Sunday, August 29, 2010

Sate Kajang Hj Samuri yang ampehh!

Ahad lepas,plan nak buka di restoran cina muslim dekat rumah aku. Dah book tempat,menu..tup-tup en.somi cakap..kita pegi makan sate nak tak?? Wahh..dah lama tak makan sate kan. Pukul 6 siap-siap,terus cargas keluar. Sampai kat samuri dalam 6.50...tempat pun dah tak banyak yang kosong. Kami order sate,nasi goreng paprik. Lepas dah bayar,tak lama pun nak tunggu makanan sampai.

Masa makanan sampai,aku sangat la terkejut. Serius aku cakap...MENYESAL makan dekat sini. Nasik goreng paprik yang sampai tu,macam apa jer!!! Dah la nasik goreng tu kosong,dah tu paprik yang dia bagi...takat kuah dengan sayur carrot bersama ayam yg boleh dikira sebesar 5sen! Aku punya la menyirap...tapi sebab berpuasa..sabar je la kan. Sangat tasteless!! Dah tu,dengan sate yang tak sedap langsung. eeeeeeeeee...memang menyesal la pegi sini. Better pegi makan tempat lain,sate samuri dah tak macam dulu. Aku ingat..aku je yang mengomel tentang nasik goreng tu,table sebelah-sebelah aku pun dok mengomel...yang lagi best,budak kecik pun tau komplen. 'Ehh ayah..nasik dia macam ni jer..ek elehhh'...

So...lain kali,kalau korang nak makan nasik-nasik..better pergi tempat lain. Kalau nak makan sate,boleh la pergi kat kajang ni tapi better makan kat sungai tu. Mengarot je makan kat wisma samuri tu.

Ni la paprik hampeh yang aku cakapkan ni....harga RM4.50 !!!

Tuesday, August 24, 2010

I'm 31y

Syukur alhamdulillah...hari ni genap saya berumur 31 tahun. Moga sentiasa murah rezeki,diberi kesihatan yang baik,isteri yang solehah..ibu yang mithali. Takde pun sambut apa-apa,suami pun ada function malam ni kat office dia. So berbuka sorang-sorang dengan my princess..sob sob.

Sunday, August 22, 2010

Milo & Nesvita

Ni supplement aku untuk bersahur ...lepas dah makan nasik...aku mesti minum ni,untuk beri tahanan yang lebih..padahal....berkrak kruk jugak kalau dah tengahari tu kan....hahahaha. Korang pun sure ada kan,selain nasik mesti ada makan lain gak untuk hilangkan rasa lapar/mengantok. Ohh yer..sebab ngantok kan,sekarang aku minum susu kambing HI-GOAT tu,aku minum masa bersahur jugak / sebelum nak tido. Selalunya..kalau aku minum susu kambing tu,kurang la mengantok kat office ni...bukan kata takde langsung tapi kurang la. Ibarat tak payah pacak batang mancis la...hahahahaha



Lebih mudah dah ada packing instant ni,buka..masuk cawan...letak air...terus minum. Milo yang pack ni,ada macam-macam perasa sekarang ni tau. Ada madu la,oat la,ice kool la...ada 4 ke 4 perasa tambahan. Aku suka ice kool ni,tak manis...tak tawar...rasa manis buah je. Boleh la korang try k.....harga dalam RM12++. Kalau ada promosi lagi murah rasanya.

Saturday, August 21, 2010

Ni la gelagat alya bersama kazennya. Kawan main kawan gadoh...hahaha.



Hari ke 11 berpuasa...

Assalamualaikum semua,
Hari ni dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Seronok rasanya dapat menjalani ibadah ni dengan sempurna. Takde cerita apa pun sangat,citer kosong je dipagi sabtu yang indah. Sekarang ni,cuaca pulak tak menentu..kejap panas kejap hujan. Moga-moga raya nanti,tak de la hujan selalu..kalau nak hujan pun biarlah waktu malam..(ehh mintak-mintak lak...hehehe)...kalau ALLAH dah kata jadi,jadi la kan...jadi kena lah redha. Actually persiapan raya aku,hanya langsir je yang dah siap. Lain-lain takde pun...hehehe. Aku tiap-tiap raya..sejak kawin ni,beli readymade je...selalunya 3hari sebelum nak raya..aku akan ke kajang. Nak ke KL,en.somi memang la tersangat malas. Dia tak suka berasak-asak sangat.

Sekarang ni,dah kecoh pasal status HALAL dihotel & restoran. Ye la..pengusaha makanan ni,rancak sangat buat promosi berbuka....tanpa mengira halal & haram. Bagus jugak JAKIM giat menjalankan operasi memeriksa premis dorang ni. Pada aku,aku prefer peniaga melayu & muslim...sebab kita tau terang-terang dorang pun beragama islam. Ye..ada akan pertikaikan,orang melayu sendiri pun beli dari bukan org melayu...macam mana tu. Kalau kita nampak depan mata kita,jangan la pegi lagi dah kan. Kalau kata kedai tu,bukan orang melayu yang punya tapi pekerja semua melayu...macam mane tu??? Apa tindakan korang?? Tepok dada tanya selera. Kalau nak lebih pasti,tanya sendiri kat pengusaha kedai tu...sumber makanan ni dari mana. If jawapan tu teragak-agak....kita sendiri boleh buat keputusan nak makan atau tidak. Rasanya tahun ni la tak meriah berbuka diluar seperti dulu disebabkan status HALAL ni. Aku ni...memang payah nak berbuka diluar. En.somi cakap..bayar mahal,makan skit...tak berbaloi..RUGI!! hahahaha...apa daaaaa. Sekali sekala apa salahnya kan. Tahun ni baru nak merasa berbuka kat luar,tu pun aku siasat sana sini status HALAL premis tu tapi belum decide nak berbuka dimana.

BONUS?? korang dapat bonus ke raya ni. Seronoknya la kan kalau dapat bonus. Ye la...raya awal bulan,nanti sangap woo tengah bulan kalau takde bonus..huhuhu. Office aku?? unpredictable!sekarang aku tengah belanjawan untuk raya & bulanan. Nanti terover bajet untuk raya...aduhaii tabung gajah pun kena pecah nanti....hahahaha. Mane yang perlu bayar,bayar dulu....dah tolak segala hutang...baru la boleh nak kira keuntungan...hehehehe. At least kalau ada bonus,duit bonus tu boleh la spend untuk raya...betul tak??? Korang-korang yang bonus tu,spend la wisely. Mana yang tak dapat tu,berpada-pada la berbelanja.




Tuesday, August 17, 2010

all in one

Lama jugak tak berupdate blog ni..update pun bukan pasal citer aku kan. Sangat la takde mood nak berupdate. Kering idea...blank... ???? ....ehh banyak lagi la. Kenapa yer?? Salah satu sebab camera aku rosak,2ndly...macam-macam hal yang berlaku. Dengan hal office...hal rumah la...Sebelum nak puasa hari tu,rumah aku hampir nak terbakar dek kerna budak-budak main api..nasib la jiran blok sebelah perasan..kalau tak....nauzubillah! Mau aku berpuasa dalam tangisan...syukur alhamdulillah,takde kejadian yang tak diingini berlaku

Sedar tak sedar..dah 6hari kita berpuasa,kejap nya masa berlalu. Lagi 3mgu...kita akan beraya. Persiapan...langsir dah siap,biskut raya dah tempah..2 jenis je..baju raya...2hari lagi nak raya..baru la cari...hehehe..sekarang ni tiap-tiap tahun buat macam tu. Selalunya..harga murah dari biasa. Kalau korang yang kampung jauh tu,harus la buat persiapan cepat kan. Macam aku....mil kat KL je,ayah aku pulak selangor. Tak yah nak kelam kabut sangat..hehehe. Tahun ni aku beraya side somiku...sistem gilir-gilir...hehehe.

Sebelum beraya...kita akan sambut hari MERDEKA dulu. Bila jatuh bulan puasa ni,sambutan memang kurang la kan. Aku tak nampak sangat kereta yang pasang bendera malaysia ni. Semalam aku pegi kedai runcit,beli barang basah untuk masak mee goreng. Alya macam biasa....nak itu ini la...yang dia excited...bendera malaysia yang ada gula-gula. Aku pun beli la satu untuk alya...60sen satu. Balik rumah....si alya boleh cakap apa tau..'satu! mashia(malaysia)! wahhh...tak sangka alya tau tu bendera negara kita...Vangga aku ok!ekekekekek. Aku pun apa lagi...dengan penuh semangat,nyanyi lagu tanggal 31..hehehe

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & BULAN KEMERDEKAAN

Monday, August 16, 2010

CONTEST HAPPY MOMENT


Menjadi Follower Blog Ayuni84.blogspot.com

Membuat satu Entry yang sesimple mungkin letak Gambar Happy Moment anda bersama yang tersayang atau sesiapa sahaja yang penting ada muka anda dan juga Banner Contest pun cukup..

Tagkan dua orang kawan anda.
ALYN
SYA

Letakkan link contest anda dibahagian komen Entry ini sahaja..dishoutbox tidak diambil kira..

Saturday, August 07, 2010

Fake Green Peas

PLEASE READ!!!!!!!
Green peas are green rounded pea seeds that are sweet and starchy in taste. Green peas contains twice the protein of most vegetable, so they are a healthier substitute for meat. Three
quarters cup of peas provides 6 grams of protein, plus thiamine, riboflavin, niacin, calcium, iron, phosphorus, potassium and 645 units of vitamin A.



Unfortunately most of food industries in developing nations cheating the customers with fake greens peas which are prepared from toxic chemicals (dyes). These industries preparing the green peas form brown peas (cheaper) by soaking them in dye solution for overnight.


All these chemicals have been banned by US food and drug administration in 1974 itself. Frequent consumption of fake green peas leads to colon and bladder cancer.

All these fake green peas banned in US, Canada , all European countries and other developed countries.

Identification of fake green peas:

1. Put the peas in boil water for 30 seconds, water turns to green color.
2. After consumption check your tongue to observe green color stains and light bitter in taste.

Symptoms

1. Stomach irritation, pain or acidity.
2. Urine turns to light green color.
3. Mild head ache.

Case study:

I am a common person too and not aware of these things. After consumption of fake green peas I got stomach pain, with a little bit common sense I observed my tongue which having green stains.

The following packet bought from Tesco, penang on 4 th July 2010.







As a responsible chemist I started analysis of above mentioned peas in laboratory I find the toxic chemicals (green dyes).



sumber dari

News paper reference:
China daily
http://www.chinadaily.com.cn/china/2010-03/31/content_9664992.htm

D. Bharath Reddy
Research scholar
Centre for drug research
USM, Pulau Penang
Malaysia 11800.

Friday, August 06, 2010

Blogger kena audit with LHDN/Income Tax

Aku nak share skit pasal blogging,so korang yang dapat big income dari nuff...menjalankan perniagaan secara online walaupun home basis...sila lah register perniagaan korang di SSM. Tak kira la korang berniaga secara kecil-kecilan or secara full time. Sila ambik PERHATIAN pada perkara ni. Untuk lebih lanjut..korang boleh baca sini