Thursday, November 26, 2009

Aku geram!!!

Assalamualaikum,
Hari ni aku rasa kesabaran aku dah ditahap maksima ok. Mungkin tadi ada yang perasan aku ada post sesuatu. Ok..meh aku citer kat sini,takde niat nak tabur pasir dalam periuk nasi orang k. Cuma aku rasa,aku dah tertipu sangat-sangat. Cerita dia mcm ni.....

Hujung bulan lepas,mean oct la...aku ada masuk satu fp ni. Cadang nak tempah la handmade baju untuk alya,so setelah segala urusan dah selesai...aku pun bank in kan duit pada 3 nov...& si polan ni bagi sekian-sekian date la siap. Ok fine! aku tunggu. Lepas seminggu,langsung takde khabar berita ok,takpe aku sabar lagi. Pastu aku pun beremail,tapi tak berbalas...& aku sms. Si polan ni pun reply....kata oustation,tak sempat pos pulak. OK...aku kasi masa lagi. Masuk minggu ke-2,aku sms lagi tanya,dia kata ada masalah keluarga kata atok dia pulak sakit. Ok...aku seorang yang sangat bertimbangrasa la kan,sebab benda sakit-sakit ni bukan boleh buat main..ye tak. Then....dia diam pulak. So aku sms lagi tanya...dia kata kena cirit birit...by monday dia akan pos mean this week la. Aku pun dah hepi la kan walaupun dalam masa yang sama sangat la frust bila jadi macam ni. Bila masuk minggu ni....aku sms tanya dah pos ker. Dia jawab pos hari ni..sebab dah start keje. So ok...selasa akan sampai la kan..sebab pos laju. Bila hari selasa..tunggu punya tunggu sampai la ke petang..tak sampai jugak. Aihh...apa ni kan. Mula la my blood go upstairs!! Hari rabu semalam,aku call tanya...tahu dia cakap. 'Saya baru pos semalam..so kalau pos selasa,sepatotnya rabu dah dapat..then aku cakap..aku nak no ref. pos laju tu. Dah pulak dia cakap,no ref. kat husband dia tapi aku nak jugak no ref pos laju tu. Sampai la petang semalam,dia tak return sms aku. Kalau ye pun ko ada masalah,update la kat fp ko tu. Jangan la biar costumer mencari ko. So kalau ko dah update kat situ,orang paham masalah ko.

Pagi ni,buat aku betul-betul sangat hot! Bila aku citer dekat kawan-kawan aku,rupanya ramai dah terkena dengan dia ni. Seribu satu alasan dia buat. Ye betul,engkau berkerja..bukan full time buat tapi kalau ko dah berniaga,buat la secara jujur k. Jangan la nak create bull-shit story bagai. Aku pun email dia pagi ni sebab bila aku call..masuk vmail. Bila aku tanya baju alya,dengan confirm dia kata dah pos...& aku bagitau dia..klu dah pos,sepatotnya dah sampai la semalam...then dia kata nak cek dekat pej pos tghari ni. Ok fine,dah pos..aku nak no ref pos laju.,wat ever aku cakap..mintak kat husband ko. Tup tup dia cakap...husband dia tak pos lagi pulak. Wat da %$#*!!! Mula dah hot sangat time ni tapi aku control ayu lagi beremail dengan dia. Kalau ye pun ko nak kencing,biar la citer tu betul skit. Tadi ko cakap dah pos,siap nak g pej.pos cek,dah tu...ko kata asben ko outstation...tak dapat nak pos. Apa ko cakap ni bedah oiii!!! Arghh..bikin aku panas hati je. Ko kata asben ko outstation...dia yang boleh poskan,dah tu ko bolehh pulak kata nak pegi pej pos cek,apa maksud ko dengan ayat ko ni erk. Maksudnya ko sendiri boleh pos barang tu kan. Yang sebenarnya...baju tu belum buat kan. Cuba la jadi manusia yang jujur,jangan cakap putar belit. Ko sendiri yang tabur pasir dalam periuk nasi ko,pastu jangan salahkan mereka-mereka yang buat urusan dengan ko.


So aku pun tak nak la tambahkan kepanasan aku ni,aku cakap...once husband ko balik dr outstation...plsssss pos ASAP baju tu pada aku isnin nanti & bagi sekali no ref pos laju tu & aku tanya jugak...baju tu sebenarnya dah siap ke belum,kalau belum..susah-susah sangat..just refund je duit aku tu,abis citer..Seriusly...aku memang nak baju ni,ye la..kalau bukan kita sama kita nak tolong orang kita..sapa lagi...tapi macam ni pulak jadinya.. Tup-tup...dia nak refund duit tu,so aku pun bagi la no akaun. Kalau korang la kan,apa yang korang fikir ... baju tu dah siap ke belom?? Sangat frustttttttttttt..... So korang-korang ni,kena la berhati-hati dengan si polan ni k. Hope she's learn from mistake.

Friday, November 20, 2009

Milik siapakah suara itu...

Assalamualaikum,
Salam jumaat semua...seronok korang erk,hari ni last berkeje..esok dah cuti tapi bagi aku...huwaaaaaaaa...sadis tol la. Dah 7 tahun aku keje kat sini,sepanjang tu la setiap sabtu aku berkeje...huhu. Memang terpikir nak cari kerja lain tapi...takde rezeki lagi kat tempat lain.

OK...aku bukan nak citer pasal tu...tapi nak share dengan korang citer mistik skit. Kisah ni berlaku tak silap aku 2 minggu yang lepas. Si alya tengah-tengah malam memang bangun nak menyusu..o ek o ek selagi tak dapat. Selalunya memang aku je la yang bangun buat susu dia. Masa hari tu,dalam 3.40am...si alya nak susu...aku pun bangun la buat. Masa kat dapur tu,tiba-tiba aku terdengar suara budak....dalam hati...'aik...anak sapa yang terlepas keluar ni'...pukul 3 pagi dok main kat luar ker..ishkk apa punya mak pak la dok biar anak main tengah-tengah pagi buta ni'....sambil membuat susu..sambil aku mengomel dalam hati...pastu aku dengar dia bercakap-cakap,dengan sapa...aku tak dengar pulak...budak tu bercakap sorang-sorang..siap bergelak bagai. Lepas buat susu alya tu,aku terasa nak buang air pulak...masa tu aku dengar lagi suara budak tu. Lepas dah membuang....aku yang takde terasa apa-apa perasaan...menyelak langsir dapur aku..nak lihat gerangan anak siapakah itu yang bermain diluar tapi aku langsung tak nampak siapa. Dah tu,aku terus la tido.

Keesokkan harinya,aku singgah rumah mil aku. Kebetulan kak ipar aku ada dirumah mil aku...aku pun bertanya kak ipar aku. Ada dengar tak suara budak pagi tadi....anak sapa tah main-main kat luar rumah. Mil aku dengar,terus dia sampuk...'ermm...dah pagi-pagi tu anak siapa la pulak,benda-benda halus la tu'. Terus aku terdiam...kahhhhh. Pastu baru aku terasa semacam...wakakakak..adehh..tak teringat langsung time nak tengok tu. Aku pun tak terpikir langsung 'benda' tu ke apa kan..dok terpikir anak orang...kahhhh. Sib baik dia tak tunjukkan diri..kalau tak,koma aku!!

Thursday, November 19, 2009

Sekadar berkongsi.....

Assalamualaikum,
Minggu ni dah kurang skit bz,kalau tak..non-stop je keje tapi by next week akan busy balik as usual. Ermm..aku takde apa citer sangat,tangan ni je rasa nak menaip sesuatu yang tak pasti......sekarang ni aku rasa sangat stress. Ermm..rasanya kerja banyak lebih baik dari takde keje. Kalau busy dengan keje,release skit tensen tu...hahahaha. Kalau takde keje,otak mula la pikir kan.

By next week...kita akan menyambut hari raya haji. Tahun ni aku beraya dirumah mil aku, selalu bandar tun razak banyak ekor gak la lembu dikorbankan. Tahun ni,sure alya sangat seronok tengok moomoo..kahhh. Raya nanti ingat nak baking kek je,bawa ke rumah mil aku. Sekarang musim hujan,katanya sampai la bulan 3. Kesian orang-orang diutara & pantai timur sana,tapi kat KL ni pun..dah berlaku tanah runtuh sebab hujan berturut-turut. Aihh..nauzubillah la jadi kat kita kan.

Bila dah hujan je selalu,nak pergi keje pun terasa amat lah malas! hahaha..liat je nak bangun. Kat opis pun,mata asyik nak terkatup jer...hahaha. Silap-silap kena guna batang mancis nak bertongkat. Esok dah bermula cuti sekolah....rasanya ramai la yang pergi bawa family bercuti kan tapi harus berwaspada ok. Kalau ke pantai,jangan dibiarkan anak main berseorangan..mesti sentiasa ada orang dewasa yang mengawal.

Citer tentang alya....makin lasak..makin notti...makin cerdik...makin cantik...macam mama dia (ada yang muntah ni...wakakakak...ada aku kesah??).......alya sekarang sangat rapat dengan aku...aku hilang seminit...'Mama...oo mama'....mesti ada depan mata dia. So aku kena la sahut time dia panggil tu...kalau tak..selagi tu dia panggil...ekekekek. Mulut macam bertih jagung...pok pek pok pek jeeeee...kalau ayah dia balik dari keje...lom duduk lagi..'Ayah..come'..ajak main bola! Kalau tengok channel sukan..terutamanya bola la...sambil duduk sebelah ayah dia...'Golllll!!!!!!!...memang adict tapi tu le penawar hati dikala suka & duka.

Wednesday, November 18, 2009

Bangbang Boom

Bangbang boom menyerang Bandar Tun Razak..saksikan malam ni k...di tv3 @ 10pm.






Friday, November 13, 2009

Breakdown...



Assalamualaikum,
Salam jumaat semua,lama sungguh tak update.......sangat sibuk sekarang ni. Sempat masuk blog kawan-kawan tapi sori sangat-sangat tak tinggalkan komen.

Aku nak citer sikit pasal roll-royce aku......semalam pagi masa nak pergi keje,macam biasa la aku bersiap seawal mungkin. 7 lebih macam tu,aku dah turun...nak hantar alya kat bbsit. Masa nak start enjin,aku perasan dah dua,tiga hari lepas....bila nak start je....macam tak pick up. Then start kali ke-2,baru enjin hidup. So pagi semalam...dengan lafaz bismillah...aku memulakan perjalanan.

Jam 5.30...aku pun balik,semalam pulak hujan lebat luar biasa. MrR suruh aku stay office dulu,tunggu hujan reda....tapi semalam aku redah jugak la sebab nak elak banjir kat bawah jambatan puspakom tu kan. MrR suruh aku tunggu kat rumah dulu,then pegi sekali ambik alya kat rumah bbsit. Pukul 6.45pm,aku & mrR keluar la rumah nak ambik alya,masa start enjin pun...aku & mrR dah perasan bunyi macam bateri nak kong.

Masa on da way nak g petrol pam tu.....berlaku la perbualan yang sangat cabul antara aku & mrR.


'Yang.....bateri kereta kita ni,dah 3 tahun kan'.....bunyi tadi macam bateri je nak kong kan'..

'A'ah sayang..tapi tu yang kita pakai....tapi yang kat proton..tak tau la berapa lama dah. Orang selalu tengok bonet depan...tengok bateri ni...tapi takde indicator la....tak leh nak cek sebab sel kering. Kalau setengah bateri,ada indicator'.

'Jangan buat hal dah la yang....bulan depan nak renew roadtax & insuran..koyak kita kalau time tu nak tukar gak...'


Then pergi isi minyak kat petronas. Dah isi minyak,dah start enjin....langsung tak nak hidup ko!..wakakakakak..alarm pun bunyi sekuat-kuatnya. Ahh sudah...apahal lak ni. Dengan penuh semangat,acid tolak kereta sorang-sorang dengan aku & alya didalam...hahahaha. Gila kentang weii....dengan hujan yang turun dengan rembas-rembas...perut pun dah berkemundang dengan macam-macam irama...kami bertiga tersadai ditepi petronas...wakakakakak. Kebetulan dekat situ,ada klinikar....aku suruh MrR pergi tanya & bawa pomen sekali....5min kemudian...sampai la si mangsa & pemangsa....kahhhhhhhhh.

Si pemangsa pun memeriksa satu persatu...

'Bateri problem ni bang'...

'Berapa dek bateri ni'...

Si pemangsa g kedai balik cek rege & bawa bateri sekali

'Bang...RM189..upah sekali...ori punya bang,yang ni saya trade in sekali'

Gluppp!!! adehh..... nak tak nak kena tukar jugak yang,kang mau kita tido sini anak banak. Dengan hati yang setengah rela....& dengan tangan yang menggigil...kuhulurkan duit....huwaaaaaaaaaaaa. Baru je aku sebut-sebut...tak sangka dia buat hal...adehhh. Pengajaran dari kisah ini....cakap jangan sebarang cakap...nak cakap...tengok kiri kanan dulu...kahhhhh.





Tuesday, November 10, 2009

Assalamualaikum,

Semalam dinner,masak yang simple & cepat. Kelmarin pegi c4,beli lauk sikit. Kebetulan ketam murah..1kg RM10.90! Murah betul!so aku ambik 2 ekor..dalam RM5.40 jer. Then ada beli ikan siakap,sekor kecik..dalam RM5 lebih jugak. MrR nak makan sweat sour,so aku masak hari ahad. Picas lupa sebab lapar dah sangat..kahhh. Alya pun suka makan nasi sekali malam tadi. Untuk sayur,aku masak kangkung belacan jer.

Kangkung belacan

Lemak ketam Cili api & nenas

Friday, November 06, 2009

Soto

Asam pedas ikan pari


Bawal Masam Manis