Tuesday, June 30, 2009

Menu Berbuka

Assalamualaikum,
Semalam aku berpuasa sunat & Qada',menggantikan puasa masa mengandungkan alya yang berbaki selama 9hari sekarang ni. Tak sabar nak habiskan puasa ganti ni. Semalam memang dah plan nak masak apa untuk berbuka,paprik seafood & kailan ikan masin..request by en.somi..hahaha.

Kebetulan masa kat office,aku jelajah la blog kawan-kawan semua..faveret aku..blog k ai, nampak pulak pengat doyan,adoii..tak tahan aku weii. Kalah orang ngidam OK. So aku sms la en.somi cakap nak makan pengat doyan. Aku nak try buat sendiri sebab tak pernah lagi buat pengat doyan ni.

So balik keje,terus aku mencari doyan..aku beli yang 3biji $10 jer. Banyak-banyak bukan ramai orang kat rumah aku tu kan. Then terus pegi kedai cari bahan-bahan untuk buat pengat. En.somi suh aku buat sedap-sedap!hahahaha. Aku cakap..'1st I buat ni yang'..terkejut en.somi..hahahah. Takpe...I tanya mak u.

Then aku buat call kerumah MIL aku.

'Eloo..Assalamualaikum. Noya ke tu??'

'A'ah'..noya ni (SIL aku)

'Ksu ni noya. Mak tengah buat apa' (ewah..ayat pancing..hahahaha)

'Mak duduk-duduk je'.

'Noya..tanya mak macam mane nak buat pengat doyan'..hehehe

'Mak cakap..santan $2,gula melaka,jgn guna gula merah nti berpasir. Pastu doyan & daun pandan. Kalau nak pekat skit,mak suh letak satu sudu tepung beras'.

'OOO..ok. Ksu try & eror'.

Lepas tu,terus cargas la sinsing lengan. Aku masak pengat doyan dulu,then baru masak lauk-lauk. Kul 7.15 dah siap semua,7.30 dah azan..syukur alhamdulillah aku dapat berbuka.







Friday, June 26, 2009

Teka & Menang

PERADUAN TELAH DITUTUP





Syukur alhamdulilah...aku tak sangka nama aku ada dalam tu..hahahaha.TQ zura sebab berbesar hati memberi saguhati walaupun aku tak menang..hahahaha.

Azura777
Tempoh Peraduan : 6hb Jun 2009 hingga 26hb Jun 2009
Tarikh tutup : 26hb Jun 2009 @ 6 petang
Keputusan : 28hb Jun 2009
Juri : En. Suami Zura iaitu Encik Megat

Jom teka & Menang. Aku teruja tengok contest yang zura buat ni sebab hadiahnya jam. Kebetulan jam tangan aku dah rosak,sian aku kan. Ohh yer,zura ni kawan aku dari PCM. Dah banyak kali la jugak jumpa zura ni. Kecil molek orangnya. Ada dua orang puteri,sangat comel. Sebelum ni aku penah post entry besday jay,then aku ada pegang sorang bb. Itu la anak yang no.2,sangat semangat. So kalau korang berminat,boleh la enter contest ni ok.

Thursday, June 25, 2009

Bondamama @ Pengasuh

Assalamualaikum,
Nak citer skit pasal bbsit alya. Kelmarin,en.somi bagitau yang ada orang datang interbiu bbsit..mengenai PENGASUH. Orang yang datang interbiu tu dari laman web Bondamama. Laman web ni menyediakan pengasuh untuk para ibubapa yang bekerja. Bagus jugak web ni buat marketing macam ni,so takde la susah nak mencari pengasuh dikawasan masing-masing.

Kalau korang tengah mencari bbsit,boleh la masuk website tu. Mungkin setengah kawasan ada,setengah kawasan takde. Program ni baru lagi,so kena take time la untuk fully recover. Kebetulan masa wartawan web ni datang,alya pun ada..so tumpang glemer la anak aku tu..haahaha. Macam anak jopun lak aku tengok alya ni...hahahaha. Keterangan lanjut,korang leh masuk web tu ok.




AllahuAkhbar

Assalamualaikum,

Hari ini,aku berpuasa..harap semuanya ok. Kelmarin aku mengganti puasa,sampai ke petang dah pedih perut sebelah kanan. Kebetulan aku tak sahur dicampur dengan sistem buangan tak berjalan hari tu..Allah,tak tahu la nak cakap sakitnya macam mana tapi aku tahan je la. Nak bukak sayang sebab dah pukul 5 lebih kan. Then pergi ke rumah mil berbuka puasa,lepas makan je abis keluar balik. Harap-harap perkara tu terjadi pada hari ini. Ok..ni bukan cerita utama,ekekekek. Ni sampingan je la..hahahaha.

Semalam aku rasa satu KL,Selangor hujan lebat yang amat sangat..subhanallah. Setelah berhari-hari tak hujan,maka semalam dengan selebat-lebatnya hujan rahmat turun. Jam menunjukkan 5.15,dengan segera aku pantas punch kad then terus pulang. Sampai dirumah bbsit,lebih kurang pukul 5.45..hujan dah mula renyai dikawasan rumah aku. En.somi sms aku...'sayang..sana hujan tak?? Sini lebat sangat ni,orang tak keluar opis lagi..sayang ambik alya tau'..Kalau hujan lebat sangat,aku amat la risau pada en.somi.

Sampai rumah,ngam-ngam je hujan turun dengan lebatnya. Alya macam biasa,bermain-main seorang diri kat hall. Aku pulak sedang mengemas didapur. Masa tu guruh kuat jugak la,dengan petirnya. Masa aku tengah nak basuh pinggan kat sinki,tiba-tiba terdengar satu dentuman petir yang maha kuat..aku nampak cahaya melalui tingkap dapur yang mana petir memanah ke blok aku. Aku berlari mendapatkan alya,masa tu alya dah menggigil..apetah lagi aku ..terus menangis ketakutan..huhu..allahuakhbar. Mengucap panjang aku,terus aku pelok alya..duduk dalam bilik sehingga la hujan dah reda,lebih kurang pukul 7lebih rasanya.

Seumur hidup aku,aku tak pernah nampak kejadian ni..huwaaaaa..takot yang amat-amat masa tu. Ketar kepala lutut aku masa tu,tak boleh nak bercakap dah. Alya pun takot gak,berpelok je dengan aku..huhu. Terus aku sms en.somi tanya dia kat mana,aku n alya ketakotan. Mula-mula ingat nak masak,langsung cancel...ekekekek. Kalau ada orang lain dalam rumah aku tu,takde la takot sangat. Tingat masa kecik-kecik dulu,aku duduk rumah setinggan...kalau hujan lebat mesti sekali dengan ribut,petir kilat semua la. Banjir dalam rumah tok sah cakap la. Kalau kena ribut kan,melayang atap zink rumah aku tu. Masa tu lagi ketar pale lutut tau,huhu. Bila terjadi hujan lebat sekali dengan ribut..apa yang ayah aku buat,...AZAN sekuat-kuatnya. Dengan tak semena-mena..angin,petir perlahan-lahan hilang.

Syukur alhamdulillah..tak ada apa-apa berlaku semalam. Harap-harap hari ni hujan tak selebat semalam.




PHOTOFRAME,FRIDGE MAGNET, CUTE STATIONARIES, TOYS ETC..

Jom shopping.
Berminat,sila tinggalkan pesanan di ruangan sembang ok

Photoframe
SOLD




Thermometer + Fridge Magnet
T4-SOLD


Wednesday, June 24, 2009

Training Netball

PERHATIAN!!
Training akan diadakan pada

Date : 27 June 2009
Time : 4pm-6pm
Venue : Sport complex , UIA

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum,
Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa. Kepada yang tiada bapa tu,sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dia disana. Semalam dah upload picas ni tapi rasa takde mood sangat nak update. Lemau je satu badan ni. So hari ni update skit la,memandangkan pagi-pagi ni selalunya tak busy lagi.

Ahad kelmarin 21 june merupakan hari bapa sedunia & genap la alya 18bulan. Aku ajak somi jalan-jalan,window je la. Hari tu dah shopping katak,takkan nak shopping lagi kan..hahahahaha. En.somi ajak pergi MV,memandangkan dah dekat 3tahun jugak la aku & somi tak pergi MV sejak kahwin. En.somi ni bukan suka tempat yang pack,memang tak kosa la katanya.

Dekat MV,umang aii! Ramainya umat manusia. Aku bawa alya ke Pet Wonderland,punya la ramai manusia dengan laluan yang agak sempit terpaksa la berasak-asak. Alya amat teruja melihat hidupan secara live,ternganga la jugak mulut dia..hahahaha.

Dah penat berjalan,aku ajak en.somi makan. Somi nak makan burger king,aku ikut je la. Sampai kat burger king,somi tak nak pulak..hahahaha. Kebetulan hari sebelum tu,dah makan mcD. Takkan nak sumbat burger lagi kan,harus cari menu lain ni. En.somi ajak makan nando's. Wahh..amat la gumbira sekali..hahahaha..sebab favorite aku ok. Alya macam biasa la,kejap dia ok kejap tak. Bukan dia suka sangat duduk dalam bb chair tu. Menggelupur jer tak lepas,sib baik la tak buat hal sangat.

Hujung bulan ni insya allah nak bawa alya cucuk. Perkembangan alya sekarang amat memberangsangkan. Sekarang alya dah boleh bercakap,tapi masih proses pembelajaran lagi ok. Kalau tunjuk apa-apa yang dia biasa tengok,dia tau apa nak cakap. Sekarang ni,alya takde la macam dulu,lasak semacam..alhamdulillah hasil kesingaan aku..hahahahaha. So far alya mendengar kata aku,kalau suruh buat apa-apa..dia paham & boleh buat.

Semoga alya menjadi anak yang baik,solehah,bijak,cantik,..ishkk..semua la..hahahaha.

Alya & somi yang sabar menunggu hidangan..hahahaha. Like father,like daughter kan...


Alya yang happy sangat sebab dapat makan,nak pulak duduk dekat ayah dia,huhhh!!


'Ishkk...mane makanan ni mama?? Alya dah ngantuk ni...'


'Ayah! Alya tak nak duduk dalam ni..huwaaaaa.'

Friday, June 19, 2009

Shop for Alya

Assalamualaikum,
Semalam en.somi balik keje lambat,minggu ni memang somi kena standby sampai pukul 7. So dekat pukul 8 macam tu,somi balik. Dah mandi semua,tanya somi nak makan apa. Kebetulan susu alya dah abis. Masa somi balik tu,dia bawak balik susu satu tin besar & satu kotak. Aku ingat tak jadi makan kat luar. So aku tanya balik..

'Yang..nak makan apa malam ni'

'Sayang g la mandi dulu,kemas barang alya'

Lepas 15min dah siap semua..

'Kita nak pergi mana ni yang??'

'Sayang ikut je la'

(suspend je..hahahaha)

En.somi yang drive,masa kat simpang jalan besar en.somi masuk simpang kanan,dalam hati ni dah munga-munga,rasanya nak ke JJ kot. Mulut aku diam je,tak nak tanya banyak kali..kang kena bebel lagi..hahahaha. Rupanya sah pergi JJ,sukanya dalam hati!

Actually en.somi dapat durian runtuh skit semalam,mungkin rezeki alya la. Aku pun selalu cakap kat en.somi barang alya ada yang dah abis,baju tido alya pun kena ganti sebab dah kecik. So dah dapat tu,berabisan la skit utk Princess aku tu. Beli pun yang murah-murah jer. Lepas dah cari barang alya,aku pun mengecek en.somi..hahaha. Aku mintak belikan sandal & baju sehelai. Cari yang murah jer,save bajet..kualiti tetap sama!


Sandal baru alya

Baju PDI-tengah sale,rembat la sehelai

Sandal Bata

Toiletries untuk alya

Stok baju tido untuk Princces

Tuesday, June 16, 2009

Friendly Match Netball

Netball

PERHATIAN!!
Friendly match akan diadakan pada

Date : 17 June 2009
Time : 9pm
Venue : Padang Desa Tun Razak berhampiran LRT Bdr Tasik Selatan.









Friday, June 12, 2009

This is my school Batch

Malam tadi kemas-kemas laci meja solek,kemas sekali bekas brooch. Tup-tup terjumpa lencana sekolah aku dulu. Yang hijau tu,lencana sekolah rendah Agama & yang kecil molek tu sekolah menengah aku. Dah la jadi khazanah lencana sekolah aku ni. Yang sekolah rendah dah berusia 23tahun & sekolah menengah berusia 13tahun. Tak sangka pulak aku masih menyimpannya.

Sekolah rendah agama ni,aku tak tahu la masih wujud atau tak sebab sekolah ni berada di Kg Pandan Dalam. Banyak dah perubahan kat situ. Semua dah membangun dengan jayanya. Sekolah menengah aku ni,terletak ditengah-tengah bandaraya. Nama pun sekolah menengah (P) Bandaraya,hahahahaha. Kalau dulu,tempat yang selalu aku tuju lepas sekolah adalah The store. Sekarang ni aku rasa,budak-budak sekolah tu sure melepak dekat Time Square.

Lepas tamat sekolah,aku memang langsung tak jejak kami dah ke sana. Kebanyakkan cikgu aku semua dah retire. So no use la,bukan kenal pun cikgu yang ada kat situ but one day insya allah aku teringin nak pergi. Kot masih ada lagi cikgu aku ker kan,hehehehe.


Thursday, June 11, 2009

Bila resah melanda....

Assalamualaikum,
Hari ni ada something yang telah berlaku,yang buat aku risau. Pagi ni kebetulan,aku perlu bantuan dari somi aku. Malam tadi,anak buah somi aku datang rumah mintak tolong printkan assignment dia. Kalau line clear,insya allah aku printkan. Kebetulan assignment tu guna tulisan yang tah apa-apa. Kena copy font dulu,baru boleh bukak file tu.

Then aku pun sms la somi,tup-tup tak reply! Aku tunggu je la,kot dia bz buat keje. Tunggu punya tunggu,tak reply. Aku call,tak dapat. Ahh sudah! Mana lak somi aku ni? Hati dah dup dap..dup dap. Kalau dulu,masa cintan..dah sampai office,boleh je sms bagitau dah sampai. Sekarang ni,jawapannya adalah..'dulu lain sayang'..geram betul jawapan ni. Then aku call office dia,tinggalkan pesan suruh call aku balik..katakan URGENT! Hahh! ambik ko! 5min pastu,hp aku berdering,tengok hp..somi call.

Dengar sore somiku,terus menitik air mata. Gembira campur geram,kita ni risau je kalau dia naik motor tu. Takot la apa-apa jadikan. Bila aku nangis,dia boleh gelak pulak. Aihh..somi aku ni. Orang laki ni,ambik mudah je. Bila kita more emotional,dia kata kita pikir yang bukan-bukan.

Nota Kaki : Lain kali kena pasang gps kat badan somi,senang nak tau dia kat mana,boleh???

Tuesday, June 09, 2009

Jalan di Hari Jadi Agung

Assalamualaikum,
Fuhh...semalam dari pagi sampai la ke tengahari sambung ke petang,internet tak berapa ok. Langsung tak boleh nak access. Semalam aku dah upload semua picas tapi asyik hang jer. Kebetulan semalam aku bz yang amat. Ok lah,tak nak citer hal semalam. Citer pasal weekend aku!

Sabtu pagi tu,paksu aku kahwin,nikah dengan orang Rincing. JUmaat tu,lepas balik kerja then tunggu somi balik,kemas-kemas..decide tidur rumah kakak aku kat Taman Pelangi Semenyih. Pukul 11pagi,majlis pernikahan berlangsung tapi aku tak pergi just datang waktu makan tenghari jer..ngeh-ngeh. Sori la,gambar panten aku lupa nak snap la.












-----------------------------------------------------------------------------------

Then petang tu aku dapat invitation besday dari Mak Dina @ Syapa..hehehe. Tak ramai geng yang datang tapi tetap meriah ok. Dapat jumpa Ciklin,tak gemok pun ko OK..sedap-sedap je kalau pelok..kahhhhhhhh. Menu utama meehon/mee sup. Sedap tol sup mak syapa. Macam kat kedai! Nak resepi leh???hehehe.