Thursday, November 11, 2010

Budak hisap susu botol bersendirian naik bas

Apa kes la ni.....budak 3 tahun,BAYA my princess!! aduhaii...camne boleh makpak terlepas la. Kalau dibuatnya orang yang jumpa tu bukan orang yang jujur,macam mana? Sila la pantau anak-anak anda! Geram je mama baca,

KUALA LUMPUR: Hanya membawa sebotol susu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui merayau bersendirian dengan menaiki bas dari kawasan Flat Sri Sabah, Cheras, ke pusat membeli-belah Kotaraya, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang berseluar pendek dan berbaju-T warna merah ditemui seorang penumpang bas yang perasan kanak-kanak terbabit menaiki bas tanpa jagaan ibu bapanya ataupun orang dewasa.


Kanak-kanak terbabit ketika ditemui seolah-olah tidak tahu di mana dia berada dan pada masa sama, kanak-kanak itu belum boleh bercakap.


Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata pihaknya menerima laporan dari Balai Polis Tun HS Lee berhubung penemuan seorang kanak-kanak lelaki yang merayau bersendirian menaiki sebuah bas ke ibu kota.


Menurutnya, kes terbabit dirujuk kepada pihaknya kerana menurut penumpang bas yang menemui kanak-kanak itu, dia dilihat menaiki bas dari kawasan perumahan di Cheras.


“Seorang wanita berusia 40-an terlihat kanak-kanak lelaki naik ke dalam bas dinaikinya ketika bas berhenti mengambil penumpang berhampiran Flat Sri Sabah dan selepas bas bergerak, wanita terbabit perasaan tiada orang dewasa menemani kanak-kanak itu.

“Wanita terbabit memeluk kanak-kanak itu kerana bimbangkan keselamatannya sebelum menelefon polis,” katanya di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, wanita itu dinasihatkan supaya membawa kanak-kanak terbabit ke balai terdekat selepas turun di pusat membeli-belah Kotaraya.

“Kira-kira jam 5.30 petang tadi (semalam), kami menerima laporan sepasang suami isteri mengenai kehilangan seorang anak lelaki ketika mereka leka membasuh kereta di flat berkenaan.

“Namun, kami masih menyiasat kes ini dan meminta pasangan terbabit mengemukakan bukti yang mengesahkan kanak-kanak berkenaan anak mereka.

“Sementara itu, kami menyerahkan kanak-kanak berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjaga dan kami percaya jika benar kanak-kanak itu anak pasangan terbabit, mereka boleh mengambilnya seawal-awalnya esok (hari ini),” katanya.

sumber : harian metro

3 comments:

Ciklinn said...

itulah aku pun baca berita ni tadi.. aduyaiiii....

Nana said...

aku baca dlm paper tadi
gile apa mak pak dia biar ank kuar??
ke?
tingat kt jiran umah aku ni, amek anak angkat dia xjaga pon..jadi anak terbiar main longkang, main hujan siap berenang2 dlm longkang..main cat surau sampai abes badan kena cat..
pastu ada hati amik lg soranng anak angkat kesian aku tgk bb yg baru dia amek tu...ade ke budak tu demam dia biar je...sedih aku..klw rasa xbole jaga buat apa g amek??bangang

SyaNa said...

Ya Allah
siannye budak tu..huhu
nasib la xjadi ape..