Monday, September 06, 2010

Restoran Intai-intai

Assalamualaikum
Lagi 4 hari kita akan berhari raya. Seronok rasanya walaupun persiapan raya ala kadar je.Yang paling seronok tengok anak-anak memaki baju raya,bersalaman...macam-macam karenah la.

Hari sabtu,berbuka bersama-sama geng somi di Intai-intai.This time,turn my somi mencari port berbuka. Setelah berkira-kira tempat,atas persetujuan..kami memilih intai-intai yang terletak di MRR2. Buffet ramadhan RM48net. Frust jugak la makan kat sini,dari berselera...terus hilang selera nak makan sebabnya....pada permulaan,seramai 14orang yang akan join termasuk aku & somi,tiba hari sabtu tu...bila janji sekian-sekian waktu di kawasan intai-intai tu...yang datang hanya 11. Waktu masa tu menunjukkan dah pukul 6.55. So kami pun melangkah la dengan hati berbunga-bunga untuk berbuka kat sini.

Bila sampai kat kaunter,aku pun terus la tanya mana table yang aku book tu. Bila pengurusan tanya aku,berapa orang..aku dengan jujur jawab je la 11 orang yang datang..lagi 3 tak dapat nak datang. Pihak pengurusan ni tiba-tiba naik angin dengan aku. Dia kata aku janji 14orang.Bila aku cakap 3 orang yang tak dapat datang je sekarang ni. So macam mana?? Mula-mula dia tak nak bertolak ansur..aku dah fed up,kawan somi settlekan. Kawan somi cakap...takpe,kalau dah macam tu,kitaorang bayar je 14orang tapi tak berkat la kan. Bukan orang saja-saja tak nak datang & tak datang langsung. Aku sangat fed up dengan cara pengurusan intai-intai,kalau kena bayar 14orang...aku cakap kita blah jer. At de end,settle...aku tak tau kawan somi cakap apa tapi serius...kami makan dalam keadaan yang sangat kecewa. Rasanya 1st & last la datang sini,bagi korang yang nak book intai-intai ni..please make sure if korang book that number..mesti cukup. Padahal masa aku nak bayar tu,ada jugak yang tak cukup korum. WTF!!!!




Hari ahad..lepas dah berkemas-kemas sikit,somi ajak berjalan-jalan. Dah tak tau nak kemana,at the end..ke JJ Cheras Selatan je. Penuh umat manusia,dah last min shopping pun sure la lagi ramaikan. Kali ni kat JJ,tak banyak pilihan. Banyak baju untuk baby,untuk budak-budak besar....yang bawah 5tahun tak banyak pun. Semalam just beli baju siang je,dari RM30++ less 70% dapat la 11++. Nak tak nak,kena la ke sogo jugak minggu ni kan. Dapat cari selai dua untuk my princess tu pun dah cukup. Plan nak cari dress tapi my princess ni...aduhai..susahnya la nak pakai dress-dress ni tau..huhuhu. Dia lebih prefer suar & tee...skirt pun bukan nak! Geram sguh mama tau...nak bagi pakai,paksa pun tak jalan. Kena la beli seluar & tee je macam ni..kalau tak,rugi!


11 comments:

Anna Da Lady said...

Cobaannn...

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

mak ai .. kalau aku blah jer dr situ .. asal tak leh bertolak ansur ...

SyaNa said...

mmg pun wey kalo booking byk tu kena byr byk tu
sengal kan

mama tisya said...

pyh gk gtu ek...tp tkkn tkleh tolak ansur..aku tk pernh lg booking kt intai2 jd mcmtu...kt tmpt lain aku booking lebih tp kdg2 ada yg tk bole dtg tkde plak kena camtu..dugaan...

Nana said...

so amacam?sedap kan makanan kt sini hehe
aku 2mgu sudah ada buka kt sini.urusan membooking ni kwn aku yg arange hehe

ayien78 said...

isk... tak psl2 kena bayar extra??? lain kali ko booked 9 org...dtg 11 org... still ada tempat duduk gak kan??? ** kalau nasib adala..kalau tk bersila** atleast puas hati sbb tak bayar lebih

Lyana said...

haish..alya gaya budak dah beso..memang dah beso pun..kejap jek...

teruknye restoran ni..hangen lak...

Anonymous said...

Very Interesting!
Thank You!

mamashasha said...

sedondon purple kak...hehe nape alya tak suka pakai gown kak?

Aleyn said...

Sabor jer lah yer

Anonymous said...

I seldom leave comments on blogs, but you really impress me, also I have a few questions like to ask, what's your contact details?

-Johnson