Friday, July 09, 2010

Nasi Lemak RM1.50

Hahh..meh nak citer nasi lemak ni. Ada restoran baru bukak kat office aku ni,dulu dia kat area depan...now pindah sini. Masakan kat kedai ni,memang style kampung la. Semua masakan..berasa,puas hati la makan. Sekarang ni pagi-pagi kalau breakfast,aku pegi kedai ni jer. Semalam nampak nasi lemak daun pisang ni,aku pun beli la..memandangkan dah lambat datang office kan..tapaukan aje. Masa nak bayar...tanya la harga...RM1.50 ok! Uikk..mahalnya nasi lemak ni. Dah ambikkan,takkan nak letak balik.

Sampai office,terus aku ke pantry..nak menyentap. Tengok nasi lemak dia,biasa je. Ada ikan bilis,telor & sambal. Aku pun makan...sekali rasa,perghhhh..meletop ko! Sedap gilosss..hahaha. Patot la RM1.50 harga dia,berbaloi makan nasi lemak ni.


Nasi Lemak RM1.50

3 comments:

A.I said...

hayoyo..dah lama tak makan nasik lamak ciput ni..

Anna Da Lady said...

sedapnya..kat mana tu?

A.I said...

kebetulan kau buat entry ni, dak CT pon rupanya ada buat nasik lemak ciput utk hntr kt kedai2 sebelom dia gi opis :) gigih dia kan?