Thursday, October 29, 2009

Assalamualaikum,
Hari ni jumaat...30hb oct..esok dah 31oct. Lagi 2 bulan je nak abis tahun dah,kejap je masa berlalu. Tak lama lagi,alya pun dah 2tahun. Kejap je rasanya,pejam celik pejam celik. Makin lasak anak dara aku ni,asyik nak suruh ikut cakap dia je. Memang menguji betul kesabaran aku & mrR. Korang rasa sesuai tak kalau aku beli tali yang macam datin rosmah suggestkan tu. Kalau kat mall...alya sangat la uncontrol,dia tak reti takot. Kalau pergi mana-mana,tak boleh nak lama-lama. Nanti angin satu badan...kahhh.

Malam kelmarin aku & mrR pegi beli susu & diapers alya. Stok kat rumah dah abis,rumah bbsit masih ada lagi. Kalau kat rumah,aku bagi alya enfa tapi kat rumah bbsit aku kasi anmum. So far alya takde masalah dengan enfa & anmum. Sangat kuat menyusu sekarang ni,makan pun boleh tahan. Selagi belum tido,ada jer nak ngunyah. Oh yer,hari tu beli enfa...aku masih berpeluang beli yang promosi mainan budak-budak ni. Dah ada 4 set mainan enfa ni,so lagi 2 akan dikumpul..ekekekek.

p/s: Thanks to all yang sudi beri pendapat tentang penggunaan tali tu. Agak berat juga la nak guna tali ni sebagai alat kawalan anak2. Possibility untuk aku menggunakannya..setelah berbincang dengan mrR...sangat tidak disetujui. Mungkin ada cara lain yang boleh digunakan. Nak tak nak...parents sendiri la yang sentiasa alert dengan anak-anak ni.

Monday, October 26, 2009

Anak ini perlu bantuan segera ANDA........kasihanilah dia......








Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Pada kawan2 mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk


NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL


NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL


Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan

ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada

kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami

cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap

penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan

jarang ditemui di benua asia . Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana

penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses

respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati

yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia

juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia

juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap

masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan

untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan

melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan

wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.

Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan

simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH

ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi

membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia

yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.



Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:




Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840


F-03-04 Mentari Court ,

Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari,

46150 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.



RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2



Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL and sekiranya ada tidak

mampu member sumbangan, diharap anda menyambungkan email ini kepada

rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat

membalasnya.

Friday, October 23, 2009

LEMARIUMMI COLLECTIONS (LUC) GIVEAWAY

STICKY MODE,FOR NORMAL ENTRY..PLS SCROLL DOWN.



LEMARIUMMI COLLECTIONS (LUC) GIVEAWAY

Masuk blog eryn,nampak giveaway dari Lemari Ummi An ni pulak. So nak try luck. DeZahra! Sapa tak nak,nak beli mahal..hehehe..design dezahra ni memang la cantik. Kot ada rezeki aku ke kan. Selalu tengok je tudung dezahra ni,cuci mata je la kan..ekekeke. Jom join,syaratnya sangat la senang OK. Esok last!

Yang nak join,klik link ni k...

LEMARI UMMI COLLECTIONS


Thursday, October 22, 2009

Assalamualaikum,
Haiiii....kenapa la malas sangat sekarang ni nak update blog erk. Otak tak berapa jalan nak update blog dua tiga hari ni..kahhhhhhhh.

Ada citer sebenarnya nak stori tapi tak tahu nak mula dari mana..ekekekek. Aku mulakan dengan cerita alya la erk. Last week jumaat,aku dah rasa badan alya dedar. Sabtu pagi cek temp....confirm demam tapi tak tinggi...37.5 masa tu. Hari ahad,panas lagi...aku bagi ubat demam jer. Malam ahad batok dah start...hari isnin batok dah kuat skit...terus bawa klinik. Doc cek temp...39 ko! So mintak ubat yang kuat skit..antibiotik,ubat demam & ubat batok/selsema. 3 Hari makan,syukur alhamdulillah dah recover demam dia tu cuma batok & selsema ada skit-skit lagi.

Sekarang alya dah 21 bulan...bulan 12 nanti dah 2 tahun. Anak aku kan end of da year. Banyak ability yang alya dah boleh lakukan. So far perkembangan alya sangat la memberangsangkan. Mulut dah petah bercakap,suka menari,pantang dengar muzik skit..mula la tergedik-gedik. Kalau lepas kerja,ambik alya...sampai je rumah...alya dah suruh bukak beg gadget dia. 'Mama...sayur-sayur'..hahaha..nak main masak-masak. Aku kat dapur masak,dia pun sibuk masak kat depan. So far alya sangat la suka dengan menan yang ni,dapat dari beli susu enfa..baru 2 koleksi..ada lagi 4 nak collect..hehehe. Susu pun sangat la kuat,makan pun berselera dah sekarang ni. Kalau kat rumah bbsit dah makan..time dinner dengan aku pun dia makan sekali. Pastu kejap lagi...'Mama..susu!'..adehhhh

Ohh yer,korang ingat aku penah paste pasal hyperaktif. Kebetulan hari tu,abg ipar aku ada tegur..anak aku ni kategori macam hyper. Ermmm...alya ni kalau kat rumah dia behave skit tapi bila kat luar...masya allah,tak terkawal dah jadinya. Kalau pergi rumah orang,aku & mrR kelam kabut makan...& terus balik. Alya ni kalau dah jumpa sesuatu yang dia suka,dia sangat la aktif...kira macam dia dengan dunia dia jer. So aku ada tanya pendapat geng2 mak ayam...alya ni memang aktif tapi tak sure la kategori hyper. Kalau sapa yang penah jumpa alya ni..tau la camnekan. Basah ketiak nak menjaga dia OK..hahahaha. Kalau tak caya,cuba tanya bibik alyn...kahhhhh. Just wait & see je la...kalau keadaan betul-betul tak terkawal...kena jumpa paed la kan.

Tengah melipat kain..konon-konon la tu

Ni masa nak ke mana erk...aku dah hilang ingatan lak...kahhhh

Rambut dah rupa apa dah...kahhhh tapi aku suka picas ni..kan kan...

Tengah cari port nak setting landing...hahahahaha

Hahh..kan dah cakap....mata pun stim jer...

Ralit sungguh dia memotong sayur...ekekekek
Intro
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dah lama tak update blog,malas ada...takde stori pun ada...busy pun ada..semua la. Nanti aku citer skit erk...ada stori nak share ni. So korang layan je la masakkan aku yg tak seberapa ni.


Su-un Sup

Sambal ikan bilis goreng

Ayam goreng rempah

Tomyam campur

Wednesday, October 21, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel



Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


So apa tunggu lagi???

Sertai online contest ini sekarang. :)

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

* Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
* Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
* Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
* Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
* Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
* Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
* AMARAN: no link back will be disqualified
* Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
* Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

* Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
* Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
* Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
* Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
* Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
* Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
* Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
* SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
* SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
* Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

****************************************

So dengan semangat yang teruja...kahh,aku nak menyertai contest ni.





Nama : Nur Alya Batrisyia
Umur : 22M

So...apa lagi kawan-kawan semua,jom la join....
SMILEYKIDZ klik je link ni k...& baca syarat-syarat yang dinyatakan... good luck semua.

Thursday, October 15, 2009

Assalamualaikum,

Hari ni..banyak keje kena buat. Actually this month aku bizi skit. Dah hujung tahun,paham je la kan,banyak projek yang dah settle..nak handover pada client lagi. Sekarang ni tak sempat sangat nak update blog,nak sembang pun kadang on off. Walaupun kerja banyak..wajib aku balik 5.15..hehehe. Tak kuasa la aku nak stay back buat keje kan, seharian dah kerja..sure la nak rehat lebih skit.

Ohh...semalam aku masak ayam lemak cili api & sayur baby kailan. Abis mrR pulun,sedap hingga menjilat siku...kahhhh. Hari ni takde idea lak nak masak apa. Dalam freeze..kosong! ekekekekek. Selalunya kalau nak masak baru aku beli sebab kadang tu aku malas nak masak. Kebetulan ada ayam 1/4 lagi,so abiskan je la kan. Sayang je kalau buang.

Picas?? Aku amat la malas nak snap sebab camera aku macam dah rosak,bila nak tekan snap tu..tak boleh nak snap. Agak-agak korang kerja sapa?? Sapa lagi..anak dara aku tu la..si alya. Habis dia ketok-ketok..tekan-tekan...terseksa jiwa aku melihatnya. Bila aku ambik..mengamok! Ada sapa-sapa bermurah hati nak kasi camera free tak kat aku?? kahhhhhhhh (sure ada yg jelir lidah kat aku kan). Kalau ada..sila la kasi yer...kuikui

Hari ni...sudah 26 syawal kita menyambut hari raya. Lagi 4 hari sahaja tinggal,entah dapat,entah tidak tahun depan aku menyambutnya lagi..wallaualam. Dalam bersuka..ada juga berduka..... yang pergi tetap pergi..takkan tumbuh hilang berganti.






Wednesday, October 14, 2009

Assalamualaikum,

Hari ni...mrR ada interview dengan TM. Harap-harap ada rezeki bersama TM nanti. Ya allah..murahkanlah rezeki suamiku & permudahkanlah segala yang mendatang...aminnn


Berita terkini!!

Laki aku lari balik...wakakakakak. Ada beratus orang sedang menanti untuk di interview.

MamaTisya Duit Raya Giveaway

STICKY MODE
(normal entry sila scroll ke bwh ye)

bermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009
tepat pukul 5.00 ptg


duit raya dlm gambar di atas adalah CONTOH shj
jumlah sebenar hanya akan diketahui oleh 5 org yg bertuah nanti


syarat-syarat sgt senang & mudah :

  1. Terbuka kepada smua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

Tuesday, October 13, 2009

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update blog ni,bukan takde cerita..ada tapi kesibukan,kebizian melanda bulan october ni. Faham je la kan dah akhir tahun,semua nak ISO. Aku share stori sikit k..sepanjang minggu yang lepas.

Lepas raya,sure dah kemaruk nak makan nasi campur kan. So aku masak simple je la,just sayur campur & ikan..jadi la,tiga org je nak makan pun.



Sabtu lepas,banyak sebenarnya open house..sana sini orang menjemput. TQVM la pada yang menjemput tapi tak kesampaian nak kemana-mana. MrR lak keje sampai petang,yang sempat pun kat sg besi jer. Tu pun dah petang,jalan jem nak mampos!! Semua sibuk beraya...ekekekek. Bab makan ni,mana boleh tolak tepi kan kalau takde aral..ye tak?? Pepatah melayu..'Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari'...kahhhh. Dari rumah MIL aku tu,tak jauh pun...10min je dah sampai tapi sebab jem..dekat 1/2jam.





Alya yang dah keletihan bermain..masuk car jer terus ... zzzzzzzzzzz


Birthday girl & boy..adik beradik ni


Alya yang lena diulit mimpi..buat pertama kalinya aku & mrR boleh makan dengan tenang!..kahhhh




Lepas beraya,calling si yies si gebus..dia kan round da tour hari tu. So aku menjemput yies beraya ke rumah. Dah alang-alang tu kan. Sian korang anak beranak sesat kan...hahaha. Takpe la...luas pemandangan..kahhh. Sib baik anak-anak yies tak meragam sebab tau nak jumpa Mama Alya da vogi ni kan...kahhh. Aku masak pun as fast as i can la kan. Aku nak jamu nasi putih,syam lak kata..bukan nak tido umah aku..wakakakakak. So aku masak meehon goreng je la.


Gebusnya si aqil ni..macam anak orang hindustan OK...habis aku gomol..kahh

Nak tunjuk oven baru...kahhh. Pemberian mrR...hehehe. Dia suh aku rajin lagi memasak..kahhh. So ahad tu adik beradik mrR nak datang beraya,aku pun masak nasi ayam. Penat jugak masak sorang-sorang ni,sampai krem gak kaki aku. Aku jemput gak kawan-kawan opis & blog...tapi masing-masing ada plan kan..ekekek..takde hal k. Maybe lain kali korang datang.




Pagi tadi alya bangun awal,tengok PC menyala..dia ambik kerusi tu... 'Mama..nak sit.'Pastu konon-konon dia tengah buat keje..hahahaha.


Monday, October 12, 2009

Kanak-kanak yang hiperaktif

Aku nak share sedikit info. Kenapa tentang hiperaktif,nanti aku ceritakan k.

Kanak-kanak yang hiperaktif

Daripada pengalaman saya selama 25 tahun berhubung masalah kanak-kanak,masalah hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik kanak-kanak walaupun di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.Keadaan ini dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal. Anak tak mendengar kata, asyik dengan aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.

Semakin negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah urbanisasi yang pesat,masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini membayangkan bagaimana perkembangan jiwa kanak-kanak telah berjaya dicemari oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada pemakanan,persekitaran, suasana keluarga dan masyarakat.Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup masyarakat dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan kanak-kanak.Ini telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan kerohanian,mental dan juga fizikal mereka.

Kebanyakan kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri sindrom hiperaktif lazimnya dibawa berjumpa para profesionalmenjelang usia 5 tahun.Mereka sudah terlalu kuat sehingga ibubapa mula cemas memikirkan bagaimana anak ini hendakmenyesuaikan diri di sekolah sedangkan tadika pun tidak mampumengawal dan melatihnya.Bagaimana pula masa depan mereka?

Ibubapa sedar bahawa keadaan ini telah mula membenih dari mereka kecil lagi,mungkin disedari semenjak anak berusia 2 tahun lagi.Ada yang telah merasakan pergerakan janin yang terlalu aktifsejak dalam kandungan lagi dan dari bayi tersebut dilahirkan ibu telah merasakan keunikan dari segi tingkah lakunya.

Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan.Ini memerlukanriwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian perkembangan intelek dan emosinya.Kaunseling yang intensifdiperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan olehpara profesional di klinik.Ini memerlukan kesabaran,pengorbananmasa,tenaga dan kewangan.Kemahiran mengendalikan terapi perludikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yangterlibat perlu dijalinkan.

Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan di bekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyaimasalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu di kikis. Redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan progrem pemulihan.

Matlamat rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . Dari masa kesemasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan .

Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibubapa perlu sedar akan betapa pentingnya kesihatan kerohanian,mental dan fizikal mereka sendiri untuk menghindar penyakit-penyakit pada zuriat mereka.Saya sarankan agar mereka menimbulkan kekhuatiran mereka tentang sesuatu keadaan penyakit yang boleh melibatkan janin atau anak mereka dalam sesi kaunseling dengan para profesional. Janganlah dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi oleh sifat cemas dan was was dengan adanya keadaan-keadaan seperti Sindrom Hiperaktif, Sindrom Down, Autisme,kecacatan dan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh anak orang lain. Dapatkan penjelasan dan kaunseling dari para profesyenel yang arif. Insyaallah dengan ilmu,sikap yang positif serta amalan hidup yang sihat,keadaan sebegini dapatlah dihindarkan.

Berdoalah sentiasa agar dianugerahi zuriat yang sempurna. Lakukanlah apa yang dituntut oleh ALLAH s.w.t dan juga RASULULLAH s.a.w dan jauhilah daripada kesemua larangan yang dituntut oleh hukum syarak.

Saturday, October 10, 2009

Hari ni.....aku ada 6 jemputan tapi.....

1. Ampang Tasik - Opismate
2. Bkt Jalil - x opismate
3. Keramat - Nik Blur
4. Puncak Jalil - Ayien kembo
5. Sg Besi - mrR fren
6. Taman Pelangi Semenyih - my sister house

Hanya Bkt jalil je yang aku boleh pergi.. tu pun tumpang member opis ni. Sebabnya...mrR keje sampai pukul 6! Celcom last minute ada function hari ni...sengal tol la. Orang dah plan macam-macam,bole lak last min. Ishkk..kacau daun tol!

Thursday, October 08, 2009

Ni aksi alya masa raya,yang sempat aku rakamkan. Tergedik-gedik menari..hehehe.

video

Wednesday, October 07, 2009



Hari ni... 7 OCt ... Hari Lahir MrR ... yang ke-30.
Happy b'day to my lovely hubby... Moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
*...We Love u So much!...*

Monday, October 05, 2009

Meet Dato Ct

Tengahari tadi aku pegi join Majlis hari raya anjuran Tekun Nasional. Masa tengah tengok-tengok menu,ada pulak stage..ada pulak org tgh menyanyi..pegi dekat..laaaa..tok tie rupanya..hahahaha. Dato K pun ada..hensem OK..tp hensem lagi mrR aku..kahhhhhhhh








New picas already upload @ facebook. Bagi kawan-kawan yang sudi menatap..sila la add saya ok... saveme_zero@yahoo.com

Friday, October 02, 2009

Assalamualaikum

Malam ni irma hasmie nak beraya rumah aku..kahhhhhh. So kepada yang mengenali irma ni,boleh la datang beraya sekali tapi versi mini pot luck. Aku takde la masak-masak bagai,just simple-simple je. Maklum la,hari bekerja kan.

Car Wash with Sexy Girl

Ada sapa-sapa nak cuci kereta??? Alya boleh cucikan tapi RM12 sebiji kereta...kahhhhhhh (cekik darah tol). Hari raya hari tu la,mrR takde menda nak buat,dia rajin lak nak cuci kereta. Yang alya pun sibuk jugak nak cuci,tolong menolong amalan mulia..hahahaha. Masa ni alya demam ok,nasib baik demam sehari jer.


Sampai melutut ok..sibuk nak cuci belah bawah kereta

'Ayah..meh sikit sabun'.

'Lalalalalaalalala....bersihkan alya cuci ni ayah'

'K lah..alya nak kejar ayam pulak..kahhhhhhh'