Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha. Semua dah kembali berkerja kan & ada yang sambung cuti. Kali ni raya Qorban Mama sambut dirumah ayahanda mama. Mula-mula nak balik rabu pagi je tapi tak syok pulak sebabnya kesiankan en.somi,dia balik kerja pun pukul 9 malam. So en.somi kata nak balik jom la..cargas la mama kemas baju semua kan. Sebelum tu dah kemas-kemas rumah dulu,kasi berseri-seri macam malam pengantin...muahahaha. Pukul 10 lebih sampai rumah ayahanda,makan-makan...terus zzzzzz.

Seawal subuh dah bangun,my princess pun sama. Excited nak raya & excited nak pakai baju kurung. Dari malam tu sibuk nak pakai baju kurung...so mama kasi baju kurung yang lain. En.somi & ayah pegi ke masjid,mama tolong mak kat dapur..kemas rumah skit..then mandikan my princess. Suka betul dia pakai baju kurung,kalau bagi skirt ke dress ke..JANGAN HARAP dia nak pakai..dia sanggup pakai seluar tau. 



Dah siapkan dia...mama pun siapkan diri mama,tunggu ayah & en.somi balik dari solat..makan sama-sama tapi tunggu punya tunggu...tak sampai-sampai. Aihh...orang lain dah balik,kemana pulak pak dengan menantu ni. Tengok jam dah pukul 9.30....tak sampai-sampai lagi. Kebetulan surau kat rumah ayah tu ada buat korban jugak,2 ekor lembu tahun ni. Bawak my princess tengok lembu. Orang kata lembu..dia kata kambing...hahaha.

Time ni...my princess nak tengok depan-depan. Sampai dia berdiri depan kepala lembu tu. Aduhaii....yang mama ni seriau la kan. Ada pakcik tu cakap..`biar la dia tengok'.....kang lembu tu mengamok..pasal je. Masa mama sampai,lembu ni dah ditumbangkan,so cepat la sikit kejenya kan. Kejap-kejap mama panggil my princess ke belakang skit. Takot lembu tu bangun..hehehe

Ni lembu yang pertama yang akan dikorbankan. Ramai juga la yang menolong. Time ni dorang panggil senarai nama yang nak wakil korban.

Yang ni pulak lembu no.2...boleh tahan besar juga la. Dalam pukul 11 dah selesai sesi siang.Ayah mama dapat telor lembu...grrr..tak penah makan..tak leh telan woo...hahaha. Tulang-tulang lembu AJK surau buat sup. Sapa nak makan datang ambik jer. Dapat la merasa sup tulang....tak berani nak makan banyak-banyak. Mama ni kalau lembu ... kepala cepat je berat tapi kalau kambing....ok je pulak..hahaha..dah terbalik..ekekekekek. Then ayah ada bawa balik extra daging,katanya ada 12 bungkus lagi orang tak datang ambik. So mama ambik bawa balik sikit. Ambik part yang tak yah siang-siang dah sebab nanti nak tanam susah,maklum la tanah kat umah mama limited..hehehe.


video


video


Dalam pukul 2 lebih,mama berangkat pulang. Ada dapat jemputan hari jadi anak kawan en.somi di Taman Balakong Jaya,kawasan perumahan baru. Cantik jugak rumah kawan en.somi tu..jenis TOWN House..bawah rumah orang lain,atas rumah dia. Masa dia beli dalam RM163k....kalau famili ramai tak boleh la beli rumah ni sebab kecik juga la. Dah kenyang-kenyang makan,pukul 5 lebih berangkat pulang tapi tak pulang ke rumah pun. Ada agenda lain pulak..en.somi ajak ke Bangi,merayap ke al-ikhsan. 

Lepas bangi,terus ke C4 BTHO...cari barang dapur pulak. Beli itu ini...cari barang wajib dulu la kan..kang over bajet..hehehe. Kebetulan nak cari diapers my princess,mahal pulak pet-pet. Terus ke sen-sei...cari susu & diapers..nasib la murah skit. Mata dah layu ni....makan pulut banyak sangat kot..hahaha tapi tekak & perut masih lapar. Langsung ke Len seng..makan chicken chop. Tengok my princess pun macam tak larat je dah...hehehe. Sampai rumah..rehat then mandi,ajak my princess tido. Penat betul dia...urut-urut kaki...sapu minyak..lena dia tido.


2 comments:

Nana said...

aku semalam malantak daging +sup lembu
arini tros demam hahaha

kakyong said...

bestnya dapat juga merasa daging korban