Wednesday, June 30, 2010

Grapefruit

Balik kerja,singgah pasaraya bintang. Ternampak buah ni,macam oren tapi bukan. Buah ni kan,uniknya...macam buah limau bali tapi kecik & merah. Ohh yer,buah ni kan..macam ada pantang skit. Kalau perempuan datang bulan,pegang buah ni...dia jadi masam. Betul atau tak...tak tahu la sebab takde bukti yang sahih. Macam buat tapai pun sama jugak,bukan boleh sembarang-sembarang..nanti tapai merajuk. Dengar tu kelakar jugak tapi memang itu la yang terjadi.



Finally...

Takde idea nak update blog,ada yang nak dikongsi..tapi blur coz busy dengan kerja yang sangat complicated. Finally..dapat jugak siapkan. Sabtu lepas duduk rumah je,takde kemana-mana pun sebab my Mr kerja sampai malam. Ahad pulak,baru la nak merasa window-window ni kan. Ingat nak tengok toy story..tapi full house pulak. Merayap ke JJ je la...ramai betul JJ hari tu. Nasib la alya behave sikit kan. Masa kat JJ,cari kedai buku...nak cari Mamy & baby coz my frens jadi cover untuk bulan july. She is hot pregnant mama anjuran modermum baru-baru ni di MV. So korang..sila dapatkan majalah ni k. Ada tips untuk berpantang yang boleh digunakan.

Ohh yer,ahad tu..my mr ajak makan di bangi. Saja jalan-jalan kesana,kitaorang merayap kat seksyen 8. Banyak betul shoplot yang dah dibuka sekarang ni. Coming soon..ICE ROOM. Can't wait nak try makan kat sana. Ohh yer,kalau pergi bangi,tak perlu risau bab makan ni. Memang rasa nak try semua kedai la. Kitaorang makan kat D'Limau restoran,ikan bakar ada..sotong bakar ada. Yang special..air dia. Campuran limau+ais krim+jelly...sedap ok! Sila la cuba,berdepan dengan Kompleks PKNS.

Majalah Mamy & baby...she gorgeous.

Monday, June 28, 2010

10 AMALAN YANG TERBA'LIK

Marilah Kita bermuhasabah atau menilai Dan menghitung kembali tentang amalan harian Kita. Kadang-kadang Kita akan dapati amalan Kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan Dan dituntut oleh Islam. Mungkin Kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu Kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh Dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan Dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan Dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah Wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak Ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan IA nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau IA menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga is matilah Kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk IA menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara Kita berpakaian cantik kemas Dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saaj bahkan Ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang Dan di beri jamuan, Kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan Dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan Dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira Dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam Carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan Kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan> di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan Kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah Dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir,maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau Kita
Mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau
Solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan Kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak
Tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak Lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan Dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Friday, June 25, 2010

Sate Hj Ismail @ Keramat

Salam semua,
Tentu korang tengah tengok bola malam ni kan. Kat kedai mamak,penuh! maklum la ada screen besar kan...puas le tengok. Aku pun layan gak dengan somi aku,walaupun aku bukan fanatik la dengan bola ni tapi boleh layan je. Malam ni portugal vs brazil,tengok je la sapa yang skor nanti. Bab bola,serahkan la pada yang pakar....malas aku nak citer sangat..ekekekeke.

Malam ni aku berdinner dengan geng-geng mommies,si ila ajak berdating...makan sate keramat..sate hj ismail. Sedap sate dia,goms ok! Daging pun sedap,tak liat. Aku pergi berdua je sebab en.somi kerja. Pukul 11 tadi baru balik,ada breakdown pulak kata dia. Nasib hujan tak lebat,hujan main-main pulak hari ni. Nak kesana tadi,macam biasa la...tengah peak hours kan...jem la jugak..tambah dengan hujan...koma! Nasib la alya behave dalam kete,aku melayan je la dia..nyanyi la...bercakap la...main-main la...leh je aku layankan.

Sampai sana tadi,ada ila & famili,alyn lone ranger & yam & famili. Dorang dah 1/2 makan tadi,order banyak jugak la...total makan & minum RM62.60 untuk 6orang. Sebelum nak pergi makan sate,aku dah bedal nasik lemak dengan alya petang tadi..hehehe. Sampai rumah je,terus angkat alya yang dah tido dalam kereta....then bukak tv sambil bertenet. Esok kerja macam biasa,sabtu yang tak pernah tak kerja kecuali PH je! Bosannnn kalau sabtu kerja! grrrrrrrrrrrrrrrrrrr



Wednesday, June 23, 2010

Rezeki jangan ditolak...MUSUH jangan dicari!!!

Fuhh..tak sempat nak buat karangan..huhu. Actually ni jiran sebelah aku yang kasi. Kebetulan,malam sebelumnya....aku dok terbau wangi je. Aku kenal bau buah ni,macam bau buah macang. Bangun pagi,tengok jiran sebelah letak kat luar buah tu. Balik kerja,dia bagi aku sikit. Wahh...macam-macam tau-tau je aku memang nak..wakakakak. Rupanya bukan macang,kuinin (camne eja erk) dengan buah salak. Macam orang mengidam aku makan...hahaha. Manis gilosss...sampai air buah tu pun meleleh. Korang bayangkan la erk..hahahhaa. Kalau buat sambal belacan ni,perghhhhhhhh....leleh beb!

Chili Crab Recipe

Dinner untuk malam ni,aku plan nak masak ketam cili. So masa kat opis tadi search la kejap resepi yang sedap,then terjumpa resepi ni.Tengok bahan-bahan pun sangat la senang,cincang-cincang..campur jer semua. Balik rumah dengan segera aku keluarkan ketam yang keras tu,sementara tu cincang apa yang patot.

Rasa cili crab ni,marvelos! Gerenti sedap ok!Aku guna ketam bunga je,dalam resepi ni guna ketam batu. So terpulang pada korang la kan. Ketam tu aku goreng dulu,then masak kuahnya....then gaulkan sekali atas dapur. En.somi pun kata sedap,masak macam mana ni sayang...hahahahaha.

Kredit to asiaonlinerecipes

Ingredients :

2 Fresh crabs approximately 500 g each
1/2 cup Plain flour
1/4 cup Cooking oil
1 medium Finely chopped onion
5 cm Fresh ginger finely grated
4 cloves Finely chopped garlic
5 Red chilies, finely chopped
2 cups Bottled tomato pasta sauce
1 cup Water
2 tablespoons Soy sauce (aku guna kicap manis kipas udang je)
2 tablespoons Sweet chili (ganti dengan sos thai)
1 tablespoon Rice vinegar
2 tablespoons Soft brown sugar

Method :
Wash the crabs well and scrub the shell.

Using a large cleaver, cut the crabs in half and rinse well under cold water, carefully removing the yellow gills or spongy parts.

Hit the legs and larger front nippers with the flat side of the cleaver to crack the shell. This is to make the eating process easier.

Lightly and carefully coat the shells with a little flour.

Heat about 2 tablespoons cooking oil in a large wok and cook 1 1/2 crab at a time, carefully turning and holding the crab in the hot oil until the shell just turns red.

Repeat with the remaining crab halves.

Add the remaining oil to the wok and cook the onion, ginger, garlic and chili for 5 minutes over medium heat and stirring regularly.

Add the tomato sauce, water, soy sauce, chili sauce, vinegar and sugar. Bring to boil and cook for 15 minutes.

Return the crab to the wok and simmer, turning carefully in the sauce for 10 minutes or until the crab meat turns white.

Do not overcook.
Serve with steamed rice.

Tuesday, June 22, 2010

Gelagat Alya

Ni malam tadi,tengah melayan Fb...alya pun sibuk susun lego dia kat meja ni..then suruh ambik gambar dia yang tak berbaju...hanya memakai spender je. Balik rumah semalam,mula-mula tanggalkan baju....nak kata panas...tak pun. Bila aku jengah...aku tengah masak kat dapur masa kejadian tu...tau-tau dia dah tanggal seluar..dah telanjang bolat..aihh. Aku pakaikan spender je,sementara nak mandikan dia balik.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Bila dah mengantok sangat,macam-macam dah pe-el dia. Sanggup lagi tahan mata tu,melandingkan diri diatas sofa...hahaha. Ni kira tahap tak boleh nak tahan tapi tahan lagi...



--------------------------------------------------------------------------------------

Last week,masa my dad & my sis datang dinner at my house..terubuk punya cerita tu. Ni la kawan main..ni la kawan gadoh. Bila berebut mainan tu yang tak tahan...dah dua-dua bercakaran..ekekekek. Yang si adik tu pun boleh tahan gak,pandai dah nak bergadoh...ekekekek


Saturday, June 19, 2010

Dating dimalam sabtu

Hari ni kerja macam biasa sampai pukul 1,ohh yer..hari i bawa anak i ke office....emergency..dah tak sempat nak post my anak ke rumah mil...sebab ada meeting pukul 8.30am tadi. Terkejar jugak la,my princess hari ni bangun pagi lambat sebabnya pukul 1am bangun...pukul 3am bangun...nak tengok tv! grrrrrrrrrrrr....mengamok i ok tengah-tengah malam...kalau tak bising takpe,ni merengek-rengek tu yang tak tahan tu. Badan dia pun macam dedar tak dedar...ehh nak d.e.m.a.m ker?? Dah pagi tadi bangun lewat,6.45am baru bangun....sidai kain je sempat...kemas beg baju anak. Kalau dikejut my princess ni,dia mula la mengamok...banyak je pe-el dia.

My suami,keje...as usual la. Pukul 8pm lebih baru balik....then ajak dating la sebab esok pun keje. Pegi JJ cheras selatan jer,makan kat orchid bistro jer....banyak dah sekarang ni menu terbaru kat orchid bistro ni....rupanya dah tukar management. I makan kueh tiaw contonese....my suami makan black papper chic.chop & my princess i order toasted bread. Makan kat sini memang sedap la,toasted bread tu...marvellos!!! sedap gilos ko! we all makan abiskan bread tu,ada peanut..butter & madu..roti tu digoreng...masih terasa kesedapan bread tu....slurppp.

Sekarangkan tengah rancak Toy story 3,kat JJ ada jual all merchandise TS ni....aduhaiii....kalau ikutkan hati...nak je rembat buzz (RM359.90) & woody(RM259.90)....harga tadi....pikir banyak kali...hahahaha. Nasib la i tak addict sangat dengan merchandise TS ni tapi tadi ada beg galas...kalau kecik RM45.90 then yang besar skit....rm69.90. Rasa nak ambik dah beg TS tu tapi nanti la...hope ada lagi hujung bulan nanti. Alya ni kalau dah ke JJ,dia tau ada tempat game tu. Sana sini dia nak try test....i takde la beli token untuk dia...jarang sekali nak ajar dia main .. takot dia addict..lagipun macam kurang sesuai game tu untuk dia. Kena paksa balik la jugak tadi ...abis mengamok kat situ.....yang jadi mangsa ... ayah dia...hahahaha. Nasib ayah dia tak naik hantu tadi....hahahahaha.

Esok misi......nak mengemas rumah pulak. Banyak lagi tak settle ni.....any volunteer yang nak tolong kemas...??? hahahahahah

Sotong Goreng Tepung

Semalam jelajah blog kawan-kawan,then masuk blog D....ada menu sotong xl goreng tepung. I sangat la terpikat dengan sotong celup tepung,kalau udang dah biasa buat. Sotong je jarang-jarang buat sebab takde resepi yang sedap. Kebetulan D ada bagi link resepi tu,baca-baca blog tu..rupanya ima pcm @ caplock. Lama tak dengar berita dia,dulu ada gak baca blog lama..then dah tak boleh masuk. Macam jejak kasih pulak..hehehe. Ima...I pun try resepi u ni,sedap ok!!



Sorry,picture agak kabur sebab guna hp jer. I dah cuba resepi ni,memang sedap. Oh ye,i gunakan sotong yang sederhana jer. Lagi sedap sotong yang besar sikit lagi tu. Sedap makan panas-panas,ratah macam tu je pun sedap. So kalau korang nak try,pegi sini k. Thanks ima & D...hehehe

Friday, June 18, 2010

Woman Builds home from airplane

Rasa pelik tapi benar. Rumah dia masih dalam pembinaan,banyak betul duit perempuan ni. Cost nak bawa bangkai kapal terbang tu dah makan bilion. Jauh pulak tu rumah dia dari segala kemudahan. Dorang ni letak la dalam hutan pun,sure boleh hidup punya.

Me tengok video ni kat yahoo news,layan jugak news world kat yahoo ni coz banyak yang latestkan. Korang boleh tengok kat yahoonews ni ,

Thursday, June 17, 2010

PETUA MENGASIHI SUAMI

Khas buat para isteri...... solehah ke kita????? semoga kita menjadi isteri yang lebih baik dari masa ke masa ..


1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

p/s : Paling best jika suami teman berkongsi gosip.... tapi lelaki ni kadang2 malas nak dengar gosip2 dari kita.....

Sweet & Salty

Malam tadi,my dinner...yang simple jer. Me masak siakap sweet sour & kailan ikan masin jer. Me suka masak yang simple,cepat & mudah..tak pening kepala nak fikir bahan-bahan yang complicated. Sekarang ni,makan lewat je...maklum la suami balik pukul 10. Malam tadi my princess tido awal...agaknya kat taska tak tido siang kot. Dah puas main air,tu pun mengamok nak main air lagi. Bagi je susu,terus dia zzzzzzz...ekekekekek.




Wednesday, June 16, 2010

Air pasang dalam ke malam??

Air pasar malam...turun pukul 5,6,7,8,9,10
nyonya bangun pagi...siram pokok bunga
pokok bunga telor..tanam tepi pantai
itik bertelor...ayam metas...
cik baba..atuh dalam parit..
cik minah..tawa jerit-jeri..
naik ketapi..sampai kolumpo
nampak ...mel...telit bawah apur

Tentu korang biasa dengarkan lagu air pasang dalam ni,zaman kita kanak-kanak...meriah lagu-lagu permainan dengan kawan-kawan...lagu kereta la,polis antri la..aku pun lupa dah lagu-lagu permainan kita dulu...hahaha. Lagu ni sekarang,alya dah hafal sikit...tapi bab tambahan nombor tu yang aku tak tahan,tergelak-gelak aku dengan lirik yang alya reka sendiri....hahahaha.

Sekarang ni,kalau makan...alya dah tau nak tadah tangan,tak yah tunggu dah aku cakap..kadang-kadang tu tak sempat dah...terus je makan...aihhh anak dara aku ni..ekekekekkalau suruh baca doa..ada dah bait-bait bunyi bismillah...then doa makan...dah ada gak bunyi-bunyi yang dah boleh paham...takpe la,pelan-pelan aku ajar. Alya dah 2y6m....bulan 12 ni dah 3y.... kejap je rasanya.Macam-macam pe-el dah sekarang ni tapi dah kurang la baran dia tu...kalau dulu nak marah je...semua nak ikut cakap dia..now dah boleh bercakap..dah paham apa yang boleh..apa yang tak. Kadang tu,dia nak buat something yang diluar dugaan...selalunya aku biarkan...bila dia rasa sakit..dia tak nak buat dah..kalau tak,selagi larang..selagi tu nak buat kan...hehehe.


Nasi Goreng

Dinner malam tadi hanya nasi goreng cili api,udang goreng tepung & sup bebola. Takde masak banyak-banyak sangat,masak simple jer.

Sup bebola
Nasi goreng cili api
Udang goreng tepung

Tuesday, June 15, 2010

Dinner terubuk

Semalam tengahari,aku sms ayah aku...'ayah,malam nanti datang rumah..nak masak ikan terubuk bakar'... ayah aku reply balik..ok. Aku beli terubuk sekor je kat pasar pagi ahad kelmarin. Aku dah lama tak makan ikan terubuk ni,aku rasa ada la kot dalam 4 tahun! Tak caya kan..hahaha tapi tu la kenyataannya sebab suamiku tak makan ikan terubuk. Kalau aku beli pun,buat rugi je kan..takkan aku nak hadap sorang-sorang besar tu,ensomi pun cakap tak yah beli...huhu. Ahad semalam,aku dah tak tahan tengok. Terliur-liur je tengok ikan terubuk ni,dok panggil-panggil aku suruh ambik la..ambik la...hahaha. Akhirnya..berjaya jugak aku beli. Ikan terubuk ni,favorite ayah aku...so harus la aku ajak ayah aku datangkan..untuk lawan makan. Kalau sorang-sorang tak adventure...hahaha. Aku ajak sekali akak aku,ikan sekor...ajak ramai-ramai..gempak tol aku..hahaha.

Maka semalam,harus aku cari lauk lain. Aku beli udang je,buat masak kari asam...tu pun favorite en.somi..harus masak yang favorite dia kan..ekekekek. Dah siap,harus segera hidang..semua dah lapar. Aku pun tak tahan tengok ikan terubuk bakar tu..manis tak ingat..leleh je air ikan tu..slurpp slurpp..hahahaha. Licin ko ikan terubuk tu,hahaha.Sikit pun tak tinggal,semua pakat pulun makan. Lain kali boleh beli lagi yang besar sikit..leh makan ramai-ramai lagi.



My dad with his grandson...ada lagi 3 anak buah aku...lain kali aku tunjuk k

Ni la kawan main...& kawan gadoh...hahhaha

Dah makan baru tingat nak snap...tu dah kena kopek dengan abg iparku...hahahaha

My youngest adik....sekarang tengah tgu result untuk sambung degree

My sis with her dother...alya pun nak duduk sebelah angah dia

p/s: seronok dapat berkumpul dengan ahli keluarga ni

Ngantok!

Salam semua,
Aku ngantok hari ni sebab pukul 5.30 alya dah bangun. Aduhai ngantok tau ... dia leh bangun suruh bukak tv. Dah aku tak boleh nak tido balik..maka terus bangun,gosok baju....mandikan alya terus. Ohh malam tadi,famili aku datang rumah ... dinner dirumah aku. Nanti aku stori mori yer... semalam tak larat nak upload.

Monday, June 14, 2010

Meet my BFF

Ahad - bangun pagi,kemas rumah...en.suami ajak ke rumah mak dia,beli barang basah untuk seminggu. Dalam pukul 10 lebih,dah balik rumah. Kemas-kemas barang basah,then masak. Pukul 1 lebih baru makan tengahari,dah makan..suruh alya tido dulu..petang baru nak jalan. Memang plan nak pegi KL,ambik langsir yang dah siap tu. Tup tup dalam pukul 4 lebih..dapat call dari my bff ni,really surprise coz dah lama tak berhubung...almost 6-7year la jugak..jumpa apatah lagi kan.

Meh aku stori sikit pasal bff aku ni.Kami sama belajar diIKM Jasin melaka tapi aku senior..dia junior. Masa ni kami tak really close,kalau selisih bahu pun tegur-tegur gitu je. Masa bff aku ni junior,dorang ada group sendiri..yang dorang kira close & dorang buat panggilan adik beradik..macam along angah..etc. BFF aku ni...gelaran uda masa kat ikm. Kalau main netball,kitaorang memang akan bermain sama-sama. Sembang pun macam biasa jela.Then bila aku abis ikm,my bff masih ada ikm. Tahun 1999,aku dapat offer sambung belajar di MFI Bangi dalam jurusan Automation System & Tech.Maintenance(ASMT)..my bff ni pun dapat gak tapi jurusan lain..machine building system tech (MBST). Bila berjumpa di MFI ni,kebetulan kenal satu sama lain...kitaorang mintak satu hostel. Since that la,kami close to each other. Dia ikut aku balik umah ayah aku,aku ikut dia balik kg dia. Famili each other dah kenal la. Our frens yang lain tengok..kata kami macam belangkas. Even lain cos tapi sure akan bertembung la. Tahun 2000,aku stop belajar sebab yang tak dapat dielakkan. Ehh bukan sebab result aku yang fail k,that time aku rasa dah tak boleh nak menerima ilmu lagi dah..hehehe so finally...before became worst..aku mengundur diri. Since that,kalau ada kelapangan..kami akan berjumpa la.

Masa my bff kawin pun,aku turun ke johor..bermalam disana. Masa aku kahwin pun,my bff datang tapi tak bermalam la..coz dia dah kahwin kan..mana lak nak sumbat laki dia..hahahaha. Then my bff ni,dah tamat belajar..dapat offer keje..aku pun dah kerja..lagi la masing-masing sibuk. Makin lama,makin jarang berhubung..apatah lagi berjumpa. Kebetulan dapat contact balik,terjumpa di FB. Yess..fb ni la yang boleh buat aku berhubung balik dengan dia..tapi lom dapat berjumpa lagi. Last aku dapat tau,my bff ni dah duduk johor..kerja kat sana..dok rumah mak dia.

Hari semalam,aku panggilan dari dia...dia kata duduk ampang. really surprise me! Aku cakap boleh la nanti berjumpa. Tuptup dia dah on da way ke rumah aku,nasib tak sesat. Rindu sungguh dengan bff aku ni,banyak kenangan manis & pahit aku bersama dia. Sekarang ni,boleh la selalu berjumpa.

So happy dapat jumpa my bff...hehehe

Us....

Her kids & my kids...tinggi jugak alya ni...ekekekek. Yang girl tu 4y...dah macam sebaya pulak

Alya yang sibuk berposing with her new frens

Again...cepat la posing abang

Them again... boy 5y,girl 4y...alya

Ni hasil tangkapan alya...abis dia suruh dorang posing..hahaha

my bff with her kids

Moga persahabatan kita akan terus berkekalan...

Saturday, June 12, 2010

Lipan Bara

Kenal tak binatang ni??
*
*
*
*
*
*
*

Ye betul...LIPAN. Tengah aku mengemas...menyapu kat dapur...tiba-tiba aku nampak dia lalu...laju lak melarikan diri. Dengan segera,aku ketok dengan penyapu. Dah 2x aku terjumpa anak lipan ni,menggelupur jugak la aku kan. Scaryy wehh!tingat aku masa kat rumah ayah aku,nenek aku tido bawah (rumah ayah aku 2 tingkat)...masa kitaorang dok melepak tu...ternampak lipan tu dok merayap kat tepi dinding..LIPAN BARA ok! merah menyala...huwaaaa..menjerit aku....besar ibu jari kaki kita ni..panjang dalam 15cm macam tu. Nasib masa tu ayah aku ada,terus ayah aku tangkap...halau dia keluar rumah...eee..scary betul!

Aku dah cakap kat suamiku,tapi dia macam blur je..tak tau nak buat apa. Ohh yer,kat opis aku semalam...tengah aku ralit buat keje,jatuh something dari atas...tap!aku ingat mende..rupanya anak lipan. Menggelupur aku & opismate sorang lagi tu..hahaha. Tak tau mane dah lipan tu lari...harap-harap mati kena kejutan eletrik..kahhh.

Friday, June 11, 2010

Akhirnya....

Akhirnya, berkat kesabaran...terpasang juga internet kat teratak aku ni. Senin lepas aku ke TM Point untuk penukaran nombor telefon,memandangkan nombor sebelum ni memang bermasalah. So setelah diberikan nombor baru,aku terus register untuk streamyx terus. Setealah genap 4hari bekerja,pagi tadi aku call TM sebab takde lagi return call dari pihak TM. So tadi setelah diberi no.contractor streamyx..aku terus call tanya pemasangan dirumah aku..then dia kata akan return call balik.Dalam masa 15min,contractor tu call balik..dia kata petang nanti dia datang pasang.

Aku ingat nak balik awal je tadi tapi opismate tu nak order pc dengan dell...dia mintak tolong aku untuk orderkan sebab sebelum ni aku pernah beli dengan dell. Isi itu ini...dalam 5.10 settle,terus aku kemas-kemas balik umah. On da way tu,contractor tu dah call aku...cakap dia dah sampai...hahaha...aku suruh je dia tunggu. Zassssssssss..terus aku pecut...ambik alya dulu...dalam 5.45 aku sampai...hahaha..nasib la dia tunggu aku.

Dia tolong set up semua...now i can online from my house la kan...muahahahaa. Opss bahaya juga kalau boleh online dari rumah ni...mau aku bershopping online je kan...ohh tahan nafsu shopping k! hahahahaha

New background..

Amacam...ok tak background baru aku ni. Perhh..penat wehh nak susun atur balik cik nuff tu. Kalau korang perasan,blog dah ada menu baru iaitu DESIGN menggantikan LAYOUT. Kat situ,dah boleh pilih nak berapa column..korang tak payah dah pening-pening nak tukar wrapper size. Then ada sekali background yang korang nak..tapi agak pening ok nak masukkan html nuffnang ni sebabnya coding yang dah sedia ada tu tak sama macam sebelum ni.

So selamat mencuba...sebarang pertanyaan akan dilayan..hehehe.
p/s: ok..ni info sikit yer. Kalau korang tukar background ni dari blogspot ni sendiri,segala gambar,link & sebginya takkan hilang k. so no worries. Before u all tukar,preview dulu la..jangan la save terus k.

Thursday, June 10, 2010

My Water Moments with Sony TX5

Hi all,
tentu korang sedia maklum sekarang ni,nuffnang korang sentiasa berkelip-kelip umpana kelip-kelip..hehehe. Iklan yang tengah rancak sekarang ni,Sony TX5 baru. Aku sangat teruja melihatnya ok! Sebabnya boleh sambil menyelam sambil ambik gambar..wahhhhh..amazingg!! Ye la..kamera yang boleh masuk air ni tentu harganya mahal. Kalau dapat free dari tersangat la bagus.


Feature about this camera:
Water-proof
Dive in with the water-proof Cyber-shot TX5. Capture beautiful underwater shots up to 3m deep for up to 60 minutes*.

Temperature-proof
Keep on shooting even below freezing point up to –10ºC** with this tough camera in harsh weather conditions.

Dust-proof
With the superb dust-resistance of the Cyber-shot TX5, you can be assured to always get spotless images whatever the environment is!

Shock-proof
The shock-proof design of the Cyber-shot TX5 allows drops of up to a height of 1.5m*, the usual height we hold the camera for photo-taking.


Korang boleh bayangkan tak kecanggihan sony TX5 ni. Memang sangat-sangat bagus! Kamera aku yang sebelum ni,memang menjadi bahan mainan anak aku. Bila dah selalu jatuh,kena air...akhirnya kecundang jua. Bab tahan lasak ni memang menjadi pilihan,memandangkan anak tengah membesar..selalu aku berebut nak ambik gambar..sebab tu kadang terjatuh.

Kamera aku sebelum ni,canon. Sekarang dah rosak...sangat sedih ok.Nak beli kamera baru,tunggu durian runtuh la kot. Kalau korang tengok picture yang aku snap,semua guna camera hp aku. Nak snap banyak-banyak,memang tak dapat la sebab hp aku ni takde memori kad. Kalau aku antara yang dapat SONY TX5 ni,aku sangat la beruntung. Mahu aku tayang satu dunia..hehehe.

Ni la hasil cari kamera aku....




En.nuffnang...can i be the winner?? can i......

Wednesday, June 09, 2010

kacang

Korang suka tak makan ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Dah lama tak makan,zaman budak-budak dulu..selalu beli..satu 10sen je! sekarang dah 20sen,susah jugak nak cari biskut ni kan.

Orphan Care



Pagi ni masa breakfast,aku melepak kat restoran belakang office aku ni...makcik ni memang selalu bukak tv...rancangan MHI...aku pulak memang suka tengok. Kebetulan masa tu,aku terdengar mengenai anak angkat. So dengan pantas,aku jadi penonton paling depan...hahaha. Tentu korang semua sedia maklum kan,mengenai rancangan JKM nak menubuhkan pusat perlindungan bayi yang dinamakan ORPHAN CARE Sekarang ni,pusat tu dah beroperasi. Pusat ni khas untuk melindungi bayi yang dibuang dengan kata lain,bayi yang dilahirkan diluar nikah. Sekarang ni kan terlampau banyak dah sangat kes-kes buang bayi,tak tahu la mane pergi akal waras sampai tergamak buang & dibiarkan tanpa belas kasihan. Kalau dijumpai masih hidup tu,syukur alhamdulillah...tapi kalau yang dah meninggal...sangat sedih!! Aku dengar tadi,pengasas orphancare ni cakap..objektif adalah untuk memberi peluang kepada ibubapa yang tiada anak..berpeluang mengambil anak angkat.

Aku rasa bagus jugak pusat ini diadakan,bukanlah bertujuan nak menggalakkan maksiat...tapi kalau dah terlanjur...dah mengandung...kalau tak nak anak tu...berilah pada yang memerlukan. Berilah peluang anak tu untuk melihat dunia & membesar dalam sebuah keluarga. Janganlah ditambah dosa dengan membunuh pulak. Kasihanilah anak kecil yang tak berdosa tu. Dipusat ni,mereka boleh letak bayi mereka dalam box yang dipasang alat sensor....tanpa diketahui oleh pihak pengurusan. Jadi maklumat mengenai mereka yang buang anak ni...tidak akan diketahui. Seramai 200 pasangan ibubapa yang berada disenarai menunggu untuk mengambil anak angkat. Bayangkan mereka yang mudah mendapat anak ni tapi tak menyayangi bayi...jadi berilah peluang kepada bayi itu untuk hidup bersama mereka yang lebih memerlukan.

Orphan care beroperasi disini:
6 Lorong SS 1 / 24A
Petaling Jaya
Selangor
47300
Malaysia

Tuesday, June 08, 2010

Tembikai & Hanger Tudung

Hahh....mesti korang tau kan tu buah apa....muahahahaha. Takkan tak tau kot...ok ok..aku bagitau. Buah tembikai kuning..Kalau korang nak tau,buah tu hidup kat sebelah rumah ayah aku,rumah sebelah ayah aku tu kosong. Macam mane boleh tumbuh yer?? meh aku citer..hahahaha. Menurut ayah aku,masa makan tembikai kuning tu,ayah aku campak je biji kat situ...tup tup tumbuh menjalar...ingat tak menjadi..sekali berbuah...2 biji ok!! Subur sungguh tanah kat situ,leh bercucuk tanam buah-buah segala. Tengah tunggu buah tu masak ranum...leh makan ramai-ramai.



Tudung awning ni memang banyak dah aku beli,banyak dah jugak aku sedekah kat family aku. Tiap-tiap minggu beli kat pasar malam,makin lama makin berlambak sampai takde space dah nak simpan..pastu awning rosak. Tu yang aku tercari-cari hanger tudung ni,kebetulan aku masuk blog ieda...ternampak la hanger ni. Aku ada mintak tolong ieda belikan,aku dah cari merata tak jumpa...& kebetulan jugak ieda terjumpa link peniaga yang jual hanger ni. Terus la aku tengok-tengok,rege RM25..termasuk pos. Aku pun segera order,semalam dah dapat... TQ noniey. So sapa-sapa mencari hanger tudung ni,leh la beli kat noniey k.




Monday, June 07, 2010

B'day Dina & Shrek

Sabtu aku memenuhi jemputan syapa ke majlis harijadi puterinya..dina. Dah 3 tahun dina yer,selamat hari lahir yang ke-3 yer dina..moga menjadi anak yg solehah..aminnn. Aku sampai sana pun lambat,dalam pukul 6 sebab menunggu suamiku yang tiba-tiba ke standby! Grrrrr...tensen je aku! Patot sabtu tu off tapi superviosr call suruh attend pulak..huhu. Aku pun plan nak pergi sendiri tapi alya pulak tido sampai la pukul 4 lebih. Alang-alang baik aku tunggu suamiku. Geng-geng lain pun dah balik tapi dapat la aku jumpa zura,wil & cik lin. Gebus nya si umar,geram aku...rasa nak bawa balik..hahahaha. Pinjam sehari dua leh tak ciklin..hahahahaha.


Ahad pulak plan nak tengok wayang. MrR bangun awal sebab nak repair paip yang telah dipatahkan..hahahaha..takde kerja cari kerja kan. Dah repair bagai,penat pulak.Jemputan kenduri sepupu ayah pun tak pergi,mrR penat katanya. Dah petang tu baru keluar,bawa alya tengok wayang.Citer apa lagi kan..SHREK la. Ermm...dari 5 bintang aku kasi 3.5 bintang je la. Diawal citer...FLAT!! Dah nak ending tu la klimaks! Sampai alya tertido la..hahaha..tapi ok la bawa anak-anak tengok kan.


Malam semalam pulak,tengah melipat kain..si alya pun sibuk tolong melipat kain. Try baju tu,try baju ni..adehh. Layankan je la anak mama sorang ni kan.



Friday, June 04, 2010

Selamat Hari Jumaat

Salam Jumaat,moga membawa barakah untuk kita semua.Seronoknya esok cuti!! heaven okeh!!hahaha. Ye la,aku tiap-tiap sabtu kerja,mungkin korang tak kerja. Kalau sabtu cuti,memang aku rasa nikmat sungguh!! Pagi ni aku breakfast nasi goreng kampung & kopi radix. Masa tengah breakfast,ada la satu minah ni..konon ala-ala sopan(blah la..nyampah aku). Dia tengah la sibuk dok pilih makan,sambil control ayu. Aku cukup menyampah kalau nak makan pun nak control ayu,macam ada orang nak ngorat ko! Yang aku geram kan,masa dia tengah jalan tepi meja menu tu....boleh dia terlanggar senduk. Lepas tu dengan muka toya ala ala ayu....dia angkat senduk tu,dia tanya kat sorang bro ni,...'nak letak mane senduk ni erk'.. aku rasa nak ketok dia dengan senduk tu. Apa la bedul sangat! Dah jatuh ke lantai,ko bagi la kat makcik tu(tuan restoran). Korang tau dia letak kat mane!Dia letak tepi mangkuk sambal tu balik. Datang budak angkat air tu,dia letak dalam mangkuk sambal tu. Aduhhhhhhh!! Aku dah terkedu,nak cakap kat budak tu...dah terlambat. Yang minah ni,boleh tergelak-gelak...apa punya perangai la. Orang lain makan,dah kotor. Macam ni punya perangai pun ada. Sadis tol!! Dah,lupakan pasal tu.

Ni pulak aku beli untuk alya,sleep ware baby gap. Aku sekarang tengah gila dengan sleep ware ni...hahaha..tapi banyak yang pre-order,aku kurang kenan kalau yang pre-order ni tau. Bukan apa,hari tu aku order 5psg..tup-tup takde sampai stok..FRUST ok!! So aku prefer yang ready stok,nak je terus beli kan.Ohh baju ni aku beli kat kodaigranpama


Esok hari jadi agung,so selamat bercuti semua & selamat bercuti sekolah. Mana yang balik kampung tu,berhati-hati dijalanraya k. Pandu dengan cermat,kalau ngantok..tido dulu di R&R...macam iklan pulak dah..hahahahaha. Moga selamat pergi & selamat kembali..aminnn

Thursday, June 03, 2010

Pening dengan internet

Baru sebentar tadi Telekom call aku,aku pun dah pening sebenarnya dengan Telekom ni. Sebelum aku pindah ni,aku dah masuk telefon then aku dah apply streamyx. So bila pindah ni,aku transfer telefon tu ke bawah & dapat no baru. Hari tu masa aku pegi TM Point,orang TM cakap..aku apply sendiri la streamyx..yang lama dia cancelkan. Ok fine,senang gitu!

Then tadi TM call,dia kata pasal pemasangan streamyx then sebut no lama. Aihh..pening dah. Aku cakap,no tu dah takde..dah transfer. Aku memang ada apply streamyx untuk no baru..since bulan lepas. Then semalam aku follow up dengan TM lagi,pasal no aku yang baru ada masalah pulak. Katanya ada user lama tapi dah terminate,so should be ok dah untuk apply baru. Aku rasa permohonan streamyx ni dah 3,4x rasanya. Lantak la kalau bertindan-tindan,asal ada tenet sudah! Tunggu je la minggu depan,akak TM tu cakap..minggu depan technician akan call sebelum pemasangan.

Seksanya nak pasang tenet kat umah!!

Tuesday, June 01, 2010

Pindah rumah & Makan di HM Seri Bagan,Sepang

Jumaat 28.05.10 - Aku berpindah ke rumah sewa baruku. Penatnya...tak tau la nak cakap. Adik beradik aku semua datang,begitu juga dari pihak suami. Syukur alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. MIL aku siap masakkan makanan..antaranya ada nasi impit,kuah kacang,nasi lemak,kuih muih,nugget,buah,lempeng & kari daging. Dah jadi macam nak buat kenduri pulak..hahaha. Memang makanan banyak tak ingat,nasib baik tak membazir. Kebetulan hari tu jugak,birthday ayah aku yg ke-59. Malam tu aku sambut dengan adik badik aku,cuma abang aku je takde sebab balik johor kg wife dia. Malam tu adik aku yang no.6 belanja makan pizza,aku order domino's jer. Adik aku yg no.4 beli kek untuk sambut sekali birthday anak dia.

Sabtu - aku kemas-kemas apa yang patot,penat pindah tak selesaikan lagi..tambah penat mengemas. Abis krem kaki aku..huhuhu. Rasa betis macam bengkak! Suami aku,kerja! sian dia..dah penat-penat pindah,kerja pulak tapi nasib baik sampai petang je. Balik tu,dia sambung pulak tolong kemas. Suami aku ni memang pesen camtu,sekali harung nak buat. Penat okeh!

Ahad - Relaks skit,pagi tu pergi tesco cari barang dapur skit lepas tu ke rumah mil aku,makan tenghari kat sana..hehehe. Dah petang sikit,balik rumah untuk program seterusnya. Opismate suami nak belanja makan ikan bakar,destinasinya di SEPANG. Aku ingat kat mana la,rupanya di Sepang Gold Cost tu. Sementara tunggu yang lain sampai,kami & pak man (orang yang nak belanja tu) lepak-lepak tepi laut. Angin kuat! syok tol. Si alya dah excited nak mandi,padahal xde pun nak mandi. Sian dia..ekekekek. Lepas maghrib kitaorang ke destinasi restoran yang pak man nak belanja tu. HM Seri Bagan nama restoran tu,nak duduk tepi laut..full table pulak so kitaorang ambik yang kat ruang satu lagi. Makan kat situ not bad la. Ada lebih kurang 15orang-bil RM370,dalam 9 lebih semua dah kenyang..kitaorang berangkat pulang. Sampai rumah pukul 11,penat tol badan tapi sangat best dapat berjalan.