Tuesday, March 30, 2010

Netball @ SS9

Jumaat petang kelmarin bibu sms aku,ajak main netball. Aku kata insya allah..tak confirm lagi. Kena tanya suamiku dulu la kan. So hari sabtu tu,sedang berehat kat rumah..baru aku teringat program netball ni. Aku pun sms la bibu pasal netball tu. Bibu sms aku balik kata registeration dah tutup...huhu,takdo rezeki aku nak join.

Tup-tup malam tu bibu call aku balik.

bibu: sue,ko nak join tak esok netball. Kawan aku tu ada hal pulak.
aku : oo ye ke,hahh ok. nanti aku sms ko balik. MrR aku belum balik lagi ni.
bibu: hahh..ok.

Dalam kul 10malam,mrR balik. Lepas dah mand,makan..aku pun tanya la mrR.

'Yang..esok keje tak??'
'Tak kerja,nape??'
'Sayang nak g main netball,wilda ajak kat sg way'.
'sayang pegi la,orang jaga alya'
'Takpe ke yang??'
'Takpe..pegi la'.

Wahh..terus aku sms bibu. Aku tumpang bibu je sebab aku tak reti area sana..mau sesat kebarat...hahahaha. So seawal subuh aku bangun,mengemas rumah dulu la kan. Takkan nak tinggal berselerak pulak..ekekekek. Kul 7.30 bibu datang ambik aku dengan angkatan askar dia..hahaha. Aben dia tolong hantar,ok la tu kan.


Tengah dok berbaris dengar ucapan & taklimat...tup-tup ada orang tepok bahu aku. Pusing belakang..rupanya si fiza pembuat kek! Perghh..macam tak percaya je besen k ai main netball wehh..hahaha. Teror sungguh fiza ni,selain buat kek,menulis novel...bersukan pun teror. Jangan tak percaya erk..team fiza menang tempat no.3. Aku & wil join kawan wil.. dari team ss D5. Kitaorang dapat tempat ke-2,menang tipis 4-5 dengan kastam. Not bad la kan walaupun dah lama tak bersukan.



Netball ni anjuran KEMAS

Hahh..ni la fiza si pembuat kek & penulis novel.
Nampak tak akak yang baju pink tu..perhh..sakan wehh berpoco-poco..hahaha

video

5 comments:

Fiza Nordin said...

wallaweiii kembangnye muke aku...hadeiii malu ler....kah!!!!

saveme_zero said...

fiza - kembang skit je,brownies ko sedap la wehh.

fazilzura said...

FULAMAKk .. lawan kat kelana jaya yek kak .. besh besh ..

daku weekend pun lepak kelana jaya ..

** bj pink tu kak bibu ke?

Bibu said...

hohoho siot ko siap fokus aku kaaaah..sib ko x record yang dah tade worang tu..aku tgk blakang sume dah larik!...ape2 pon mmg best le game ni..tq wei sib ko dpt datang ..len kali kali leh import mak ayam2 lain plak ahaks!

shi3la said...

ko memang aktif kannn...sonok kalu ader geng satu kapla leh join semua...