Monday, May 24, 2010

Rais 3rd birthday

Sabtu kelmarin dapat invitation from my besen,b'day party buat kat McD Jalan Pahang. So happening!! Mak-mak yang sporting,lebih over dari anak-anak..hahaha. Anak-anak pun sangat la enjoy event ni,kat situ ada playground plus event yang mcD sediakan.

Thanks besen sebab sudi jemput..hehehe. Aku bawa alya & adik aku,somi ku kerja..hehehe.Acara start lambat jugak la sebab sebelum tu ada event orang lain. Lebih kurang pukul 6 baru start,majlis berlangsung dengan meriah sekali. Lepas dah makan,game..dalam kul 7.45 majlis pun berakhir. Nasib on da way balik,jalan tak jem. Legaa...next birthday...Dina & tisya.

Picas selebihnya..di FB.



Friday, May 21, 2010

Buy Online

Minggu lepas aku buat pembelian on9,dah lama sebenarnya tak beli on9 ni. Sekarang ni aku tengah gila dengan sleepware baby gap. Merata-rata website jual sleepware ni. Ada mahal,ada murah. So sebaiknya beli yang murah & sama kualitinya kan. Hari tu ada order kat mylovely butik,tapi takde rezeki aku..katanya stok tak sampai. Semua design dia cantik-cantik & murah. Kebetulan ternampak sleepware cantik ni kat FB & its ready stok,terus aku berkenan. Sekarang ni aku cari ready stok punya je,takmo dah book pre-order..kang kalau takde..aku yang FRUST!! So semalam dah sampai sleepware ni,cantik!! Puas hati!! hahahaha. Aku beli size 5Y untuk alya. Balik umah,terus aku tunjuk kat alya. Alya pun apa lagi...'Mama nak pakai'..aihh..tak basuh lagi sibuk nak pakai. Memang ngam-ngam size 5Y ni kat alya..besar dah anak aku ni. Ohh yer,lupa nak cakap...aku beli kat sini sleepware ni.... http://stylokidscloset.blogspot.com/, so klu korang nak beli baju anak korang,leh la kat sini.



Ni pulak untuk mama alya..hehehe. Murah-murah je baju ni,RM30 sehelai. Aku beli kat sini Blogshop CheChe Lynn & Rosie Posie,korang kena add kat FB la yer.



Thursday, May 20, 2010

Ni baru sorang kan...

Peristiwa ni berlaku semalam,alya sekarang ni macam-macam. Ye la,umur sekarang ni tengah nak belajar kan tapi kadang-kadang bikin mama dia hot!hahaha. Petang kelmarin dia nak susu,ok..aku pun nak buat la tapi dia lagi pantas dari aku. Dia ambik botol,pastu nak isi air panas. Aku tengok je la kan,kalau tak kasi lagi dia nak buat. Bila dia tekan dispenser tu,air panas terkena sikit tangan dia. Rasakan!!

'Nape Alya??' Hot ke??

'Cittt...(berdecip mulut dia..konon mengeluh)...' Hot mama

'Hahh..kan dah kena tangan kan,sakit tak??'

Tanpa mempedulikan aku,dia terus isi air kosong pulak. Sampai membuak-buak air tu muntah keluar. Aduhaii alyaku sayang! Sebelum aku bising,dia sendiri ambik kain..lap air yang tumpah tu. Bijak anak mama ni..hahaha. Akhirnya dia mengalah.

'Mama! Buat nenen!...hahahaha.


Ni pulak malam tadi,aku tengah lipat kain yang menggunung tu..alya pun nak jadi helper. Ok..aku pun tak kisah la tapi tengok la apa dia buat,adehh. Bila aku dah lipat,yang tu la dia ambik nak pakai la..nak lipat balik la. Kalau anak ramai,allah...darah tinggi aku kot! hahahaha. Kadang bila alya tak beri respond bila aku bercakap,rasa sebak jugak. Nak-nak bila datang angin dia tu,fuhhh...sangat mencabar la aku rasa. Bila somi balik,aku pun ngadu domba la dengan dia..perihal anak dia tu...hahahaha

Wednesday, May 19, 2010

Outing to KL

Tak sempat aku nak story mori pasal outing ni,semalam busy sangat disebabkan isnin aku EL..alya demam sikit.Hari ni syukur alya dah sihat.Jumaat lepas aku ke KL,shopping sikit untuk rumah + alya. Aku plan cari langsir untuk rumah baru tu,lagipun dah 4tahun tak bertukar langsir..hehehe. Aku,alya,adik & kakak aku window kat KL,kakak aku keje...tapi lunch dari pukul 12 sampai 3..so ronda-ronda la kan.

Aku pilih kain kat nagoya,ambik yang murah je. Pilih punya pilih,ambik yang senada dengan kaler rumah. Aku tempah kat nagoya terus,senang citer. Siap dalam minggu depan..hehehe. Lepas ke nagoya,terus ke sogo. Plan nak cari kemeja untuk somi,kebetulan ada pulak sale brand Miki,Seed & Padini. Aku pun tak lepaskan peluang untuk tengok,untuk aku...blouse,untuk alya aku rembat 2 helai tee,2helai seluar & blouse..semuanya RM9.

On da way nak balik,alya nampak pulak spek barbie. Sekarang ni alya layan barbie & ben-10 jer. Sibuk nak spek mata,try yang tu la..try yang ni la..pilih-pilih..alya kenan yang biru tu..rege RM19.90 jer.

Friday, May 14, 2010

EMERGENCY NUMBER

Ladies especially ... please read

Be aware that the EMERGENCY NUMBER worldwide for GSM mobiles (012, 013, 016, 017, 019) is:

112 and not 999

You can dial 112 even without a SIM card.

Even if your mobile is outside your usual network coverage, when you dial 112 your mobile will search and use any existing network to establish connection for your emergency call.

Share this important information.

Thursday, May 13, 2010

Demam Piala Thomas

Sekarang tengah musim demam piala thomas. Akhirnya Malaysia masuk ke separuh akhir,malaysia akan bertemu cina. Harap-harap M'sia dapat mara ke final nanti. Ni semalam aku snap beregu tapi sayang,takde rezeki. Pendapat aku,team beregu ni dah main dengan bersungguh-sungguh..saingan sangat sengit. Well done! Walaupun tewas tapi tak bererti terus gagal. Maju MALAYSIA!

video





Tazkirah

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB



SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Tuesday, May 11, 2010

Telor ayam telor tembelang


Ni apa kes ni??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hahh..ni la kisahnya. Semalam aku nak masak nasi goreng,aku dah letak telor 2biji kat atas kabinet. Masa tengah nak masak,si alya ajak aku main.OK..aku layan dia kejap. Pastu aku cakap,mama nak masak jap yer. Tau-tau dia dah sampai dapur,aku ni tengah ralit siang bahan-bahan nak goreng nasik. Masa tengah buat keje tu,aku terperasan..alya pegang something. Bila aku mintak,baru aku perasan..TELOR AYAM rupanya. Aku pun apa lagi..'Alyaaaaaa!!!(aku rasa jiran sebelah menyebelah sure dengar sore aku yang merdu tu kan). Yang si alya boleh pulak bawa lari telor ayam tu sambil genggam kuat-kuat,aku ni dah takot pecah dek genggaman dia tu.

Masa aku nak ambik...'prapppp!'...si alya leh ketok telor tu kat kepala dia. Aku yang nak marah...x jadi marah..langsung aku gelak terbahak-bahak. Ambik obat! mama cakap tak nak dengar kan.


Monday, May 10, 2010

A moment....

Semalam..seawal pagi aku bangun mengemas rumah. Kenapa yer?? Entri sebelum ni,ada aku mention pasal pindah rumah kan. Syukur alhamdulillah..rezeki berpihak pada kami. Tuan rumah tu,offer pada kami. Deposit telah diberi...1+1,agak sangap jugak lah memandangkan aku membayar sewa untuk 2 rumah. So start minggu lepas,kami hanya melihat sekeliling rumah..tengok apa yang perlu diperbaiki. Rumah ni cantik,dah tile + kitchen tapi penyewa yang sebelum ni..sangat la tidak cermat. Banyak jugak kerosakan yang berlaku dalam rumah tu. Aku + somi jenis tak berkira,so kami pikir..biar lah kami repair. Untungkan ada penyewa macam kitaorang ni..hahaha.

So semalam dah plan untuk kemas rumah tu,pagi tu pergi ke C4 dulu..saja jalan-jalan kosong sambil mencari sarapan untuk disantap. Kami memilih pak hailam kopitiam,sarapan aku hanya roti+telor berserta coklat panas,somiku mee goreng mamak + teh ais & alya pula aku suap roti+mee,air alya pula rebena+laici. Lepas dah selesai makan,memberi laluan pada perut untuk dihadam..alya pula berbual kosong dengan kami

'Mama..ambik gambar'

Wahh..bijak sungguh anak mama ni.






Lihat saja lah aksi diatas,sangat syok melihat dua beranak ni berposing. Semalam mood alya pun bagus,tak banyak songeh!..hahaha. Selesai sarapan,terus ke hardware mencari barang-barang yang perlu untuk rumah sewa baru. Lebih kurang pukul 10 malam,selesai sudah kerja mengecat. Tapi ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Insya allah hujung bulan ni,aku akan berpindah secar rasminya. Sila la jengah rumah aku nanti yer.

Friday, May 07, 2010

Gelagat anakku

Ni picas last week,outing day bersama family..ke JJ cheras selatan je. Saja jalan-jalan kosong,berturut-turut jugak la aku pegi JJ ni..hahaha. So layan je la picas ni erk. Idea lom mari nak story.