Thursday, October 21, 2010

9 anak 'buang' ibu kuat makan

Apa perasaan korang,bila baca kejadian ni. Aku sangat emo!! Anak durhaka!! Tak selamat la korang dunia akhirat....sampai hati,sampai hati anak-anak dia buat macam ni. Dah le hantar pusat jagaan,hak mak dia pun anak-anak kebas!! grrrrrrr....eeeeeeeeeee..tak tau nak cakap apa la. Serius...aku marahhh sgt! Dengan ibu tu lumpuh.....allahhhhhhh...dulu kecik-kecik....ibu tu la yang asuh...didik..bagi makan 9 anak..tapi bila dah masing-masing senang....semua merungut nak bela ibu yang sakit tu. Reason hantar ke pusat jagaan...sebab MAKAN BANYAK! Ya allahhhhh...korang ni bodoh ke apa!! Dulu mak korang bela korang....tangan dia la yang suap korang makan ....dengan 9 orang anak....lagi banyak korang makan...9 mulut dia nak bagi..tapi mulut dia yang satu....korang tak sanggup!! Memang cilaka punya anak la korang ni!!
Aku sangat emo kalau bab MAK ni sebab aku dah takde mak........Walaupun ada mak tiri tapi tak sama dengan mak kandung. Tak sanggup rasanya nak buat macam tu pada ibu yang kandungkan kita...........(menangissss)


JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.



“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.


“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.

5 comments:

fazilzura said...

nape ler tergamak diorg ye.???

adakah something yg org ramai x tau .. ?
ye ler , xkan la anak 9 org buang mak nye gitu jek ..
dugaan tuk anak2 dgn mak nye jgk .. moge2 mereka dpt petunjuk

Ciklinn said...

bodohnyer anak..... geram aku baca berita nie... elok kecik2 mak dia bg mkn batu jer kat anak2 9 ekor tu

ILA HAFIZ said...

nauzubillah.. apa punya anak ni? tu la kan kadang2 anak yg sorang tu je leh jaga mak. yang anak ramai xleh jaga mak.

Ibu Mifzal Arsyad said...

x selamat la hidup anak-anaknya dunia akhirat..hishhh...mmg emo..n geram..

@e_da said...

sampai hatinya diorang...

tak berkat hidup.. esok diorg tua kena macam tu baru tau.... tuhan tu maha adil