

Aku ajar step by step ok..

1. Sila upload gambar kat PB bersize 1megabytes.
2. Buka blog,then klik LAYOUT. Then klik EDIT HTML. Korang cari word yang ada tulis BODY. Korang copy link yang kaler merah ni then paste dekat word body. Body lama tu korang delete ok.
3. Copy DIRECT LINK dari PB,then paste kat kaler hitam yang aku highlight ni. Then dah siap. Kalau tak jadi,buat sampai jadi..wakakakak

body {
background:$bgcolor;background-image:url('/direct link');background-position: center; background-repeat:no-repeat; background-attachment: fixed;
margin:0; color:$textcolor; font:x-small Georgia Serif; font-size/* */:/**/small; font-size: /**/small; text-align: center;


cth
body {
background:$bgcolor;background-image:url(http://i31.photobucket.com/albums/c397/savemezero/DSC_0015.jpg);background-position: center; background-repeat:no-repeat; background-attachment: fixed;
margin:0; color:$textcolor; font:x-small Georgia Serif; font-size/* */:/**/small; font-size: /**/small; text-align: center;

Kalau tak paham,sila la bertanya ok.

Wednesday, April 15, 2009

Jangan Ditiru Aksi ini!!!

Assalamualaikum,
Aku MC 2 hari..semalam & hari ni sebab red eye DEVIL!!! kahhhhhhhh. Aku start kena sakit mata ni dari hari ahad. Isnin aku masih rajin ke office,settlekan urgent job dulu..petang tu baru aku ke klinik. Doc kasi MC 2 hari,ambik ko! Doc cakap nanti berjangkit lak kat orang lain. Hari ni dah kurang sikit la merahnya. Bila dah cuti, antara tugas aku kat rumah..melayan alya la. Sambil mengemas,sambil tengok-tengok dia.

Hahh...jangan kasi anak korang tengok aksi berani ni yer. Alya sekarang ni,kerap kali membuat aksi TATO. Aihh...tah dari mana dia tengok aku tak tau la. Dia boleh berdiri atas motor dia ni tau,poning aku. Sore aku biasa la kan,kalau bukan tarzan tak sah tapi lama-lama aku dah lali. Aku tengok je,kalau dia jatuh...aku tanya sapa yang buat...kahhhhh..dia diam le..takde la nangis. Hahh..sapa suruh panjat kan. Aihh..ni baru anak pompuan,kalau anak laki..tak tau le aku..hahahahaha


Pagi ni aku sarap simple je la. Nak keluar pegi kedai,hujan lebat pulak pagi ni. Aku tengok dalam gobok ada lak gula merah & tepung gandum,aku buat cucur gula merah je la & air hot coklat.


Tenghari ni,aku plan nak masak ikan kembung bakar. Kat pasaraya bintang,takde pulak ikan kembong besar tu. Setelah dihitung & dicongak,aku plan masak udang sambal. Lama gak tak masak udang sambal ni. Then sup cendawan,alya leh makan..sebab tak pedas.


Adios

Tuesday, April 14, 2009

Taman Pelangi Semenyih

Assalamualaikum,
Last week sunday,aku & somi balik semenyih kejap. Actually adik aku yang bongsu balik dari penang,cuti sem katanya. So dia teringin ayam masak merah. Aku cakap kat adik aku,suru akak aku masak..hahahaha. Then akak aku call suh datang makan la kan. Tenghari tu ada kenduri pulak dekat bandar tun razak,kakak kawan somi ler kahwin. Dalam tengahari lebih kurang 12.45 aku & somi & kawan somi terus ke kenduri tu. Masa dah sampai ke majlis tu,hujan dah mulai turun rembas-rembas. Nasib baik suh en.somi bawak payung,takot tak lepas balik jer. Kenduri takde la jauh pun,belakang rumah MIL. Tengah makan,hujan turun selebat-lebatnya sampai la ke malam.




Dalam kul 3 tu,hujan dah mulai reda & aku terus gerak ke semenyih. Sampai je semenyih,hujan turun balik dengan lebatnya. Aihh..hujan rahmat barangkali. Lepak-lepak rumah my sis sampai la kul 6. Bila hari dah hujan,perut pun lapar la kan. My sis suruh adik aku goreng satu keropok ni. Aku tengok keropok ni,agak pelik sebab ada macam-macam perasa & corak keropok ni unik sikit. Akak aku cakap,kawan abang ipar yang kasi..dia beli di acheh rupanya. Satu bunjut tu,duit malaysia RM15..gila mahal tapi sedap gak keropok ni. Masa belum goreng..kecik jer,bila dah goreng..besarr. Puas la makan..hehehehe. Sapa-sapa nak,sila la pergi acheh yer...hahahaha. Aku tak dapat nak bagi,semua dah jadi hampas dalam perut aku ni..wakakakakakak.

Adios