Friday, April 30, 2010

Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah ni.

Gambar ni disnap pagi tadi semasa aku on da way ke office. Hari panas tapi muncul pelangi. Dah lama rasanya aku tak tengok pelangi. Korang pun tentu dah lama tak nampak pelangi kan..cantik sungguh ciptaan allah ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Monday, April 26, 2010

Selamat Tinggal

Wahh tajuk,tak boleh blah aku. Selamat tinggal pada siapa yer?? Jangan suspend k,aku nak ucapkan selamat tinggal pada broadband Maxis. Aku dah selamat terminate tengahari tadi kat leisure mall. Fuhh..berpeloh tiak aku connect tenet tau. 5min je..DC! Camne nak pakai kan,3hari berturut-turut macam tu. Takkan aku nak diamkan je,rugi wehh kalau pakai tapi tak berbaloi-baloi.

Lepas ni,tak tau la nak register kat mane lagi dah. Tengahari tadi aku call TM,komplen pasal telefon aku yang rosak tu & tech dah call,so esok tech tu datang repair. Aku siap sound..'jangan aku call,ko tak angkat pulak'..masih berdarah wehh hati ni..ekekekek.

So tengok je la nanti,beruk mana nak bela. Wait & see..ekekekekek

Saturday, April 24, 2010

Yahoo! Dah dapat!!..apa yang dah dapat??

Salam semua,
Akhirnya..bak kata pepatah..penantian itu suatu penyeksaan..hahaha. Tak boleh blah statement keramat ni. Korang nak kata aku jakun pun..ada aku kesah..hahaha. Dah lama aku mintak dengan mrR untuk pasang internet kat rumah. Yela...kadang-kadang tu bosan jugak,takkan asyik nak tengok tv je kan. Dulu keadaan tak mengizinkan untuk memasang broadband kat rumah & sekarang..syukur alhamdulillah..dah boleh bernafas sikit.

Mula-mula aku register dengan TM streamyx,aku pun tunggu lebih kurang 7hari untuk pasang telefon dulu. Bila dah pasang,baru la contractor streamyx pulak akan datang untuk pasang broadband & cek signal. Ok..kat sini timbul masalah yang sangat ... aku rasa tak boleh nak terima. Contractor ni cakap...masalah dekat jumper,ok fine! dia pun cuba call technician TM ni..kat ibu sawat Len seng..oh yer.kawasan aku ni..termasuk kawasan Len seng. So...contractor ni call punya call..takde orang angkat..aku rasa lebih dari 5x. At the end...dia cakap..dia buat report..& at da same time..aku pun buat report. Aku pun buat report la kat 100,cakap telefon aku ni rosak..ada bunyi bising. Esoknya..orang TM call aku...dia cakap..'Pn..telefon puan ni masih dalam warranty,puan kena call contractor telefon yang pasang telefon puan. Aku pun cuba la call...tapi macam P&^%$ ok! Sampai abis tone,mamat sengal ni tak angkat. Bila aku sms..dia balas..dia kata khamis..bila khamis..hujan,pastu jumaat lak..bila jumaat...sampai ke malam..sms/call langsung takde. Aku ni menunggu bagai nak rak. Esoknya aku try call...tapi x jawab. Pastu mamat ni sms..'saya tengah kursus,ada apa-apa..bagitau jer'..aku pun sms la balik..`kata nak betulkan telefon semalam'...dia balas balik...'semalam hujan,isnin la saya buat,sabar.'...aku punya la menyirap dengan sms dia ni...macam s%$#@! Bila masa hujan,nak membohong pun..biar la logik sikit..bodos punya olang! Isnin..aku call balik..sampai kesudah aku call tak angkat. Kalau korang,geram tak?? Sampai aku naik fed-up,aku terminate terus TM streamyx ok! Servis contractor dia...macam ampehh!!

Lepas tu,aku try pulak P1W1max. Langsung takde signal,pastu nak kena tonggeng kearah tingkap. Ayoo..umah aku ni...dekat dengan hutan..sah-sah la takde signal kan.

Last trial...aku register dengan maxis. Korang tentu perasan kan,maxis tengah buat promotion modem dia ni. Pakej maxis sangat murah berbanding harga dulu. Aku pilih pakej 3G Rm68 sebulan.So..dengan penuh tawakal,aku berharap maxis ada la signal.hahaha & macam biasa la kan...signal kejap ada..kejap takdo! tapi takpe la..dari takde langsung..ngeh3

Wednesday, April 21, 2010

Pindah rumah??

Morning semua,

Morning lagi ke ni yer,ke dah tengahari. Banyak hari tak update blog ni,ada story tapi tak tahu nak mula dari mana sebab fikiran tengah serabut sikit. Nak kata hal besar takde la sangat,hal kecik jer. Kisahnya gini,jiran bawah aku dah berpindah tahun lepas..dia beli rumah teres 2 tingkat..tak jauh pun dari rumah aku tu. So rumah lama tu,kat blok aku..dia sewakan pada orang. Aku memang nak rumah bawah ni,nak sangat sebab memikirkan ramai pihak. Antaranya MIL aku,ayah aku,mak aku..ye la orang tua mana nak larat panjat tangga tinggi-tinggi ni kan. Rumah aku lak tingkat 3,aku yang hari-hari pun mengah nak panjat.

Kebetulan hujung bulan ni,penyewa akak ni nak keluar. So aku pun cakap dekat akak ni,yang aku nak sewa umah dia tu. Akak tu pun setuju tapi aku kena bagitau suami dia jugak. Kat sini la masalah timbul,bila suami akak ni main tarik tali. Last week aku dah call tanya,dia pun setuju nak sewakan. Then this week aku try call balik,sampai ke hari ni...dia tak angkat. Bila aku call,dia tekan cancel kat hp. Pastu bila angkat,kata salah no..cam hape jer! Kalau dah ada orang nak sewakan,cakap je la dengan aku kan..jangan la lari-lari. Tak paham betul,aku frust sangat!

Kebetulan semalam aku balik,nak ambik alya..ternampak ada orang iklankan rumah sewa. So tadi aku try call,orang tu cakap rumah bawah. Sewa mahal sikit la dari sebelum ni,deposit nak 1+1. Aku dah bagitau mrR..dia kata nanti dia pikir. Aku pun tak kisah sangat la,ada rezeki ada la kan.

Tuesday, April 20, 2010

Ariesreeve-babykidstuff lucky-draw



Tadi menjelajah ke blog shopping MyLovely kids,tengok list mylovely..terjumpa Ariesreeve-babykidstuff blog. Ada pulak lucky draw. Hadiahnya?? Sangat lumayan sebab kita boleh pilih dari list ariesreeve ni. Yang buat aku tertarik join sebab color blog dia..MERAH..seksi U! hahahaa. Korang hanya perlu follow 8 steps yang sangat mudah. So apa lagi .. KLIK SINI.


Thursday, April 15, 2010

Harapan Tanpa Suara - Kempen Kami Prihatin



Menangis aku tengok video ni,dimana la nilai kasih sayang...tak boleh nak tahan air mata ni dari meleleh...huhuhu.

Mistik

Tadi blogwalking kat rumah ct,baca kisah seram dia. Aku pun ada gak kisah seram...hehehe. Kawan-kawan aku kata,rumah aku ni banyak misterinya. Masa mula-mula terjadi..memang aku seram gak la tapi lama-lama lali dah. Aku citer yang betul-betul seram la erk...yang sampai sekarang aku masih ingat lagi.

Kejadian 1
Aku pindah masuk rumah ni pada bulan feb 2007. Masa diawal duduk,takde la kejadian-kejadian pelik yang berlaku. Sampai la lepas sebulan,dua aku duduk. Aku ni jenis cepat terjaga kalau apa-apa bunyi..bak kata pepatah..'teling lintah'..tambah-tambah dimalam yang sunyi..lagi mudah aku dengar. Aku duduk ditingkat 3,flet aku ni 4 tingkat. Satu malam aku terjaga sebab tiba-tiba aku terdengar bunyi yang sangat bising dari atas. Bunyi macam orang tengah buat keje,berdentum-dentum...pastu yang lagi seram..bunyi rantai diseret..waktu kejadian lebih kurang pukul 2 lebih. Masa dengar bunyi-bunyi tu...alahaii..menggeletar la jugak...meremang bulu roma aku. Suami aku lak masa tu aktif bersukan...main futsal. Banyak kali kejadian ni berlaku,bila aku tanya suami aku...dia kata tak dengar apa-apa pun..aihh..tido mati betul! Satu hari aku tergerak hati nak naik atas...jengah rumah atas aku tu..nak tanya la kan..Aku pelik gak..apesal la orang atas ni memekak waktu-waktu gini...gila ke hapa..pukul 2,3pagi buat keje. Tapi aku jumpa dengan jiran bawah sekali tu,aku citer la hal ni...dia kata apa tau...ehh atas tu mane ada orang duduk! Glupppp!!! Ahh sudah...takde orang duduk! Memang kerap la jugak terjadi,bila dah asyik berlaku...aku jadi sangat marah okeh..dah takde rasa takot..sebabnya MEMEKAK!! Aku nak tidooooo!! hahahaha. Bila aku terjaga je,dengar bunyi tu..aku rasa nak je pegi ketok pintu rumah tu..suh diam-diam...boleh??? Suami aku gelak je bila aku cakap camtu. Then lepas 2tahun,baru la ada orang duduk rumah tu..sejak tu takde dah bunyi-bunyi asing.

Kejadian 2
Kisah ni baru jugak la,tak silap aku tahun lepas.Memang tiap-tiap malam aku yang bangun buat susu alya. Selalunya mesti alya akan mintak dalam kul 3pagi macam tu. Satu malam tu,seperti biasa la...alya nak susu,aku pun bangun terus ke dapur. Dalam keadaan yg mamai tapi masih sedar...aku pun bancuh la susu..ye la kan,kang buat dalam mata tertutup..susu kemana..botol kemana lak..hahaha. Tengah bancuh susu tu,tup-tup...aku terdengar suara budak bercakap. Uikk...biar betul ni. Aku pun berhenti buat susu,nak pastikan betul ke apa yang aku dengar ni..tapi takde pulak. Aku pun sambung bancuh tapi kali ni ... suara gelak pulak! Aihh...biar betul..anak sapa yang terlepas keluar ni. Aku pikir macam tu la kan..mgkn anak orang. Pastu lepas dah bancuh,aku masuk bilik..bagi alya susu. Nak sambung tido balik,rasa nak terkucil pulak. Aku pun bangun melepaskan hajat. Hahh masa ni lagi galak dia gelak ko! Aku pun apa lagi kan, aku jengah kat tingkap dapur...nak tengok anak sapa yang terlepas kandang...tapi tak nampak bayang pun. Rasa-rasa korang...anak siapakah itu??

kejadian 3
Lepas kerja,aku ambik alya kat taska. Sampai rumah lebih kurang pukul 6 lebih la jugak. Aku bukak pintu,memang gelap la sikit rumah aku ni....Si alya...'mama...hantu,hantu'.. terkejut aku bila alya cakap camtu. Aku pun apa lagi...'Mana ada hantu la,kat mana'.. alya tunjuk kat hall... aku pun dengan nada marah... 'dah...g berambus,jangan kacau aku & anak aku kalau tak nak kena bakar'.... sambil mulut aku baca la ayat kursi...segala ayat pendinding la.

Kalau ada lagi kisah seram yang aku ingat,aku citer kat korang yer...hehehe


Tuesday, April 13, 2010

Voucher Body shop

Hahh..sapa-sapa yang suka membeli kat body shop tu,boleh la gunakan voucher ni. Voucher ni valid sampai 22/04/10. So hurry up okeh! Just print out je voucher ni,then attach sekali masa nak bayar..jangan lupa pulak attach. Aku dapat voucher ni pun dari nuffnang,aku pu pelik tiap-tiap hari ada iklan ni...aktif pulak tu. So apa lagi korang...sila la ambil.





Tutorial Facebook

Morning all,
Hari ni aku nak share sikit pasal fb ni. Sure ramai yang dah ada fb kan,ye la boleh cari kawan-kawan masa sekolah,masa kat u..ehh macam-macam la,disamping menambah kenalan kan.

Sekarang ni fb dah bertukar layout kan,aku dengar gak runggutan kawan-kawan yang dah biasa dengan layout lama tapi aku suka layout baru ni..bagi aku mudah. Kali ni aku nak share dengan korang,macam mane nak edit friends list. Sebelum ni,ada je kat tepi side bar kiri tu kan. Ok..meh aku ajar korang camne nak edit k.


1st thing ---> korang pegi kat account,then klik edit friends tu.


2nd thing ---> korang klik kat bawah list -- friends tu,then akan keluar la senarai kawan-kawan korang.

Then korang boleh la edit,nak delete ker..nak listkan dlm list lain ke. Selamat mengedit k.

Sharing is caring

Monday, April 12, 2010

Project alpha

Tahun ni ada lagi project alpha ni. Mungkin sebelum ni ada yang pernah masuk contest ni kan,so tahun ni why not korang cuba la. Some more dapat instant cash ok. Tak susah pun,just buat karangan lebih kurang 200 perkataan. Setiap minggu akan diberi topik yang berlainan. Kalau entri korang terpilih,RM20 akan terus dikreditkan ke akaun korang. So apa lagi?? Cuba la...hehehe





My weekend

Selamat pagi semua,
Story kali ni takde gambar,maklum la camera dah rosak habis..huhu. Nak beli baru tunggu duit jatuh dari langit..ekekekekek. Hari sabtu lepas kerja aku & opismate ke hospital putrajaya melawat wife kawan office accident. Terok jugak la keadaan wife kawan office tu,patah tulang tengkuk..nasib baik tulang belakang takde kecederaan..huhu. Moga wife dia akan sihat cepat.

Hari ahad,en.somi kerja. Katanya..sayang balik la rumah ayah. Dah suami izinkan,aku pun kemas-kemas rumah..terus berangkat. Jalan nak ke semenyih sekarang ni dalam pembaikkan. Jem tak hengat nak masuk ke pekan semenyih sekarang ni. Aku lepak sampai malam,semalam pulak hujan lebat..dengan pokok tumbang..nak balik dalam hujan?? ohh tidak..takott!! Kebetulan adik aku yang no.6 belanja sate,so dapat la tapau sate sikit untuk suami tercintaku..ekekekek.

My Mr balik kul 10 malam,dinner untuk dia malam tadi..hanya MAGGI...hahaha. Sib baik tak banyak songeh kan. Tu je la cerita last weekend.

Friday, April 09, 2010

Rasa apa...RASA la

Semalam nak keluar pegi lunch,ternampak majalah rasa ni. Aku memang suka majalah ni sebab gambar dia semua menarik & rasa nak mencuba masak tu sangat la bersemangat..boleh tak gitu..hahahaha.

Belek punya belek,terkenan satu resepi ni. Amat mudah & rasanya alya suka kot nak makan. So balik kerja,singgah market..beli barang-barang sikit. Resepi makaroni ni macam nak buat spageti cabonara jugak tapi bezanya takde cheese jer. Kalau korang nak masak untuk anak-anak korang sangat la sesuai.

Alya makan dengan selera betul,yang lebihnya dia hirup kuah..amboii anak aku..makan macam orang tua..hahaha..dengan mangkuk sekali dia angkat...nak hirup kuah punya pasal. Resepinya...korang beli la majalah rasa yer..hehehe.




Thursday, April 08, 2010

Blog bercuti...ermm maybe

Salam semua,

Hari ni baru ada rasa nak tulis sikit tapi masih on moody mood. 2 hari aku EL,princess aku demam. Sekarang dah sihat la..syukurr. Nanti aku update yer,tengah takde idea nak menulis sangat. Aku blog walking je la blog korang yer.

Friday, April 02, 2010

Sweat Sour Chicken + Kailan Ikan Masin

Ni dinner aku malam tadi,sangat blur nak masak apa. So datang idea yang merapu,nak cuba resepi yang tah apa-apa..hahaha. Dalam freeze ada ayam goreng crispy,so aku goreng je & buat sos cili (mcm sos plum tu).. hiris bunga kantan skit,serai skit,bawang besar sikit & cili api sure kena ada..baru ada umphh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bunga kantan yang sedap dibuat laksa...nyum nyummm

Kailan Ikan masin
Ayam sweet sour

Thursday, April 01, 2010

McD?? Ohh bukan..buatan Cheras je!!

Ni dinner aku malam tadi,semalam petang hujan lebat..so masak yang kadar segera la kan. Hasilnya jeng jeng jeng....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Alya makan sorang habis burger ni,kul 10.30 baru dinner ok,tunggu suami tercintaku balik..makan bersama..baru la syokkk!! muahahaha

Princess

Selasa lepas pergi pasar malam,ingat nak tapau je untuk dinner tapi takde yang menyelerakan. Selalu kalau aku pergi pasar malam ni,aku selalu tengok baju untuk alya. Macam baju tido ke,baju siang ker..murah-murah je kan..untuk pakai basahan.

Aku suruh alya pilih sendiri baju yang dia nak,maka yang ni la dia nak setelah aku tolak permintaan dia nak beli pant & shirt.. baju boy punya yer. Aihh anak aku ni,suka sangat dengan boy punya la. Beg pun ultraman,kasut ben-10..kalau nampak barbie ke..yang menan girl la..tak heran langsung.

So dari kecik dah kena ajar la kan,takkan nak biarkan. Aku explain kat alya yang ni untuk boy,yang ni untuk girl..supaya dah besar nanti dia tak keliru.



Tengok..sempat lagi dia nak belon ni,aku suruh ambik yang princess punya dia x nak..nak ben-10.

Girl vs Boy???

Ni citer sabtu lepas,lepas kerja aku pegi tesco..cari stok pampers alya. Ye..alya masih memakai diapers tapi ditaska je..balik rumah je kalau dia poo-poo,aku tak pakaikan dah pampers. Kalau nak kencing,aku dah pesan pegi toilet. Ada gak la termiss kat hall la,dapur la..adehh..kena hadap gak la kan. Tak boleh nak marah sangat,nanti lagi dia tunjuk perasaan. So kena banyak guna psyco.

OK..berbalik citer tesco,aku pergi berdua jer. Tak boleh nak beli barang-barang lain nanti tak terbawa...dengan alya lagi..koma aku!! Ambik je huggies,terus ke kaunter bayaran tapi alya nak ajak kesana kemari. Ohh..cannot dear,nanti mama jadi hulk kat tesco nanti..hahaha. Masa nak bayar,dia nampak something.. sambil mulut nak..nak. Aku ingat amende la kan..rupanya lori mainan. Alahai anak aku ni...suka sangat la menan-menan boy ni. So aku pun ambik la tapi nak yang lain pulak! Dekat kaunter tu jugak alya buat havoc,abis semua orang pandang aku.Glem la aku sekejap...hahahaha. Aku buat dek ja la kan..dalam hati geram woo..hahaha

Ni la lori menan yang alya nak tu

Dah nak balik,dia nampak pulak playground yang bayar tu. Mula la macam cacing kepanasan,mama..nak main. Aku pun bawa la,dah tu nak masuk yang bayar RM4 perentry tu...aihh. Masa mula-mula main gelongsor tu,dia ok lagi..elok je turun. Dah lama..alya buat aksi stunt pulak. Takde dah nak stop dulu duduk then baru slide..dia terus je terbang ok..harus aku bawa balik. Dengan keterpaksaan..aku angkut je alya. Kang tak pasal-pasal,jatuh..dah mama ko menangis tak berlagu nti.

Ni pulak buku car yang alya nak..buku barbie tak nak pulak dia.