Wednesday, December 01, 2010

Rabbit in the house

Misi mencari arnab telah pun berjaya. Kejadian sabtu lepas,ex-officemate call..katanya di MAHA ada jual rabbit. Sedikit info dikongsi....seekor RM40 kalau 2ekor RM70..campur bersama sangkar RM150. Mahal juga yer. Si ain (off-mate) inform..di semenyih ada jual. Baru teringat,di semenyih ada Rabbit Farm Land. Dengan segera sms en.somi inform this info.

Lepas kerja,rehat-rehat kejap dirumah mil...terus ke semenyih. Misi pertama ke rabbit farm land,sampai sana je..dorang tutup sebab ke MAHA..open on sunday. Ermm...terus ke pekan semenyih,mencari pet shop pulak. Survey disekitar...tapi en.somi macam tak puas hati je sebab sepasang dengan sangkar RM50+45..around RM95. So tak jadi beli kat shop tu,singgah rumah ayah. Rehat-rehat disana pulak.

Sembang-sembang dengan ayah....round pekan nak cari rabbit untuk batisya. Sambil tu en.somi melayan princess diluar. Dirumah ayah mama pun,ada jugak haiwan belaan. Actually adik yang no.6 la,dia beli burung merbok kot...tak ingat pulak jenis burung ni..hehehe. Dia beli dalam 4 ekor ... semua gemok-gemok hasil mum yang jaga. Adik tu balik sebulan 2,3kali...menjengah burung-burung dia.

Then hari tu,mum terjumpa ayam hutan...injured,maybe kena gigit anjing kot. So mum tangkap la,kesian...macam dah nak mati masa tu. My mum letak minyak gamat,hari-hari sapu. Sekarang ni..syukur alhamdulillah..dah sihat ayam tu. Dah bertelor 5kali my mum cakap. Masa dia injured tu la,ayah beli sangkar untuk ayam ni. Bila dah bertelor,my mum asyik ambik je,so dia merajuk...bertelor kat tempat lain..hehehe. Sangkar pun terbiar macam tu jer. En.somi berbisik dengan mama...`pakai tak sangkar ni'..eh tanya ni mesti ada makna ni kan...pandai betul en.somi ni. So mama pun bertanya la pada ayah,nak sangkar ni boleh tak. Nanti dah tak nak bela rabbit ni,kitaorang kasi balik la..hehehe.Terus misi mencari rabbit di pekan,dapat la 2ekor RM45...dengan makanan,vitamin,bekas air..semua RM65

Makanan -rabbit tak berapa suka la makanan dia ni,tak tahu kenapa. Agaknya boring dah kot..hehe. En.somi bagi juga carrot. 

Hahh...ni la sangkar yang telah dicilok..kehkehkeh

Wahh..seronok korang yer dapat berlari-lari

sekor kaler kelabu,sekor lagi kaler putih oren.

Mama ni bukanlah 100% pecinta haiwan,certain haiwan agak geli such as kucing,rabbit...etc. Nak pegang haiwan-haiwan ni...aduhai...geli gelemen dengan badan dorang yang lembik ni..hehehe. Satu lagi,bau najis dia...masya allah!busuk walaupun makan sayur-sayur jer.Kalau dah makin besar,rasanya transfer ke semenyih la kot...hehehe

Dulu masa duduk sting garden,my mum rajin bela arnab,kucing,ayam. Ada sekali tu,bela arnab..berkembang biak sampai buat rendang masa raya la. Sekali arnab ni beranak,berpuluh ekor...eeeee..gelinya la sebab anak dia macam anak tikus...grrrrr..tak sanggup nak tengok. My mum la yang dah biasa dengan haiwan-haiwan ni.

My princess?? Dia juga geli nak pegang..tapi bila sampai rumah je,belom bukak pintu lagi ni..`rabbit...rabbittt...dah susu ker'..kahhhhh


3 comments:

ILA HAFIZ said...

haa rajin2 la ko bersihkan si arnab & sangkarnya. kang x pasal dpt sakit. hehe

eLYies said...

aku tak rajin nak bersihkan binatang ternakan...ikan pun sama..huhuh..

selamat menjaga sang arnab

Bibu said...

AKU PON SEJAK MOMO MATI DAH MLS AKU NAK AMIK KUCING..tak terjaga plak rase..jaga anak cukupla kaaaaah..selamat menjaga arnab juga!