Wednesday, March 31, 2010

Biskut Hantaran perkahwinan

Assalamualaikum,
Sebelum berkahwin,aku sangat aktif berbiznes barang-barang perkahwinan. Dulu aku aktif biz gubahan hantaran buah-buahan. Masa tu stok aku ambik dari orang perak,supplier hantar kat aku direct. Memang kencang la buat biz hantaran ni,kesana kemari aku hantar. Kebanyakkan yang order dari mereka yang nak buat hadiah,bertunang & berkahwin sebagai hantaran.

Ohh yer,produk ni sampai masuk dalam majalah pengantin tahun 2006. One staff dari majalah pengantin call aku,nak masukkan biskut hantaran yang unik ni dalam majalah. Orang kata..rezeki jangan ditolak,nak-nak FREE pulak kan. Ni jugak merupakan salah satu cara nak market. Thanks a lot pada majalah pengantin yang memberi aku peluang walaupun masa tu aku hanya ejen untuk di KL.

Bila dah kahwin,aku agak slow dengan biz ni. Bukan tak nak buat tapi pelbagai halangan yang timbul. Tak yah la aku ceritakan kat sini yer. So adalah lebih baik aku tarik diri,dari menimbulkan masalah dikemudian hari.

Tahun 2009,ada yang YM aku bertanya mengenai biskut buah ni. Agak hampa la bila aku terpaksa cakap yang aku dah tak buat biz ni lagi & kebetulan aku dapat satu blog ni..iaitu aunty nani. Aku suka baca cerita-cerita dia,rasanya dia dah macam mak-mak kita jugak. Dari tahun ke tahun,makin hari aunty nani menunjukkan skill dia yang berkebolehan & salah satu skill dia..membuat biskut hantaran perkahwinan ni. Aku sangat takjub okeh!hahaha.

Mana-mana yang ym/email aku bertanyakan biskut ni,aku suruh dorang order dengan aunty nani. Ye la..lagi fresh & direct terus. Kalau ada kalangan kawan-kawan yang nak order,boleh la call aunty nani ok. She's really frenly walaupun baru pertama kali aku dapat bercakap telefon dengan dia.


Aunty nani..sue pinjam picas yer.


Kemalangan yang menyayat hati di Stesen Minyak Taman Midah

Assalamualaikum,
Tentu korang tahu kan tentang kemalangan yang telah berlaku pada ahad lepas. Bila semalam aku tengok video tu,aku menangis. Depan mata anak & isteri arwah kejadian tu berlaku.

Siti Baizuraah Abdul Rashid atas permintaan keluarga arwah, dgn ini saya telah REMOVE clip eksiden Taman Midah-saya harap kawan2 yg punyai clip ini juga turut serta keluarkan...moga roh arwah dicucuri rahmat...aminnn

Keratan dari bernama

KUALA LUMPUR 29 Mac – Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik... Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, mangsa, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak berkenaan dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara. "Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya.” "Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas, setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu. “Pemandu perempuan itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya. Polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama * Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun dan dalam keadaan mabuk.
Al-Fatihah untuk mangsa...Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32

Ni la anak-anak arwah..comelkan... (huwaaaaaaaaaaa)

Ni arwah bersama isterinya. Kalau korang nak tahu,arwah ni kawan kakak aku masa belajar di AIM '97 & wife nurse diHUKM.
(maaf kepada isteri arwah,saya copy gambar...sekadar berkongsi dengan semua yang perihatin & sekadar memberi semangat kepada anda)

Dek kerana kecuaian perempuan cilaka tu,tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa. 10.30 malam dah mabok! Bodoh ke apa,dah tau mabok lagi nak drive. Tak sayang nyawa ko,fikir la nyawa orang lain bongok!! (aku betul-betul marah bila tahu pompuan sial ni drive dalam keadaan mabok)

Moga arwah dikalangan orang-orang beriman & moga isteri beliau tabah dalam menempuh dugaan ini..huhu.

Al-Fatihah

Tuesday, March 30, 2010

Hi Tea @ Holiday Villa

Assalamualaikum,
20hb Mac lepas office aku buat hi-tea di Holiday Villa Subang. Makanan kat sana,not bad la. Macam-macam ada tapi tasteless sangat rasanya. Ais krim dia,keras macam kayu! Gila kentang tol nak korek..hahaha sampai bos aku pun komplen. Ada gak pastry,sama jugak kerasnya.

Kalau orang-orang tua,memang tak boleh la nak makan. Selain tu ada nasi beriani,nasi lemak,mee rebus,mee udang,pencuci mulut..alaa macam biasa la kan,kalau hotel ni..segalanya ada cuma sedap dengan tak jer.

Ni menu yang aku ambik

Alya yang sangat suka hati dapat kawan baru

Ohh masa tengah makan tu,collegue bagitau ada clown. Mula-mula alya takot..hahaha..tengok clown tu nak bagi belon...berani-berani takot. Alya dapat belon bentok puppies.

All ladies....my collegue.

MyLook?? Dapat duit .. hanya perlu register



Tadi jalan-jalan dalam FB,nampak la kat status eryn pasal mylook tu. So aku pun nak try gak,benda free...sapa tak nak..hahaha. Tak silap aku,lebih kurang macam geostring yang sebelum ni penah aku ceritakan.

Kalau korang nak join,klik je kat picas atas tu k.

tak pun kat sini



Netball @ SS9

Jumaat petang kelmarin bibu sms aku,ajak main netball. Aku kata insya allah..tak confirm lagi. Kena tanya suamiku dulu la kan. So hari sabtu tu,sedang berehat kat rumah..baru aku teringat program netball ni. Aku pun sms la bibu pasal netball tu. Bibu sms aku balik kata registeration dah tutup...huhu,takdo rezeki aku nak join.

Tup-tup malam tu bibu call aku balik.

bibu: sue,ko nak join tak esok netball. Kawan aku tu ada hal pulak.
aku : oo ye ke,hahh ok. nanti aku sms ko balik. MrR aku belum balik lagi ni.
bibu: hahh..ok.

Dalam kul 10malam,mrR balik. Lepas dah mand,makan..aku pun tanya la mrR.

'Yang..esok keje tak??'
'Tak kerja,nape??'
'Sayang nak g main netball,wilda ajak kat sg way'.
'sayang pegi la,orang jaga alya'
'Takpe ke yang??'
'Takpe..pegi la'.

Wahh..terus aku sms bibu. Aku tumpang bibu je sebab aku tak reti area sana..mau sesat kebarat...hahahaha. So seawal subuh aku bangun,mengemas rumah dulu la kan. Takkan nak tinggal berselerak pulak..ekekekek. Kul 7.30 bibu datang ambik aku dengan angkatan askar dia..hahaha. Aben dia tolong hantar,ok la tu kan.


Tengah dok berbaris dengar ucapan & taklimat...tup-tup ada orang tepok bahu aku. Pusing belakang..rupanya si fiza pembuat kek! Perghh..macam tak percaya je besen k ai main netball wehh..hahaha. Teror sungguh fiza ni,selain buat kek,menulis novel...bersukan pun teror. Jangan tak percaya erk..team fiza menang tempat no.3. Aku & wil join kawan wil.. dari team ss D5. Kitaorang dapat tempat ke-2,menang tipis 4-5 dengan kastam. Not bad la kan walaupun dah lama tak bersukan.



Netball ni anjuran KEMAS

Hahh..ni la fiza si pembuat kek & penulis novel.
Nampak tak akak yang baju pink tu..perhh..sakan wehh berpoco-poco..hahaha

video

Monday, March 29, 2010

Sambal Cili api + Sayur + Tauhu

Ni menu sabtu kelmarin,tengah ada mood nak masak. So cuba la resepi sendiri yang telah diexperimentkan..hahaha. Hasilnya not bad ok,alya pun suka makan kecuali sambal cili api tu la kan. Gile hape nak kasi anak makan yang pedas tu,rosak usus ok.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tauhu jepun...masak oyster. Ok..ni resepinya
tumis bwg putih sket (tumbuk/cincang)
masuk oyster sos
Letak air sket
pekatkan ngan tepung jagung
Tofu tu distimkan/rendam air panas
Then tuang kuah osyter atas tofu
untuk hiasan..aku goreng udang geragau & tabur bersama bawang goreng


Sayur apa ni erkk..aku lupa..hahaha. Buat masak osyter je

Sambal cili api ikan bilis + petai

Wedding @ Semenyih

Last 3 week,aku ada attend a small wedding at semenyih. Jiran ayah aku jer,sebelah rumah. Majlis kecil-kecilan jer,akad nikah dijalankan disurau.Ramai jugak la yang datang walaupun kecil-kecilan. Jiran aku ni kahwin dengan orang luar tapi dah bermaustatin kat sini & ada kedai makan katanya.

Lepas dah akad tu,terus makan..xde la majlis-majlis berinai ke apa. Keluarga terdekat je la yang jemput pun. Alya lak kesana kemari,mulut dok bising. Sib baik la tok kadi pakai mic,xde la gangguan kan. Sampai je akak aku,lagi la havoc..sepupu bertemu sepupu..bingit surau tu.







Mommies Blogger Award!!

Cantik kan Award ni...very harmony




1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
Terima kasih to shiela .... aku sangat hargai.

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:
Anak 1st - 21 Dec 2007. Sorang je anak buat masa ni,lom terpikir untuk tambah lagi.

Ni masa bila yer,lama dah. kalau tak tahu..mesti orang kata boy. Bila tanya nama,mesti orang akan cakap..perempuan ke..hahaha.


3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:
Alaa..aku tak pregnat lagi sekarang ni. Nanti kalau ada hasil,aku kasi upload erk..hahahhaa

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:

1. K ai
2. zura
3. Hanim
4. e@da
5. Ila
6. sya
7. nana
8. eryn
9. CT (yangku sayang)
10. All my blog list

Besen bertemu besen

Assalamualaikum,
Fuhh..basi dah citer ni pun. Aku peram buat pekasam..hahaha. Bukan saja peram tapi busy sangat last-last week tu. Ni baru la release sikit,keje pun tak banyak sangat dah. OK..nak story.

Last 4 week,aku teringin nak jumpa yatie aka besen aku la. Kebetulan besen aku dah abis pantang time tu,so kami pun outing together la kan. Besen aku nak shopping baju untuk boys dia. Aku pun nak tumpang sekaki la,kebetulan ada sale kat isetan KLCC untuk kids. Ni pun dapat tau dari Mummy zira..TQ mami coz sudi share info..hahaha. Lepas dah makan-makan,terus gerak ke KLCC then terus ke galeri isetan tu. Perghh...kelabu mata okeh! Semua branded macam Guess,oshkosh,hush puppies,apa tah lagi brand..aku lupa sebab lama sangat dah kan..hahaha. Aku & besen apa lagi,terus window tengok. Aku rembat la 2 lai Tee untuk alya & selai dari besen aku. Sonok sungguh..hahaha. Lepas dah shopping,balik terus...anak-anak dah meragam.

Semangat alya nak berjalan

Dah sampai rumah besen,alya & rais main bersama

Ehh mane alya...oo tengah memunggah mainan..hahaha.

Alya tengah membaca buku sambil tengok rafiq..sibuk je nak jaga baby..

Behave je dorang berdua ni..macam tau-tau je..hahaha



Tag Dari Hanim

Salam semua,
TQ hanim sebab sudi tag daku..ekekek.

No.1
Aperkah jenama Deodorant yg korang pakai skang.
Tak pakai pun

No.2
Brand ikan Sardin dalam tin yang paling digemari?
King Cup & Ayam Brand

No.3
Apakah bahagian badan anda yg paling anda rasa SEKSI & SEKSA!
My Butt! hahahah


No.4
Aper hadiah yg paling 'HAMPEH' yg korang penah terima dr yg tersayang?
Ermm..tak pernah lagi

No.5
Korang akan rasa diri disayangi bila.........???
si dia mengucapkan I LOVE U

No.6
Apakah hadiah yg korang akan kasik pada bakal mak mentua pd kali pertama berjumpa?
Kasi tudung

No.7
Antara Belacan, Cencalok & Budu...yang mana lebih wangi n sesuai dibuat perfume?
Cencalok kot!


No.8
Jenama kasut paling banyak yg anda miliki?
Rojak..hahaha. Mana2 yang lawa

No.9
Sekiranya anda menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancang Keluarga
apakah yg akan anda lakukan demi meramaikan rakyat Mesia?Sekiranya ditawarkan anda berminat utk memegang jawatan menteri aper?
Tak boleh nak pikir la sebab xde skill untuk jadi menteri ni.

Sila Tag kepada 5 orang yang sangat anda rasa sesuai menjadi menteri di atas!

1. K AI
2. ALYN
3. ILA
4. SYA
5. E@DA

Saturday, March 27, 2010

Klik Nuff

Wahai kawan-kawan,
kalau masuk blog aku,jangan la lupa klik nuff aku yer..nanti aku klik balik nuff korang. Aci kan..kan..ekekekek


V3: Samseng Jalanan



Sapa dah tengok citer ni. Aku ada dapat tiket free tapi hubby aku sure tak boleh nak pegi sebab tiap-tiap hari keje termasuk sabtu & ahad. Aku ingat nak bawa alya tapi tengok 18PL,boleh ke budak-budak masuk erk. Dah tertera kat situ 18 tahun ke atas..sure la tak boleh kan. So hari ni aku plan nak bawa jugak alya tengok wayang tapi tak tau citer apa.

Korang ada idea tak??


Friday, March 26, 2010

Kerja vs Gaji

Assalamualaikum semua,
Hari ni dah jumaat,dah dekat akhir bulan pun. Rasanya bulan ni lama betul nak tunggu akhir bulan kan a.k.a nak tunggu gaji...hahahaha. Sama jugak dengan bulan depan,5 minggu tu. Aihh..kena la bajet perbelanjaan dengan sebaiknya. Macam aku yang keje swasta ni,kena la tunggu at least 3hb baru gajian. Nasib baik la en.somi gaji awal,boleh berbajet apa yang patot kan.

Ohh yer,hari ni aku ada interiew kat subang jaya. Try je la luck kan,tuah ayam nampak dikaki..tuah manusia,hanya ALLAH sahaja yang tahu. Aku dah bekerja kat sini lebih kurang 8tahun. Dari zaman aku anak dara,sampai la sekarang ni. Walaupun banyak kekurangan kat sini tapi FREEDOM tu lebih. Tapi sejak dah kahwin & ada anak ni,aku rasa da time has come..ewahh,omputih lagi u. Aku kat sini,tiap2 sabtu kerja..unless Public holiday je la cuti. Tu yang aku nak jugak cari keje lain sebab nak kerja 5hari seminggu. Nikmatkan kalau sabtu tak kerja,banyak perkara boleh dilakukan & lebih rehat dengan family.

So aku tawakal hari ni,harap ada peluang untuk aku walaupun jauh sikit dari rumah aku. Takpe la,asal dapat 5hari bekerja & offer pun lagi bagus,kenapa tak nak kan??? Korang doakan aku berjaya yer,dah 8 tahun tak di temuduga ni..tak tau macam mane nak jawab..hahahaha..belasah je la.

Thursday, March 25, 2010

::~ MAMA MIKA BIRTHDAY GIVEAWAY ~::

::~ MAMA MIKA BIRTHDAY GIVEAWAY ~::

Buat pertama kalinya blog @eda ni nak buat giveaway
SYARATNYA...

1. menjadi FOLLOWER BLOG INI... Klik je atas tu kan.. macam kat gambar bawah ni.


2. Add kan link blog ni dlm blog anda..
3. war-warkan entry ni di blog anda seperti tajuk di atas...
4. Pemenang yang di pilih adalah berdasarkan 3 visitor tertinggi yang di counted kan seperti pic di bawah ni..
5. anda perlu la Sign in di bahagian follower atas tu barulah akan tertera nickname n pic blog anda di gadget bawah ni.. kalau tak sign in maknanya lawatan anda tak masukla dalam counted visitor di bawah ni...
6. 2 Hadiah cabutan bertuah juga di beri kepada penyertaan anda. (akan dicabut oleh anakanda mikhail)
7. tinggalkan komen sape yg join ya giveaway ni ...


HADIAH akan beritahu dlm entry berikutnya.. kemungkinan berkaitan aksesori wanita.. nanti saya uploadkan apa hadiahnya ya...

jom ramai2..

Earth hour 27th March 2010

Tengah blog walking,masuk blog beb @ mamashasha. Aku pun nak support event ni,last year tak buat pun sebab masa tu aku kat luar..hehehe. So mari lah kita ramai-ramai support EARTH 60 HOUR ni. Baik untuk manusia dibumi ni.

Again this year we gonna celebrate ' earth hour '
switch off your light within one hour
this coming saturday
27/03/2010
0830 - 0930 pm

Spageti Carbonara

Hari tu ada masuk blog eryn,sangat la terliur tengok spageti cabonara tu. Kebetulan dulu besen daku ada buat masa raya tapi time tu aku dalam pantang mean dah 2tahun lebih la kan..hahaha. Then hari tu merayap ke rumah besen aku,besen aku masak la spageti ni..meletop ok! So bersemangat nak try buat sendiri cabonara ni. Aku pun mintak la resepi kat besen aku tu kan. Pergh...terangkat! Aku invite akak aku sekali datang makan..dapat la 10 bintang..hahahaha. Harus UP ok masakan sendiri.

Kalau korang nak resepi,kat sini yer.. my besen


Spageti Cabonara

Wednesday, March 24, 2010

~@~ Hulurkan tangan, ringankan beban ... bantulah Pn. Haryani~@~


Assalamualaikum,
Tadi blog walking ke blog kak asz,sangat simpati dengan Pn Haryani. Beliau sangat tabah dalam menempuh dugaan hidup. Moga allah mempermudahkan segala urusannya beliau & sihat dari penyakitnya..amin.



Kisahnya:-

Pn. Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.Ibu Haryani juga dlm keadaan uzur akibat penyakit kencing manis. Semua kerja2 rumah masih dilakukan oleh Haryani spt memasak & sbgnyer. Sepatutnya puan Haryani akan menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni. Namun hasil perbicaraan saya dengan Haryani pagi tadi melalui YM.. Pembedahan itu akan di dianjakkan..Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook. Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan. Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan esok (RM8++) masih tidak mencukupi.

Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-

Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787

Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE




Mudah jer nak join contest ni....http://mybabyshoponline.blogspot.com

so guys...syarat2 untuk menjoinkan diri untuk Cabutan Bertuah adalah :

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan; - GIRL

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE; - DONE

3) letak banner di side bar anda dan link kan ke thread ni - DONE

4) Mestilah dan wajib jadi follower 2 blog ini http://mybabyshoponline.blogspot.com dan http://permatabonda08.blogspot.com (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan); - DONE

5) Tarikh tutup adalah 04 aPRIL 2010, jam 1.00 am);

jadi apa tunggu lagi....

6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat...... - DONE

jadi, apa tunggu lagi...sila berikan nama dan link direct ke entry ini dgn SEGERA.

Tuesday, March 23, 2010

Claim Free Money!!!


Masuk blog ieda...nak try jugak..kot betul dapatkan. Lagipun takde bayar apa-apa. So sangat la mudah untuk sertai.


* Tidak memerlukan modal
* Hanya perlu Register sahaja
* Selepas register terus dikreditkan $10 dalam akaun
* then bila ada yg register baru masukla $1 ke akaun kita
* So promote ajer la
*Tak caya sila cuba..
* takyah kuar modal tak aper...
* Boleh cash out bila akaun dah capai $100
* kalau nak try klik kat banner tu....
* sesiapa yg nak register kena guna email SELAIN akaun yahoo.. ex gmail atau hotmail boleh la..



Maila kawan2 kita cuba je.. jgn lepaskan peluang... hihi

Monday, March 22, 2010

Award dari Zura



Assalamualaikum,
Dapat Tag dari zura ibu akil,thanks zura. Lama betul tak dapat TAG..hehehe.

Syarat-syarat seperti di bawah:

1. Thank & link the person
that gave you the award.
:: DONE::

2. Pass this award onto 15
bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic.

sya
ila
cik lin
alyn
k ai
eila
ayien
mimie
yies
nazreen
eryati
nik
fiza
jaja
e@da


3. Contact said Blogs and let them know
they’ve won the award
Okeh..nanti aku buzz.

4. State 7 things about yourself.

1. simple
2. terus terang
3. benci org BERMUKA-MUKA
4. seorang yang fierce
5. suka makan
6. suka melawak
7. kadang2 sensitif

Tuesday, March 16, 2010

Giveaway Khazis Boutique!!!



Sebagai menyambut sebulan KhazisBoutique beroperasi, kami ingin memberikan 2 tudung Ika beserta wang RM50 RM100 untuk 2 pemenang bertuah. Tudung Ika bernilai RM35 + RM100, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM135. Menarik bukan?

Bagaimana caranya?

1. jadi follower blogshop ini. - DONE
2. daftar akaun anda di www.khazisboutique.com (jangan risau, kami tidak akan menggunakan data anda untuk sebarang promosi. data anda hanya akan digunakan untuk menghantar hadiah sekiranya anda menjadi pemenang. sila gunakan nama penuh bagi memudahkan urusan) - DONE
3. letakkan banner contest* di blog anda dan linkkan ke http://khazisboutique.blogspot.com - DONE
4. PENTING: Email info@khazisboutique.com / sms 0125025244 untuk memaklumkan penyertaan anda. Jangan risau, tak perlu slogan atau karangan panjang, cukup sekadar.. - DONE


Sorry....




Lamanya tak update blog aku ni. Sori la kawan-kawan yer,memang ada stori nak share tapi keadaan aku yang sangat ting tong tak mengizinkan aku nak bermadah helah kat sini..ekekeke. Last week aku demam sampai la sekarang ni..tak baik-baik lagi tapi tetap datang kerja..maklum la..pekerja cemerlang..muahahaha (ada yang muntah lak nanti..ada aku kesah!hahahaha)

Banyak sebenarnya aku nak share,tunggu la dalam minggu ni yer kalau-kalau berjaya. Ohh..takde apa yang surprise pun,biasa je..ekekekek. Nanti ada masa,aku update lagi ok.

Monday, March 08, 2010

Nak share info skit... kalau anak demam,tawarkan dengan bacaan ayat-ayat dari al-quran

Bacakan pada air...

1. 7x al-fatihah
2. 7x al-kursi
3. 7x yassin ayat no.9
4. 7x al-baqarah ayat no.5
5. 7x selawat

Gunakan untuk minum/spray.




Hadiah-dari-dj-epoi-buat-bloggers


Tadi blog walking kat blog zura,terjumpa la sticky mode ni.Sangat la berkenan nak join..hehehe. Maklum la,rumah pun dah lama tak deco. Nak tunggu rumah sendiri,lambat lagi. Kali ni...Djepoi nak jadi seorang dermawan..ekekek..nak cantikkan rumah. Nak suruh eric..sangat la tak mampu kan,nak tunggu peluang masuk tv apatah lagi..hahaha. So mari jom join ramai-ramai.



HADIAH MENARIK BEB!

Cara nya....just masukkan Logo Kuning Gua kat bawah beserta Linknya...
di Blog ....koworang..... sehingga majlis Percutian Blogger Dj Epoi di Kemensah
Dan jangan lupa menjadik Follower Blog ini heheheheeh...



inggalkan link anda didalam kotak komen dibawah...

Anda dibenarkan meninggalkan komen seminggu SEKALI sahaja....
Setiap Komen anda ....akan melayakkan anda untuk mendapat satu peluang cabutan......maknanya lagi banyak minggu anda tinggalkan komen .....lagi banyaklah peluang untuk anda memenangi hadiah istimewa ini....huhuuuuuuuuuuuuuuuu

Itu Sahaja.....
Pemenang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah oleh Gua sendirik di Percutian Blogger Dj Epoi di Kemensah Hulu Kelang Selangor yang akan ditetapkan kelak oleh Ahli Jawatan Kuasa yang sedang dilantik.....hehehehehe

Di ingatkan.......Gua akan round-round ke semua Blog koworang.
Kiranya TIADA Logo Kuning itu.....maka anda TIDAK layak untuk menuntut sebarang Hadiah huhuuuu....

Sila Nyatakan Alamat & Jenis Kediaman rumah anda? dalam ruangan Komen

Hadiah sampingan yang lain juga bakal Gua carik.....
Ader saper2 yang nak Gua tonjolkan Bisnes Koworang....jom Join Gua.... Dont malu-malu k.....

Di Kemensah Insyaallah....
Gua SPONSOR ......... D.J ,P.A & KARAOKE SYSTEM untuk kita sama2 Karok hehehehe
Banyak aktiviti bakal diadakan disana......Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

SUKARELAWAN & SPONSOR diperlukan heheheheheh

PASTI WALAWEIIIIIIIIIII!!!!!

Selamat Hari wanita sedunia!!



Selamat Hari wanita sedunia!!

Tuesday, March 02, 2010

Blog dah tukar format ker???

Korang,

Nak tanya la. Blog korang ada tak jadi macam ni. Sekarang ni,aku tak boleh nak upload video. Sesapa tau tak macam mana nak tukar settings blog ni. Dah puas aku godek tapi tak jumpa gak...huhuhu.