Wednesday, June 09, 2010

Orphan Care



Pagi ni masa breakfast,aku melepak kat restoran belakang office aku ni...makcik ni memang selalu bukak tv...rancangan MHI...aku pulak memang suka tengok. Kebetulan masa tu,aku terdengar mengenai anak angkat. So dengan pantas,aku jadi penonton paling depan...hahaha. Tentu korang semua sedia maklum kan,mengenai rancangan JKM nak menubuhkan pusat perlindungan bayi yang dinamakan ORPHAN CARE Sekarang ni,pusat tu dah beroperasi. Pusat ni khas untuk melindungi bayi yang dibuang dengan kata lain,bayi yang dilahirkan diluar nikah. Sekarang ni kan terlampau banyak dah sangat kes-kes buang bayi,tak tahu la mane pergi akal waras sampai tergamak buang & dibiarkan tanpa belas kasihan. Kalau dijumpai masih hidup tu,syukur alhamdulillah...tapi kalau yang dah meninggal...sangat sedih!! Aku dengar tadi,pengasas orphancare ni cakap..objektif adalah untuk memberi peluang kepada ibubapa yang tiada anak..berpeluang mengambil anak angkat.

Aku rasa bagus jugak pusat ini diadakan,bukanlah bertujuan nak menggalakkan maksiat...tapi kalau dah terlanjur...dah mengandung...kalau tak nak anak tu...berilah pada yang memerlukan. Berilah peluang anak tu untuk melihat dunia & membesar dalam sebuah keluarga. Janganlah ditambah dosa dengan membunuh pulak. Kasihanilah anak kecil yang tak berdosa tu. Dipusat ni,mereka boleh letak bayi mereka dalam box yang dipasang alat sensor....tanpa diketahui oleh pihak pengurusan. Jadi maklumat mengenai mereka yang buang anak ni...tidak akan diketahui. Seramai 200 pasangan ibubapa yang berada disenarai menunggu untuk mengambil anak angkat. Bayangkan mereka yang mudah mendapat anak ni tapi tak menyayangi bayi...jadi berilah peluang kepada bayi itu untuk hidup bersama mereka yang lebih memerlukan.

Orphan care beroperasi disini:
6 Lorong SS 1 / 24A
Petaling Jaya
Selangor
47300
Malaysia

3 comments:

el said...

tu la kan..bkn nak mengalakan derang ni buat maksiat...cuma kita ksian kat bayi tu lah kan...jgn lah g buang tanam pas ni..dah ada rumah tuk bayi ni lg...kesian bayi2 tu...

fazilzura said...

SOKONG..

hrp2 maksiat berkurangan ler..
letih le dgr kes2 buang bby merata2 ni ..

Anonymous said...

[url=http://www.pi7.ru/foto/1496-bolshoy-sbornik-prikolov-23-foto.html ]крем для сухой кожи [/url]
Помогите пожалуйста советом! У меня полно друзей но как девушку меня никто из нас не любит( я веселая с ощущением юмора, интересуюсь компьютерной графикой медициной и современной техникой, люблю попосмотреть кино и гулять с друзьями, музыку очень люблю, очень общительная тока вот видимо с парнями общаться не умею что ли?(