Sunday, August 30, 2009

Baking time

Assalamualaikum,

Pagi tadi lepas sahur aku siap-siap basuh baju,kemas rumah sebab nak ke semenyih. Hari ni aku kat semenyih,my sis buat..buat project membaking semekut raya...kahhhh. Planning buat 6 jenis tapi baru sejenis dah keluar segala peloh jantan betina..hahahhaa. Macam mana la erk orang yang buat biskut raya beribu-ribu tu,tak terkangkang ker..ekekekek.

Dari pagi aku & my sis buat samperit dahlia. Baking baik punya la kan,dah masak yang pertama..tak berapa menjadi lak. Aisehh..apesal pulak ni, kali kedua pun sama. Aku cakap kat akak aku sebab lama tak baking kot..merajuk dah agaknya..hahahaha. Rupa samperit tu toksah la korang sibuk nak tanya,tak semegah nama pun..wakakakaka,takat isi perut je la. So biskut yang ke-2,coklat almond chip. camne rupa...lom tau. Kalau menjadi,aku UP la dalam blog..ekekekekek

Coklat Almond Chip - Famos Amos

Alya sedang membuli sepupunya & menunjukkan muka tak bersalah

Alya sedang mengemas

Puding Roti

Saturday, August 29, 2009

Contest Jom Main Air Bersama

Hari ni nak join contest dari Kakyong lak. Harap-harap ada la rezeki..ekekekek

Gambar ni diambil masa pegi mandi manda di sg congkak..2nd time bawa alya mandi ni. Air kat sg congkak ni sangat la sejok. Sampai alya tak nak masuk dalam air tu..tapi masih nak bermain air jugak..ekekeke..siap bawa cawan nak mandi.

2nd time cuba cecah kaki..tak berjaya jugak..sebab macam air batu..hahaha.


3rd time..bersiram guna cawan jer la..hahahaha.


Cubaan ayah alya memasukkan alya dalam air..berjaya..hahaha

Kami 1 happy famili

Friday, August 28, 2009

MamaFC photo contest 2009

Korang..mintak jasa baik,tolong vote alya yer. Aku sertai mamafc contest..jasa korang semua dikenang. Peraduan ni anjuran web mamafc

vote dari 1-5. vote angka banyak ok..hahahaha.
Ni photo yang aku upload... korang klik kat mamafc yer..tp sapa-sapa yang tak register tu,kena la register dulu.



OK..korang isi kat ruang kosong tu,no.1 - 5. dah tulis angka,korang send jer.

:: BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST LOOKING FOR BEAUTIFUL PRINCE & PRINCESS

Ok...kali ni nak sertai BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST LOOKING FOR BEAUTIFUL PRINCE & PRINCESS anjuran mommy_zara. Mane tau ada luck ker kan..hehehe.



----------------------------------------------------------------------------------

Nama : Nur Alya Batrisyia Binti Abdul Rashid
Umur : 1 tahun 7bulan
Bila Gambar diambil : Pada 13 July 2009 di Dewan Menara Tun Razak,sempena majlis perkahwinan ex-officemate. Alya memang sangat suka melihat majlis perkahwinan ni. Dia suka tengok pengantin & kompang..hehehehe. On that day,alya sangat behave.

Nama : Nur Alya Batrisyia Binti Abdul Rashid
Umur : 1 tahun 5bulan
Bila Gambar diambil : Pada 11 May 2009 di Sg Congkak,selangor. Masa ni 2nd time bawa alya mandi manda. Sangat excited...sebab air sejok bangat..ekekeke..tu yang tak nak turun.



UFO ??

Assalamualaikum,

Semalam aku berbuka puasa dirumah mil aku,semalam kan hujan lebat jugak la dengan angin yang sangat kuat. Payung aku pun koyak tiup dek angin..huhu. Sampai rumah mil dalam pukul 6 lebih,kebetulan mil masak nasi lemak. Selesai menjamah juadah berbuka puasa,solat..lepak-lepak dulu. Dalam pukul 8 lebih somi ajak balik sebab dia tak berapa sihat.

Masa sampai kat kawasan rumah aku tu,aku pandang langit. Tup-tup aku nampak 3 cahaya lampu bermain-main di langit. Aku suruh en.somi tengok sekali. Dia diam jer. Aku pelik sangat-sangat. Cahaya apa tu,kalau sportlight kebarangkalian tu..tah ler. Aku tanya somi,sportlight ker..dia kata bukan. Boleh pulak 3 cahaya ni bermain-main. Bila dah lama-lama..cahaya tu makin malap. Somi cakap UFO dah balik la tu..kahhhhhhhhh

Ok..malam ni aku akan cek blk,ada ke tak cahaya pelik tu. Kalau ada,bukan UFO le jawabnya..hahaha. Yeye je aku kata ufo kan...pandai-pandai jer..hahaha. Wallaualam...

video




Wednesday, August 26, 2009

Mama & Lion

Kejadian berlaku pada petang semalam,semasa aku sibuk nak memasak..si alya pun menyibuk kat dapur gak. Aku ambik mangkuk,dia pun ambik mangkuk. Aku potong bawang,dia pun gigit bawang. Dah le dapur aku satu je leh guna,korang bayangkan..x kelam kabut ke aku. Dengan alya yang sibuk gak..ishkk..sore aku dah macam tarzan ok. Masa aku tengah sibuk potong-potong,dia kacau..so aku marah la dia.

'Alya...jangan kacau mama'. Mama nak masak ni!'

'uuuuuuu...(sambil kerut kening & memuncungkan mulut)'

Dia ok kejap...dok main kat situ takde kacau aku.

'Mama...(sambil kasi aku kentang..suh aku potong)...tak nak.'

Alya ambik kentang tu,dia boleh gigit. Hahh..lantak ler..hahahaha.

Pastu dia kacau lagi. Aku hot ler,sibuk ambik sayur la..bawang la yang aku dah potong siap..dia selerakkan.

'Alya..mama cakap no!'

Tau alya cakap apa...

'Mama, ion (lion)'....

Terus aku gelakkkk..wakakakakak..adehh.

'Aumm...aummm...(sambil tangan buat macam lion)'...

wakakakakak..alya..alya.

"DECLARE YOUR LOVE"

Assalamualaikum

Aku jarang-jarang la sertai contest dari blogger ni..hehehe. Aku amat tertarik hati pulak nak menyertai "DECLARE YOUR LOVE" ibudamia ni sebab aku sangat suka berkongsi cerita tentang percintaan kami ni..ekekek. Semua orang tentu ada kenangan kan. So mari lah sertai contest ni..mane tau dapat hadiah tu.

http://ibuayahdamia.blogspot.com

ADER APA DENGAN BANNER DI ATAS?


Heheheh...... Sebenarnya, Ibu Damia nak buat satu contest, sempena menyambut 5th Anniversary pada 10 September ni. Kebetulan pula masa tu bulan puasa. Jadi disebabkan itu Ibu Damia dan keluarga nak buat amal jariah bagi hadiah kepada sesiapa yang berhak. Takkan terus nak bagi hadiah gitu je, rasa macam tak best pulak. Insyaallah, kat office Ibu Damia akan tunaikan juga amalan jariah ni dan ia juga merupakan acara tahunan bagi office ibu.


HOW TO SAY " I LOVE YOU?"

Ok, berbalik pada contest ni. Setiap insan pasti mempunyai kisah yang tersendiri bagaimanakah pasangan anda mula2 meluahkan perasaan cintanya terhadap kamu. Ada yang meluahkan dengan suasana romantik, ada meluahkan dengan perasaan yang menyentuh jiwa dan mungkin ada juga yang meluahkan dengan rasa lucu.


Jadi untuk contest ini, anda hanya perlu menceritakan bagaimana anda
"DECLARE YOUR LOVE"
Tidak kisah lah berapa patah perkataan yang anda perlukan. Janji anda jujur menceritakan kisah cinta anda itu.


Oh, kenapa tajuk ni ye ?

Sebab Ibu Damia hendak anda imbas semula saat2 anda dan pasangan anda mula2 meluahkan rasa cinta disamping kisah anda dapat dibaca oleh anak2 anda, pasangan anda,keluarga anda dan sesiapa sahaja.


CONTEST INI BERMULA PADA JAM
10 PAGI, 22 OGOS 2009
(AWAL RAMADAN - AMBIL BERKAT)

DAN AKAN DITUTUP PADA JAM
10 PAGI, 10 SEPTEMBER 2009
(SEBELUM KAMI PERGI HONEYMOON)



Syarat-syaratnya:


1. ADD URL Link Damia Aleesya & Damia Ayyunie di blog list @ blog roll anda & Anda diwajibkan menjadi Follower http://ibuayahdamia.blogspot.com & link semula url pasal contest ni & tepek as a banner di blo g masing2....


2. Contest ni terbuka kepada semua pasangan tak kira yang dah kahwin, bertunang, bercinta atau dah clash. Kalau boleh ceritakan tentang pasangan sekarang lah.
(bagi yg tak der blog boleh email ke zamzarina99@yahoo.com)


3. Diwajibkan upload sekeping gambar anda dan pasangan anda sebelum kahwin (bg yg dah kahwin) dan yang belum kahwin gambar terkini ok. Sila nyatakan nama anda & pasangan anda serta dimana gambar itu diambil.


4. Dalam cerita anda, wajib ada isi kandungan berikut:

- tarikh declare

-tempat declare

-suasana declare

-siapa yg declare

-bagaimana declare itu dilafazkan

-yg lain pandai2 tambah sendiri mengikut kekreatifan anda


5. Pemenang dinilai mengikut cerita yang paling kreatif. Hanya seorang pemenang saja yang akan dipilih, tetapi sekiranya penyertaan amat menggalakkan hadiah mungkin akan ditambah.
Bagi penyertaan yang ke-10 akan mendapat hadiah misteri.


6. Juri2 adalah terdiri daripada 2 orang staff ibu & ayah Damia serta 3 orang pelajar cemerlang sekolah ibu dan ayah Damia iaitu PUSAT BAHASA PELANGI.


7. Bila dah siap, tinggalkan URL link mengenai contest ni beserta nama anda & pasangan anda di entry ini.....


:: Hadiah utama untuk contest ini ialah ::

Creative 2GB Zen Mp4 Player

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar ni semasa pertunangan kami pada tahun 2005. Kisah aku & somi bermula pada tahun 1997. Masa tu kami satu kelas,belajar di IKM Melaka. Aku amat meminati somi aku ketika itu. Hati masa tu memang dah tertarik sangat. Masa tu aku yang cuba mengorat dia tapi hati dia keras! Kebetulan pulak,kawan-kawan kelas bagitau aku yang dia dah ada seseorang yang istimewa. So aku berundur tapi masih menaruh hati dan perasaan. Lepas tamat IKM,kawan-kawan kelas masing-masing bawa haluan sendiri. Aku sambung belajar kat MFI,dia pulak kat Twintech. Kebetulan aku & dia duduk dia Bandar Tun Razak,aku selalu menghubungi dia. Kadang bercakap telefon,tak puas telefon berjumpa pulak kat bawah flet rumah aku tu..hahaha. Masa tu kami hanya berkawan baik. Waktu tu aku ada berkawan dengan orang lain jugak,tapi dalam masa yang sama aku masih berkawan dengan dia & keluar tengok wayang la,minum la. Hati ni memang susah la nak lepaskan dia. Dia pun ada cakap dengan aku,antara kawan-kawan lain..aku la yang selalu hubungi dia. Ye la..sebab aku gila bayang dia..wakakakak. Sampai satu masa,aku bercinta dengan orang lain namun terputus ditengah jalan sebab berlainan agama. Masa ni somi la yang ada disampiang aku. Aku hampir hilang arah! Hidup aku masa tu macam orang hilang pedoman jer. Tiap kali aku call & sms,selalu aku luahkan perasaan kecewa aku tu pada dia. Satu hari tu pada 9 Dec 2004,masa aku bersms dengan somi aku ni..time ni tengah luah perasaan kecewa lagi la..hahaha. Dia cakap...'Why not we talk about us'. Aku tanya apa maksud dia tu. Dia cakap...tentang kita la. Kejadian ni berlaku dirumah kakak aku. Waktu tu dalam pukul 9pm,time tengah landing.Bila somi cakap je camtu,dari baring terus aku duduk...hahaha..terkejut oii! Somi aku ni jenis anti-perempuan & dia kata hidup dia dalam blues jer. Tu yang aku terkujat kejap tu..hahahaha. Aku call dia tanya maksud ayat dia tu. Dia cakap nak serius dengan aku. Wahhh..aku macam kera dapat bunga OK. Menangis aku time tu..huhu. Aku tanya dia balik,serius ke ni. Aku cakap selama 7 tahun aku tunggu dia,akhirnya jodoh aku jugak dengan dia. Somi pun menangis bila aku sanggup tunggu dia selama ni,dia betul-betul tak sangka yang aku sangat menyayangi & mencintai dia. Akhirnya kami ambik kata putus untuk bertunang & setahun kemudian kami berkahwin. Aku memilih tarikh yang sama iaitu 9 Dec 2006 untuk melangsungkan perkahwinan kami & sekarang aku bahagia bersama dia serta puteri aku yang cerdik tu.



Winner of What??

Assalamualaikum,

Petang semalam masa tengah memasak,dapat satu call dari private number. Suspend jugak la,takot la kan orang-orang pelik buat call ker. Then pick up the phone dengar suara perempuan.

'Hello!

'Hello! Ini Suraya Ahmad ker??

'Ya saya.

'Saya buat panggilan dari Genting. Miss ada menyertai contest Hi-5 surprise kan??

'Ye..ye,hari ada...kenapa??

'Miss salah seorang pemenangnya'

Terkejut gak aku,excited dah ni..wakakakak

'Miss kena datang Wisma genting untuk ambik 2 tiket. Event adalah pada 31 Aug.

Terus aku ternganga & frust skit.

'Oo...kena datang sana yer. Ok..saya akan datang hari jumaat.'


Lepas dah berbuka,en.somi pun dah rileks-rileks..terus bagitau dia. Dia pun excited gak tapi bila dengar 31hb Aug terus dia ..

Hahh..31hb ker sayang?? X yah la.

Terus aku full stop je kat situ..huhu. Memang nak sangat pergi bawa alya sebab alya suka Hi-5 ni tapi mengenangkan hari berpuasa..apa ke halnya pulak kan. Takde rezeki aku pulak nak pergi tengok. Maybe next time.



Award!!


1. letakkan logo award ini ke blog anda.
DONE.

2. anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra...

- paiz (mak yong dah majuk lak)
- ila
- syapa
- yies
- aliz
- atie
- shiera pcm
- nik
- mas
- jue
- syana
- eryn


P/S : Sesapa dah amik award ignore je laa
.
3. menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

DONE.


4. informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
DONE


5. berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini..
Thanks a lot. Lama aku x dapat award dari blogger. Moga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat.

Tuesday, August 25, 2009

Gula-Gula Udang

Assalamualaikum,

Sue ada menjual gula-gula udang. Gula-gula udang ni sedap seperti yang ada dipasaran tapi yang uniknya gula-gula ni adalah buatan orang tempatan. Insya allah terjamin kesedapannya. Sesuai untuk hidangan hari raya.


Harga :
1/2 kilo - RM20
1 kilo - RM38


postage :
1/2kg - RM6
1kg - RM8
2kg - RM10

Dalam bentuk packing

Disalut dengan coklat putih

Isi dalam sangat rangup


Bagi yang masih tertanya-tanya gula-gula udang dulo-dulo..ni la dia..ekekek. Aku ambik dari blog orang yer.. Etok

Monday, August 24, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Assalamualaikum,

Hari ni birthday aku yang ke-30! Syukur alhamdulillah,allah memberi aku kesihatan yang baik. Moga rezeki aku sentiasa berlimpah ruah...aminnn

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

ALLAH SELAMATKAN KAMU!
ALLAH SELAMATKAN KAMU!
ALLAH SELAMATKAN SURAYA...ALLAH SELAMATKAN KAMU!!


Friday, August 21, 2009

Assalamualaikum...

Hari ni 21.08.09 genap alya 20 bulan. Macam-macam pe-el sekarang ni,kena banyak bersabar jer..ekekekek. Lebih rapat dengan mama dia dari ayahnya sungguhpun mamanya macam singakan...hahahaha. Berat last timbang masa 19bulan 11.5kg,inject booster pun dah settle last month. Bercakap dah fasih sikit-sikit mana yang biasa dia dengar tu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Berpuasa kepada semua umat islam tak kira dimana korang berada. Sama-sama la kita mengerjakan ibadah puasa ini & mendapat keredhaannya. Aku mintak maaf kepada semua kawan-kawan sekiranya ada terkasar bahasa & sebagainya.

Monday, August 17, 2009

Weekend...

Assalamualaikum,
My weekend last week,ada invitation b'day party. Hari sabtu kelmarin,officemate somi buat b'day party for his son..sebaya dengan alya cuma lahir bulan 8..hehehe. Majlis berlangsung di Shah alam. Sangat meriah dengan kehadiran Barney & Clown.

So layannnnnnnn

On da way,alya the Sleeping Beauty...kahhhhhh

Meet Mr. Barney

Time ni alya macam takot sikit..ekekekek

















Me & my charming somi...kahhhhhhh

Wednesday, August 12, 2009

Sesi luah rasa!!

Aaarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!
Aaarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!
Aaarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!
Aaarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!
Aaarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Kurma Yusof Tayoob

Assalamualaikum
Puasa akan menjelma,tentu kurma merupakan hidangan yang wajib ada sama ada berbuka & bersahur. So sapa-sapa nak kurma Yusof Tayoob,boleh la dapatkan dari saya.

1. Kurma Madu - $10
2. Kurma Tangkai - $15

Monday, August 10, 2009

New Bb lagi

Assalamualaikum,
Irma selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 9.08.09@9.18am. Berat baby 3.8kg. Tahniah irma & famili. Sudah ada besen yer..ekekekek

Saturday, August 08, 2009

Assalamualaikum,
Semalam aku cuti,bawa alya ke Ampang Puteri untuk injection 18M. Sampai kat klinik Dr.kumari,ramai dah sampai..ada la dalam 3 parent macam tu. Tunggu 15min macam tu,dr.kumari pun sampai. Rupanya turn alya no.3..hehehe. Nasib baik tak yah tunggu lama. Kebetulan alya pulak selsema tapi dah nak kering,so doc kasi ubat sekali. Semalam timbang berat alya 19M 11kg. Naik la skit...ekekekek. Masa injet boster tu,nangis skit la..ekekeke..berlakon jer.

Masa kat lobby,nak ambik ubat kat farmasi..ada la tempat playground. Alya apa lagi,memang nak main je la keje dia. Bukan tau sakit pun..berlari,memanjat,aihh..macam-macam ler. Langsung tak nak duduk,jenuh nak kawal. Dah la main macam orang besar!

Kesan injection.. tunjuk sakit le tu

Kedekut!!Kedekut!!Kedekut!!Kedekut!!

video

Thursday, August 06, 2009

Penghargaan untuk top commentar!!

Assalamualaikum,

Sebelum ni,memang aku selalu masuk blog si shiela ni sebab suka tengok si danial tu anak bujang dia ler. So hari ni aku rasa terpanggil nak sertai contest shiela ni. Mana tau untung sabut timbul..ekekekek.