Tuesday, June 15, 2010

Dinner terubuk

Semalam tengahari,aku sms ayah aku...'ayah,malam nanti datang rumah..nak masak ikan terubuk bakar'... ayah aku reply balik..ok. Aku beli terubuk sekor je kat pasar pagi ahad kelmarin. Aku dah lama tak makan ikan terubuk ni,aku rasa ada la kot dalam 4 tahun! Tak caya kan..hahaha tapi tu la kenyataannya sebab suamiku tak makan ikan terubuk. Kalau aku beli pun,buat rugi je kan..takkan aku nak hadap sorang-sorang besar tu,ensomi pun cakap tak yah beli...huhu. Ahad semalam,aku dah tak tahan tengok. Terliur-liur je tengok ikan terubuk ni,dok panggil-panggil aku suruh ambik la..ambik la...hahaha. Akhirnya..berjaya jugak aku beli. Ikan terubuk ni,favorite ayah aku...so harus la aku ajak ayah aku datangkan..untuk lawan makan. Kalau sorang-sorang tak adventure...hahaha. Aku ajak sekali akak aku,ikan sekor...ajak ramai-ramai..gempak tol aku..hahaha.

Maka semalam,harus aku cari lauk lain. Aku beli udang je,buat masak kari asam...tu pun favorite en.somi..harus masak yang favorite dia kan..ekekekek. Dah siap,harus segera hidang..semua dah lapar. Aku pun tak tahan tengok ikan terubuk bakar tu..manis tak ingat..leleh je air ikan tu..slurpp slurpp..hahahaha. Licin ko ikan terubuk tu,hahaha.Sikit pun tak tinggal,semua pakat pulun makan. Lain kali boleh beli lagi yang besar sikit..leh makan ramai-ramai lagi.



My dad with his grandson...ada lagi 3 anak buah aku...lain kali aku tunjuk k

Ni la kawan main...& kawan gadoh...hahhaha

Dah makan baru tingat nak snap...tu dah kena kopek dengan abg iparku...hahahaha

My youngest adik....sekarang tengah tgu result untuk sambung degree

My sis with her dother...alya pun nak duduk sebelah angah dia

p/s: seronok dapat berkumpul dengan ahli keluarga ni

2 comments:

el said...

sejak ada umah baru..mcm2 agenda korg eh..heheheh seronok tgk

Mohd Izzatt said...

Salams..Games Pendidikan Online Islamik Sesuai untuk anak anda KLIK SINI Games Islamik