Monday, November 22, 2010

Cari rabbit..periuk yang dapat

Semalam petang,bawa princess jalan-jalan. Takde kemana pun sangat,tesco kajang jer. Sebenarnya ada plan lain,nak mencari arnab untuk princess. Dari pagi asyik sebut nak rabbit. Puncanya,princess terdengar ayah dia bercakap telefon dengan pak tamnya (abg en.somi). En.somi suruh abangnya cari arnab sepasang untuk princess di kampung. Malangnya anak arnab dah takde,habis orang dah beli.
Plan cari kat kajang,kebetulan ada kawasan agro dikajang tu tapi takde pulak arnab...yang ada ayam,itik,kambing & lembu jer. Terus ke tesco kajang,jalan-jalan cari pasal. Sambil window tu, tengok je la apa-apa yang murah. Nampak periuk murah,belek-belek..rembat 2 biji.
Murah je...yang sederhana besar tu RM12.90,yang kecik tu RM9.90. Kat rumah mama ni.periuk kecik memang kurang ada. Saja tambah koleksi,kalau masak sikit-sikit...senang la kan,tak payah nak guna periuk yang besar.

4 comments:

ILA HAFIZ said...

hahaha aku sampai skrang kepingin nak kuali green pan. asik tgk AFC je terliur nengok periuk tu tp lom mampu nak beli dengan hege gitu

aku ada tag ko..p amik kat blog aku
http://mummy-ila.blogspot.com/2010/11/you-are-sweet-blogger-like-candy.html

eLYies said...

cam best gak periuk tu kak sue....tak mahai sangat...

Lyana said...

waoooo..murah dan berkilat...

A.I said...

kau try le carik rabbit kt pet shop susu. ada kot kt situ..

mcm magik lak kan? carik rabbit, dpt piuk.. ;P