Thursday, July 30, 2009

Western Corner @ Len Seng

Assalamualaikum,
Malam tadi somi ajak ke Giant,tengok diapers untuk alya. Sebelum ke Giant isi perut dulu la kan. Makan kat Len Seng @ Western Corner restaurant. Restoran ni penah masuk Jalan-jalan cari makan dulu,femes la jugak. Kalau bulan puasa,harus reserve kalau nak makan kat sini. Environment dia not bad la,open area jer. Kat situ ada gak la segala goreng-goreng yang lain. Menu yang utama..chicken chop blackpepper,memang tersentap bila makan,then makan pulak dengan mushroom sup & bread..memang menyelerakan.

My menu..chicken chop blackpepper

Alya yang setia menanti makanan dengan penuh sabar

Sedapnya sup ni mama!!

video

Tengah mengamok tak dapat air epal..hahahhaa

Dah kenyang,on da way ke giant.

Wednesday, July 29, 2009

My New Shoes

Assalamualaikum,
Malam tadi pegi tesco dengan somi,nak beli susu alya yang dah habis. Sampai tesco lebih kurang pukul 8.30 macam tu ler. Lengang jer tesco,tak berapa ramai orang sangat. So senang la skit nak beli barang. Tempat pertama yang aku tuju,barangan bayi such as susu pampers tu. Cadang nak beli enfa sebab ada voucher kan,sekali tengok kat rak enfa..abis! Yang tinggal 3tin perasa madu. Hangin gak la,tesco tak tambah stok. Dah bagi orang voucher,alert la skit benda-benda macam tu. Then nak beli susu anmum,pun sama..HABIS!! LICINN! Dah tu,beralih arah ke bahagian diapers lak. Nak rembat gak huggies merah,tup-tup tinggal bape ketol jer some more...harga dah naik balik. Baru kelmarin je aku pegi tesco..eee..hangin tol!

Masa tengah turun jalan nak pergi ke parking kereta,nampak booth kasut-kasut ni. Nampak pulak kasut untuk budak,terus berhenti tengok. Dah tu terkenan satu kasut ni,hehehehe. Suruh alya try,suka benor la dia. Murah je kasut tu..$8 jer. Boleh la kan buat pakai suka suki. Then terus berkejar ke Giant pulak,jam masa tu menunjukkan pukul 9 lebih takot tak sempat ke Giant jer. Somi cakap,beli kat senseng jer la. Kebetulan memang lalu taman midah. So sampai je kat kedai senseng...HABIS jugak stok anmum & enfa untuk setahun keatas. Adoii..apa dah jadi ni?? Then aku pegi kedai senseng sebelah pulak,syukur alhamdulillah ada stok. Aku beli susu anmum kotak $40.90. Boleh la..murah dari biasa..kahhhhhh. Lepas beli,pegi makan malam..& then balik rumah terus.

Ni la kasut baru - $8 jer

Sapa la model kasut ni yer??

See my Leg ok!!

Hahh..saya punya la kasut ni!!

Mama...this is my shoes,dont take it ok!!

Lihat lah wajah-wajah saya..hahaha

Mama...enough la!!

Last...but not less....hahahahahaha

Monday, July 27, 2009

Gathering @ Titiwangsa

Assalamualaikum,
Semalam telah selamat berlansung Gathering vs B'day untuk bulan july. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai ni,memang gamat la jadinya..hahaha. TQ mas & jue yang sudi join gathering ni & welcome to group mak-mak ayam. Lain kali join lagi ok,jangan segan-segan dah next time. Sangat enjoy gathering kali ni.

To eda..semoga perjalanan ko ke melben selamat sampai hendaknya. Nanti ko balik sini,kita gather lagi ok. We all celebrate sekali b'day elly,mierza,boy & bb semalam. Memang seronok dengan anak-anak yang tak sabar nak tiup lilin..hahahaha. Big thumb to all bapa kerana sudi membawa & melayan isteri & anak-anak,harap tak bosan la dengan gathering ni lagi kan..hahaha. Actually jangan pulak kawan-kawan lain sangka,kami ni ada group sendiri jer. Sapa-sapa nak join gathering yang kami anjurkan,sepuluh tangan kami hulur. Takde soal pilih kasih ker,pilih bulu ker..TAKDE yer. Semua yang rasa nak join,amat terbuka dengan luas sekali..ekekekek. Ok...next gathering is after puasa. Gathering for Hari Raya! So..nantikan ok..hahaha. Layan je lan picas ni...wallaaaaaa
































video