Wednesday, February 24, 2010

Parking ke dot...dot...

Assalamualaikum

Semalam seperti biasa,aku memang sampai awal kat office ni..al-maklum la parking kat sini sangat susah nak dapat sebabnya ada pihak-pihak tertentu suka chop dengan kon. Sangat marah ok!Bila sampai kat office,aku pun mencari la parking yang kosong. Then pusing round,aku nampak 2 petak kosong. Kebetulan masa tu,ada kereta depan aku yang nak masuk parking. So aku bagi la dia masuk dulu,then aku parking depan kereta tu.

Time nak balik,aku dah agak..mesti ada blok kereta aku punya la. Ohh yer,sini even ko parking dalam petak..tambah-tambah parking strait,sure orang akan double parking. Kereta yang blok kereta aku tu,BMW...then aku tengok ada name card. Tertulis kat situ...'Dato....',aku pun call la.

'Hello,ur car bloking my car,can u move ur car'.

'ooo..ok'

Tengah aku tunggu tu,keluar la seorang hamba allah ni,maybe one of Taka*&^% staff.

'U tunggu kejap yer,i tak reti bawa kereta ni..kunci ada kat i ni,i biasa bawak kereta apa tu....'

(dalam hati aku...ek eleh mamat ni,apahal nak berlagak lak ko)

Ohh..ko bawa kereta nasional je la kan (ambik ko!)

'Aaa...a'ah'.

Pastu dia tanya aku lagi,time ni aku rasa nak bahasakan dah mamat senget ni.

'Kenapa U parking sini'

'Dah kosong,aku parking la'

'Office u kat atas ni ker??'

Hello bro! Lu ingat,lu bayar ke parking ni, Suka hati gua la nak parking sini.

Aku ingat nak panjangkan dah citer,kebetulan driver Dato tu turun,mamat tu pun bagi kunci kereta tu...terus mamat tu blah. Sib baik la kan,kalau tak...memang aku bahasakan habis-habisan. Geram betul dengan orang yang macam ni,sini dah la pack..pastu nak cop-cop bagai. Aku kena sampai office sebelum pukul 8,kalau lepas pukul 8 sampai..alamatnya,memang takde parking langsung la. Tu yang jadi double parking. Hari tu lagi la,yang ni memang aku dah gaduh. Dah blok kereta aku,dia tinggal no..aku call dekat 20x OK...20x!! Tak berangkat. Kebetulan mber office nak tumpang,takkan nak tunggu lama situ. COnclusionnya..aku HON lama-lama. Dah la hon kereta aku tu,memang tahap bingit. Orang yang lalu lalang bagi isyarat suruh call. Aku jawab...'dah call tapi dah mati kot!' Dekat 20min aku tunggu ok!. Sekali aku nampak satu mamat ni,buat muka selamba macam takde apa-apa. AKu tak banyak citer dah...terus aku sound dia.

'Apahal call ko tak nak angkat!'

......(angkat kening sambil usha aku)

*%$#@ tol la,ko nak angkat kening kat aku apahal!

Berbulu tol hati aku,nak mintak maaf pun tak reti..pastu datang dengan muka ko yang menyombong lak. Ko dah tahu ko buat salah,mintak la maaf. Apa..mintak maaf tu aku mintak duit sekali ker?? Sangat tak berbudi bahasa ok..muka je lawa...eh hensem. Kalau sapa yang biasa kat kawasan Bdr Tasik selatan ni,sangat la stress nak dapatkan parking. Memang boleh bergaduh,dah la parking susah...dah pulak,DBKL & Polis rajin pulak nak saman. Adoii...stress betul! Wahai tuan kereta yang blok kereta orang lain,sila la jadi seorang yang berhemah ok.








No comments: