Saturday, July 31, 2010

Bunyi yang seram

Sebelum ni aku ada cerita..aku dah pindah rumah kan. So far duduk bawah ni,lebih senang la & selesa la dari duduk atas. Senang nak parking,senang nak angkut barang,senang nak sidai baju..ehh banyak la senang dia tu...hehehe. Jiran sebelah pun ok walaupun jarang bersembang. Camner tu erk..hehehehe. Tak kisah la janji berjiran..tak macam sebelum ni,bertutup je pintunya..nak bertegur apatah lagi. Kalau jalan selisih...nun dari jauh dah nampak aku...boleh dia konar jalan lain. Agaknya nampak hantu kot...kahhhhh. Lantak la kan..asal aku tak cari gadoh sudah. Tak kosa nak layankan orang macam tu. Aku ni bukan jenis sombong,orang tak kenal pun aku senyum. Dah kata senyum tu satu sedekah,jangan dengan orang jantan senyum lebih-lebih sudahlah kan.

Ye la...dah hidup kat dunia ni..tak payah la menyombongkan diri. Tak kemana pun nak dibawa. Sapa yang rasa senang berkawan dengan aku....silakan. Kalau rasa tak boleh nak tahan dengan aku,aku takde hal. Sekarang ni,en.somi sangat la sibuk. Minggu ni...pukul 12,1 pagi baru sampai rumah. Jumpa my princess pun ..waktu pagi,itu pun kalau dia bangun awal..selalunya memang jarang bangan awal la...kesiankan tapi dah kerna tanggungjawab. Bila malam-malam,tinggal aku berdua je la. Kalau my princess tak tido awal,memang hang out dengan dia je la kan. Kalau time dia tido awal tu..SANGAP!hahahaha. Sebenarnya....ada cerita nak share dengan korang.

Tadi petang (sabtu) masa aku sampai rumah,tengah nak angkat barang bawak masuk rumah...terserempak dengan jiran atas rumah aku ni. Sembang la kejap dengan akak ni

akak : tau tak pakcik atas ni meninggal
aku : tau kak...k bedah call saya hari apa yer..pagi lepas dikebumikan tu
akak : oo...ye ke. tu ler...dia jatuh depan pintu rumah ni..masa nak masuk. Senang je kan dia meninggal
aku : a'ah kak...tak sakit lama pun.
akak : banyaknya sampah atas bumbung ni...ni orang atas baling ke
aku : tu le kak...macam-macam sampah ada. Jenuh saya nak sapu kalau jatuh bawah ni
akak : si sape yer...yang sebelum ni duduk sini
aku: sape kak...tah le..sy tak kenal
akak : hahh...ayu.
aku : ooo..nape kak
akak : dia kata ada bunyi bising malam-malam. dia tanya akak..buat apa malam-malam aku : a'ah kak. kadang saya cakap kat somi,apa la along dok kemas ni...tengah-tengah malam rajinnya berkemas. Bunyi seret kerusi la...alih barang la. Mengemas ke kak akak : ehh...mane ada la. Ayu pun tanya akak. Rumah atas akak tu la..yang kosong tu
aku : gluppp...(meremang dah segala bulu
akak : akak pun dengar...kadang bunyi lesung batu la. kalau anak tegur kan....oii orang atas,bising la..lagi kuat dia menumbuk
aku : ya allah kak...mati-mati saya ingat akak yang mengemas tengah-tengah malam
akak : ishk...takde lah. Along keje malam..dia buat part time security. Memang malam-malam along takde
aku : seyes kak! meremang gile ni kak
akak : ye betul...akak pun dengar. sampai kebawah dengar ye
aku : a'ah kak..clear sangat-sangat

Memang sebelum ni,aku selalu dengar....somi aku pun dengar kalau dah malam-malam...mula la bunyi bising yang amat sangat. Memang clear la dengar....bunyi orang tarik kerusi la...alihkan barang la. Aku mengomel jugak dengan somi aku...aku cakap..'along ni tengah malam pun nak mengemas..bisingnya la yang'..somi aku ..'tah le sayang'. Bila dah selalu dengar,aku & somi memang bajet orang atas ni la yang buat bising...tapi aku malas la nak bising kat jiran atas tu kan. Tuptup ... dia bagitau macam tu. Meremang abis bulu roma aku! Memang terkejut gile la...bila dia kata...dia takde buat apa-apa pun. Orang sebelum ni pun selalu dengar dia cakap. Aduhaii....gile kentang la.Nasib la atas rumah aku...akak tu duduk...even selang satu rumah..memang clear la bunyi bising tu. Bila dah tau citer ni,scary la jugak...hehehe.

'Ayangg...cepat la balikkkkkk'

Friday, July 30, 2010

Hi-tea @ Sri Petaling Hotel

Ni citer basi tapi nak citer jugak la kan. 17hb hari tu,office aku buat hi-tea,sepatotnya di Subang pada 10hb..tapi ramai takde & ramai tak nak pegi sana. So pilihan yang dekat,Sri Petaling je la. Hi-tea sini...RM28++. Makanan kat sini not bad,semua cukup rasa tapiiiii...hahh ada tapi ok. Masa pukul 1 lebih,makanan abis! Hahh...MD aku mengamok ko...hahaha. Dia panggil Manager,dia ckp...better outside food! Gila tol la! Boleh dorang tak refill makanan. Rupanya tengah masak kat dapur. Adoii...apa punya la hotel la,baru nak masak. Nasib baik murah & sedap.
Macam biasa..tiap kali hi-tea,aku akan bawa my princess ke office. ye la...selalu aku makan-makan sampai pukul 2 lebih macam tu. Nanti tertunggu-tunggu pulak my princess...sian dia kan. Kalau tak ada apa-apa,aku letak je kat rumah mil..sil aku tolong jaga. Selalunya free je la kalau aku bawa my princess if kena bayar pun aku tak kisah tapi HR aku cakap 'NO NEED'.....i like that statement...muahahahaha

Project Director (white shirt), MD (yellow shirt) & Lynda (contract manager)

All staff....Yang berdiri tu my HR.

Ohh...this is me & my princess.

Time ni my princess kena sakit mata..sian dia. nasib baik dah ok sekarang

We all so happy dapat makan...hehehe

Rumah untuk disewa

Rumah untuk disewa di Puncak Jalil. Teres 2 tingkat - 4 bilik. Serious RENTAL only! Sebarang pertanyaan boleh email saya : saveme_zero@yahoo.com

Wednesday, July 21, 2010

urat atau tulang

Nampak tak tangan aku tu,tulang kat sendi tersembul. Ada masa datang sakit,aku rasa nak cabut tangan aku ni k. Rasa nak betulkan sendiri. Tadi aku pegi klinik,doc tu tekan-tekan...macam blur-blur je aku tengok doc tu. Dia kata urat berkumpul...astagahhhhhh. Aku malas nak argue apa-apa,aku iyakan je la. Kang dia cakap..aaku ke dia yang doctor kan. Doc kasi ubat tahan sakit & vitamin je.


Monday, July 12, 2010

Gathering stimboat

Last week,hari sabtu..aku off ... semata-mata untuk gathering bersama my geng..macam geng bas sekolah je..hahaha. Plan dari bulan lepas lagi,kena book date dulu..takot nanti ada hal. Walaupun ada yang tak dapat join tapi tetap meriah. Nasib la jiran sebelah aku takde kat rumah...hehehe. Thanks korang sudi ke rumah baruku..hehehe. Next time kita buat BBQ pulak ok.

Ohh yer,sambil steamboat tu...celebrate sekali besday somi ila & yies. Jimat duit & masa..sekali harung..hehehe. Gambar ni aku cilok dari blog k ai,maklum la tuan rumah punya camera dah masuk air..hahaha.




Sunday, July 11, 2010

Cabaran : Copy & Menang !!!



Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari :http://www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : http://www.akuseorangblogger.com/

Saturday, July 10, 2010

Nak citer pasal BE jugak!

Sekarang ni iklan nuff,asyik berkelip je. Sangat suka ok! hahaha.. walaupun aku bukan blogger tegar tapi semangat nak berblog tu memang ada la kan.Actually aku bukan reti sangat benda ni,tengok info dari kawan-kawan blogger yang lain.Mula-mula pening jugak nak paham macam mana cara nak earning ni,baca sini..baca sana..baru tau info nak earn duit dari nuff ni. Alaa..untuk seronok-seronok je..hehehe. Ehh..aku suka iklan yang mydeal & bestbuy tu. Yang bestbuy tu..siap diskaun ko. Aku rajin masuk yang tu. Sapa-sapa punya blog ada iklan tu,memang aku tengok..kot ada barang murah yang aku nak..hehehe.



Hahh...ni aku punya,minggu lepas...mystory punya iklan aktif betul kat blog aku ni.Tak kisah la iklan apa-apa pun,sekurang-kurangnya ada jugak keluar..hehehe. Thanks yer en.nuff,bagi iklan banyak-banyak lagi tau..hehehe.So korang,rajin-rajin la berblog ok.

Friday, July 09, 2010

Bila dah malam...

Sekarang ni,alya susah betul nak tido awal. Geram je aku kalau nak tidokan dia,susu dah berbotol minum...bila dah abis..dia leh bagi botol kat aku..'nah mama'...bertuah betul. orang suruh dia tido,dia sibuk nak main lagi. Kita ni dah la ngantok,penat..pukul 11 pun tak nak tido lagi. Aku tak la biasakan alya ni tido lewat-lewat,tak bagus gak kan untuk budak-budak umur dia ni. Selalunya strategi aku,tutup lampu tapi dengar la sore dia yang garau tu kan suruh bukak lampu. Bohh layan,mama nak sleep.


Tengok..dia punggah stor,nak cari mainan dia. Aduhai anakku..dah malam la..sibuk nak main pulak.


As denda..aku suruh dia kemas balik mainan. Dah pandai main,tak nak kemas balik erk...sian mama tau.

Give Away - Just For Fun

Masuk blog fieza,nampak give away ni. Memang suka sangat dengan pinggan mangkuk klasik ni. Dulu arwah mak sue,suka simpan...rasanya masih ada lagi kot tapi tak banyak sebab banyak dah pecah..huhuhu. Sekarang ni kalau beli,harga not bad jugak la kan..leh tahan mahal. Selalu tengok kat blog abg mat gebu pinggan-pinggan klasik ni. Tertanya jugak mane la abg mat gebu tu beli.

Kalau dapat give away ni,memang aku bertuah sangat la sebab memang mencari pinggan mangkuk klasik ni.


Hadiah pertama :
Set Ros Hitam ( Teko & 6 cawan + piring )
Piring bujur bunga kangkung & ros merah putih OC

Hadiah kedua :
Set Ros warna-warni ( Teko & 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2 )

Hadiah ketiga :
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )

Kalau korang nak join,boleh masuk blog kelly's..tuan punya give away ni.

p/s: Ohh yer,kalau korang nak join..jangan lupa mentoin nama saya yer...hehehe.

Nasi Lemak RM1.50

Hahh..meh nak citer nasi lemak ni. Ada restoran baru bukak kat office aku ni,dulu dia kat area depan...now pindah sini. Masakan kat kedai ni,memang style kampung la. Semua masakan..berasa,puas hati la makan. Sekarang ni pagi-pagi kalau breakfast,aku pegi kedai ni jer. Semalam nampak nasi lemak daun pisang ni,aku pun beli la..memandangkan dah lambat datang office kan..tapaukan aje. Masa nak bayar...tanya la harga...RM1.50 ok! Uikk..mahalnya nasi lemak ni. Dah ambikkan,takkan nak letak balik.

Sampai office,terus aku ke pantry..nak menyentap. Tengok nasi lemak dia,biasa je. Ada ikan bilis,telor & sambal. Aku pun makan...sekali rasa,perghhhh..meletop ko! Sedap gilosss..hahaha. Patot la RM1.50 harga dia,berbaloi makan nasi lemak ni.


Nasi Lemak RM1.50

Thursday, July 08, 2010

Citer Basi

Peristiwa ni berlaku ahad last week,jam ketika ini...pukul 11 lebih. Sebelum tu cuaca cerah jer,tiba-tiba awan berarak...terus gelap tapi hujan hanya renyai-renyai sahaja.

Dah tengahari,gerak pulak ke shah alam..hantar adik ke uitm...kelas dah start. Kali ni dapat shah alam je,so dekat la sikit..dari penang sana kan. Dis time my adik sambung degree pulak..study smart k. Alya macam biasa,itu la..ini la..layan je la kan. Ohh yer..masa makan kat sekyen 7 tu,kitaorg pilih gerai nasi ayam apa erk..adehh lupa pulak..Nasik ayam Gemas kot. Kedai gah gile, tapi servis hampeh!! first & last datang kedai ni,menyesal makan kat sini ok. Rupanya...banyak dah abis rupanya...sengal betul. Dah tau uitm daftar,sure la ramai orang..masak la extra kan.

Hahh..ni pulak air mineral tapi berperisa. Sedap jugak air ni,si shila duta air ni..dengan sape tah..aku lupa dah...hehehe

Tuesday, July 06, 2010

Daily story

Aduhai..bila la nak update blog ni. Bila dah ada tenet kat rumah,macam tak cukup masa pulak nak online. Bila kat opis tu,keje memang dah berlambak. Balik rumah,ngadap Tv,kemas rumah..masak...kul 9 lebih baru makan. Dah kenyang makan,mata pun dah kecik je..hahaha. Aku salute la dengan korang yang rajin mengupdate blog malam-malam. Nak duduk lama depan pc ni,memang tak aman. Kejap anak nak susu,kejap dia kacau la...camne nak updatenya. Dulu banyak free jugak kat opis,sekarang ni....memag tak sempat dah. Masuk blog kawan-kawan pun aku baca je...komen pun tak sempat sangat.

Ni pun aku curi masa kejap..padahal mata dah macam orang stim je ni...hahahha,nampak kecik je tulisan kat sini....hahahaha. Alya?? masih segar bugar mata dia sambil tengok tv,makan pun tak stop lagi tu...susu dah 2 botol dalam masa 2jam. Kejap lagi sebelum nak tido,susu lagi tapi kadang tu...auta je lebih. Habis susu,dia leh tengok tv lagi. Alya bangun pagi sekarang,mesti pukul 7lebih...then suruh bukak TV..nak tengok hi-5. Dah tu..sampai pukul 8! grrrr...hari-hari aku lambat sekarang ni...huhuhu. Kalau tak bagi,dia punya ngamok tu...menduga kesabaran aku. Kang kata aku dera anak pulak kan....so layankan je la tapi ada pro-kontra. Selalu lepas habis hi-5,memang dia cari la babydoll dia..usung nak g taska. Nasib baik la lepas dah tengok,mood dia ok tapi aku la yang kena lambat.

Hahh...satu lag,nuffnang aku sekarang ni...asyik berkelip-kelip je. Kadang tu,berkelip sampai tiga-tiga. Syok woo...hehehe...korang jangan lupa klik tau,sekarang ni iklan nuff semua best-best sebab ada yang menawarkan hadiah yang menarik. Ohh..aku bukan blog tegar,so pendapatan aku dari nuff...suam-suam je..hehehe. Kalau dapat tu,syukur alhamdulillah dari takde kan. Ye la...kang story yang tak masuk akal...takkan orang nak baca pulak kan. Mula-mula memang la orang nak baca...nanti lama-lama orang bosan lak...asyik citer mengarut je keluar. So....bagi aku,ada story...baru aku share kat sini.

Ermm...blog ni,untuk sharing story tentang hidup kita kan...tentang semua la. If suka.....orang akan baca,kalau tak suka pun...orang akan baca jugak..tapi belakang punya cerita la kan,yang ni la satu yang aku cukup pantang....kalau dah masuk blog orang..please la respect story yang blogger dah story dalam setiap entri. Jangan nak gunakan apa-apa stori untuk kutuk orang, macam bagus sangat (aku tau ko baca blog aku). Jangan jadi longkang yg busuk!! Before thing become worst...please be mind k!


p/s : ehh...sedar tak sedar...panjang pulak aku update...hahaha. Ada story lain...nanti aku update k

Saturday, July 03, 2010

Choc Moist Cake with Upin Ipin Edible Deco

Semalam siang,wil ada war-war kat fb & YM..1/2kg choc moist cake wif Upin Ipin edible deco RM30 only,so aku pun apa lagi...grab la cepat kan tapi ada orang dah booking dulu. Aku pun takde la tanya dah lepas tu,tingin sangat nak makan kek..macam orang mengidam..hahaha. Aku pun layan kerja,balik on time..hahaha. Ambik alya,pergi pasar malam kejap dengan alya. Bajet nak masak tapi alya dah paw macam-macam...cancel terus. Aku sms je en.somi...sila tapau beger special.

Dah balik dari pasar,letak barang..rileks kejap,then tengok hp..ada pulak msg. Sekali tengok dari wilda. Tanya aku nak kek ke tak,orang yang tu tak jadi. Aku pun segera la reply...sebab sms tu dalam pukul 6 lebih,aku perasan dekat pukul 7. Wil terus call aku,ok cun..aku nak. Dalam pukul 9 lebih,wil sampai dengan askarnya..kuikui. Ingat wil nak singgah,rupanya dia dari office. Thanks wil..coz sudi antar kek,siap diskaun lagi..muahahaha.

Dengan segera terus bukak,alya dah excited...'mama..beday to u la,kita la'...pasan pulak anak aku ni..bila lak beday dia...hahaha. En.somi pun dok sengih-sengih je kat alya..hahahaha. Dah alya sibuk beday to u..aku pun nyanyi la lagu besday untuk 3 orang sekali..hahaha. Terus alya potong,makan sorang sikit..aku kasi jiran sebelah separuh. Ye la,banyak...harus la share kan. Alya memang suka la,tengok ada lak upin ipin..lagi havoc..asyik nak potong kek je.

So korang kalau nak tempah apa-apa kek,cc ker..boleh tempah kat wil ni,nak fondant kek pun boleh. Aku pun dah highlight satu projek untuk wil...hahaha.

p/s: wil..aku dah tolong promote ni,sila kasi diskaun @ komisen yer..wakakakakak




Friday, July 02, 2010

Award

Dapat award dari idah mama izzya. Thanks sebab sudi kasi yer,really appreciate. Idah ni dah ada 2 anak yang comel,sepasang pulak tu. Selalu masuk blog idah ni,komen tu bila sempat..hehehe. Selalunya blog idah ni,banyak info jugak la selain story her family.

Award ni nak bagi to all yang belum dapat. Sila ambik yer award ni

Thursday, July 01, 2010

How to be the biggest Fan

Ni la iklan yang berkelip-kelip sekarang ni


Hahh..ni contoh picture the biggest fan,cute kan...hehehehe

Hahh....sekarang kan musim bola. Tak lama lagi dah nak abis pun...cant wait whose the winner. Iklan nuff pun sekarang berkelip-kelip je tentang musim bola. Yang best sekarang ni,dari maxis...untung-untung dapat jumpa messi atau lampard!! Walaaaa....gile kentang wehh contest ni...hahaha. Cara nak join pun sangat la mudah. Just send video atau Photo,show that yang korang biggest fan of football. Hah..ada beran ker??? hahahaha

So apa lagi korang,leh la cuba LUCK WORLD CUP tahun ni.

HUGGIES® 1 Malaysia 1 Million Moment contest


Ibu-ibu yang menggunakan Huggies untuk anak2 anda,sekarang ni huggies buat contest. Hadiahnya sangat la menarik ok. Rugi tak join..hehehe. Nak join pun tak susah mana,just download form & barcode huggies. Lagi banyak form,lagi cerah la peluang nak menang. So apa lagi korang...detail kat SINI yer, FORM boleh dapatkan diSINI