Thursday, October 14, 2010

Modify Booking Air Asia

Ada masalah dengan booking AA,meh aku share sikit hasil godekan aku...hahaha. Sapa yang dah tau tu,diam-diam okeh. Yang tak tahu....boleh la ambik info ni. Dalam fb,aku ada highlight mengenai ID no yang tak isi dalam booking sebabnya aku sangat terlupa nak isi...hahaha. Ye la...jarang nak terbang sana sini kan. Macam jakun kejap bila booking dengan AA ni sampaikan tak perasan column Identification tu sebabnya takde tanda star...hahaha..so aku pikir benda tu tak penting la kan. Setelah riki-riki dengan member lain,dorang kata kena isi ID tu. Aku pun try la call AA....cam haremmm. Balik rumah try call lagi...dari pukul 8 lebih sampai la kul 11....semua line tak available...kubing betul! naik sakit jari aku tekan redial...nasib ada redial .. tak yah nak tekan-tekan no banyak kali...kalau tak bengkok jari i u.

Sampai office...terus try lagi call,sama gak..ampeh! So aku pun godek-godek web AA ni. Then aku masuk kat FAQ....cari la soalan berkaitan ID ni...tapi tak jumpa. Godek lagi...jumpa change itinerary. So aku pun klik .... wahhhh..sudah jumpa. Dengan langkah berhati-hati...aku pun try luck...(mcm nak pegi interbiu je)....klik itu..klik ini...akhirnya...keluar ITINERARY aku. Akhirnya....boleh update sendiri dalam itinerary aku tu. Tak yah dah nak call AA,memang takkan angkat punya la.

So korang yang mungkin ada termiss apa-apa,nak cek balik itinerary korang....boleh buat sendiri.

First thing...korang pegi kat My flight ----> Manage Booking lps dah klik..akan keluar yang status tu semua la. Korang klik Non Member


Dah klik NON MEMBER,akan keluar table ni...korang isi la booking no korang ..segala detail tu. Then klik FIND ITINERARY

Lepas dah klik tu...so akan keluar la detail booking korang. Kat belah kiri...seperti diatas,korang boleh klik je mana-mana aktiviti yang korang nak modify. Untuk tukar ID...klik UPDATE TRAVELER DETAIL & sebagainya la. So selamat mencuba...hehehe

3 comments:

Nana said...

pstt ko book g mana hehehe

@e_da said...

book g mana sue?

wati said...

good info..tq