Thursday, February 25, 2010

BANG BANG BOOM 5: Ep 13

Semalam korang tengok tak Bang bang boom kat TV3. Masa bulan 11 ke 12 tahun lepas,dorang ada buat rakaman ni kat area rumah mil aku. Yang baju hijau tu kawan en.somi, alang-alang..tumpang sekaki..tapi anak aku je la masuk.

Wednesday, February 24, 2010

Oh kome...doghyan dah berbunga

Semalam aku ke pasar malam,mencari makan dimalam hari. Nak masak semalam,hujan turun dengan lebatnya. So tunggu en.somi balik,baru keluar pegi tapau. Sebelum tu pergi Bintang cari susu dania. Lepas pada tu,aku tapau NASI KUKUS AYAM DARA. Somi aku tanya..mane tau ayam tu dara erk..kahhh.

Dah tapau,singgah ke pasar malam cari supplement pulak..hehehe. Sampai je pasar,dania nampak something.

'Mama...doyan'

'Hah..durian?? Yang..dania nak doyan'

'Jap erk..kita jalan dulu'

Sebelum nak balik tapaukan dania doyan,beli sepeket RM3 jer. Nak beli sebiji takot tak abis pulak kan,membazir je nanti. Fuhhh...pulun abis anak aku makan. Ada la kot 3 ulas dia makan,aku pun tumpang sekaki la kan. Mane leh tak makan sekali..ekekekek. Dania ni hantu buah...sangat suka dengan semua buah...pantang ditolak.

 
Segengam ok dia pegang

  

  

  

 
Muka yang sangat hepi setelah dapat makan durian...ekekekek

Parking ke dot...dot...

Assalamualaikum

Semalam seperti biasa,aku memang sampai awal kat office ni..al-maklum la parking kat sini sangat susah nak dapat sebabnya ada pihak-pihak tertentu suka chop dengan kon. Sangat marah ok!Bila sampai kat office,aku pun mencari la parking yang kosong. Then pusing round,aku nampak 2 petak kosong. Kebetulan masa tu,ada kereta depan aku yang nak masuk parking. So aku bagi la dia masuk dulu,then aku parking depan kereta tu.

Time nak balik,aku dah agak..mesti ada blok kereta aku punya la. Ohh yer,sini even ko parking dalam petak..tambah-tambah parking strait,sure orang akan double parking. Kereta yang blok kereta aku tu,BMW...then aku tengok ada name card. Tertulis kat situ...'Dato....',aku pun call la.

'Hello,ur car bloking my car,can u move ur car'.

'ooo..ok'

Tengah aku tunggu tu,keluar la seorang hamba allah ni,maybe one of Taka*&^% staff.

'U tunggu kejap yer,i tak reti bawa kereta ni..kunci ada kat i ni,i biasa bawak kereta apa tu....'

(dalam hati aku...ek eleh mamat ni,apahal nak berlagak lak ko)

Ohh..ko bawa kereta nasional je la kan (ambik ko!)

'Aaa...a'ah'.

Pastu dia tanya aku lagi,time ni aku rasa nak bahasakan dah mamat senget ni.

'Kenapa U parking sini'

'Dah kosong,aku parking la'

'Office u kat atas ni ker??'

Hello bro! Lu ingat,lu bayar ke parking ni, Suka hati gua la nak parking sini.

Aku ingat nak panjangkan dah citer,kebetulan driver Dato tu turun,mamat tu pun bagi kunci kereta tu...terus mamat tu blah. Sib baik la kan,kalau tak...memang aku bahasakan habis-habisan. Geram betul dengan orang yang macam ni,sini dah la pack..pastu nak cop-cop bagai. Aku kena sampai office sebelum pukul 8,kalau lepas pukul 8 sampai..alamatnya,memang takde parking langsung la. Tu yang jadi double parking. Hari tu lagi la,yang ni memang aku dah gaduh. Dah blok kereta aku,dia tinggal no..aku call dekat 20x OK...20x!! Tak berangkat. Kebetulan mber office nak tumpang,takkan nak tunggu lama situ. COnclusionnya..aku HON lama-lama. Dah la hon kereta aku tu,memang tahap bingit. Orang yang lalu lalang bagi isyarat suruh call. Aku jawab...'dah call tapi dah mati kot!' Dekat 20min aku tunggu ok!. Sekali aku nampak satu mamat ni,buat muka selamba macam takde apa-apa. AKu tak banyak citer dah...terus aku sound dia.

'Apahal call ko tak nak angkat!'

......(angkat kening sambil usha aku)

*%$#@ tol la,ko nak angkat kening kat aku apahal!

Berbulu tol hati aku,nak mintak maaf pun tak reti..pastu datang dengan muka ko yang menyombong lak. Ko dah tahu ko buat salah,mintak la maaf. Apa..mintak maaf tu aku mintak duit sekali ker?? Sangat tak berbudi bahasa ok..muka je lawa...eh hensem. Kalau sapa yang biasa kat kawasan Bdr Tasik selatan ni,sangat la stress nak dapatkan parking. Memang boleh bergaduh,dah la parking susah...dah pulak,DBKL & Polis rajin pulak nak saman. Adoii...stress betul! Wahai tuan kereta yang blok kereta orang lain,sila la jadi seorang yang berhemah ok.








Tuesday, February 23, 2010

Renungan: Mengapa ujian seberat ini...?

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah al-Baqarah, ayat 216
Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah al-Baqarah, ayat 286
Kita bertanya: Kenapa rasa frust?
Al-Quran menjawab: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran, ayat 139
Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah al-Baqarah, ayat 250
Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah al-Baqarah, ayat 45
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Al-Quran menjawab: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
-Surah at-Taubah, ayat 111
Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
-Surah at-Taubah, ayat 129
Kita berkata: Aku tak dapat tahan!!
Al-Quran menjawab: "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf, ayat 12
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah al-Ankabut, ayat 2-3
Categories: Agama & Kerohanian

Monday, February 22, 2010

Lagi kisah.....

Assalamualaikum,
Selamat kembali bekerja yer semua. Seminggu bercuti tentu banyak plan korang kan. Aku tak cuti pun,hari rabu dah keje. Sunyi sengap je office ni..hehehe. Sabtu kelmarin...aku ke Bagan Datoh,sepupu aku bertunang dengan orang sana..di Bagan Pasir. Kitaorang konvoi ikut jalan kuala selangor,jalan situ...alahaii...berlekuk-lekuk. Ada pulak yang bluwekkk..ekekekek tak tahan dengan lubang & selekoh yang banyak. Kalau jenis mabok,memang tak boleh ikut jalan tu. Kitaorang bertolak dalam pukul 9,sampai sana ngam-ngam nak zohor. Picas??? Ni yang nak citer skit. Camera aku dah rosak kan,so takde la aku bawa camera. Bila aku tanya makcik aku yang lain..sorang pun tak bawa..alahaii..sayangnyaaa. Tunggu je la gambar dari pihak perempuan kan.

Hari ahad,aku tak kemana pun. Bangun pagi,kemas-kemas rumah skit ajak en.somi keluar cari bekpes. Langsung en.somi ajak ke pasar bdr tun razak langsung ke rumah mil aku..ekekekek. Lepak-lepak makan...borak chit chat...dalam pukul 10 lebih baru balik. Kebetulan kat rumah aku, KKM ada buat Kempen Kesihatan. Kebetulan pulak aku pun dah lama tak buat medical cek up kan. Sampai kat rumah,aku ajak en.somi buat cek up.

Buat pendaftaran,no. aku... no 78! Ramai orang wehh..ingat tak ramai..ekekekek. Kerani tu cakap...tunggu nurse panggil. Tengah tunggu dengan somi & alya,aku ternampak sign UJIAN PAPSMEARS. Hahh..alang-alang ada ni,baik aku tanya & kalau boleh buat sekali terus. Sampai kat bilik tu,orang pun tak ramai. So nes tanya date last period,sib baik la boleh buat..dah le 1st time..takot ada gak...kahh. Yang ramai masa tu,akak-akak yang dah kawin 15 tahun..10tahun..semua otai-otai..hehehe. Dah register semua,tunggu turn dipanggil....tak sampai 5min je buat & tak sakit pun tapi tengok menatang tu...SERAMM! hahaha. Result kena tunggu dorang call..hope semuanya OK la.

Ni pulak medical cek up yang aku buat...
weight: 52kg
Height : 168.8cm
BMI : 18.4
BP : 103/67
GM : 5.5
Chlo : - (peralatan nak cek cholestrol abis pulak)

Ni la alat nya...macam batang pensel...hehehe

Ni bilik pemeriksaannya...just tutup dengan partition je.

Semalam...21 Feb .. genap la alya 26bulan. Dah makin besar ni,makin cerdik la..dah macam-macam pe-el. Mulut dah semakin keletah! Seronok kalau dengar dia bercakap-cakap tu. Hari tu...alya demam..sib baik la 2 hari jer. Lepas dah baik demam,batok pun hilang..syukur alhamdulillah. Masa aku kerumah mil aku ahad kelmarin,MIL aku ada tegur la skit pasal alya ni. Mil aku ada suruh tukar nama alya ni sebab alya kerap demam katanya. Ermm..nak kata kerap tu tidak la lepas alya dah setahun..dah lama sangat alya ni tak demam. Ada ke yer budak-budak yang tak demam. 

Bila mil aku tegur camtu,takde la aku tak ambik pusing pun. Nur Alya Batrisyia - Cahaya Ketinggian Kecerdikan. Mil aku kata..mungkin masa kecik ni dia tak boleh bawa agaknya,cuba tukar panggilan alya tu untuk sementara sampai la dia dah besar skit. Aku ada jugak la tanya alya...nama dia sapa. Korang tahu dia jawab apa...DANIA...hahahaha..perasan betul! Awan DANIA favorite movie dia ok! So kadang aku panggil alya..kadang aku panggil dania. Korang rasa...macam mana??


Friday, February 19, 2010

Trip to Zoo Negara

Assalamualaikum,
Semalam dah citer kan pasal zoo negara..hehehe. So hari ni ada skit picas nak share kat sini..selebihnya di FB yer.

 

  

  

 

Thursday, February 18, 2010

Update skit....

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak update blog ni,banyak sungguh sawangnya. Lagipun takde cerita sangat nak share. Sejak FB ada ni,alahaii...semua update kat sana je. Blog dah makin ditinggalkan..hehehe. Kesian blog aku ni,nanti kalau FB dah kena bayar...agaknya baru aku update kat sini balik. Habis madu sepah dibuang...ekekekekek.

Cuti CNY ni,aku takde kemana sangat. Just balik semenyih makan-makan then bawa alya ke zoo negara. Masya Allah...sangat panas! Dengan orang yang sangat ramai..macam ulat taik dah! Parking pun dah masuk zon B,kena berebut-rebut parking. Sekarang ni even pukul 10pagi..dah macam pukul 12 tengahari. Allahuakhbar! Tak tertahan rasanya panas matahari ni,tu belum lagi kepanasan diSANA nanti.

Cuaca yang mencecah 36C ni memang sangat kesian la kat anak-anak kita. Balik dari zoo tu,aku dah sakit kepala yang amat! Esoknya..badan alya dah dedar tapi masih ligat. Then malamnya..alya dah start merengek, badan pun dah start panas..terus jelum dengan air asam jawa. Semalam aku bawa alya ke office sebab emergency,kunci office ada kat aku. Ingat nak EL tapi dah kunci office kat aku..maka terpaksa la aku datang. Pulak tu bos pun masuk..so kena la inform bos..langsung dapat AngPow..ekekekekek.

Semalam di office,badan alya takde la panas tapi malam tadi dah start panas balik. Pukul 3pg alya bangun, melompat-lompat,menyanyi la,bergurau la. Aku ajak tido,dia ajak main..langsung sakit kepala tadi..terus aku telan ubat. Subuh tadi,tengah alya main-main...terus dia baring tutup muka.

'Nape ni alya'?

'Takott'

Dalam hati aku...'Ah sudah,mesti ada apa-apa ni'

'Takot apa'?

'.......(sambil jari tunjuk kat siling)'

'Takde apa la..mama & ayah ada ni'

Aku pun tengok kat siling....NOTHING but there's is SOMETHING. Terus aku baca ayat kursi,hembus kat umbun-umbun...then aku hembus kat siling. Lepas tu,alya pun bangun main semula but 2,3 kali jugak la alya kata takot. Time budak-budak demam ni kan,mesti ADA je yang suka nak buat jahat..nak mengusik budak-budak la..sakat la..geram tol aku. Kadang tu,aku jerkah je kat MENDE tu. Bukan nak cakap besar tapi dalam takot-takot tu aku masih berani lagi. Ye la...bukan dengan MENDE tu yang kita kena takot..hanya pada ALLAH yang satu. Dia pun makhluk ALLAH cuma dia bukan sama seperti manusia.

Pagi ni,dah bangun subuh..aku tido balik sebab en.somi kata dia EL,nak jaga alya so aku sambung tido balik. Tup-tup...8.45 baru aku sedar,ambik ko! hahahaha. SMS secretary bos,dia MC pulak hari ni. Call office,engage. Aku siap seberapa cepat...kul 9 lebih aku kuar..9.25 aku sampai dah office. Aku tak tengok dah meter speed,yang aku tau..tekan je minyak. Syukur alhamdulillah..selamat sampai ke office. Tadi sms en.somi tanya alya macam mana. So far badan tak panas dah,dah bagi ubat. Moga alya sembuh cepat yer, nanti boleh jalan-jalan.

:: Keluarga Mifzal Arsyad GiveAway::

Jom join Giveaway ni..hadiahnya sangat menarik. Rugi kalau tak join...hahahaha.  

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

:: STICKY MODE ::

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Oleh kerana ibu rasa sangat hepi skang....ibu ingin memberi hadiah kat kawan2 blog ibu yang bertuah.

ia adalah bersempena blog Keluarga Mifzal Arsyad yang telah mempunyai domain baru dan juga untuk menghargai kengkawan blog ibu yang selama ini tak pernah jemu untuk singgah ke blog ini..sama ada active reader mahupun sebagai silent reader jer...kawan-2 lama mahupun kawan-2 yang baru..

syarat-syarat penyertaan :

1). Terbuka kepada kawan-kawan blogger sahaja
2). Wajib menjadi follower & senaraikan blog Keluarga Mifzal Arsyad di dalam bloglist memasing
3). Buat satu entry di blog memasing mengenai giveaway ini.
4). Pamerkan banner Blog Keluarga Mifzal Arsyad di dalam entri tersebut.


5). link back Blog Keluarga Mifzal Arsyad
6). Tinggalkan link penyertaan kawan2 di entri ini..link yang ditinggalkan di entri lain tidak diambil kira.
7). Hadiah ditentukan berdasarkan kepada cabutan bertuah yang akan dilakukan oleh Mifzal Arsyad & Abah Mifzal


Hadiah-hadiahnya ialah :

Hadiah Cabutan Bertuah Pertama - 1 set Cadar Fantasy Saiz Queen
Hadiah Cabutan Bertuah Kedua - 1 set Cadar Fantasy Saiz Single

ps : Jika penyertaan menggalakkan..hadiah-2 mungkin akan ditambah..Insya Allah


Tempoh Giveaway ini adalah :
15 - 28 Februari 2010