Monday, May 10, 2010

A moment....

Semalam..seawal pagi aku bangun mengemas rumah. Kenapa yer?? Entri sebelum ni,ada aku mention pasal pindah rumah kan. Syukur alhamdulillah..rezeki berpihak pada kami. Tuan rumah tu,offer pada kami. Deposit telah diberi...1+1,agak sangap jugak lah memandangkan aku membayar sewa untuk 2 rumah. So start minggu lepas,kami hanya melihat sekeliling rumah..tengok apa yang perlu diperbaiki. Rumah ni cantik,dah tile + kitchen tapi penyewa yang sebelum ni..sangat la tidak cermat. Banyak jugak kerosakan yang berlaku dalam rumah tu. Aku + somi jenis tak berkira,so kami pikir..biar lah kami repair. Untungkan ada penyewa macam kitaorang ni..hahaha.

So semalam dah plan untuk kemas rumah tu,pagi tu pergi ke C4 dulu..saja jalan-jalan kosong sambil mencari sarapan untuk disantap. Kami memilih pak hailam kopitiam,sarapan aku hanya roti+telor berserta coklat panas,somiku mee goreng mamak + teh ais & alya pula aku suap roti+mee,air alya pula rebena+laici. Lepas dah selesai makan,memberi laluan pada perut untuk dihadam..alya pula berbual kosong dengan kami

'Mama..ambik gambar'

Wahh..bijak sungguh anak mama ni.






Lihat saja lah aksi diatas,sangat syok melihat dua beranak ni berposing. Semalam mood alya pun bagus,tak banyak songeh!..hahaha. Selesai sarapan,terus ke hardware mencari barang-barang yang perlu untuk rumah sewa baru. Lebih kurang pukul 10 malam,selesai sudah kerja mengecat. Tapi ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Insya allah hujung bulan ni,aku akan berpindah secar rasminya. Sila la jengah rumah aku nanti yer.

5 comments:

shah-ila-ain said...

comel lak nengok alya pakai topi tuhh...hmm..mcm berkenan jerr hehe...wahh kaksue ko dah dok umah tingkat bawah erkk..tak lah lenguh lagikk nek tangga erkk..

saveme_zero said...

mel - aku tempah kat fizanstore. dia jahit sendiri,sgt kemas. a'ah..x penat dah pasni,orgtua & mil aku senang nak dtg. sian dorang,termengah2 panjat tangga..ekekek

nasz said...

alahai, cute nye alya dgn snow cap tu... kak sue, alhamdulillah la kan, dpt umah rendah sikit. kalo blh nak umah atas tanah terus. ahahaha

alyyani said...

cantik topi tu. suka la aku tgk. sesuai je alya pakai. :) pindah kemana pulak korang?

el said...

alahaii comel la alya bertopi gitu..suka aku tgk...