Saturday, August 21, 2010

Hari ke 11 berpuasa...

Assalamualaikum semua,
Hari ni dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Seronok rasanya dapat menjalani ibadah ni dengan sempurna. Takde cerita apa pun sangat,citer kosong je dipagi sabtu yang indah. Sekarang ni,cuaca pulak tak menentu..kejap panas kejap hujan. Moga-moga raya nanti,tak de la hujan selalu..kalau nak hujan pun biarlah waktu malam..(ehh mintak-mintak lak...hehehe)...kalau ALLAH dah kata jadi,jadi la kan...jadi kena lah redha. Actually persiapan raya aku,hanya langsir je yang dah siap. Lain-lain takde pun...hehehe. Aku tiap-tiap raya..sejak kawin ni,beli readymade je...selalunya 3hari sebelum nak raya..aku akan ke kajang. Nak ke KL,en.somi memang la tersangat malas. Dia tak suka berasak-asak sangat.

Sekarang ni,dah kecoh pasal status HALAL dihotel & restoran. Ye la..pengusaha makanan ni,rancak sangat buat promosi berbuka....tanpa mengira halal & haram. Bagus jugak JAKIM giat menjalankan operasi memeriksa premis dorang ni. Pada aku,aku prefer peniaga melayu & muslim...sebab kita tau terang-terang dorang pun beragama islam. Ye..ada akan pertikaikan,orang melayu sendiri pun beli dari bukan org melayu...macam mana tu. Kalau kita nampak depan mata kita,jangan la pegi lagi dah kan. Kalau kata kedai tu,bukan orang melayu yang punya tapi pekerja semua melayu...macam mane tu??? Apa tindakan korang?? Tepok dada tanya selera. Kalau nak lebih pasti,tanya sendiri kat pengusaha kedai tu...sumber makanan ni dari mana. If jawapan tu teragak-agak....kita sendiri boleh buat keputusan nak makan atau tidak. Rasanya tahun ni la tak meriah berbuka diluar seperti dulu disebabkan status HALAL ni. Aku ni...memang payah nak berbuka diluar. En.somi cakap..bayar mahal,makan skit...tak berbaloi..RUGI!! hahahaha...apa daaaaa. Sekali sekala apa salahnya kan. Tahun ni baru nak merasa berbuka kat luar,tu pun aku siasat sana sini status HALAL premis tu tapi belum decide nak berbuka dimana.

BONUS?? korang dapat bonus ke raya ni. Seronoknya la kan kalau dapat bonus. Ye la...raya awal bulan,nanti sangap woo tengah bulan kalau takde bonus..huhuhu. Office aku?? unpredictable!sekarang aku tengah belanjawan untuk raya & bulanan. Nanti terover bajet untuk raya...aduhaii tabung gajah pun kena pecah nanti....hahahaha. Mane yang perlu bayar,bayar dulu....dah tolak segala hutang...baru la boleh nak kira keuntungan...hehehehe. At least kalau ada bonus,duit bonus tu boleh la spend untuk raya...betul tak??? Korang-korang yang bonus tu,spend la wisely. Mana yang tak dapat tu,berpada-pada la berbelanja.




2 comments:

mamashasha said...

selamat berpuasa kak...alya pose tak? langsir raya? meriah gak tu...hehe turut kan saje kata hubby mu itew kak..

Anna Da Lady said...

Salam.selamat berpuasa.wah, langsir dah siap?setiap tahun tukar langsir baru ke?aa, pasal kes halal tu sgt setuju.skang, Wallahualam la tentang perkara ni. walaupun halal,tapi ia tak smestinya halal.yang penting, kita minta panduan/perlindungan Allah untuk melindungi dri kita pakai/makan benda2 yang tidak halal dan mendtgkan kemudaratan.