Wednesday, September 30, 2009

@ Si Comel Berbaju Raya Contest

Si Comel Berbaju Raya Contest



Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)

*
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
*
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
*
Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.


Syarat Penyertaan

*
Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda - DONE
*
Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - DONE
*
Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - DONE
*
Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) - DONE
*
Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - DONE
*
Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) - DONE
*
Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - DONE

Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen..so mehla ramai-ramai sertai..

P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita..Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..
-------------------------------------------------------------------------------------

So aku berminat nak join contest ni,sempena raya la kan. Gambar yang aku nak try luck..as below.


Nama : Nur Alya Batrisyia
Umur : 1 tahun 9 bulan

Tuesday, September 29, 2009

Raya 2009 ~ Part 1

Assalamualaikum semua,
Selamat hari raya aidilfitri. Selamat kembali berkerja semua,ekekekeek. Tentu mood nak berkerja tu takde lagi kan,al-maklum la cuti raya seminggu. Ditambah lagi suasana raya tu masih hangat. Bulan syawal ni dah tentu penuh dengan open house sana sini. Sebulan ni sure punya la berat naik,takpe..i likeee!!! Tahun ni turn aku beraya dengan parent aku. Walaupun adik beradik yang lain takde,tetap meriah dengan 2 orang adik aku.

Malam raya tu,sibuk la kemas-kemas rumah skit. Tiap-tiap tahun raya,mesti ada buat takbir dari rumah ke rumah. Kadang ramai,kadang skit..ye la orang balik kampung kan.


Posing kejap masa tunggu orang datang takbir

Ni dah ngamok sebab tak dapat kamera

Merajuk dah anak dara aku ni..kuikuikui

Ngamok lagi...abis kapet dia huru hara kan

Orang datang takbir

Mana alya erkk??

Hahh...nampak tak?? ditepi meja..ekekekek

Dah abis takbir..makan..ke rumah lain pulak

Alya yang sibuk nak mengemas

'Alya tak yah tolong,biar atok yang angkat'

Tak puas hati..tak dapat tolong..hahahaha

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini,daku nak memohon maaf kepada semua kawan-kawanku andai kata ada yang terguris hati & perasaan. Kalau memandu tu,berhati-hati dijalanraya yer. Selamat pergi & selamat kembali...insya allah. Esok daku akan start bercuti & akan kembali bekerja semula pada minggu hadapan..insya allah. Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir & Batin.




TAG PERSIAPAN HARI RAYA

Tag persiapan menyambut hari raya

Oleh sebab semua persiapan dah settle,maka dengan senang hati aku nak menjawab tag ini dari zura..ekekekek

BAJU RAYA
- Dapat sepasang,malam tadi baru beli..kui3.


KASUT RAYA
- Dah beli minggu lepas..mrR yang belikan.

FAMILY AKU
- MrR nak tema hijau tahun ni,so malam tadi cari la kaler hijau tapi x senada la kan..dah last min..paham2 je la..asalkan hijau..hahaha

IBU AYAH:
-Mak ayah aku...tak sure lak kaler apa..hehehe

FAMILY MERTUA:
- Tahun ni,mil aku beraya sorang dengan anak-anak. Takde tema rasanya

KUIH RAYA
-biskut raya..aku ada buat,dapat la dalam 6 jenis..then ada orang bagi..rezeki.

RUMAH BARU
- tunggu la 3tahun lagi kot..ekekeke

LANGSIR BARU
- Tengok la..esok lusa baru nak cari or pakai je yang lama tu..hehehe

DUIT RAYA
- Ermm...mrR kata,xde bajet. boleh gitu???

BONUS
- Syukur alhamdulillah...bos baik hati nak bagi

BALIK KG
- Balik semenyih jer..ekekekek

Daku nak tag :
- Kawan-kawan blogger yang belum buat lagi.sila buat OK.

Sunday, September 13, 2009

Assalamualaikum,
Sabtu lepas mrR bawa aku berbuka diluar dengan geng-geng dia. Berbuka di PICC Putrajaya,aku keluar dari rumah lebih kurang pukul 6 lebih. Sampai sana dah dekat nak berbuka. Pack betul,ramai sangat. Makanan kat sana...lebih kepada makanan biasa jer,nasi campur..nasi beriani..then bakar. Aku makan tak banyak pun,malas nak berebut dengan orang yang amat ramai. Lepas berbuka baru la aku pegi tengok apa yang ada tapi dah banyak yang habis pun. Taste of food?? ermm..dari 10 aku kasi 5 je kot.

Alya macam biasa,mood dia tak tentu. Lepas dah kenyang,dia menghilangkan diri. MrR la kawal..ekekekek..pastu aku take turn lak. Lepas makan terus balik,mrR malas nak merayap katanya.

On da way...segar bugar je

Dah masuk kereta...alya dah landing..ekekeke

Satu habit alya ni...kalau dia nak tido,nak-nak dalam kereta..dia akan mencari tudung aku untuk gentel. Ni tak dapat tudung,dia gentel hujung baju aku..kahhhhhhh

PICC Putrajaya




Alya & mama


Yee....dah kenyangg

Nampak tak alya dicelah-celah manusia.


Tengok la alya merayap sampai kemana..mrR la kawal dia.

Friday, September 11, 2009

Al-Fatihah untuk Abah K ai

Assalamualaikum,
Nak bagitau kepada semua kawan-kawan blog k ai, Abah k ai telah meninggal dunia pada hari ini 11 sept 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430h. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Harap k ai & famili tabah menghadapinya.

Al-fatihah



Assalamualaikum,
Semalam aku berbuka dirumah MIL,cadangan mrR aku la. Aku dah takde idea nak masak apa. So balik kerja,aku terus balik rumah dulu mandi then ambik alya. Masa on da way drive tu...huhu..aku accident! Ada satu motor,budak-budak sekolah rendah aku rasa..main keluar je simpang. Aku memang tak sempat dah nak elak. Dengan sekuat hati aku tekan brek dengan hon. Ya allah..time tu menggigil aku. Budak tu dah langgar bumper tepi belah kanan & tergolek depan kereta aku. Nasib baik la masa tu aku sempat brek,kalau tak..budak dua orang tu dah duduk bawah kereta aku..huwaaaaaaa.

Budak tu pulak elok bangun,lari! Aku dengan cepat,kejar la budak tu kan..sib baik dapat. Aku turun kereta,dia dah pucat lesi tengok aku...kahhh!

'Acik..saya mintak maaf'

'Ko ada lesen ke tak?? Ko main keluar je simpang tu,tengok la dulu. Dah tau orang balik kerja,kereta banyak ko tau! Kalau tadi aku tak sempat brek,mati dah ko aku langgar tau tak!!! Ko nampak tak aku bawa anak kecik!!'

Time ni aku memang macam orang naik hantu dalam masa yang sama menggigil satu badan terkejut punya pasal.

'Saya mintak maaf acik.'

'Ko macam mana..ok tak?'

'Saya ok acik'

'Lain kali bawa motor tu elok-elok'

Aku cek kejap kereta aku,terus aku drive ke rumah mil aku then bagitau mrR.

'Yang..sayang accident ni'.

'Terok ke sayang??'

So aku citer la segala stori mori pada mrR. Aku cakap,aku masih terkejut lagi ni..menggigil je rasa..huhu

MrR cakap apa tau...

'Takpe la..benda nak jadi..yang penting sayang & alya selamat..syukur alhamdulillah. Dah jangan pikir-pikir sangat k'.

Sampai rumah mil,aku tolong apa-apa yang patot. Selepas berbuka,alya apa lagikan..nak keluar je la. Adik ipar aku ada beli bunga api..sakan le main.


Ni masa pergi shopping kat JJ,belikan alya spek ni..suka la dia kan. Dah macam gogle la pulak..wakakakak


Alya tengah seronok main bunga api..sampai dia nak pegang api tu!


Mama....nga api


video video

Thursday, September 10, 2009

Assalamualaikum,
Menu berbuka semalam,request again by Mr.R aku..Nasi Lemak & sambal udang.Al-kisah semalam punya cerita..bikin aku stress la jugak. Sampai kat kawasan rumah aku,aku ingat nak beli je lauk kat kedai runcit..tup tup abis ko segala ikan udang semua. Dah tu aku ambik alya dulu,terus zass ker Pasaraya Bintang. Kelam kelibut aku! Dalam otak kena fikir cepat nak beli apa,tak leh lama-lama. Dah ambik apa yang patot,terus ke kaunter bayar.

Sampai rumah dah pukul 6.15. Aku letak-letak barang,siang udang segala semua. Masak sambal udang dulu,then baru masak nasi. Kan dapur aku satu je boleh pakai,kena la tunggu sambal masak dulu baru leh masak nasi. Ohh yer,aku masak nasi kat dapur yer..tak guna periuk nasi elektrik. Aku lagi suka masak nasi guna dapur gas jer. Kelentang kelentung,dah 7.15 .. air pulak tak buat lagi. Dengan tangkas aku bancuh sunquick jer. 7.18 azan,aku minum seteguk air & kurma..then sambung goreng ikan bilis pulak..huhu. Time tu jugak Mr.R aku dah balik,terus le aku hidangkan dengan kadar segera. Untuk desert malam tadi,aku buat banana split.

Then dah berbuka,rehat kejap..Mr.R ajak pegi jusco,shopping baju untuk alya. Wahh..sengih sampai ke telinga la aku..hahahaha. Sampai jusco,lenggang jer..al-maklum la orang ke terawihkan..huhu. So aku cuci mata dulu,then baru pick mana yang berkenan dihati. Dapat la 3,4 pasang baju untuk alya. Then turun ke ladies department,cuci mata je la kan.

Tup-tup Mr.R cakap...'sayang pilih la mana nak,ambik 2,3 helai'

'Ye ke yang..hehehe. Cari baju untuk jalan la yer'.

'Ambik la'

Wahh..aku apa lagi,macam kera dapat bunga..hahahahaha. Beli yang murah-murah & less banyak la kan..harus gitu..ekekekek.


Sambal Udang


Nasi Lemak


Banana Split


Baju untuk alya


Mekap untuk Mama Alya


Baju untuk mama..untuk mrR...minggu depan..kahhhhh

Wednesday, September 09, 2009

Assalamualaikum,
Menu berbuka semalam,simple jer. Somi request pun favorite dia la kan. Hari-hari pikir nak masak apa untuk berbuka. SO semalam somi request nasi goreng cili api & sandwich roll sardin. Balik kerja terus ke pasaraya Bintang,beli barang sikit untuk masak. Pelempang pelempung..dah pukul 6,then cargas ambik alya kat rumah bbsit.

Sampai rumah,aku terus bersilat kat dapur..sekali bersilat dengan alya. Time tu jugak la dia nak kacau. Abis segala besen mangkuk periuk aku dikeluarkan. Dengan kadar segera aku masak tanpa menghiraukan alya...ekekekek. Sib baik la ngam-ngam aku sempat masak ko!

Sandwich Roll Sardin


Nasi Goreng Cili api - terangkat pungkoQ!


As desert... Strawberi with milk ... yummyyyyyyyyyy

Tuesday, September 08, 2009

Jawab Tag Masak

Aku nak jawab TAG dari Melaty,sori baru sempat nak jawab..sebab takde latest gambar masak..ekekekek.

TAG Makan-Makan Raya:-

1. Suka memasak ?
I like!!

2. Masakan istimewa anda untuk yg tersayang adalah...(2 jenis)
Sardin Cili api
Paprik campur


3.Makanan istimewa yang anda suke waktu Raya? kenapa?(2 jenis)
Rendang Ayam
Masak Lodeh

4. Kuih Raya Kegemaran anda dan si dia?
Kuih Tart
Samperit

5. Tayang sikit gambar masakn dari anda...hehe...
Semalam masak untuk berbuka...
Sayur campur

Sambal sardin

Ayam Masak Lemak Cili api


6. Sila beri TAG ini pada 6 orang kenalan di Blog List anda:-
semua di list blog aku

(sila buat ok...)

Monday, September 07, 2009

Takziah buat aieza

Salam semua,
Hari sabtu kelmarin aku dapat sms dari aieza,member m.com jugak. Sangat terkejut dengan sms yang diberi,baby aieza dah meninggal dalam perut. Aku sangat-sangat sebak,terus call aieza. Airmata memang tak dapat nak tahan la walaupun aku kat opis masa tu. Takziah buat aieza & famili, moga ko kuat untuk menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Al-fatihah

Sunday, September 06, 2009

Assalamualaikum,
Hari ni aku baking biskut lagi,kali ni buat Almond London & Cornflakes Madu. Almond london yang buat ni,tepungnya aku beli dari fiza nordin. Memang mudah buat almond london ni,tak susah..semua dah ada dalam adunan tu. Harga pun murah jer,RM7.50. Kalau korang nak cuba,boleh la tanya fiza.

Almond London

Cornflakes Madu

Wednesday, September 02, 2009

Hari ni aku nak citer pasal alya lagi. Malam tadi melepak-lepak lepas berbuka then tunggu somi balik. Alya macam biasa la,kemas sana kemas sini. Kejap-kejap dia tanya aku itu ini,layan je la.

Lepas dah mandi semua,somi pun dah balik dok tengok tv. Alya pulak tengah main,kuar bilik masuk bilik. Tengah main-main tu,dia panggil ayah dia

'Ayah..come,come!'(sambil tangan memanggil ayah dia)

Tergelak aku dengan gelagat alya ni. Makin keletah,macam-macam dah knowledge dia dapat. Syukur alhamdulillah..so far pemkembangan otak dia sangat bagus. Picas kat bawah ni,last week masa g sunway. Takde picas yang terbaru lagi dah..ekekekek






Puting ni aku pesan kat HR aku,dia pegi singapore..so murah la skit kan. Kalau kat sini RM22.90,sana convert m'sia baru RM13 je. So aku beli 2set untuk botol susu alya.

Tuesday, September 01, 2009

Swing

Mood tengah swing sangat-sangat ni. Pleaseee!! Help me!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keje banyak tapi otak jem sekarang ni! Pernah tak korang alami & macam mane korang atasi???

Smart Camp: Smart Quest

Assalamualaikum,
Selamat bekerja kembali setelah bercuti tiga hari. Opss..sebelum terlupa,selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Sempena hari merdeka semalam,aku ajak somi berjalan-jalan. Kebetulan last week dapat sms dr Enfamama ada smart camp di Sunway Piramid.

Lebih kurang tengahari kitorang berangkat ke Sunway. Sebenarnya dah lama aku tak kesana,ada la kot 10tahun..kahhh. Banyak betul perubahan kat sunway tu. Terkujat la kejap aku laki bini..wakakakakak. Macam pelancong asing tengok arah..hahaha. Smart camp tu terletak di blue concourse,cari punya cari..akhirnya jumpa jugak.

Alya yang tengah mamai,baru bangun tido.

Quest 1 - membina tree,alya berjaya membuat susunan T.R.E.E

Teror anak mama..ekekekek

Bagus..bagus...pandai alya yer

Smart Music - yang ini untuk pengetahuan bunyi. Ada 5 quest tapi sebab bateri asyik buat hal jer,tak dapat la snap semua.

Sebelum balik,kita ambik gambo kat sini dulu yer alya..ekekekek

Tengah berjalan-jalan,alya ternampak oozo lak..dia dengan tangkas berdiri sebelah..suruh ambik gambar ok!

Alya tengah study new book dia

My friend...tigger & pooh...ekekekek

Mama..poohhh

Me & my lovely hubby

At nanny house...alya yang kepenatan tapi masih ligat


Ni la mystery gift smart camp
video